Showing posts with label 2. Hubungan sosial/Relationship. Show all posts
Showing posts with label 2. Hubungan sosial/Relationship. Show all posts

Thursday, September 24, 2026

Tak Payah La Melebih-Lebih Paksa Orang Makan Apa Yang Dia Tak Nak Makan

No comments:

Yang ni, Hikari jumpa di siaran kenalan Facebook yang balas luahan perasan di bawah ni. 

Salam. sbagai sorang istri. kalau suami ni terlalu ketagih makan makanan instant dan lauk ayam daging. dia x suka makan sayur, x suka makan nasi. baru seminggu maggi habis 3 bungkus yg ada isi 5 atau 4 pcs tu. sya sedih lah btul. dgn masalah kewangan skrg lg. dia mengada ngada nak makan yg instant. dgn kicap tu cara bejat. masalahnya, 1 minggu ni sy bbeas mee instant, hotdog, bola daging, fries. saya x tahan lah. dah puas tegur tp dimaki nya saya balik. di cakap mengira n kedekut. dia ni dari budak lagi dah di biasakan makan makanan mcm tu. sedih juga la. sebab saya ni peminat makan sayur lebih2 ulam. dan makanan kampung. tp jadi x semangat masak. sbb slalu dia x nak makan. sya bgi bekal keja sayur mayur dia x sentuh langsung. kecil juga hati saya sbgai seorang istri. slalu sya x lalu nak makan. sbb sedih masakan saya x dimakan suami. memasak ni pun bukan nya x penat. tp last2 dibiarkan basi. slalu sy yg makan sbb takut membazir. dia ckp masak je nt sya makan juga tu. tp last2 x makan. benda ni mungkin hal kecil di mata org lain. tp sbgai seorang istri yg sanggup bangun subuh. masakkan makanan rasa sedih juga. lg2 klo nak masak ayam goreng dgn daging hari2 kosnya bukan rendah. tambah lg mee instant n makanan instant tu bukan murah.

Banyak benda Hikari setuju tapi bila dia masuk label perempuan ni Kepamist dan lain-lain, bahasa memang kurang elok, kurang ajar, kurang sopan, Hikari malas dah baca. Hikari sekat terus akaun lelaki tu.

Balik ke ulasan...

Pada Hikari la kan...

Memang wajar kalau isteri risau sebab takut kehilangan suami tersayang, lebih-lebih lagi kalau si suami ialah satu-satunya pencari nafkah di rumah tu. TAPI dalam masa yang sama, si isteri kena ingat yang kedua-dua si isteri dan si suami tu dah dewasa, dah baligh. 

Dari sudut nafkah, ya, suami la kena bayar untuk penjagaan dan rawatan kesihatan. Tapi itu cuma dari sudut kewangan. Dari segi tanggungjawab, masing-masing bertanggungjawab atas kesihatan diri sendiri, bukan orang lain, kecuali anak sendiri yang belum baligh. Orang lain boleh tolong je. Nak jaga kesihatan atau tidak, akhirnya bergantung kepada diri sendiri.

Dipendekkan cerita, isteri BUKAN MAK kepada suami. Kalau suami tak kisah pasal kesihatan dia, yang isteri tu tak payah la nak melebih-lebih.

Kedua, kita kena adil dengan pasangan. Kalau si isteri pun tak boleh nak telan apa yang si suami makan, kenapa nak paksa si suami telan apa yang isteri makan? Kalau kita tak suka dipaksa, jangan la paksa orang. Ini bukan isu tak hargai pasangan, ini isu citarasa kita tak sama je. Ini secara logik la, tapi dari segi perasaan, tetap sedih.

Cumanya, pujuk-pujuk la diri tu supaya tak bersedih lebih-lebih sebab ini bukan salah sesiapa. Bukan salah isteri, bukan salah suami. Benda dah tak boleh masuk tekak, paksa-paksa, nanti muntah pula. Lagi sedih, lagi tak seronok.

Ketiga, isu duit. Tak ada duit, buat cara tak ada duit. Si isteri masak je apa yang si isteri nak makan dan setakat untuk si isteri makan. Tak payah buat lebih kalau dah tau akan membazir, kalau dah tau si suami takkan makan.

Untuk suami, kalau suami terlalu ketagih makan makanan segera dan lauk ayam daging, tak suka sayur, tak suka nasi, tapi duit tengah tak berada nak ada... si isteri tak payah la pening-pening. Bagi je suami makan apa dia nak makan setakat yang boleh.

Contoh, bagi je makan mi segera bodo tak ada apa.

Kalau degil nak paksa juga suami makan sayur, buat la cara berhemah atau cara mak-mak buat untuk paksa anak makan sayur. Contoh, sayur tu kisar halus bagi sayur tu tak nampak masuk dalam kuah. Tapi risiko tanggung sendiri la kalau suami perasan.

Kentang goreng (fries) tu jangan beli yang sejuk beku tu, beli ubi kentang sekilo terus. Murah. Tapi kena buang kulit, potong sendiri bentuk jari-jari tu, goreng la.

Ayam dan daging tu tak payah la hari-hari. Atau, kalau nak hari-hari, catu la. Seketul ayam goreng tu pecah 7 untuk 7 hari. Bola daging tu pun sama. Haha. Sah boleh makan hari-hari.

Tapi kalau tiap-tiap hari nak seketul besar daging atau ayam, suruh suami buat kerja lebih la. Nak berlagak macam orang kaya, kena la kaya dulu.

Atau, kalau si isteri dah tak tahan dengan selera suami yang tak ikut poket, si isteri sendiri la pergi cari kerja untuk tanggung makan minum sendiri. Suruh suami urus makan minum dia sendiri. Lepas tu si isteri fikir berbaloi ke tak berbaloi nak teruskan perkahwinan tu.

Pendek cerita, tak payah la nak belit-belit, fikir lebih-lebih benda tak perlu fikir.

Sekian.

And... good luck!

Sunday, September 20, 2026

Perlu ke Kursus Pra Perkahwinan di Malaysia? (Versi 2026)

No comments:

Karangan asal: https://muymg.blogspot.com/2015/03/perlu-ke-kursus-pra-perkahwinan-di.html

Saja Hikari baca balik karangan2 lama. Sekali terjumpa yang ni haha.

Sekarang dah bertukar fikiran, sebab tu Hikari karang versi 2026 untuk terangkan kenapa.

Pertama sekali, dulu Hikari ingat semua orang pergi kelas agama dan sekolah agama macam Hikari. Kalau macam Hikari, memang dari kecil dah belajar agama dan belajar pasal ilmu berkaitan alam perkahwinan semasa sekolah menengah. Sekarang dah bergaul dengan lebih ramai orang, baru tau, ramai je yang dah dewasa nak baca Al-Quran pun tak boleh. Ramai je yang tak belajar agama, tak tau agama, walaupun dalam kad pengenalan ada tercatat "Islam".

Sebab tu ada suami yang tak tahu nafkah tu sepenuhnya di atas bahunya jadi dia tak tunaikan nafkah sebab dia kata isteri kerja atau lebih kaya daripada dia. Ada suami yang ingat dia ketua keluarga, dia ingat dia ada hak mencederakan isterinya "sebagai pengajaran", dia ada hak untuk buli isteri dia.

Lepas tu, ada pula isteri yang ingat menunaikan nafkah batin di ranjang tu tak penting. Ikut suka hati dia la nak bagi ke tak. Padahal dalam Islam, melainkan kau penat sangat, tak sihat, atau ada sebab2 lain yang boleh diterima syarak, kau tak boleh suka-suka tolak ajakan suami.

Sebab tu kursus pra perkahwinan ni perlu. Sebab tak semua orang ada peluang untuk belajar ilmu perkahwinan dalam Islam ni sebelum jumpa pasangan.

Kedua, dulu Hikari kata orang tau agama pun ada buat tak betul juga, kena tangkap khalwat apa bagai.  Jadi kita perlu percepatkan orang yang tak minat agama untuk berkahwin untuk kurangkan maksiat. Tapi sekarang Hikari dah sedar beberapa perkara. 

Ada orang bukan tak nak belajar, tapi tak ada peluang untuk belajar. 

Ada orang yang buat maksiat sebab tak tahu. 

Dan, percepatkan perkahwinan di kalangan yang buta agama tak membantu mengurangkan maksiat pun, cuma mengubah bentuk maksiat, SEBAB mereka tak tahu pun apa tanggungjawab mereka sebagai suami/isteri. Sebab tu ramai je isteri yang masih tulis di media sosial, buat luahan rasa sedih la, kahwin di Siam la, suami tak bayar nafkah la, tengok video lucah, berzina, bla bla bla. Lepas orang komen, baru sedar, oh... aku ada hak sekian sekian rupanya... oh... berdosa rupanya... oh, anak boleh jadi anak luar nikah kalau sekian sekian rupanya... bla, bla, bla.

Pendek cerita, masih bujang ke, dah berkahwin ke, lebih kurang sama je kalau kau tak tau agama.

Jadi, ya, kursus pra-perkahwinan ni penting supaya masing-masing tahu perkahwinan dalam Islam ni macam mana dan apa syarat2 dia, supaya dapat mengurangkan maksiat yang berlaku disebabkan kekurangan pengetahuan.

Yang dah tahu tapi masih nak buat, itu dia jawab sendiri di Akhirat. Kita sebagai pihak berkuasa atau ahli masyarakat, dah jalankan tanggungjawab kita.

Akhir sekali, dulu Hikari menentang alasan boleh mengurangkan kadar perceraian. Hikari kata bercerai tu halal, maka, tak ada isu pun. Yang lebih penting ialah elak zina.

Sekarang, Hikari sedar yang hukum berkahwin ni tak wajib kepada semua. Malah, boleh jatuh makruh atau haram. Masa tu Hikari khuatir zina, Hikari terlupa khuatir bakal suami atau bakal isteri yang teraniaya kalau berkahwin dengan orang yang salah, iaitu orang yang keadaannya menyebabkan perkahwinan menjadi makruh atau haram untuk dirinya.

Dulu pun dah belajar cuma mungkin masa tu tak masuk otak. Salah satu orang yang makruh atau diharamkan berkahwin ialah orang yang dikhuatiri akan menzalimi atau memudaratkan bakal pasangannya.

Contoh, bakal suami/isteri ialah kaki pukul, kaki dadah, kaki judi, panas baran, tak ada sumber pendapatan yang boleh diharap, ada penyakit kronik, selalu keluar masuk penjara atas kesalahan merompak, dan lain-lain.

Tapi kalau kita tak belajar agama, kita tak tau benda ni. Sebab tu la kursus pra-perkahwinan ni sangat penting.

Sekian.

Thursday, September 17, 2026

Orang Tak Nak Kau? MOVE ON! (Bahagian 3)

No comments:

Adess.... ini pun satu hal...

Lelaki ni nak bakal isteri yang bekalkan sarapan untuk dia setiap hari.

Ramai perempuan tak puas hati, mengejek, menuduh: Nak mak, bukan isteri. Pandang rendah kerja memasak yang dikatakan sekadar cekodok tu. Tak bertimbang rasa. Tuntut yang bukan-bukan.

Kenapa?

Apa masalahnya?

Masalahnya ialah apabila kita baca ayat di atas dengan pengalaman peribadi kita yang buruk.

Ada antara kita yang pernah lihat mak sendiri, kakak, adik perempuan, nenek, kawan, atau sesiapa je lah yang rapat atau tak rapat dengan kita, mempunyai suami yang pentingkan diri sendiri dan sangat berkira dengan isteri. Isteri tak masak, kena marah. Sakit ke, tak sakit ke, kena masak. Tak masak, kena marah, dikatakan pemalas, tak guna, manja, dan lain-lain.

Atau, ada antara kita yang mentang-mentanglah kita suka masak, orang lelaki sekeliling kita senang-senang je baling tugas tu ke kita atau tawarkan diri kita ke orang lain untuk tugas memasak. Sebab dia ingat, "masak" je pun.

Atau, ada yang jenis suami nak isteri tahap bidadari di syurga tapi diri sendiri serupa setan.

Betullah tu.

Semua pengalaman-pengalaman buruk tu tak boleh dinafikan.

TAPI lelaki dalam pengalaman buruk tu, dan lelaki lain yang kita tak kenal, BUKAN lelaki yang sama. Maka, kita tak boleh lah nak guna pengalaman tu sebagai bukti untuk menuduh lelaki yang kita tak kenal dengan tuduhan yang bukan-bukan.

Ada tak dalam siaran tu dia kata, "Aku tak kira. Isteri aku mesti masak untuk aku. Kalau tak, dia isteri yang gagal! Walaupun dia penat! Walaupun dia tak sihat! Walaupun dia pun kerja di pejabat macam aku!"

Ada tak dia kata dia nak isteri yang bukan surirumah sepenuh masa?

Ada tak dia kata dia takkan sediakan pembantu rumah atau pengasuh untuk bantu isteri dia?

Ada tak dia kata dia tak reti masak dan takkan masak untuk isteri dia?

Ada tak dia paksa perempuan yang tak nak memasak untuk dia kahwin dengan dia?

Tak ada.

Dalam Islam pun dah ajar: Bersangka baik.

Jadi, bersangka baiklah. Jangan suka-suka menokok tambah.

Kalau kita tak kenal orang tu, benda tu dia tak cakap, dan kita tak ada bukti pun benda tu berlaku, jangan kita tambah sendiri, kemudian hukum dia berdasarkan benda yang kita sendiri tambah - Eh, jap. Betul la, kadang-kadang benda tak cakap, kita memang boleh faham apa yang tak dicakap, kita faham isi tersirat. Tapi, tengok keadaan la. 

Kalau orang yang kau tak kenal tu cuma beritahu apa yang dia nak, benda tu tak haram dalam Islam, dan tak ada unsur menghina, bersangka baik je lah.

Kalau kau tak suka masak, kalau kau wanita berkerjaya yang tak ada masa nak masak untuk diri sendiri dan bakal suami, kau abaikan je la siaran tu. Tak ada kena-mengena dengan kau.

Kau pergi la cari bakal suami yang sesuai untuk kau. Kau carilah tukang masak yang rajin masak di rumah mahupun di tempat kerja ke, atau yang jenis tak kisah makan luar ke, atau yang jenis tabur duit upah tukang masak di rumah.

Yang penting, jangan menyemak di tempat kau tak perlu menyemak.

Sebab tujuan mencari pasangan ni bukan untuk mencari manusia yang seluruh dunia bersetuju dia sempurna. Tujuannya ialah untuk mencari manusia yang sesuai untuk kita.

Semoga semua kita mendapat pasangan yang sepadan dan hubungan tu membawa kita ke Syurga. Amin~

Sunday, September 13, 2026

Orang Tak Nak Kau? MOVE ON! (Bahagian 2)

No comments:

Adoi, sabar je la baca benda macam ni. Sangat menaikkan darah.

Pertama sekali, suami isteri tinggal bersama di rumah yang sama. Jadi apa masalahnya kalau dua-dua buat kerja rumah?

Rasulullah SAW sendiri pun buat kerja di rumah. Baginda seorang lelaki dan seorang suami. Jadi dari mana datangnya rasa lelaki ni terlalu tinggi darjatnya untuk buat kerja rumah atau kerja rumah ni kerja orang perempuan semata-mata?

Kedua, perempuan tu cuma cakap dia nak lelaki rajin. Dia tak ada pun cakap lelaki tu buat semua kerja rumah, yang perempuan duduk saja, goyang kaki atas sofa, layan drama di TV.

Tapi, ramai lelaki yang beranggapan macam lelaki dalam gambar tu. Cumanya lelaki dalam gambar atas tu menyampaikan intinya dengan bahasa yang agak elok. Yang menyampaikan dengan bahasa yang tak elok, berlambak. Perkataan ruji yang jadi makanan harian ramai di antara mereka ialah "kepamist" atau "patut la bujang/janda".

Kenapa?

Bukan kenapa "kepamist" atau lain-lain kutukan tu. Kenapa mereka sangka perempuan tu tak buat kerja rumah hanya kerana dia nak suami yang rajin buat kerja rumah?

Sebab... banyak lelaki tak sentuh pun kerja rumah!

Semua atau sebahagian besar kerja rumah, dibaling ke mana-mana orang perempuan dalam rumah tu untuk buat. Tak emak sendiri, kakak, adik perempuan, nenek, malah anak perempuan sendiri pun boleh la, asalkan perempuan.

Sebab tu lelaki macam ni senang salah faham ayat perempuan dalam gambar tu.

Sebab tu lelaki macam ni ingat kalau seorang dah buat kerja rumah, yang lain tak payah buat. Sebab tu dia ingat kerja rumah tu sikit, jenis kerja yang buat sekali je, lepas tu siap. Sebab tu dia ingat seorang je boleh buat semua untuk satu rumah, satu keluarga, tanpa rasa penat walaupun ahli keluarga lain langsung tak bekerjasama.

Padahal, dalam dunia sebenar, hidup suami isteri ni tak ada beza macam kalau lima orang lelaki bujang atau perempuan bujang hidup bersama dalam satu asrama atau rumah sewa. Masing-masing ada peranannya sendiri sebagai ahli rumah tu.

Kalau seorang je buat, lelah la orang tu. Tambah-tambah, zaman sekarang ni, selalunya dua-dua suami dan isteri bekerja.

Tapi, katakan isteri tu "cuma" surirumah. Isteri tu BUKAN "cuma" surirumah. Dia masih bekerja macam orang lain. Cumanya, dia tak dibayar dengan wang ringgit, tak dibayar secara tetap setiap bulan untuk kerja-kerja yang dilakukan. Oleh itu, pembahagian kerja rumah tetap kena buat dengan adil.

Kenapa?

Katakan si suami bekerja. Selalunya la, kita cerita yang umum, selalunya si suami bekerja dengan waktu kerja yang tetap. Contoh, kalau kerja 8 jam termasuk rehat, 8 pagi - 5 petang. Kalau 12 jam, 7 petang - 7 pagi.

Selalunya, si isteri kerja berapa jam pula?

Kalau pasangan suami isteri tu belum ada anak, rumah pun kecil je atau sederhana besarnya, mungkin tak ada masalah untuk isteri buat semua kerja rumah. Mungkin beban kerja masing-masing masih seimbang. Malah, ada kemungkinan beban kerja si isteri lebih ringan daripada beban kerja si suami secara keseluruhannya.

Tapi, kalau dah ada anak, terutama yang anak tu masih bayi atau anak kecil, lain ceritanya.

Si isteri boleh jadi "on-call" 24 jam. Bayi dan anak kecil bukan tahu mak dia dah habis “waktu kerja”.  Ikut suka hati dia nak bangun pukul 2 pagi ke 4 pagi, nak menangis, nak menyusu, muntah, berak, sakit, meragam, nak melalak, nak main. Kerja rumah sedia ada masih ada, malah bertambah disebabkan anak-anak tadi tu yang masih belum cukup matang untuk diharapkan dengan apa-apa tugasan. 

Badan si isteri pula mungkin masih sakit dan belum pulih kalau baru beberapa bulan lepas beranak.  Emosi pula boleh jadi kurang stabil, tambah-tambah kalau anak pertama atau ramai anak kecil, otak penat belajar cara nak uruskan anak, penat ingat seribu satu benda berkaitan anak, suami, dan rumah.

Yang selalu jadi masalah apabila dalam keadaan macam ni pun, ramai suami masih berkeras tak nak buat kerja rumah atau jaga anak langsung sebab “aku dah penat kerja”, lalu si isteri tetap kena uruskan semuanya seorang diri. 

Sepatutnya, si isteri tengah sibuk menyusu anak dan tak sempat makan, si suami suapkan la makan. Si isteri tak sempat mandi sebab anak-anak asyik menempel, si suami ambil la anak-anak tu jaga, bagi peluang si isteri mandi, berehat, dan bersolek. Alhamdulillah, ramai suami yang baik, yang sedar tanggungjawab, tak ada masalah untuk buat macam ni untuk isteri, untuk keluarga mereka. Mereka tahu, nak isteri yang sentiasa nampak cantik dan terurus, kena bagi isteri masa dan ruang untuk uruskan diri sendiri.

Tapi, malangnya, ramai juga suami yang tak baik.

Sebab tu banyak je keluar video-video atau cerita, isteri kusut-masai, selekeh, sibuk uruskan rumah dan anak. Suami nampak segak, kacak, macam tak ada apa-apa berlaku. Di kedai makan, si isteri pegang dua-dua anak, suap makan apa semua, si suami makan dengan tenang dan penuh nafsu di sebelah sementara si isteri kelaparan.

Sebab tu orang kata, nak tau lelaki tu betul-betul suami yang baik ke tak, tengok isteri dia. Rasulullah SAW pun kata, sebaik-baik lelaki ialah lelaki yang paling baik pada isterinya. Kalau lelaki tu nampak bersih, segak, wangi, isteri pun sama bersih, segak, wangi, walaupun anak ramai, ha.... itu memang kemungkinan besar suami tu memang baik la.

Tapi kalau sebaliknya.... hm.... hm..

Kalau sekali-sekala, mungkin boleh bersangka baik. Tapi kalau kerap sangat macam tu, kalau kita nampak kawan perempuan, anak, ibu, ibu saudara, dan sesiapa sahaja yang rapat dengan kita, rajin-rajin la bertanya. Mana tau mereka perlukan bantuan. 

Mungkin suaminya bertanggungjawab, elok jaga isteri, anak, dan rumah, tapi si isteri nampak macam tu sebab kurang sihat, atau ada masalah lain. Tapi boleh jadi juga memang suaminya bermasalah, jenis baling semua urusan rumah dan anak ke isteri.

Kadang-kadang, kita bising kenapa perempuan yang hidup dengan lelaki yang tak bertanggungjawab masih hidup bersama dengan lelaki tu bertahun-tahun. Kita kena ingat, salah satu puncanya, boleh jadi sebab dia terlalu penat. Orang yang terlalu penat ni, sampai satu tahap, dia hidup dalam mod automatik. Maksudnya, dia buat je apa yang patut untuk hidup, tak de nak fikir apa dah. Otak dia dah tepu. Dia dah tak ada tenaga nak fikir lebih-lebih.

Jadi kalau kita nampak orang yang rapat dengan kita dalam keadaan macam ni, salah satu benda paling mudah yang kita boleh buat ialah bantu ringankan beban dia. Kita bagi dia peluang untuk berehat. Barulah dia ada masa dan tenaga untuk semak, kaji apa yang sedang berlaku, dan fikir apa yang dia patut buat seterusnya.

Apa pun, itulah antara sebabnya tak pelik kalau ramai perempuan sekarang ni tak nak kahwin melainkan bakal suami tu dari awal menunjukkan dia seorang yang boleh bertolak ansur dengan bakal pasangan dan buat kerja rumah. Syarat ni semakin penting apabila bakal suami tu tak mampu menanggung keluarga seorang diri sampai bakal isteri pun kena bekerja atau bakal isteri memang jenis tak nak berhenti kerja walaupun selepas berkahwin atau dapat anak.

Dipendekkan cerita, perempuan dalam siaran tu pun dah beritahu terang-terang jenis lelaki yang dia nak. Para lelaki yang komen tak puas hati tu, yang tak nak buat kerja rumah, yang nak bakal isteri je buat semua kerja rumah, pergilah cari perempuan yang sesuai untuk kau.

Jangan menyemak di siaran perempuan tu.

Sekian.

Thursday, September 10, 2026

Orang Tak Nak Kau? MOVE ON! (Bahagian 1)

No comments:

Anda tak menepati ciri-ciri yang lelaki ni nak? Tak apa. Kita jalan je ke depan. 

Kita cari lagi lelaki lain yang menepati apa yang kita nak dan nak kat kita semula. Cumanya, kalau lelaki yang kita minat tu cenderung mencari ciri-ciri tertentu, boleh juga kita ambil maklum untuk tujuan muhasabah diri. 

Bukan apa... macam temuduga kerja juga. Kalau kita tak menepati syarat yang bakal majikan cari, memang susahlah nak dapat kerja tu. Tapi tak cukup syarat tak bermaksud ada yang salah dengan kita.

Dia macam A suka duduk rumah dan tak suka berjalan. B pula suka keluar cari makan, suka cuba kedai baru dan berjalan sana sini dengan pasangan. Dua-dua tak salah. Soalannya cuma dua orang ni sesuai tak jadi pasangan, serasi tak jadi pasangan. Itu je.

Sebab tu, ya, kita boleh persoal lelaki tu macam-macam TAPI di akhir cerita, lelaki ni yang akan hidup dengan perempuan tu. Siapa yang dia rasa dia boleh hidup dengan gembira bersama, BUKAN hak kita untuk menentukan.

Sama macam kita, dia suka apa yang dia suka, kita suka apa yang kita suka.

Kita mungkin tertarik pada lelaki atau perempuan dengan rupa tertentu. Kenapa nak buang masa beri harapan palsu kepada orang yang kita memang tahu kita tak tertarik? Lepas kahwin, hubungan intim suami isteri adalah salah satu bentuk nafkah batin yang perlu ditunaikan. Nanti kalau tak dapat tunaikan sebab tak lalu, boleh jatuh berdosa sebab menganiayai pasangan.

Kita mungkin suka jenis yang pendiam. Kenapa nak buang masa beri harapan palsu kepada yang jenis banyak bercakap? Nanti di kemudian hari, kita salahkan dia sebab bising. Padahal, itu salah kita sendiri sebab kita yang buat pilihan untuk teruskan hubungan.

Ada lelaki suka isteri yang jadi suri rumah sepenuh masa sebab dia kuat cemburu dan panas baran. Panas baran memang tak elok dan dia dah cuba kawal diri sebaik mungkin TAPI dalam masa yang sama, dia dah tahu salah satu benda yang mudah mencetuskan sifat baran dia ialah apabila isteri dia berhubung dengan lelaki lain. Maka, dia cuba elakkan keadaan tu. 

Dia sanggup bekerja keras supaya isteri dia tak payah bekerja, tak perlu berurusan dengan lelaki lain. Dia sanggup tanggung kos tinggi semata-mata untuk dapatkan doktor perempuan untuk rawat isteri dia. Dia sanggup teman isteri dia ke mana-mana apabila perlu berurusan dengan lelaki lain. 

Jadi, apa salahnya dia beritahu awal-awal dia nak bakal isteri yang setuju jadi suri rumah sepenuh masa dan tak keluar rumah kalau tak perlu?

Perempuan yang memang bercita-cita nak jadi suri rumah dan jenis memang tak keluar rumah setahun pun tak kisah mungkin rasa, “Baguslah, memang ini yang aku cari.” Perempuan yang suka bekerja pula boleh kata, “Tak sesuai dengan aku,” dan jalan ke depan, cari lain.

Ada perempuan pula suka suami yang selalu ada rumah sebab dia jenis suka nak manja-manja dan berteman selalu. Dia tak kisah kalau suami dia tu gaji rendah je asal ada di rumah selalu. Tak salah, tak berdosa pun kalau dia tolak awal-awal lelaki yang kerjayanya menyebabkan dia berminggu-minggu baru balik walaupun gaji tinggi gila dan muka tampan nak mampus.

Begitu juga ada lelaki atau perempuan yang dah ada anak, tak nak pening-pening gaduh pasal  isu pembahagian kewangan, masa, dan perhatian dengan anak tiri. Jadi, mereka cari perempuan atau lelaki yang belum ada anak. Tak salah. Tak berdosa. Kita tak suka, bukan kita yang berkahwin dengan mereka.

Pendek kata, benda-benda macam ni, tak payah gaduhlah. Buang masa je.

Memilih pasangan bukannya satu pertandingan untuk menentukan siapa yang lebih baik. Kita cuma sedang menentukan siapa yang kita rasa sesuai untuk hidup bersama kita.

Kita carilah apa yang kita nak. Biarlah orang lain cari apa yang dia nak.

Selagi jelas apa yang orang lain minta tu tak de unsur-unsur haram atau menghina, kita tutup mata, jalan ke depan. Tak payah nak ulas lebih-lebih, menyemak dalam siaran orang tu.

Sunday, September 6, 2026

Jangan Paksa Orang Kahwin!

No comments:

Ini contoh orang yang zalim tak ingat akhirat, cakap ikut sedap air liur. Dalam Islam, berkahwin BUKAN wajib ke atas semua orang. Hukum berkahwin bergantung pada keadaan seseorang tu sendiri.

Berkahwin tu jadi wajib bila kau mampu dari semua segi, dah ada calon yang sesuai, dan takut terjerumus dalam maksiat.

Berdosa tu kalau kau buat sesuatu yang tak dibenarkan dalam Islam macam berzina, sengaja tak nak menunaikan nafkah, sengaja tak nak puasa, tak nak solat.

Kalau seseorang tak nak kahwin walaupun mampu, tetapi dia mampu menjaga diri daripada melakukan perkara yang haram, tak haram pun dia memilih untuk tak berkahwin. Tak berdosa pun.

Kalau seseorang tu jenis minat yang sejenis, tak de nafsu dengan sesiapa, tau jenis keras kepala dan risau nanti selalu gaduh dan melawan suami, tau jenis baran dan takut nanti menganiayai isteri, pun tak de Allah SWT paksa orang-orang macam ni kahwin. Tak berdosa kalau tak nak kahwin. Silap-silap, boleh jatuh haram terus.

Jadi, orang-orang yang suka paksa-paksa orang yang tak nak berkahwin untuk berkahwin ni, hati-hati la. Silap-silap kau tu sendiri yang berdosa sebab suka-suka je menzalimi dan memaksa orang lain buat benda yang Allah SWT sendiri pun tak wajibkan ke atas mereka.

Wednesday, May 20, 2020

Membuat Tempahan Khidmat Penghantaran J&T Secara Atas Talian

No comments:
Hmm.... Tak pasti bila. Tapi, rasanya dalam bulan 3 atau 4 tahun ni, pergi J&T.

Sebelum-sebelum ni pernah pergi, lancar dan pantas je urusan. Masuk dalam ruang kedai, tunggu sekejap, pegawai bertugas minta maklumat, dia taip masuk dalam komputer, kita bayar, dia bagi no. rujukan, siap. Selesai. Selalu tak sampai 10 minit pun termasuk masa menunggu, kalau tak silap.

Tapi, hari tu pergi, pegawai tu cakap sepatutnya kena daftar dulu secara atas talian.

Hikari tak tahu caranya jadi terpaksa tanya. Katanya, guna telefon, pergi cari kod QR di Facebook. Ok.... cuba la. Tak jumpa pun. Terpaksa minta dia tunjuk. Dia cuba sendiri, oh, memang tak boleh. Mungkin telefon Hikari bermasalah katanya. Jadi, tak apalah. Kali ni, pakai dulu telefon dia untuk daftarkan barang yang Hikari nak hantar tu. Selesai masalah.

Walaupun dah selesai untuk urusan masa tu, macam mana dengan urusan-urusan seterusnya?

Hikari masih tak reti cara nak daftar secara atas talian ni. Jadi, Hikari tanya pegawai tu lagi, "Ada tak panduan pasal ni di laman rasmi J&T ke apa?". Jawabnya, ada. Tak apalah kalau macam tu. Nanti Hikari semak laman rasmi J&T.

Beberapa hari sebelum ni, Hikari kena pergi J&T lagi.

Sebelum pergi, Hikari cuba daftar barang yang Hikari nak hantar secara atas talian. Panduan? Na da, zero, zilch, tak ada! Cari dekat laman sesawang rasmi, media sosial, Google, semua tak ada. Hadoi la deme ni... Kata wajib pakai tapi panduan tak ada. Tak logik sungguh! Tapi bab kata wajib pakai tu sahaja pun sebenarnya memang dah tak logik. Bukan semua orang ada telefon canggih atau kredit atau data. Pemberitahuan pun tak ada. Jadinya, wajib celah mana?

Apa pun, akhirnya, terpaksa la main cuba-cuba.

Dipendekkan cerita, tak boleh daftar melalui laman sesawang rasmi di https://www.jtexpress.my/ tapi kena daftar melalui aplikasi Android bernama J&T Malaysia baru boleh.


Kalau tak silap, masa tu, tak ada butang daftar (register) pun dalam laman sesawang tu. Ada butang masuk (login) dan pautan untuk yang lupa kata laluan sahaja. Tak tahu lah kalau sekarang dah ada.

Apa pun, Alhamdulillah, berjaya daftar.


Lepas daftar, boleh masuk ke sistem J&T melalui aplikasi J&T Malaysia tu atau laman sesawang rasmi J&T. Kalau nak hantar satu barang ke satu alamat sahaja, pilih Pesanan Tunggal. Kalau nak hantar banyak barang ke banyak alamat, pilih Pesanan Lambak. Kemudian masukkan sahaja maklumat yang diminta dan ikut arahan yang diberikan. Nanti dah selesai, kita akan diberikan no. rujukan untuk pesanan tersebut.

Hikari cetak salinan pesanan tapi sebenarnya asalkan ada nombor rujukan tu pun dah boleh. Pergi mana-mana J&T terdekat, bawa barang dan bagi nombor rujukan tu kepada pegawai bertugas. Nanti dia akan semak dalam sistem, dan cetak pelekat untuk dilekat pada barang dan untuk simpanan. Bayar. Selesai :)

Tuesday, February 18, 2020

Beli rumah dulu, atau kereta dulu? Kereta satu kehendak atau keperluan?

No comments:
Selalu pakar-pakar kata, baik beli rumah dulu baru beli kereta. Tapi pakar-pakar pun ada pesan, 1 nasihat tu tak pernah sesuai untuk semua. Kena tengok juga keadaan masing-masing. Kalau jenis tak duduk tetap ni, beli rumah awal-awal lagi pening kepala. Pening kepala tak tau nak buat apa dengan rumah terbiar tu. Pening kepala macam mana nak urus sebab sibuk. Tapi berguna jugak la rumah tu masa tak ada duit. Kurang2 ada la benda nak dicagar, disewa, atau dijual.

Sekarang yang paling bersyukur sebab ada kereta. Kereta pula dulu beli yang paling sesuai dan paling murah (maksudnya yang murah tapi tak sesuai tak termasuk dalam senarai pilihan ya). Bayar bulan-bulan tak tinggal. Bila cukup duit dalam tabung ASB hasil simpanan, dividen (simpanan dan pinjaman ASB), dan bonus (simpanan dan pinjaman ASB), terus habiskan bayar. Rasanya tak sampai 3 tahun selesai bayar walaupun Hikari orang biasa-biasa je.

Bukan apa, takut hutang lama-lama. Kita ni bukan pasti langit sentiasa cerah. Lagipun dah tahu jenis penakut tu, jadi buat la apa yang sesuai dengan diri yang penakut tu. Bila ada peluang langsaikan hutang, langsaikan.

Alhamdulillah, sekarang dalam keadaan yang tak menentu ni, sekurang-kurangnya dah tak payah risau kena bayar hutang.

Dengan kereta tu la, sangat berjasa, meredah segala tempat, bawa mak pergi hospital, klinik, bawa kucing, dan haiwan peliharaan, jumpa pakar veterinar, apa bagai. Dengan kereta tu la pergi kerja, pergi bantu saudara-mara, pergi selesaikan pelbagai urusan bila-bila masa. Kalau terpaksa, boleh jadikan rumah sementara juga.

Memang ada MyCar, Grab, apa bagai, tapi ada sesetengah urusan, tak ada kereta memang susah. Terutama kalau yang melibatkan haiwan peliharaan. Seekor boleh la sorok letak dalam beg galas. Sekali lalu 2-3 ekor untuk pergi vaksin, rawatan, apa bagai? Mana nak letak?

Sebab tu sekarang rasa bersyukur ada kereta, bersyukur beli kereta, walaupun mula2 dulu rasa tak puas hati dengan mak, rasa terpaksa beli untuk gembirakan mak. Tak puas hati sebab rasa nak kumpul duit untuk beli rumah sendiri, rasa macam naik bas atau motor pun dah cukup. Sekarang baru rasa nikmatnya.

Ya, beli rumah, naik bas, naik motor, semua tu cukup untuk diri sendiri sahaja. Bila ada kereta, cukup untuk orang lain dan makhluk lain sama. Alhamdulillah.

Tak hairanlah kenapa sekarang kereta ni dilihat sebagai satu keperluan.

Wednesday, November 19, 2014

Ucapan tanda tak ikhlas

No comments:
Baru-baru ni, di laman Facebook, ada saudara dan kenalan yang hantar komen. Mereka tulis "HB" atau "hb" sahaja. Ok, saya faham maksudnya "Happy Birthday" atau "Selamat Hari Lahir" kalau diterjemah semula ke Bahasa Melayu. Terima kasih kerana sekurang-kurangnya ingat tarikh lahir saya daripada tak ingat langsung tapi saya tak pasti samaada saya patut rasa gembira atau tidak apabila dapat komen macam ni :/

Soalan:
Nak tulis selamat hari lahir tu ambil masa lebih 1 jam ke sampai kena singkatkan jadi hb?

Bukan apa. Ucapan tanda ingatan sepatutnya membuatkan si penerima rasa gembira, dihargai atau disayangi. Tapi kalau sampai nak ucap perkataan yang dah cukup pendek pun kena pendekkan lagi sampai macam ni sekali.... er... nampak macam buat kerana terpaksa je? Saya tak suka paksa orang :x

Friday, September 26, 2014

Cinta itu buta ke... orang yang buta???

No comments:
Serius saya tak faham...

Suami keparat. Itu gelaran layak diberikan terhadap tindakan kejam seorang suami yang tergamak membelasah isterinya hingga menyebabkan mangsa terlantar di Hospital Sungai Buloh selama lima hari.

Mangsa yang berusia 30-an ditumbuk dan dihentak kepalanya di dinding berulang kali hingga menyebabkan kedua-dua mata mengeluarkan air mata darah.

Sumber polis berkata, kejadian berlaku pada jam 10 malam baru-baru ini ketika mangsa bertengkar dengan suaminya berusia 34 tahun di kediaman mereka di Pandan Indah di sini.

Menurutnya, pertengkaran itu kemudian bertukar menjadi ganas apabila lelaki terbabit hilang pertimbangan sebelum menyerang isterinya.

“Suspek bertindak menendang, menarik rambut dan menghentak kepala isterinya ke dinding menyebabkan mangsa mengerang kesakitan.

“Tidak cukup dengan itu, dia terus membelasah mangsa tanpa henti hingga terkencing kesakitan sebelum pengsan,” katanya.

Sebelum itu, lelaki itu menumbuk muka dan mata isterinya berulang kali.

“Dia tidak mempedulikan mangsa yang pengsan sebelum beredar meninggalkan rumah berkenaan.

“Mangsa hanya tersedar kira-kira jam 7.30 pagi esoknya sebelum mengalami muntah darah selain darah turut meleleh keluar daripada matanya kesan kecederaan dipukul,” katanya.

Bimbang dengan keselamatan dirinya, wanita itu mendapatkan rawatan di klinik berhampiran kediaman sebelum dirujuk ke Hospital Sungai Buloh berikutan mengalami kecederaan teruk.

“Akibatnya mangsa terlantar di hospital selama lima hari sebelum dibenarkan keluar Jumaat lalu selepas keadaannya stabil,” katanya.

Mangsa yang bimbang dicederakan suaminya sekali lagi tampil membuat laporan di Balai Polis Pandan Indah, di sini, untuk tindakan selanjutnya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ampang Asisten Komisioner Khairuldin Saad ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu dan siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan.

Sumber:
http://www.hmetro.com.my/articles/ANGKARASUAMIKEPARAT/Article/

... kenapa ada orang perempuan yang pilih si dayus macam ni untuk jadi suami? Adakah si dayus tu sebelum berkahwin dengan si perempuan sangat pandai berpura-pura sehingga si perempuan serta ibu bapa si perempuan langsung tak perasan kebangsatan si dayus? Kes macam ni dah selalu sangat kita dengar akhir-akhir ni sampai orang yang belum kahwin pun jadi takut nak kahwin bila dengar.

Lagi satu yang saya tak faham, berdasarkan apa yang saya pernah baca sebelum ni lah... Perempuan yang dibelasah teruk oleh si dayus yang digelar kekasih atau suami ni, sebelum ni memang dah pernah kena buli atau pukul oleh si dayus yang sama. Jadi kenapa mereka masih bersama? Kenapa si perempuan tak cabut lari?? Kenapa si perempuan tak buat aduan polis???

Kalau di Barat tu, pernah la saya baca yang si perempuan tak tinggalkan si lelaki sebab sayang. Dekat Malaysia ni tak tahu la pula kalau kebanyakannya macam tu tapi... kalau baca http://siraplimau.com/isteri-diludah-ditumbuk-ditendang-dan-disumpah-seranah/ ... uh, macam dua kali lima je? Lain-lain alasan yang saya pernah dengar ialah sebab sayangkan anak dan nak perkahwinan tu berkekalan.

Sangat sangat pelik, kan?

Kenapa sayang sangat si dayus kalau si dayus tak sayangkan dia? Ada perempuan yang jawab, tak... dia tahu yang si dayus sayangkan dia... Ok, tak dinafikan. Memang betul ada jenis orang yang tak pandai tunjuk perasaan sebenar atau dibesarkan untuk tunjukkan kasih sayang macam tu. Tapi... maaflah ini sekadar pendapat k.

Tak semua orang tahu cara untuk menunjukkan kasih sayang yang betul. Orang macam ni patut diberi tunjuk ajar. Tapi kalau si perempuan bagi je si suami atau kekasih jadikan diri sebagai beg latihan bertinju, tak minta bantuan daripada sesiapa, bila orang tu akan belajar cara yang betul? Memang la boleh juga kalau nak cuba sendiri ubah mereka perlahan-lahan tapi kalau dah mengandung, kalau dah ada anak... takkan nak tunggu lagi?

Kalau si perempuan tak tolong si suami atau kekasih berubah secepat mungkin, si perempuan dah buat kesalahan yang sangat besar kepada anak-anak mereka termasuk la anak yang ada dalam kandungan tu. Kita kena ingat, anak-anak suka tiru ibu bapa. Adakah kita mahu anak-anak lelaki kita membesar jadi kaki buli dan kaki pukul macam ayah mereka? Adakah kita mahu anak-anak perempuan kita membesar mencari lelaki macam ayah mereka untuk dijadikan suami? Adakah kita suka melihat anak-anak perempuan kita dibuli dan dibelasah oleh suami mereka?

Saya tak ada statistik tapi setakat kisah-kisah macam ni yang saya dah pernah baca, banyak kaki buli, dan mangsa kaki pukul, sebenarnya dibesarkan dalam keluarga macam tu. Sebab tu lah salah satu tanggungjawab lelaki dan perempuan yang mahu berkahwin kepada anak mereka yang belum lahir ialah mencari lelaki atau perempuan yang baik untuk dijadikan pasangan supaya mereka ada peluang yang lebih besar untuk jadi manusia yang berguna.

Macam mana pasangan manusia tunjukkan kasih sayang kalau nak dibandingkan pasangan manusia dan 'mutant' (manusia yang bukan manusia)? Salah satu cara yang paling popular, dengan ucapan sayanglah, bukan caci maki atau hina pasangan di khayalak ramai. Kedua dengan hubungan fizikal yang memuaskan kedua-dua belah pihak. Peluk peluk ke, cium cium, bukan tumbuk-tumbuk! Yang ketiga, yang paling utama sebenarnya, sentiasa berfikir untuk kebaikan/keselesaan orang yang kita sayang. Sebab tu kalau kita nampak mak kita penat angkat barang, automatik ramai di antara kita akan tolong angkat barang tu, mak tak payah suruh atau tanya pun. Kalau dah untuk kebaikan/keselesaan orang yang kita sayang, takkan kita nak tumbuk atau paksa dia buat kerja walaupun dah penat, kan? Kalau ada yang buat macam tu, itu tanda dia benci pasangan dia dan nak suruh mati cepat >:(

Yang keempat, kalau marah dengan orang yang disayangi, mesti rasa serba-salah nak tegur sebab.. sayang le. Tapi kalau terpaksa tegur atau hukum, mesti kena dengan tempat dan kesalahan yang dilakukan iaitu tidak melampaui batas. Saya pernah baca, ada si dayus yang tengking isteri yang tengah dukung anak di khayalak ramai suruh ambil troli yang si dayus tengah pegang dan bayar. Otak ada ka? Siapa yang patut bayar barang rumah? Suami ke isteri? Dahlah isteri tu dah cukup murah hati sanggup bayarkan untuk si suami, si dayus tu pula malukan isteri dia di khayalak ramai. Adakah ini tanda tegur sayang? Kalau ada perempuan yang setuju, saya nak sarankan kepada anda untuk buat macam tu pada pasangan anda di khayalak ramai. Tengok dia boleh terima tak teguran sayang anda tu, atau dia akan terus tempeleng je muka anda?

Kemudian ada yang bagi alasan, wajib taat kepada suami. Ya, itu memang betul tapi jangan lupa yang suami pun ada tanggungjawab mereka sendiri. Suami tak boleh pukul isteri sampai meninggalkan bekas, inikan pula sampai luka parah dan lebam-lebam. Suami tak boleh memalukan isteri di khayalak ramai. Suami tak boleh suruh isteri buka aurat di depan orang yang tak sepatutnya boleh lihat aurat tu. Suami tak boleh paksa isteri bayar bil air, beli barang rumah pakai duit sendiri. Suami tak boleh paksa isteri buat kerja rumah kalau isteri dah penat sebab itu sebenarnya tugas suami juga. Tapi kalau masih nak teruskan juga benarkan diri dizalimi, silakan KALAU rasa tak sayang ibu bapa dan anak.

Ibu bapa mana yang tak sedih tengok anak mereka didera? Kalau mereka dah meninggal dunia sekalipun, adakah mereka takkan sedih kalau tahu anak mereka didera dan hidup menderita? Dan seperti yang saya kata sebelum ni, anak-anak suka tiru ibu bapa mereka. Kalau mereka jadi hantu nanti, itu bukan salah si dayus semata-mata tetapi juga perempuan yang pilih untuk berpasangan dengan mereka. Itu tak masuk lagi kemungkinan trauma, kecederaan fizikal dan lain-lain.

Jadi kepada yang belum berkahwin, hati-hati memilih pasangan.

Yang dah terlanjur berpasangan dengan si dayus, kalau betul anda sayangkan dia, tinggal-tinggalkanlah. Si lelaki pun kalau tersilap pilih kekasih atau isteri dari kalangan makhluk ganas terlampau atau kaki dera, tinggalkanlah mereka. Laporkan kepada polis untuk masa depan yang lebih cerah untuk dia, anda, dan mereka yang sayangkan anda berdua. Tolong jangan pentingkan diri sendiri sampai anak-anak pun jadi mangsa :( http://kes-jenayah.blogspot.com/2010/11/isteri-di-dera-cerai-ekoran-lapor.html

Untuk perempuan, boleh telefon Talian Nur (15999) pada bila-bila masa untuk bantuan. Rasanya lelaki pun boleh minta bantuan di sini tapi saya tak pasti sebab kalau tengok nama tu memang macam untuk perempuan je tapi kalau tengok dokumen ni...
http://www.kpwkm.gov.my/documents/10156/24fc463d-589d-4c57-acbd-6b0e42233320 ...patutnya sesiapa pun boleh. Er, walaupun namanya ala-ala Arab sikit, tak bermakna bantuan ni untuk orang Islam je k. Sesiapa pun boleh minta tolong di sini.

Kalau nak dapatkan maklumat lebih lanjut berkenaan keganasan rumah tangga di Malaysia, boleh baca sini http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/component/content/article/205-info-ringkas/395-soal-jawab-keganasan-rumah-tangga.html

Kalau nak buat aduan, boleh buat laporan segera kepada pihak polis yang berdekatan atau telefon Talian Nur tu. Kalau dah cedera, boleh pergi ke Pusat Krisis Bersepadu yang terdapat di semua hospital kerajaan (bahagian kecemasan) untuk mendapatkan rawatan dan tempat perlindungan jika perlu.

Pusat Krisis Bersepadu atau One Stop Crisis Centre (OSCC) ialah pusat perkhidmatan bersepadu antara pelbagai agensi yang menyelaraskan tugas bagi menyelesaikan kes keganasan rumah tangga, rogol, liwat dan penderaan terhadap kanak-kanak. Pusat ini adalah merupakan tempat yang memberi rawatan dan pertolongan yang diperlukan oleh pengadu. Pegawai dari agensi berkaitan akan tampil untuk memberi bantuan jika diperlukan. Dalam erti kata lain pusat ini memberikan pengurusan rawatan setempat.

Sumber maklumat:
https://www.malaysia.gov.my/citizen?articleId=270061&subCatId=269865&categoryId=103737
http://www.myhealth.gov.my/index.php/dewasa/keganasan/pusat-krisis-bersepadu

Wednesday, September 24, 2014

Nak Membela Kucing, Jangan Sampai Menyusahkan Orang Lain?

No comments:
Saya selalu juga terbaca komen-komen yang isinya lebih kurang macam ni...
  • Jiran saya ni pandai bela kucing tapi biar kucing berak kencing merata-rata.
  • Bila kucing tu berak kencing merata-rata, menyusahkan orang lain yang kena bersihkan tahi dan kencing mereka.
  • Patutnya kena pastikan kucing tu jangan berak kencing di rumah orang lain.
  • Patutnya kucing tu kurung jaga dalam rumah.
Salah satu contoh:
https://www.facebook.com/aduka.duniatucing/posts/896968067011977

Ok lah, saya bersangka baik mungkin orang macam ni tak pernah jumpa kucing liar dan tak berminat nak tolong kucing liar. Jadi saya nak terangkan serba sedikit pasal situasi saya. Saya percaya ramai lagi orang yang bela banyak kucing berada dalam situasi yang sama atau lebih kurang sama macam saya.
  • Saya bukan penggila kucing.
  • Saya tak pernah beli kucing. Saya pun tak pernah jumpa kucing di mana-mana, angkut bawa balik rumah untuk dibela (kalau waktu kecil-kecil dulu, saya tak tahu lah saya pernah buat ke tidak sebab saya dah lupa). Jadi dari mana kucing yang ada di rumah saya ni datang? Jawapannya: MEREKA DATANG SENDIRI
  • Rumah saya tak pernah berhenti dikunjungi kucing. Tiba-tiba je ada, tengok muka orang dengan muka kasihan minta makanan. Dah makhluk tu lapar, jadi nak buat apa? Takkan nak biar je kelaparan, betul tak? Nak tak nak, kena la kongsi makanan yang ada.
  • Dah bagi makan, kucing tu tahu datang sini ada makanan, kucing tu datang la setiap kali dia lapar. Daripada 2-3 hari sekali, jadi tiap-tiap hari, sehingga 3 hari sekali. Kucing-kucing tu tak tinggal dalam rumah saya. Sekali-sekala sahaja saya benarkan mereka melawat masuk dalam rumah saya. Selalunya bila saya tak ada apa-apa benda nak dibuat lah atau rasa macam nak main dengan mereka.
  • Tapi anak kucing, nak tak nak, saya kurung dalam rumah sementara dia nak besar. Kalau tak kurung, mesti hilang samaada kena langgar atau kena buli dengan kucing lain atau dimakan dek anjing. Nasib tak baik, mati kebuluran atau mati disebabkan penyakit. Sementara nak besar, saya lepaskan mereka sekali-sekala untuk bermain dan biasakan diri dengan dunia luar sambil dipantau oleh saya. Bila dah dewasa, baru saya lepas sepenuhnya hidup di luar.
  • Mereka berak kencing di dalam dan luar rumah, setiap hari kena cuci, tu perkara biasa. Tapi saya tak marah sebab mereka memang haiwan liar. Sama je macam gajah, burung, cicak. Macam mana kau nak halang mereka daripada berak merata-rata? Kalau yang tinggal dalam rumah mungkin kau boleh ajar berak atas pasir atau dalam tandas. Yang tinggal di luar rumah? Dengan kata lain tak guna pun kau nak marah-marah dan bising-bising tak tentu hala memandangkan benda tu kau tak boleh nak kawal. Jadi diam dan cuci je. Anggap macam anak kau yang masih bayi ATAU harimau di kawasan tu yang berak merata-rata. Kurang stres.
  • Kalau mereka sakit atau cedera, saya cuma tolong sekadar yang termampu. Kalau ada duit lebih, saya hantar mereka ke klinik untuk disuntik vaksin atau dirawat untuk menjaga kesihatan mereka (keutamaan peruntukan kewangan kepada anak kucing). Kalau tak ada duit lebih, terpaksa la cari petua di Internet nak rawat sendiri macam mana. Kalau tak boleh tolong rawat, nak buat macam mana. Tengok je la dan cuba tolong bab lain.
  • Selain daripada tu, saya dalam perancangan untuk mandulkan semua kucing di kawasan saya dan tak kisah keluarkan duit sendiri (keutamaan peruntukan kewangan kepada anak kucing) sebab nak tolong kawal jumlah kucing yang ada di kawasan ini. Ye la, kalau dah hidup, takkan nak bunuh pula. Orang yang tak ada hati dan perasaan, boleh lah kalau nak buat macam tu. Bagi manusia normal, jauh lebih senang untuk memandulkan kucing yang hidup berbanding membunuh mereka.

Ok, sekarang soalan saya berkenaan kucing-kucing itu...

  • Adakah kucing-kucing itu milik saya?
  • Adakah wajar sekiranya jiran saya marah saya kerana kucing-kucing tu berak kencing merata-rata?
  • Adakah wajar sekiranya jiran saya nak saya kurung semua kucing-kucing tu dalam rumah?
  • Adakah wajar jika jiran saya nak pukul atau bunuh atau tangkap dan buang kucing-kucing tersebut kalau kehendaknya tidak dipenuhi?

Masing-masing fikirlah sendiri...

Friday, August 8, 2014

Laman Sosial Yang Mampu Menggantikan Facebook - Ummaland?

2 comments:
Kalau anda datang sini untuk cari panduan cara daftar Ummaland... terus klik sini.



Ok, perhatian. Hari tu saya merujuk secara umum kepada laman-laman sosial yang orang Islam pernah buat (yang saya pernah tengok la). Saya tak pernah kata yang laman sosial orang Islam tak menarik, tak bagus, tak hebat, dan saya tak pernah kata saya tak sokong laman sosial yang orang Islam buat, cuma satu je... saya tak nampak yang laman-laman sosial ni mampu menggantikan Facebook atau laman sosial yang orang bukan Islam buat.

Pertama kali saya tengok je muka depan Ummaland.... tanggapan pertama saya ialah, alahai, rugi betul. Cantik, menarik, tapi untuk orang Islam je. Tak ada beza dengan forum atau Facebook Group. Terus tak jadi daftar.

Kalau banding dengan orang lain, mungkin saya boleh dikira sebagai tak berapa kuat dalam bab-bab agama ni (macam mana pun saya memang sentiasa sikit demi sedikit cuba membaiki kelemahan diri). Memandangkan saya tak berapa kuat agama, saya fikir lebih kepada logik.

Kalau saya nak cari maklumat pasal agama Islam, banyak je Facebook Page, YouTube Videos, aplikasi e-Solat dan Al-Quran Explorer yang mana tak payah daftar pun boleh dapat fungsi yang sama macam Ummaland ni. Kelebihannya cuma semuanya dikumpulkan di satu tempat. Tapi kalau tak daftar pun, boleh je kumpulkan semua ni di satu tempat. Bookmarks atau Favorites kan ada?

Personaliti saya pula jenis kalau tak ada keperluan untuk daftar sesuatu akaun, buat apa daftar? Menambah penat je kena hafal banyak Nama Pengguna (Username) dan Kata Laluan (Password). Kalau fungsi lebih kurang sama, pakai je la apa yang ada.

Mula-mula dulu saya daftar Facebook pun sebab kerja. Tapi sejak tu saya banyak guna Facebook untuk tujuan peribadi juga seperti mendapatkan maklumat terkini tentang ahli keluarga, saudara-mara, kawan-kawan, rakan sekerja, isu negara, isu politik, isu agama, macam-macam. Kawan-kawan saya, rakan sekerja, kenalan saya, syarikat yang saya suka, kumpulan yang saya suka, atau apa-apa je yang boleh disukai (Liked), tak semuanya orang Islam.

Dengan kata lain, saya boleh guna Facebook untuk berhubung dengan hampir semua orang yang saya kenal, tanpa mengira usia, kaum, agama, bahasa, dan negara. Sedar-sedar je salah satu tempat hampir wajib saya lawati setiap hari ialah Facebook. Tak lawat je Facebook, rasa macam, oh, banyaknya maklumat terlepas.

Jadi kalau tengok sekali lalu, Ummaland memang tak boleh ganti Facebook sebab terhad untuk orang Islam je jadi buat apa daftar? Saya memang sokong produk orang Islam, tapi kalau saya tak perlu gunakannya, saya takkan beli atau pakai juga. Kalau saya daftar juga, itu yang jadi sedar-sedar dah 4 tahun tak log masuk. Jangankan Kata Laluan, Nama Pengguna pun saya dah tak ingat. <- Pengalaman

Tapi tak adalah saya halang sesiapa untuk guna Ummaland. Saya tahu ramai je orang Islam yang akan daftar dan guna sebab ramai yang suka mencuba dan sukakan benda baru. Tak ada halangan, silakan.

Oleh sebab tanggapan awal saya ialah laman ini macam Facebook tapi untuk orang Islam je, saya sentiasa teringat akan perlakuan orang Islam yang saya selalu sangat nampak dalam Facebook. Kalau orang Islam berkumpul je lepas tu keluar topik pasal Yahudi atau orang Cina atau sesiapa je yang bukan Islam... habislah... nama je orang Islam tapi yang keluar dari papan kekunci tu, mak oi, macam-macam gelaran buruk, ugutan, hinaan, maki-hamun... semua keluar. Bahasa jangan cakap la. Memang hancur terus.

Ini ke ajaran Islam? Bukan, kan? Tapi kalau kita tegur, ada je yang akan serang balik dan tuduh bukan-bukan kata kita sokong Yahudi/Cina/sesiapa je la yang bukan Islam untuk tindas umat Islam atau kita ni bencikan orang Melayu atau orang Islam dan macam-macam lagi la tuduhan. Saya tak minat nak berkumpul dengan orang-orang macam ni. Inilah satu lagi punca utama kenapa saya tak berminat dengan Ummaland pada mulanya walaupun awal-awal lagi kalau tengok je muka depan tu dah rasa tertarik.

Walau bagaimanapun, saya rasa selain saya, ramai yang memang teringin nak tutup Facebook dan gantikan terus dengan landasan sosial yang disediakan oleh orang Islam. Dan saya rasa, bagi kebanyakan orang termasuk saya, keinginan ini semakin membuak-buak sejak Pengganas Zionis makin teruk menyeksa Palestin sejak sebelum raya hari tu sehingga kita takut atau tak suka nak guna produk hasil orang bukan Islam, orang Yahudi terutamanya. Kita takut mereka gunakan duit tu untuk menyokong Pengganas Zionis terus menganiayai penduduk Palestin terutamanya yang beragama Islam.

Saya sebenarnya dah lama boikot produk orang bukan Islam. Saya tak ingat sejak bila tapi kalau tak silap, sejak sebelum PRU13 lagi. Cumanya sebelum PRU13 tu saya cuma boikot hasil keluaran orang Yahudi. Selepas PRU13, hasil keluaran orang Cina pun saya boikot juga. Tapi, semakin lama saya boikot, semakin saya sedar bahawa saya tiada sebab kukuh untuk berbuat demikian. Maksud saya....

Kenapa saya boikot? Adakah sebab saya benci mereka? Sampai bila saya nak boikot? Adakah apabila Palestin mendapat haknya kembali saya akan berhenti boikot? Adakah apabila orang Melayu akhirnya diiktiraf sama tinggi dengan kaum-kaum lain di muka bumi ni, apabila orang-orang Cina berhenti menghina agama Islam, maka saya akan berhenti boikot?

Apabila saya bertanya soalan-soalan ni kepada diri saya, akhirnya saya sedar yang saya tak benci mereka melebihi saya benci orang Melayu atau orang Islam yang jahat. Apa yang lebih utama sebenarnya ialah membantu orang Islam terutamanya orang Melayu (sebab saya orang Melayu) mengembangkan perniagaan mereka supaya kita dah tak perlu lagi bergantung kepada orang bukan Islam terutamanya dalam bab makanan.

Orang Islam jarang nak tipu halal haram sebab mereka pun makan makanan dan minuman yang sama. Kalau ada orang Islam yang makan atau minum yang haram sekalipun, tak pernah lagi saya dengar mereka jual makanan atau minuman yang haram tapi tipu pelanggan kata halal. Yang buat macam tu selalunya orang bukan Islam je. Kadang-kadang bukan mereka nak menipu pun tapi mereka tak faham kepentingannya kepada orang Islam jadi mereka ambil mudah macam kes Ngeh Koo Ham pasal isu White Coffee tu.

Apabila orang Islam mampu memenuhi semua keperluan orang Islam dan orang ramai, tak adalah isu yang keluar macam...

1. Haha, kalau orang Cina tak ada, orang Melayu masih makan ubi kayu, mundur sampai bila-bila. <<- komen majoriti orang Cina yang malas nak ambil tahu pasal sejarah Melayu dan Malaysia

2. Haha, kau nak boikot produk Yahudi atau mereka yang menyokong Yahudi? Berhenti pakai Facebook/Intel/Samsung dulu. <<- komen sesetengah orang Islam dan majoriti orang bukan Islam

3. Apabila kita jawab, Facebook ni bukan kita bayar pun, dan boleh digunakan untuk menentang kezaliman mereka (senjata makan tuan), ada yang balas.... Haha, kau kata la apa pun. Sebenarnya orang Islam cuma menipu diri sendiri. Orang Islam mampu bercakap je. Tin kosong. Kalau la Facebook halang orang Islam, orang Malaysia terutamanya daripada guna Facebook, habislah... Permainan tamat. Semua terkontang-kanting. <<- Memang tak dapat dinafikan pun...

Alhamdulillah sekarang ni dah banyak produk orang Islam tersedia di pasaran. Cuma dalam bab Facebook ni... ramai yang masih tercari-cari pengganti yang sesuai yang dihasilkan atau dimiliki oleh orang Islam termasuk saya. Jadi apabila saya komen pasal laman sosial yang orang Islam buat, bukanlah saya bermaksud untuk menghina, nak merendah-rendahkan kebolehan orang Islam, atau tak nak menyokong produk orang Islam, tapi lebih kepada saya berharap supaya orang Islam dapat menghasilkan laman sosial yang setanding atau lebih baik berbanding Facebook.

Kalau saya salah faham, tolong terangkan kepada saya elok-elok. Tak perlu la nak beri gelaran buruk-buruk atau ejek saya atau suruh saya buat sendiri. Kalau saya mampu, memang saya buat dah.

Inilah sikap ramai orang Melayu yang saya tak suka. Mudah sangat bersangka buruk, melenting dan menjatuhkan hukuman. Kalau guna bahasa elok-elok, tak apa juga, orang senang sikit nak lupakan perkara tu dan maafkan begitu je. Tapi kalau dah sampai guna bahasa yang kurang ajar, nak maafkan boleh tapi nak lupakan? Setiap kali teringat, setiap kali rasa geram, macam mana nak lupa dengan cepat? Akhirnya terpaksa menjauh diri dan putuskan hubungan macam tu je kalau tak nak cari penyakit darah tinggi.

Saya tak kata orang kaum lain tak buat macam tu cumanya saya lebih dekat dengan orang Melayu jadi tak hairan la kalau saya akan lebih terasa kalau orang Melayu yang buat macam ni.

Tapi Alhamdulillah, rupanya ada hikmah di sebalik peristiwa ini. Saya mungkin hilang kawan tapi saya beroleh pengalaman menggunakan Ummaland ni. Setakat ni saya tengok Ummaland memang menarik dan lebih tersusun berbanding Facebook. Terus-terang cakap, kalau Ummaland ni tak dinamakan Ummaland dan dibuka kepada semua, tak mustahil Facebook akan kalah serta-merta.

Ramai dah orang Islam dan bukan Islam mengadu pasal Facebook sebenarnya. Ummaland nampaknya dah menyelesaikan banyak masalah yang berlaku dalam Facebook. Contohnya, apa-apa maklumat yang dikongsikan dalam Facebook seperti fail dan video, susah nak cari balik tapi dalam Ummaland, jauh lebih senang sebab dah ada kategori khas untuk benda-benda macam ni sahaja.

Untuk guna Ummaland, kena daftar dulu. Ada tiga (3) cara untuk daftar. Yang pertama, daftar terus akaun Ummaland ('Sign Up' macam biasa la). Yang kedua, daftar dengan cara 'Connect to Facebook'. Dan yang akhir sekali, daftar menggunakan fungsi 'Login with' Facebook, Twitter Google dan lain-lain.

Cara yang kedua ni akan meminta pengguna memasukkan Nama Pengguna dan Kata Laluan Facebook. Selepas berjaya log masuk, sistem akan meminta kebenaran daripada pengguna untuk menyalin data daripada Facebook seperti Nama, Tarikh Lahir, Gambar dan lain-lain ke dalam Ummaland. Kalau pengguna klik setuju, pengguna akan dibawa ke skrin seterusnya untuk pilih Kata Laluan. Pada halaman yang sama, maklumat seperti Nama Pengguna akan tertera. Pengguna boleh ubah maklumat-maklumat yang dipaparkan kalau nak.

Cara yang ketiga, saya pun tak pernah cuba jadi Wallahualam. Sesiapa yang pernah daftar dengan cara ni, tolong komen sikit, cerita pengalaman :)

Apabila dah berjaya mendaftar, ada banyak rupanya fungsi-fungsi yang disediakan. Selain fungsi asas kemaskini status (What's on your mind?), ada banyak lagi fungsi yang menarik seperti mengumpul dana (Fundraising), bayar Zakat, menjual produk di Bazar (nampak macam percuma), Pages (nampak macam sama fungsi dengan Facebook Pages), Blog, belajar ilmu-ilmu yang bermanfaat di Akademi (ada kursus percuma, ada yang berbayar), kongsi fail di Library dan kongsi Video. Cubalah. Mesti rasa macam nak kongsi atau nak guna :)

Ada satu menu, namanya Manage Social Account. Tak pasti apa fungsinya sebab apabila tekan butang yang ada di dalam tu, tak ada apa-apa yang terjadi. Saya tak pasti kalau yang bermasalah tu komputer saya :/

Kadang-kadang sistem agak perlahan. Saya cuba di tempat kerja dan di rumah, dua-dua pun perlahan. Tak tahu la kalau saya je yang mengalami masalah ni.

Kalau dah pakai tapi tak suka dan nak batalkan akaun, boleh pergi ke bahagian Account Settings dan klik Cancel Account.

Ada yang tanya siapa yang hasilkan Ummaland ni. Jawapannya ialah 3 orang Islam bernama Maruf Yusupov daripada Uzbekistan, Jamoliddin Daliev daripada Uzbekistan dan Mehmudjan Mehmethaji daripada Uyghur Autonomous Region of China.

Boleh baca kisah mereka dengan lebih lanjut di sini:
http://www.youngmuslimdigest.com/profile/05/2013/ummaland-com-a-pioneering-vision-in-muslim-social-networks/

Setakat tengok sekali lalu macam ni, nampak memang ada potensi la kalau orang Islam ramai-ramai nak daftar dan guna betul-betul. Tapi kalau ramai orang Islam yang macam saya, guna Facebook untuk pelbagai tujuan termasuk berhubung dengan ahli keluarga, kawan-kawan, kenalan, atau sesiapa sahaja yang bukan Islam dan urusan kerja, jawabnya akaun Facebook terpaksa dibiarkan dan terus digunakan serta ada kemungkinan akaun Ummaland yang telah dibuat akan terabai.

Dengan kata lain, kita akan terus dipandang hina kerana tiada pencapaian di peringkat universal di mana semua orang boleh mendapat manfaat yang sama. Tapi kalau kita lihat dari sudut positif, mungkin Ummaland akan menjadi 'trademark' kepada laman sosial di dunia sebab memang tak dapat dinafikan bahawa Ummaland ni ada banyak kebaikannya berbanding kebanyakan laman sosial sedia ada.

Apa pun selangkah demi selangkah... Sekurang-kurangnya dengan adanya laman sosial Ummaland ini, umat Islam dah melangkah maju satu lagi tapak ke hadapan dan dah ada tempat yang bagus untuk buat salinan pendua (backup) untuk Facebook Page yang berkemungkinan besar untuk dipadam oleh Facebook kerana penyokong pengganas Zionis yang tak puas hati :)

P/S: Maaf kalau karangan saya ni asyik diedit. Nak sampaikan apa yang difikirkan dalam otak ni kadang-kadang susah sikit. Lain yang difikirkan, lain yang disampaikan sehingga perlu diperbetulkan banyak kali. Saya mohon maaf banyak-banyak kalau masih ada sebarang salah dan silap dalam karangan saya ni.

Wednesday, August 6, 2014

Mulut Jahat Pemutus Silaturahhim

No comments:
Ok, dalam tulisan saya sebelum ni, ada saya tulis pasal laman sosial yang orang Islam buat untuk menggantikan laman sosial Facebook. Tadi kebetulan ada kenalan kongsi pautan Ummaland di Facebook.

Saya tak ada niat buruk apa-apa, tak guna bahasa yang buruk, tak ada menghina sesiapa, tak ada merendah-rendahkan usaha sesiapa, dan tak mengutuk pun Ummaland. Saya cuma berkongsi pendapat tentang kelemahan laman sosial yang orang Islam buat.

Tak pasal-pasal je kena serang konon tak sokong orang Islam la, suka sangat orang bukan Islam la, pahlawan papan kekunci la dan diberi gelaran buruk seperti bongok dan sebagainya. Sakit hati betul dengar. Agak-agak la.

Mungkin juga saya tersalah cara dan tersalah sangka bahawa kenalan tu jenis boleh terima perbezaan pendapat tapi... Kita ni orang Islam. Kalau tak setuju dengan pendapat orang lain sekali pun, tak boleh ke cakap elok-elok? Perlu ke beri gelaran buruk-buruk dan tuduh yang bukan-bukan hanya disebabkan berlainan pendapat? Berlainan pendapat tak bermakna musuh.

Tapi, apabila kita menggelarkan seseorang tu dengan gelaran yang buruk, kita sememangnya membuka jalan untuk memutuskan sebarang hubungan dengan orang tu dan menjadikannya musuh. Kalau tak percaya, cuba ingat balik. Apabila bergaduh dengan sesiapa, apakah yang paling kita susah lupakan sampai bila-bila?

Pukulannya? Tendangannya? Pendapatnya? Pendapat kita? Atau... cercaan, hinaan, makian dan gelaran buruk yang dia berikan kepada kita?

Siapakah yang lebih senang kita maafkan? Orang yang tegur kita elok-elok? Atau orang yang sambil tegur sambil kutuk kita dengan gelaran yang menyakitkan hati?

Fikir-fikirkan...

#PeringatanUntukDiriSendiriJuga

Tuesday, August 5, 2014

Kenapa laman sosial yang dihasilkan orang Islam GAGAL menggantikan Facebook?

No comments:
Kadang-kadang kalau tengok perkhidmatan yang disediakan orang Islam untuk ganti Facebook, rasa macam serba-salah. Bagus memang bagus sebab ada usaha untuk memenuhi fardhu kifayah tapi... orang yang buat tu macam tak faham kenapa orang susah tinggalkan Facebook.

Pengguna Facebook ni terdiri datang daripada pelbagai jenis latar belakang. Ada orang Melayu, Cina, India, Arab, Yahudi dan lain-lain kaum atau etnik. Yang lebih menarik, ada orang Islam, orang Kristian, orang Yahudi, orang Hindu, dan lain-lain agama. Umur pun macam-macam.

Lepas tu, cuba tengok pula tujuan pengguna Facebook guna Facebook. Ada yang guna sebab kawan, ada yang guna untuk main, ada yang guna untuk dapatkan maklumat, ada yang guna untuk sebarkan perniagaan atau pendapat atau pengaruh... macam-macam lah.

Kenapa orang-orang ini tanpa mengira usia, bangsa, agama, dan negara senang menggunakan Facebook tapi akan fikir banyak kali kalau nak guna alternatif-alternatif Facebook yang orang Islam sediakan?

Senang je. Cuba tengok alternatif-alternatif yang orang Islam sediakan setakat ni... ok... cuba tengok nama. Macam mana bunyinya? Ya.... Islamik gila... dengar-dengar je, orang bukan Islam jangan harap la nak daftar... dengan kata lain, kalau ada orang nak daftar, mesti majoriti  sekurang-kurangnya 99.99% ialah orang Islam.

Lepas tu cuba tengok halaman utama... aduh... awal-awal lagi... Assalamualaikum... 0.01% orang bukan Islam tadi tu rasanya mesti dah cabut lari kecuali kalau memang dari awal lagi dia memang berminat dengan Islam. Kemudian masuk pula tengok kandungan di dalamnya.... ~_~ Ahahaha.... ye, bagus.... memang bagus sangat dengan bacaan Al-Quran, hadis dan macam-macam.. tapi itulah... untuk orang Islam sahaja.

Kegunaannya pula memang hanya untuk berkomunikasi sesama orang Islam, mendapatkan maklumat daripada orang Islam, berniaga dengan orang Islam, dan menyebarkan pendapat atau pengaruh dikalangan orang Islam... maka jadilah kita semua secara rasminya kera sumbang @_@

Dan secara rasminya gagallah juga laman-laman sosial ni untuk menggantikan Facebook sebab....

1. Berapa ramai di sini yang tak ada kawan berlainan agama?

2. Berapa ramai di sini yang tak berminat untuk mendapatkan maklumat tentang syarikat, produk, idola, atau apa-apa je yang bukan dikeluarkan atau dihasilkan atau beragama Islam?

3. Berapa ramai di sini yang berniaga dengan orang Islam sahaja?

4. Berapa ramai yang tak pernah berkomunikasi dengan orang berlainan agama untuk apa-apa alasan?

... dengan kata lain.. nak tak nak, orang yang daftar untuk laman sosial yang orang Islam sediakan ni terpaksa untuk TIDAK MENUTUP akaun Facebook mereka dan terus menggunakannya selagi mereka perlu menggunakannya.

Kalau laman sosial hasil buatan orang bukan Islam sentiasa digunapakai oleh semua orang tapi laman sosial orang Islam cuma digunapakai oleh orang Islam.... sampai bila baru hasil buatan orang Islam akan berupaya jadi alternatif kepada hasil buatan orang bukan Islam? Jawapannya, tak mungkin, sampai bila-bila pun hasil buatan orang Islam akan menjadi pilihan terakhir dan hanya digunakan pada musim boikot :(

P/S: Kalau semak pembina laman-laman tu memang tak cakap pun yang mereka buat laman tu untuk ganti Facebook jadi tak salah apa yang mereka buat. Cuma apabila ada yang kata laman-laman tersebut mampu ganti Facebook rasa macam.... erk, kau biar betul, bro/sis....

Sunday, April 27, 2014

I am quiet and prefer not to fight but that doesn't mean I could be bullied

No comments:
Quote:
Why are Scorpios always quiet and afraid of Arians?

I notice they are always by themselves and they avoid fights, I always mess with this scorpio and try to ruffle his feathers and mock him trying to see if he'll get physical, I laugh at him and mock him but he just walks away without saying anything.

Source:
https://in.answers.yahoo.com/question/index?qid=20101215042950AA0JDtE

Just because someone is being mean to me, doesn't mean I should react in the same way. I mean, what would I get from that? I love peace and quiet. Verbal fights are exhausting and not fun at all. Most people would get tired if there's no response anyway so that's a plus for not fighting.

I don't get into physical fights though so I don't know what will I do if that ever happen. But, I doubt I will let the bully to bully me for long. If I can defend myself without calling the cops then, I would. If not, I still know my rights.

Friday, April 25, 2014

Some advice about communicating with a quiet person

No comments:
Quote:
So, i have this Scorpio guy friend. He's cool but I notice how we have issues in communicating with each other. I talk to him often, just about random and sometimes serious things. But, most of the time, he's so damn quiet! I dont know why this has happened with most Scorpios I've known! I try my best to have an interesting conversation, but he doesn't seem to put any effort into it! I've talked to him about things that have happened to me and other stuff but he doesn't say much! But when he talks, I listen to him and I actually respond to him, I have even given him advice and I show him that I care as a friend.

I'm not joking, I've even told him that he is soooooo boring!! I tell him he almost puts me to sleep sometimes (not joking here), but he seems to just shrug it off. I get a little frustrated honestly. Sometimes I even avoid him just so I won't have to put up with him! He's even told me he likes to talk with me, even though he is so quiet!.... I don't know what to think when he says that! 

Advice anyone?

Update: I don't understand him when he says he likes talking to me but when we're actually talking, he is so quiet and it bores me! What can I do to make him talk more? I don't want to be mean to him, he really is a nice guy and he respects me, which is sweet!

Update 2: Scorpios, maybe some input from you guys could help!

Update 3: Ummm, I listen to him all the time! And he's the one who approaches me when he sees me! I'm not saying its all about me, ok?? I don't like to be the center of attention. It just seems like he doesn't care about me when I tell him things, but I do have to listen to him when he talks to me about his issues and about himself!

Update 4: Lol, if he really was bored with me and tired of me like you say Dr. Bob, then why does he approach me when he can easily avoid me? I'm not going to go after him, I'm not going to bother him, he is the one who approaches me. and I thought when two people are friends, they are supposed to care about each other. Well, I care about him. And no, I'm no Leo or Libra! Just shows how good judgement you have.

Source:
https://uk.answers.yahoo.com/question/index?qid=20080112124136AAOSRpo

That sounds like me and if he truly acts like me then, I don't think he's lying when he says he like talking to you. Although he doesn't contribute much into the conversation, he can probably enjoy it just by listening to your thoughts and opinions. For a quiet person, even saying just a few words like 'uhuh', 'yeah', 'you're right' and so on here and there, already feels like we have contribute to the whole conversation. It's not him being selfish or uncaring, it's just his personality.

So, yeah... You might think it's boring but I am quite sure that it's not boring for him at all to spend time with you. I have no idea how you can make him talk more since I'm a quiet person myself.

By the way, if he really don't care about you, he would just go away without saying anything or if he's the polite type then he would try his best to make excuses to make you go away or not starting any kind of conversation right away. Since he didn't do that, I'm pretty sure that that is not the case.

If you truly want to know if he pays attention to you or not, how about testing him by asking him or have conversation with him based on the information you have share with him in previous conversations?

P/S: I'm only talkative when I have strong opinions about something or have a lot of knowledge about it. Most of the time though, being neutral or lacking information about the subject makes me feel like not saying anything at all.

Monday, April 21, 2014

Is it usual for Scorpio friends to rarely ever initiate hanging out?

No comments:
Quote:
Just wondering, because I have some Scorpio friends that I have been friends with for years and that is the case with them. They don't really "keep in touch" either. Like they won't spontaneously message me to ask how I'm doing or anything like that. But they will usually hang out if I ask. Or could it be more likely that they secretly don't like me lol? I've never really been given another reason to think that way. And I know my Scorpio cousin never keeps in touch or shows up to family get together s, and when she does she still doesn't make much contact with anyone. But that could be just her. So could this distance be normal?

Source:
https://ca.answers.yahoo.com/question/index?qid=20140101150519AAKmZmJ

Hm, I'm a Scorpio and that sounds like me. Not that I don't care or hate my friends or my family members or anything like that, it's just that unlike most people, I don't have to be around my friends or family members that often in order to feel connected to them. That's why when we finally meet again after years not meeting my friends during polytechnic for example, it feels like we've never stop being friends. Well, at least that's how I feel.

That's also why if my friends or family members call me, want to hang out or need help with something, they shouldn't hesitate to do so. I'd try my best to say yes, most of the time.

P/S: I'm a Muslim and I know that I shouldn't believe in superstition but in this case, I feel like it's not much of superstition but rather a study on how environment affects human personality. I mean, I've read about how moon movement can affect the activity on earth and human psychology. So why not planets too? But as always, these are just some of the things that can affect us, not something absolute like some people think it is.

Sunday, January 19, 2014

Selamat Ulang Tahun Kelahiran Ke-62 Mak!

No comments:
Hari Jumaat lepas, saya dan mak pergi beli telefon pintar baru untuk mak sempena hari ulang tahun kelahiran mak yang ke-62 minggu ni (ya, bukan salah taip, memang kami pergi awal). Muahhh, sayang mak ^____^ Semoga mak semakin sihat, terus gembira, berjaya dan diredhai Allah di dunia dan akhirat!

Selalunya saya pun tak tahu nak beri hadiah apa jadi saya belanja makan je tapi tahun ni nasib baik saya tahu mak dah lama nak buku bertajuk The Lunchtime Trader. Mak cakap buku ni pasal pelaburan Forex. Saya tak minat nak baca. Saya cuma tahu yang mak tak beli-beli buku ni sebab dia malas nak tempah secara atas talian. Nasib baik buku yang saya tempah untuk mak ni sampai sebelum mak pergi India (dua (2) hari sebelum hari lahir dia sebab tu kena sambut awal tu).

Sementara tunggu penjual tu muat turun peta dan set konfigurasi telefon pintar, kami pergi beli kek di Secret Recipe dan makan di KFC. Kalau ikutkan saya, dua-dua tempat ni saya memang tak minat nak pergi. Saya sekarang ni memang kedekut sangat-sangat nak belanja kepada orang belum masuk Islam kecuali kalau terpaksa. KFC memang la milik Johor Corporation tapi sebab perniagaan ni jenis 'franchise', bukan ke pemilik asal (yang belum masuk Islam) ada bahagian dalam pecahan keuntungan yang diperolehi?

Tapi apakan daya... dah mak memang suka kek di Secret Recipe. Hari ni ulangtahun kelahiran dia, jadi tahan je la perasaan kedekut tu untuk satu hari. Lepas tu nak makan di kawasan kedai-kedai makanan bukan 'franchise' di tingkat atas, kaki mak dah sakit. Jadi kena la cari kedai makan di bawah juga. Memang tersilap betul tak cetak dan bawa risalah yang BBCD keluarkan tu. Selalunya saya tak perlu pun risalah tu sebab kebanyakan barang terutamanya makanan memang saya beli dari Kedai Koperasi 1Malaysia, kedai milik orang Melayu/Islam, Petronas, pasar malam atau gerai-gerai orang Melayu/Islam di tepi jalan. Tak apa, ini sebagai pengajaran. Lepas ni memang kena cetak juga.

Tak ingat beli pakej apa di KFC tapi ada ayam goreng, sayur salad tu dipotong dadu tu ('Coleslaw'), kentang kisar ('Whipped Potato', air bikarbonat, burger, kentang dengan keju ('Cheezy Wedges'), dan bebola ayam berkeju. Memang sedap dan agak mengenyangkan. Lepas tu makan kek yang dibeli tadi pula :P

Kami beli dua potong kek (memang kesihatan mak tak membenarkan mak makan banyak kek pun). Tak dapat dinafikan, kek keju Secret Recipe memang sedap. Sepotong lagi kek, Turkish Chocolote Indulgence, namanya kalau tak silap. Er, manis sangat. Entah la. Walaupun memang saya suka manis tahap macam tu, suka coklat, dan suka kekacang, kek tu tak kena dengan citarasa saya dan mak.

Apa pun, Alhamdulillah, kenyang.

Dan Alhamdulillah juga, walaupun kami datang semula lebih awal daripada masa yang ditetapkan, penjual tu dah siap muat turun peta dan set konfigurasi pada telefon pintar tu seperti yang mak inginkan. Model Nokia tapi jenama apa tah, tak ingat. Telefon ni pakai sistem operasi Windows 8. Cantik memang cantik tapi aplikasi yang boleh dimuat turun dari Store tak banyak macam di Google Play Store. Tak kisahlah janji mak puas hati :)

Monday, August 26, 2013

Being Rude and Inconsiderate is OK?

No comments:
Being Rude and Inconsiderate is Ok in China



Hikari's response

Although I do agree with you that in certain situations you don't have to be apologetic, being thankful in all situation is a must.

I would always be thankful for my 1st, 2nd, 10th refill of water at anyone's place/restaurants because they help me to refill my drinks. Who cares whether they do it because of their own initiative or because it's their job? All I know is they DID help me to refill my drink.

When your situation is bad, your bad attitude, lack of gratitude and lack of kindness make it feels worse.

You might think it's okay (for now) because this is happening in China but the problem is, most of them are still not happy anyway once they have succeed and continue these.. so called culture or normality. They shove people out of the way even when they don't have to. They steal other people food even when they have lots of money to buy their own food.

And what makes it worse is that the Chinese immigrants tend to bring this culture to other countries which almost always ends up causing disputes with the locals.

You want prove? http://www.thestar.com.my/News/Community/2013/08/10/Shameful-Raya-tapauing-Community-body-slams-certain-open-house-guests-for-unashamedly-taking-away-f.aspx

So I can't agree with your opinion about this matter. Just because your situation forces you to do so doesn't mean it's right or it's alright.

Oh, furthermore...

“This is a shameful act and not acceptable in our culture,” Ting said, adding that he believed most of these people were educated and from quite well-off families.

Even though he said that, this article proves otherwise. Read the comments too. They're interesting.

http://www.squidoo.com/new-chinese-immigrants-why-are-they-so-rude-

As a Malay (Malaysian refers to citizens of Malaysia, Malay is a race. A person of the Chinese race can be a Malaysian too), I would have to agree with above article. Not all Chinese are like that of course.