Showing posts with label 2. Negara/National. Show all posts
Showing posts with label 2. Negara/National. Show all posts

Wednesday, January 15, 2020

Cadangan Mewajibkan Belajar Bahasa Melayu, Mandarin, Tamil Supaya Adil Adalah Kurang Bernas

No comments:
Selalu juga nampak cadangan "mewajibkan belajar Bahasa Melayu, Mandarin, Tamil" supaya "adil". Malas nak cakap banyak sebab dah banyak yang balas balik beritahu kenapa tu satu cadangan yang tak bernas. Tapi kali ni kena tulis juga sebab sampai sekarang tak nampak lagi yang sebut tentang ni.

Taraf Bahasa Kebangsaan (Bahasa Melayu) Jauh Lebih Tinggi Daripada Bahasa Lain Terutama Bahasa Asing (Bahasa Mandarin, Bahasa Tamil)

Cuba bayangkan negara German. Kau orang Cina dari China (PRC) nak pindah ke sana, nak jadi rakyat sana. Sebelum taraf kerakyatan German diberikan, pastilah ada banyak syarat kau kena patuhi sebelum mendapat kelulusan. Salah satu syarat dia ialah kau kena fasih bahasa German.

Masalah sekarang bahasa ibunda kau ialah bahasa Cina (tak kisah la Hokkien ke, Kantonis ke, janji bahasa Cina) dan kau tak fasih bahasa German.

Kau rasa masuk akal tak, kau nak ugut kerajaan German dan orang German untuk belajar bahasa kau (bahasa Cina) baru kau nak usaha fasihkan diri dengan bahasa German?

Padahal kau orang luar kot. Bukan asal situ kot. Tapi nak buat perangai tak tahu malu dan sombong tak bertempat. Masuk akal tak?

Masuk akal tak kau nak samakan taraf bahasa kebangsaan (German) dengan bahasa asing (Cina/India)?

Kau serius nak guna alasan "supaya adil" dalam perkara ni? Adil apa nama kalau apa yang diminta tu tak masuk akal dan tak kena tempat?

Suka atau tak suka, taraf bahasa Inggeris, Cina dan India jauh lebih rendah berbanding bahasa asal tempatan. Dan dalam banyak-banyak bahasa asal tempatan, bahasa Melayu mempunyai taraf yang paling tinggi di Malaysia.

Bukan sebab kita pandang rendah kepada bahasa lain, tapi sebab bahasa Melayu ialah bahasa yang telah dipilih sebagai bahasa kebangsaan Malaysia. Sebagai bahasa kebangsaan, bahasa Melayu sekaligus adalah bahasa perantaraan, bahasa penyatuan semua kaum di Malaysia. Sama macam di German, UK, Jepun, Indonesia, Brunei, tak kisah kaum apa, bangsa apa, sesama rakyat negara yang sama tak ada masalah untuk memahami antara satu sama lain maka lebih mudah untuk bersatu-padu untuk negara. Kenapa? Sebab semua fasih bahasa perantaraan yakni bahasa kebangsaan negara masing-masing.

Kena ingat, punca utama orang ramai susah nak bersatu-padu ialah manusia secara semulajadinya susah nak percaya orang yang dia tak kenal rapat dan berlainan budaya. Tapi nak kenal rapat dan faham budaya masing-masing macam mana kalau nak berkenalan pun susah, masing-masing bercakap macam ayam dan itik? Kau dengan bangsa kau, aku dengan bangsa aku. Sampai bila-bila pun susah nak bersatu-padu macam tu.

Sebab itu hanya bahasa kebangsaan sahaja yang layak untuk diwajibkan. Bahasa lain memang wajar digalakkan TAPI nak diwajibkan, nak dilayan setaraf dengan bahasa kebangsaan? Tak boleh.

Kalau semua orang terlebih masa, terlebih tenaga, terlebih duit, tak ada masalah. Tapi dengan sumber yang terhad, cara yang paling cermat (yang paling murah/jimat namun berkesan/cekap) ialah kerajaan dan rakyat tumpukan kepada satu bahasa sahaja iaitu bahasa perantaraan. Nak belajar lebih, usaha sendiri. Yang penting, semua rakyat ada satu bahasa yang mereka semua fasih dan boleh guna untuk berbicara antara satu sama lain dengan baik.

Tapi kenapa bahasa Melayu yang dipilih?

Sebabnya mudah saja. Bahasa Melayu memang dah secara turun-temurun digunakan sebagai bahasa perantaraan di sini. Jadi kebanyakan rakyat Malaysia terutama dikalangan Bumiputera memang fasih bahasa Melayu. Jadi buat apa nak buang masa pilih bahasa lain?

Sekian.

Monday, September 28, 2015

Rakyat Malaysia Punca Ambulans Lambat Sampai

No comments:
Sumber: Abdul Rahman Abdul Kadir
https://www.facebook.com/photo.php?fbid=10207883642313752



ANDA PUNCA AMBULANS LEWAT!

Seringkali kita mendengar keluhan dari masyarakat bahawa perkhidmatan ambulans lambat. Rata-rata apabila perkara ini terjadi, masyarakat akan mudah menghukum dengan marah kepada perkhidmatan ambulans hospital kerajaan.

Memang diakui perkhidmatan ambulans kita ada kalanya lambat untuk tiba ke lokasi dan ini menimbulkan masalah serta risiko komplikasi bagi pesakit. Namun tahukah anda apa sebabnya ambulans itu lambat?

Pada hakikatnya, apabila panggilan kecemasan 999 dilakukan, setelah alamat kejadian/pesakit diperolehi, serta merta ambulans akan bergerak menuju ke lokasi. Hampir 90% daripada kes panggilan kecemasan, tayar ambulans sudah mula bergolek (en-route) dalam tempoh kurang dari 5 minit!

Namun, apakah puncanya ambulans lewat tiba ke lokasi? Pelbagai faktor dikenalpasti mempengaruhi masa ambulans lewat sampai ke lokasi.

Masalah kesesakan lalu lintas terutamanya pada waktu puncak seperti 8 pagi hingga 10 pagi dan 4 ptg hingga 7 malam adalah masa di mana ambulans akan lewat tiba. Kenderaan terlampau banyak pada waktu itu dan kesesakan lalu lintas ini sudah semestinya melambatkan masa ketibaan ambulans. Masyarakat Malaysia sering menyalahgunakan laluan kecemasan dan ini memberikan kesukaran bagi ambulans untuk respon pada panggilan. Juga, ramai pemandu yang enggan memberikan laluan terhadap ambulans sekalipun siren dibunyikan. Saya sendiri kurang pasti kenapa ini terjadi. Mungkin mereka mendengar radio dengan kuat hingga tidak dengar bunyi siren atau mungkin juga mereka panik tidak tahu hendak bergerak ke kiri atau kanan. Namun hati saya berat mengatakan ini masalah mentaliti dunia ke tiga. Pernah sekali ketika saya membawa seorang wanita yang mengalami masalah pendarahan luar rahim, kenderaan di hadapan kami enggan memberikan laluan walau arahan diberikan berkali2 melalui pembesar suara. Kadang kala saya wish ambulans saya itu adalah Monster Truck. Tahulah caranya nak mengajar mereka. wink emoticon

Di samping itu, satu lagi punca kelewatan ambulans adalah akibat dari alamat yang diberikan tidak lengkap atau salah. Perkara ini sering terjadi. Terutamanya apabila panggilan ambulans dilakukan oleh pihak ke tiga atau waris panik ketika memberi alamat. Jadi ambulans terpaksa berpusing berkali2 kerana sesat dan menghubungi semula nombor pesakit/waris/pemanggil bagi mendapatkan alamat sebenar. Ini sudah semestinya melambatkan masa ketibaan ambulans.

Penyalahgunaan perkhidmatan ambulans juga adalah merupakan masalah yang besar bagi hospital. Hospital dan klinik mempunyai jumlah ambulans yang tertentu dan apabila ia digunakan untuk respond pada kes2 yang tidak selayaknya menggunakan ambulans, maka bagi kes2 kritikal yang benar2 memerlukan ambulans, mungkin akan terjejas kerana ambulans telah digunakan untuk respond pada kes lain. Acapkali apabila ambulans tiba ke lokasi, kita mendapati pesakit sihat dan boleh berjalan. Tidak perlu pun untuk perkhidmatan ambulans. Mereka membuat panggilan untuk datang appointment hospital, menukar tiub kencing atau Ryles tube, demam yang baru bermula dan sebagainya.

Sememangnya apabila panggilan ambulans dilakukan, kakitangan hospital akan mendapatkan maklumat melalui sebuah sistem soal jawab yang sistematik. Kebanyakan kes tidak kritikal boleh ditapis dengan cara ini. Pesakit akan dinasihatkan utk pergi sendiri ke klinik kesihatan berhampiran. Namun ramai pemanggil yang enggan memberi kerjasama dan memaki hamun apabila soalan2 diberikan. Akibatnya ambulans tetap perlu dihantar kerana khuatir ia merupakan kes yang benar-benar serius. Ini merupakan penyalahgunaan perkhidmatan ambulans.

Kita juga masih menerima panggilan2 palsu yang tidak bertanggungjawab. Apabila ambulans digerakkan utk panggilan palsu ini, kes yang benar2 memerlukan ambulans mungkin menjadi mangsa memandangkan jumlah ambulans kita adalah terhad.

Pihak hospital sentiasa mencari alternatif bagi mengatasi masalah kelewatan ambulans ini. Pernah di hospital lama saya, HKL, ditubuhkan skuad motosikal bagi memastikan paramedik dapat sampai dahulu ke lokasi ketika waktu puncak yang sesak. Namun ia menerima respond negatif dari masyarakat. Malah ada di antara staff kami yang dikasari kerana masyarakat marah. Mereka kata, "Kami mintak ambulans bukan mat rempit." Akibatnya perkhidmatan skuad motosikal ini juga terhenti kerana masyarakat tidak menerima.

Kesimpulan:

1. Masalah kelewatan ambulan adalah merupakan masalah multi-faktorial.

2. Jangan menyalahgunakan perkhidmatan ambulans. Ambulans bukan merupakan perkhidmatan pemandu peribadi anda!

3. Sila jawab soalan2 yang diberikan ketika panggilan 999 dengan lengkap dan sempurna. Bantuan sudahpun mula bergerak ke lokasi anda ketika anda masih dalam talian dengan kami. Patuhi arahan yang diberikan. Ada sebab soalan2 itu ditanya. Dengan memaki hamun kami dan memaksa ambulans hadir tidak akan membantu anda dan kami.

4. Jika anda mempunyai pengangkutan sendiri untuk datang ke hospital, juga pesakit boleh berjalan, sila datang sendiri ke hospital kerana itu lebih cepat (one way) berbanding dengan ambulans (two way).

5. Sila kosongkan laluan kecemasan di jalan2 utama bagi memudahkan kami membantu anda. Sila bertimbang rasa memberi laluan. Mungkin waris anda yang berada dalam kecemasan dan anda punca mereka maut!

Friday, September 4, 2015

BAJET 2016: Mohon peruntukan untuk menaikkan kapal purba di Sungai Batu

No comments:
Baru-baru ni, 30 atau 31 Ogos 2015, Hikari pun dah tak berapa ingat, kecoh pasal kapal purba yang baru dijumpai di Tapak Arkeologi Sungai Batu. Hikari ni bab geografi memang lemah tapi mengikut Encik Google Maps, tapak arkeologi ni terletak di Lembah Bujang, Merbok, 08400, Kedah, Malaysia, berdekatan dengan Muzium Arkeologi Lembah Bujang.


Kalau tengok maklumat daripada Portal Rasmi Jabatan Muzium Malaysia ni, rasanya sahlah alamat yang Encik Google Maps berikan tu.
http://www.jmm.gov.my/ms/muzium/muzium-arkeologi-lembah-bujang

"Muzium Arkeologi Lembah Bujang merupakan satu-satunya Muzium di Malaysia yang mempamerkan koleksi arkeologi yang membuktikan kewujudkan pusat perdagangan antarabangsa dan perkembangan agama Hindu Buddha di Asia Tenggara kurun ke 3 masehi hingga ke 12 masehi. Muzium ini terletak di atas Bukit Batu Pahat, Merbok, Kedah kira 23 km dari Bandar Sungai Petani dibina untuk menjalankan kerja-kerja penyelidikan dan ekskavasi arkeologi serta mempamerkan artifak-artifak protosejarah atau sejarah sebelum islam dari tapak tanah bersejarah di Lembah Bujang."

"Bahan-bahan Arkeologi yang dipamerkan di Muzium ini merupakan artifak-artifak arkeologi yang ditemui melalui kerja-kerja penyelidikan di ekskavasi arkeologi ditapak-tapak arkeologi di sekitar kawasan Lembah Bujang dengan keluasan 400km persegi."

Jadi, apa yang menarik sangat pasal kapal purba yang baru dijumpai tu?
http://www.sinarharian.com.my/nasional/pengkaji-jumpa-ti-nggalan-kapal-purba-1.425464

"ALOR SETAR - Para pengkaji di Tapak Arkeologi Sungai Batu, yang diiktiraf sebagai tapak tamadun manusia tertua di Asia Tenggara,‎ telah menemui beberapa tinggalan kapal purba di sungai kuno yang pernah mengalir di kawasan bersejarah Kedah Tua itu ribuan tahun dahulu."

"Tapak arkeologi Sungai Batu terletak di ladang kelapa sawit berhampiran Sungai Petani, di mana para pengkaji sejak 2009 telah menemui pelbagai monumen yang disahkan berusia seawal 1,900 tahun (110 Masehi)."

"Usianya telah disahkan lebih tua berbanding candi-candi di Borobudur, Indonesia dan Angkor Wat, Kemboja, yang masing-masing dibina pada abad‎ ke-9 dan abad ke-12. "

... Tu dia... patut la ramai peminat sejarah yang teruja! :)

Sayangnya, dalam artikel sama turut menyatakan...

"Mohd Rawi berkata, pengkaji-pengkaji di tapak arkeologi terbabit menemui‎ tinggalan kapal-kapal purba itu kira-kira setahun yang lalu tetapi tidak membuat sebarang pengumuman tentang penemuan itu sehingga kini."

... Aik, dah setahun jumpa tapi masih tertanam di situ? Patut la ramai yang marah. Setakat ni yang Hikari nampak paling lantang bersuara tak puas hati pasal ni ialah Cik Srikandi.

Cik Srikandi mengomel di Facebook
https://www.facebook.com/srikandisejarah/posts/1088646231160601
https://www.facebook.com/srikandisejarah/posts/1089045977787293
https://www.facebook.com/srikandisejarah/posts/1089480007743890
https://www.facebook.com/srikandisejarah/photos/a.498923223466241.118412.496613607030536/1089703427721548/?type=1
https://www.facebook.com/srikandisejarah/photos/a.498923223466241.118412.496613607030536/1090187184339839/?type=1
https://www.facebook.com/srikandisejarah/photos/a.498923223466241.118412.496613607030536/1090373854321172/?type=1

Kalau rajin, baca la. Banyak maklumat menarik yang berkaitan dengan sejarah dan kerja-kerja berkaitan dengan bidang sejarah ada di situ.

Tiba-tiba, esoknya, Hikari dapat maklumat yang Portal Bajet2016 dah dibuka pada 01 September 2015. Aik, macam tau tau je. Memang kena betul masanya :D

#Bajet2016 akan dibentangkan pada bulan Oktober, dan seperti tahun-tahun sebelum ini, kerajaan ingin supaya suara rakyat...
Posted by Najib Razak on Monday, 31 August 2015


Apa lagi.... kumpulan-kumpulan yang minat sejarah memang ambil peluang ni habis-habisan la :D Woohooo, jom ramai-ramai ikut serta!

KALAU ANDA SAYANGKAN SEJARAH MELAYU, MARI BERSAMA KAMI... Mari bersama kami vote untuk kerajaan mengeluarkan duit bagi...
Posted by The Patriots on Thursday, 3 September 2015


Tapi itulah, pautan yang The Patriots bagi tu, pautan muka depan je (https://najibrazak.com/bajet2016/), susah nak cari cadangan seperti yang dimaksudkan dalam gambar tu. Jadi, di sini Hikari letakkan pautan yang lebih... um... sesuai? https://najibrazak.com/bajet2016/search/start/keyword/sungai%20batu/page/0

Yang keduanya, bila Hikari baca komen-komen di Laman Facebook The Patriots tu, ramai rupanya yang tak tahu cara nak mengundi cadangan di Portal Bajet2016 ni. Jadi, di sini Hikari letakkan panduan ringkas k.

LANGKAH 01
Pergi ke https://najibrazak.com/bajet2016/search/start/keyword/sungai%20batu/page/0

LANGKAH 02


Nampak BM | EN tu? Portal Bajet2016 ni boleh dilayari dalam dua (2) bahasa iaitu Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Klik pada BM untuk Bahasa Melayu, klik EN untuk Bahasa Inggeris (English).

Ok, dah puas hati. Klik pada butang merah Berikan Cadangan Anda tu. Nanti keluar macam dalam gambar di langkah seterusnya.

LANGKAH 03


Ada tiga (3) cara untuk daftar masuk (login) iaitu melalui akaun Portal NajibRazak.com, melalui akaun Facebook, dan melalui akaun Twitter. Sebelum Hikari terang lebih lanjut, nak tahu tak kenapa kita kena daftar masuk? Hehehe, tengok LANGKAH 05 kalau tak sabar-sabar nak tahu apa akan jadi kalau tak daftar masuk.

Ok, kembali ke LANGKAH 03 :)

Untuk daftar masuk (login) menggunakan akaun Portal NajibRazak.com, pertama sekali, kena la buat akaun baru (register new account). Tapi sesiapa yang sebelum ni pernah buat akaun untuk Portal Bajet2015, tak payah buat akaun baru dah. Boleh pakai akaun yang sama untuk Portal Bajet2016 ni. Isikan je alamat emel dan kata laluan, kemudian klik butang merah Daftar Masuk tu.

Bagi yang belum pernah mendaftar, tengok di bahagian bawah pautan Terlupa Kata Laluan? tu. Klik pada pautan Belum Berdaftar? Daftar sekarang.. Nanti keluar macam dalam gambar di bawah. Isikan ruangan kosong dengan maklumat yang diminta, tandakan pada kotak Saya bersetuju dengan Terma & Syarat, klik pada butang merah Daftar. Selesai!


Lepas mendaftar (register), tengok bahagian atas Portal Bajet2016 tu. Kalau tak ada gambar mangga (padlock) macam dalam gambar di bawah, maksudnya anda belum daftar masuk (login) lagi. Untuk daftar masuk, ulang LANGKAH 02, isikan alamat emel dan kata laluan, kemudian klik butang Daftar Masuk. Selesai! :)


Hikari tak pernah daftar masuk melalui akaun Facebook, tapi kalau ikut apa yang Hikari baca dalam komen-komen dalam Facebook The Patriots tu, bunyinya macam senang. Buka laman sesawang Facebook (https://www.facebook.com/) terlebih dahulu dan daftar masuk (login) akaun peribadi masing-masing. Lepas tu ikut LANGKAH 01 dan LANGKAH 02. Klik butang Daftar Masuk dengan Facebook tu. Nanti keluar macam di bawah ni... klik je OK.



Untuk daftar masuk melalui akaun Twitter, pun patutnya senang macam daftar masuk melalui Facebook, tapi bila Hikari cuba buat... keluar ralat (error) macam dalam gambar di bawah....


LANGKAH 04
Kalau berjaya daftar masuk (login), nanti keluar la macam dalam gambar di bawah.


JANGAN SEKALI-KALI ISIKAN BORANG INI. Klik je pada butang yang rupanya macam tanda pangkah atau X tu untuk keluar daripada borang ini.

Hikari pesan awal-awal ni bukan sebab apa. The Patriots ajak pergi undi cadangan sedia ada di situ tapi ramai orang SALAH FAHAM pergi isi borang ni, tak undi pun cadangan yang The Patriots maksudkan tu. Isunya sekarang, nak dapatkan perhatian daripada DS Najib untuk bincang pasal peruntukan untuk naikkan kapal-kapal purba ni, kita perlukan JUMLAH UNDI YANG TINGGI, bukannya jumlah cadangan yang banyak. Jumlah cadangan yang banyak tak ada gunanya kalau jumlah undi seciput. Dah faham? Jom ke langkah seterusnya.

Langkah 05
Sekarang pergi (scroll) ke bahagian bawah sekali. Anda akan nampak cadangan-cadangan yang The Patriots maksudkan. Klik pada butang-butang yang Hikari tandakan tu untuk mengundi tanda setuju dengan cadangan-cadangan di bawah.


Kalau keluar mesej macam ni...


...maksudnya, anda belum daftar masuk (login) lagi. Ulang semula LANGKAH 02 dan seterusnya.

Tapi kalau berjaya mengundi, nanti keluar mesej macam ni....


.... Yeeehaaa, dah berjaya!

Anda tak boleh undi cadangan yang sama berulang kali. Kalau cuba juga, nanti keluar mesej macam ni....


... :P

Itu je kot. Selamat mengundi! :)


P/S: Hikari tak habis lagi edit format artikel ni. Nanti Hikari ada masa, Hikari betulkan. Yang penting, isinya dah cukup. Kalau ada yang salah, tolong maklumkan kepada Hikari k.

Wednesday, August 26, 2015

Anda kata anda sayang ibu anda tapi anda panggil beliau betina atau janda sundal. Logikkah?

No comments:
Rakan Hikari kongsi gambar di bawah...

Sumber: Facebook

... Hikari setuju sangat sebab Hikari pun rasa nak tampar orang-orang macam ni mudah-mudahan lepas ni lebih berakal sikit.

Bukan apa, Malusia, Malusial, Banglasia, Bolehland, dan lain-lain gelaran menghina/menyindir sering digunakan oleh pembangkang dan penyokong pembangkang untuk mengejek kerajaan Malaysia. Masalahnya, semua gelaran tersebut didapati dengan mengubahsuai NAMA NEGARA kita iaitu Malaysia. Kalau nak ejek kerajaan Malaysia, ejeklah nama kerajaan Malaysia, yang pergi ejek nama negara sendiri tu kenapa?

Bila mereka yang suka guna gelaran-gelaran buruk ni ditanya samaada cintakan negara, jawabnya ya, tapi dua perkara mudah ni pun tak boleh nak bezakan. Cinta apa namanya macam tu? Cinta tapi tak kenal orang yang dicintai. Sendiri fikir la logik ke tidak.

Kepada yang tak tahu, ni, Hikari nak beritahu...

Apabila kita menyebut tentang kerajaan Malaysia, apa yang difikirkan ialah kumpulan/parti politik yang mentadbir negara, betul tak? Apakah nama kumpulan politik tersebut? Barisan Nasional. Dengan kata lain, nama negara kita ialah Malaysia, manakala nama kumpulan yang memerintah negara kita dengan izin Yang Dipertuan Agong pula ialah Barisan Nasional yang dianggotai oleh UMNO, MCA, MIC dan banyak lagi.

Jadi kalau nak ejek kerajaan Malaysia, pergi ejek Barisan Nasional. Jangan campur adukkan kedua-dua perkara ni. Faham?!

Kalau faham, bagus. Kongsikan dengan kenalan. Kalau tak faham, pergi belajar balik Bahasa Melayu sampai fasih. Jangan menyemak canang 1Malaysia bangga diri KONON rakyat negara Malaysia tapi bahasa kebangsaan negara sendiri tak mahir. <--- Peringatan ni untuk orang Melayu juga ya. Ramai orang Melayu sekarang ni boleh cakap je tapi tak faham bahasa.

Tuesday, August 18, 2015

Masalah Perokok dan 'Vaper'

No comments:
1. TAK SEDAR DIRI/PENTINGKAN DIRI SENDIRI/KURANG AJAR/ADA MASALAH MENTAL

"Jaga diri masing2 hal sendiri udah..banyk agi keja lain buleh dibuat..we all vaperz x pernah nk amik tahu hal org lain isap rokok ka isap puting ka haha..hal anak wa ja wa amik tahu kalu dia nk nyonyot susu keh keh keh"

Yep. Memang kamu ni kebanyakannya jenis tak ambil tahu pasal orang lain. Sebab tu la ramai orang yang tak hisap benda-benda macam tu marah. Kamu cuma tahu cara nak memenuhi nafsu diri sendiri sahaja, perasaan, keselesaan dan kesihatan orang lain buat bodoh je, letak tepi, buat macam tak wujud.

Nak contoh?

Berapa ramai yang hisap di tengah-tengah orang ramai? Orang lain tengah makan, kamu pun makan juga, tapi sambil hisap rokok/vape. Lepas tu asap yang kamu hembus tu kena pada UDARA atau MUKA orang lain.

Dah kamu hisap asap tu masuk mulut kamu, masuk kerongkong kamu, kamu hembus asap kotor tu kongsi dengan orang ramai. Elok betul perangai? Cuba orang lain kumur-kumur dalam mulut jus limau ais lepas tu SEMBUR ke muka kamu, seronok? Wangi dan baik untuk kesihatan tu kalau nak dibandingkan dengan rokok/vape/shisha...

Tu tak cerita lagi perangai buruk dah tak boleh tahan-tahan nak hisap juga di tempat tertutup macam dalam bas. Yang paling dayus, hisap depan perempuan, terutamanya yang sedang hamil. Yang paling kejam, hisap depan anak-anak kecil dan bayi.

PENAGIH TEGAR tu tak reti bahasa pi hisap menatang tu dalam bas. Mak cik di belakang tu terpaksa
guna tudung dia untuk tutup hidung dan akhir sekali baring untuk elak daripada tersedut asap kotor tu.
Sumber: https://www.facebook.com/media.hub/posts/10153552552359861

Bila digelar sebagai penagih, marah. Memang kamu tu penagih setaraf penagih dadah dan arak pun. Bila tak dapat merokok, menyusahkan orang lain je kerjanya, tak boleh buat kerja KONON.... Bila dapat merokok pun menyusahkan orang lain juga kerjanya, pencemaran alam tak habis-habis...


2. KURANG DAYA FIKIR

Bila orang yang tegur para penagih tegar dengan sindiran...

"Cuba orang lain kumur-kumur dalam mulut jus limau ais lepas tu SEMBUR ke muka kamu, seronok? Wangi dan baik untuk kesihatan tu kalau nak dibandingkan dengan rokok/vape/shisha."

... ada yang jawab dengan lawak bodoh, "Air tu kena tukar jadi wap air dulu baru boleh banding. Ini nak banding air dengan asap, mana boleh!". Itu la mak kamu bagi kamu minum susu supaya pandai tapi bila dah besar kamu hisap benda-benda tak guna macam ni, kan dah jadi tak berapa pandai.

Perbandingan tu nak bagitau, kalau kamu tak suka orang melakukan sesuatu yang menyebabkan kamu rasa tak selesa, KAMU JANGAN LA BUAT MACAM TU KAT ORANG LAIN. Itu pun nak kena terang ke? Lembap betul!

Kalau nak banding juga udara dengan udara, kamu suka ke kalau orang lain belahak atau kentut depan muka kamu????? Hisap la lagi banyak-banyak, biar sewel terus. Senang kami nak hantar masuk Tanjung Rambutan. Nak hisap vape ke, rokok ke, dadah ke, kat sana jangan harap. Sewel la kamu di situ sorang-sorang :P


3. SUKA MERENDAH-RENDAHKAN PENDAPAT ORANG YANG TAK MEROKOK

Bila orang tegur kata hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih, memandai je perokok/vaper tegar kata orang yang tak merokok ni pandai cakap je tapi tak faham betapa susahnya nak berhenti merokok. Ye ke?

Ketagih kerja, ketagih membeli-belah, ketagih Internet, ketagih tengok TV, ketagih dadah, ketagih lelaki kacak, ketagih perempuan cantik, ketagih makan, ketagih main 'game', ketagih judi, dan macam-macam lagi. Cuba tanya kepada mana-mana penagih di atas. Susah tak nak berhenti?

Wahai Perokok/Vaper, awak faham tak apa maksud ketagihan?

Secara ringkasnya, ketagih tu maksudnya keinginan yang SUKAR untuk ditahan-tahan dan jika tidak dipenuhi, akibatnya boleh membawa kepada hilangnya pertimbangan diri.

Kalau la senang nak hentikan rasa ketagih tu, tak ada la rakyat Malaysia antara yang paling ramai gemuk di dunia, tak ada la banyak kes cerai-berai berlaku sebab suami/isteri gila kerja, tak ada la banyak kes penagih dadah berulang, tak ada la kes anak-anak moden mengamuk tak boleh hidup tanpa Internet dan banyak lagi.

Jadi tak payah la nak berlagak macam orang lain tak faham macam mana perasaan bila dah ketagih tu. Pendek kata, nak berhenti apa-apa jenis ketagihan pun, HENDAK SERIBU DAYA, TAK HENDAK SERIBU DALIH.


4. TAK NAK MENGAKUI KESALAHAN DIRI SENDIRI/SUKA TUKAR TOPIK

"Kenapa bising pasal A (contoh: vape, rokok) je? Pasal B (contoh: rokok, arak), kenapa tak tegur?"

Berlambak-lambak perkara yang memudharatkan wujud di dunia ni. Bila orang tegur jangan buat perkara buruk A, kamu bising kenapa dia tak tegur perkara buruk B dan C. Kenapa kamu tak buat je benda tu (ingatkan orang lain tentang bahaya B dan C)?

Orang 1 ingatkan pasal A, orang 2 ingatkan pasal B, orang 3 ingatkan pasal C, dan begitulah seterusnya. BEKERJASAMA la menggalakkan yang baik dan menghindari yang tak elok. Ini tak... Kamu harapkan orang A buat semua. Habis tu, kamu buat apa? Goyang kaki je ke? Untuk apa kamu hidup? Untuk jadi biawak hidup? Untuk jadi jantan dayus? Untuk jadi mangkuk hayun?


Catatan tambahan: Hikari tak kata orang yang hisap rokok/vape/shisha dan yang seumpama dengannya, semuanya, perangai hodoh macam yang disenaraikan di atas tapi KEBANYAKANNYA memang @#$%&!!

Thursday, March 26, 2015

Beza ketara antara warganegara Malaysia dengan 'pendatang' yang kurang ajar

No comments:
Ramai orang Cina yang ada kad pengenalan Malaysia marah bila kaumnya digelar 'pendatang' di Malaysia tapi cuba tengok gambar di bawah....



... semua surat khabar dalam gambar di atas ialah surat khabar untuk rakyat Malaysia, kan?

Tapi KENAPA hanya akhbar Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris lebih mementingkan berita berkenaan pemerintah Malaysia? KENAPA akhbar Bahasa Cina SANGAT RASIS sehingga sanggup mementingkan berita berkenaan bekas pemerintah luar negara berbanding berita berkenaan pemerintah Malaysia sendiri SEMATA-MATA kerana pemerintah luar tu orang Cina?

Adakah SEMUA orang Cina di Malaysia ni sebenarnya rakyat China atau Singapura yang menyeludup masuk Malaysia maka lebih kenal pemerintah negara China atau Singapura berbanding pemerintah Malaysia? Kalau begitu, BUKANKAH TEPAT SETEPAT-TEPATNYA kalau kamu digelar pendatang di Malaysia?

#SilaCerminMukaSendiriSebelumNakTuduhOrangLainRasis!

P/S: Hikari tahu ada orang Cina yang tak rasis tapi majoriti? Fikir sendiri la kalau dah sampai SEMUA akhbar Bahasa Cina satu kepala je lebih pentingkan kaum Cina berbanding negara Malaysia. Yang lawaknya, majoriti ni lah yang kuat sangat melaung Malaysian Malaysia tu. Suka sangat tuduh orang Melayu rasis, akhir sekali, jelas.... puak dia sebenarnya yang PALING rasis.

Wednesday, March 18, 2015

Dulu pun cukai, sekarang pun cukai... nama je lain (SST vs GST)

No comments:
2-3 minggu lepas, Hikari menghadiri Taklimat GST. Banyak maklumat dikongsikan dengan para peserta semasa taklimat tu. Di akhir sesi, penceramah tu menyeru supaya semua peserta tolong hebahkan maklumat tersebut kepada orang ramai sebab masih ramai lagi yang tak tahu pasal GST ni.

Tapi Hikari tak kongsi dengan sesiapa pun sebab Hikari ni memang jenis pendiam. Orang tak tanya, Hikari pun cakap apa. Cuma akhir-akhir ni je, Hikari tiba-tiba rajin komen pasal GST di Facebook. Bukan sebab apa... Ada ke patut masih ada yang keliru ingat GST yang kecoh dibincangkan tu, nama penuhnya, 'Government Services Tax'?

Nampaknya betul la apa yang penceramah tu cakap. Memang ramai lagi yang tak faham pasal GST ni. Jadi kali ni, Hikari nak kongsi serba sedikit pasal GST. Lepas tu kalau nak tahu lebih lanjut, rujuk pautan-pautan (link) yang Hikari kepilkan di bahagian paling bawah tulisan ni :)

Apa itu GST?

GST ialah singkatan kepada 'Goods and Services Tax' atau dalam Bahasa Melayu, maksudnya, Cukai Barang dan Perkhidmatan (CBP).

Bilakah GST akan dilaksanakan?

Hari Rabu, 01 April 2015.

Tapi kenapa sekarang pun dah ada GST?

Cuba semak betul-betul resit tu. Singkatan kepada 'Government Services Tax' ialah GST. Singkatan kepada 'Goods and Services Tax' pun GST juga. Dua cukai yang berlainan tu walaupun nama ringkasnya sama.

GST yang kerajaan akan laksanakan 01 April ni ialah 'Goods and Services Tax'. 'Government Services Tax' ialah cukai perkhidmatan yang kita dah lama pakai sejak tahun 1975 sehingga sekarang.

Aik, sekarang pun kita kena bayar cukai ke?
atau... Tipulah, sekarang mana ada kita kena bayar cukai!

Untuk makluman, cukai yang kita gunapakai sekarang ialah Sales Tax and Services Tax (SST) atau dalam Bahasa Melayu, maksudnya, Cukai Jualan (CJ) dan Cukai Perkhidmatan (CP). CJ dan CP ialah dua cukai yang berbeza di mana CJ mula digunapakai di Malaysia sejak tahun 1972 manakala CP mula digunapakai di Malaysia sejak tahun 1975.

Tapi kita tak perasan yang kita kena bayar CJ sebab bila kita beli barang, dalam resit tu tak dinyatakan langsung tentang hal ni. Ini adalah salah satu kelemahan sistem cukai yang kita pakai sekarang. Kadar CJ ni antara 5% hingga 20% atau lebih, ikut kategori barang. Kebanyakan barang dikenakan kadar CJ sebanyak 10%.

klik pada gambar untuk paparan dalam saiz asal


Kita cuma perasan CP sebab bila kita menginap di hotel atau beli makanan di restoran seperti KFC dan PizzaHut, dalam resit tu tulis 'Government Service Tax' (GST) 6%. Dalam laman sesawang rasmi GST, ternyata perkhidmatan kad kredit pun dikenakan CP tapi pada kadar khas (maksudnya bukan 6% la). Hikari tak pakai kad kredit jadi Hikari pun tak pasti berapa kadar CP yang dikenakan untuk perkhidmatan ni.

Apa beza SST dan GST?

SST terdiri daripada 2 cukai yang berbeza iaitu Cukai Jualan (CJ) dan Cukai Perkhidmatan (CP) manakala GST ialah 1 cukai sahaja iaitu Cukai Barang dan Perkhidmatan yang akan menggantikan SST.

Kalau SST, kadar cukai yang dikenakan adalah berbeza-beza mengikut kategori (5% - 20 % atau lebih) dan boleh jadi berlapis-lapis. Berlapis-lapis ni maksudnya, individu atau syarikat mungkin kena bayar cukai yang sama berkali-kali.

Contohnya, sebuah hotel memerlukan barangan seperti katil, almari, rak dan sebagainya untuk menjalankan perniagaannya. Di situ, pihak pengurusan hotel dah kena bayar CJ untuk setiap pembelian. Akibatnya kos perniagaan yang perlu ditanggung meningkat dan cas yang dikenakan kepada pelanggan pun meningkat.

klik pada gambar untuk paparan dalam saiz asal

GST pula, kadar cukainya sama sahaja 6% dan boleh menyelesaikan ketidakadilan pemborong, pembekal/pengedar atau peniaga yang terpaksa membayar cukai berkali-kali lalu mengalihkan kosnya kepada pelanggan. Maksudnya macam ni...

Katakan hotel tadi mempunyai nombor pendaftaran GST. Hotel tu boleh tuntut balik cukai daripada kerajaan. Contohnya, harga meja tepi RM100. Selepas dikenakan cukai GST 6% (RM6), harga yang perlu dibayar oleh pihak hotel untuk mendapatkan meja tepi tersebut ialah RM106. Pihak hotel boleh tuntut balik RM6 tu sebab barang yang dibeli adalah untuk menjalankan perniagaan. Secara automatik, kos operasi perniagaan yang perlu ditanggung oleh pihak pengurusan hotel tersebut dah berkurang. Kalau pihak hotel tu berhati perut dan tak tamak tahap melampau, pihak hotel boleh menggunakan peluang ini untuk mengurangkan kos yang dikenakan ke atas pelanggan. Dua-dua untung.

Sebenarnya banyak lagi kelebihan GST. Boleh rujuk pautan-pautan di bahagian bawah sekali kalau nak tahu lebih lanjut. Hikari malas nak tulis banyak kali benda yang sama.

Habis tu, macam mana nak untung kalau semua dah direkod oleh kerajaan?

Cukai dikenakan ke atas harga jualan syarikat tersebut untuk barangan atau perkhidmatan yang disediakan. Harga jualan ialah harga belian asal + harga tambahan untuk dapatkan keuntungan. Contoh: Beli beg RM100 tapi jual RM200 untuk dapatkan keuntungan (tambahan harga sebanyak RM100). Cukai yang dikenakan ialah 6% x RM200 = RM12.

Jadi apa maksud tak boleh untung tu? Sebelum ni korang menipu untuk elak bayar cukai ke apa?

Boleh blah la. GST belum dilaksanakan pun harga barang dah naik... lepas GST, harga turun? Setakat teori boleh lah...

Ok. Hikari tak faham. Secara teori, kamu dah setuju la bahawa GST ni lebih baik daripada SST, kan? Tapi kamu menolak sebarang perubahan yang kerajaan cuba lakukan samaada baik atau buruk sebab kamu tak mahu peniaga ambil kesempatan?

Er... kamu ni memang tak tahu ke atau terlupa? Kalau bukan pasal GST ni pun, peniaga yang zalim akan terus cari peluang untuk naikkan harga. Tak percaya?

Cuba tengok sejarah harga barangan di Malaysia. Harga minyak naik esok, harga barangan pun automatik naik harga esok. Alasan: harga minyak naik. Tapi bila harga minyak turun? Haram. Tunggu la 10 tahun pun, boleh kira dengan jari berapa kerat je yang sanggup turunkan harga. Alasan: Entah la, 1001 alasan akan dicari untuk elak kena turunkan harga.

Ada sesetengah kata, apa ni, asyik salahkan peniaga je. Kalau dah pembekal atau pemborong naikkan harga, kami nak buat macam mana? Terpaksa la naikkan harga kalau nak untung. Bila peniaga dah kata macam tu, mula la orang ramai tuding jari kepada kerajaan, kenapa tak tegas dengan pembekal dan pemborong?

Nak ambil tindakan apa kalau banyak yang menipu. Nak semak siapa yang menipu pula susah sebab tak boleh semak silang (semak maklumat yang sama daripada sumber yang berbeza untuk mengesahkan kebenaran maklumat tersebut). Inilah salah satu sebabnya kenapa kerajaan nak ganti SST dengan GST yang lebih berkesan, saksama, efisyen dan telus.

Cuma macam biasalah, di awal pelaksanaan apa-apa pun mesti ada kelemahannya. Macam BR1M dulu pun, ramai merungut kena beratur panjang tengah panas terik kutip dalam bentuk tunai tapi sekarang? Semua orang beratur dalam bank nak semak duit dah masuk ke belum je. Kalau tak nak beratur pun tak pe, semak je secara atas talian (online). Penambahbaikan akan dibuat dari masa ke semasa.

Merepek... Kalau harga makin murah selepas GST, kenapa pula hasil kutipan akan jadi lebih banyak?

1. Oit, BUKAN SEMUA barang dan perkhidmatan akan turun harga la. Ada yang akan naik, ada yang akan kekal sama dan ada yang akan turun harga bergantung kepada kategori barang atau perkhidmatan tersebut.

2. Macam dimaklumkan tadi, sebelum ni ramai yang menipu. Cukai yang sepatutnya dikutip lebih banyak tapi cukai yang betul-betul diterima oleh kerajaan, tak sebanyak yang sepatutnya. Apabila banyak yang menipu, banyak la cukai yang tak dapat dikutip = rendah hasil kutipan cukai.

3. Selepas GST dilaksanakan, individu dan syarikat yang lari daripada dikenakan cukai sebelum ni, dah tak boleh nak lari dah. KALAU ada aduan, nak cari bukti senang sebab ada rekod merata-rata. Jadi kalau pengguna bekerjasama dengan kerajaan, lambat laun- tahap pematuhan pembayaran cukai akan meningkat sekaligus meningkatkan hasil kutipan cukai.

4. Tapi kalau mereka terlepas sekalipun untuk bayar cukai hasil perniagaan mereka, mereka tetap kena bayar cukai GST sebab mereka pun pengguna juga.

5. Lagi satu, peniaga-peniaga haram macam tauke kedai judi, pelacur dan sebagainya memang tak bayar cukai. Nak daftar perniagaan pun tak boleh sebab diharamkan di Malaysia. Tapi bila GST datang, mereka pun kena bayar cukai bila beli barang. Inilah salah satu sebab lagi kenapa hasil kutipan akan meningkat.

Ah, lantak la SST ke, GST ke, apa perlunya cukai? Nanti kerajaan rembat semua juga. Rakyat makan habuk.

Setiap tulisan, kata-kata, perbuatan, adalah doa. Berdoalah macam tu selalu, nanti betul-betul kena makan habuk, memang Hikari cuma nak kata, PADAN MUKA.

Selama ni memang hasil pendapatan negara kita adalah cukai. Kerajaan rembat semua? Habis tu mana datang semua kemudahan yang kita nikmati selama ni? Semalam tok, nenek, ayah, mak kita tinggal di rimba pakai cawat je ke? Lepas tu bila kita lahir, Allah SWT ucap Kun Fa Ya Kun, pufff, terus kita dapat segala-gala yang kita ada sekarang? Macam tu? Tolong beringat sikit yang Allah SWT takkan berikan kita sesuatu tanpa kita berusaha untuk mendapatkannya.

klik pada gambar untuk paparan saiz asal


Dulu, susah nak cari orang Melayu rumah batu. Rata-rata rumah orang sekarang automatik adalah rumah batu. Air boleh ambil terus daripada paip rumah, dah tak payah ambil daripada telaga. Bekalan elektrik ada di hampir setiap rumah, tak payah nak pakai pelita macam dulu.

Masa mula-mula merdeka, nak pergi belajar, nak sambung belajar, memang susah. Mak bapa usaha sendiri, sanggup gadai tanah dan apa-apa je harta yang ada semata-mata untuk hantar anak pergi belajar. Sebab tu dulu anak-anak muda lebih menghargai pengorbanan ibu bapa dan belajar bersungguh-sungguh. Sanggup berjalan kaki jauh-jauh semata-mata untuk pergi sekolah. Hujan, badai, ribut, kilat ke apa, redah je. Sekarang?

Ibu bapa pun ramai jenis tak bersyukur tuntut macam-macam kalau boleh nak kerajaan tanggung anak mereka dari bayi sampai dewasa. Tak dapat, maki kerajaan macam-macam. Anak-anak 2x5 la. Orang suruh belajar, dia ponteng/guling. Tak dapat kerja, salahkan kerajaan. Padahal orang luar berebut-rebut cari kerja di Malaysia. Cara halal ke, haram ke, lantak. Janji dapat kerja di Malaysia. Maksudnya apa? Nampak sangat isu sebenarnya ialah banyak anak Malaysia samaada memang tak boleh harap, kaki merungut atau jenis memilih kerja! Kualiti tak tahu lagi dah minta macam-macam.

Lepas tu pasal kereta mahal. Dulu orang Melayu nak ada satu kereta pun payah. Sekarang? Haish, hampir setiap rumah ada kereta. Kadang-kadang tu sampai satu rumah 2-3 biji kereta. Adik, abang, kakak, ayah, mak, semua angkut seorang satu kereta. Dulu kereta mahal, sekarang pun kereta mahal. Tapi dulu ramai tak mampu, sekarang majoriti mampu beli kereta. Kalau tak yang baru, yang terpakai.

Kalau tak mampu juga, ada kenderaan awam. Tapi dulu, nak pergi mana-mana, memang jalan kaki je atau naik basikal atau naik kenderaan awam. Sebab tu perkhidmatan kenderaan awam berlambak-lambak, senang dapat. Sekarang? Sampai banyak syarikat yang menyediakan perkhidmatan kenderaan awam tutup kedai sebab rugi besar, tak laku. Yang masih ada macam hidup segan, mati tak mahu. Kualiti tak payah cakap la sebab nak kejar untung. Bila dah jadi macam ni, yang tak mampu beli kenderaan sendiri atau yang mementingkan alam sekitar, memang la marah. Tapi nak salahkan siapa? Bahagian ni, saham sama banyak je antara kerajaan dan 'rakyat'.

Tindakan kerajaan kurang tepat sebab bangunkan Proton, dan galakkan pembelian kereta. Tindakan 'rakyat' pula tak membantu keadaan bila ramai mulut bising nak perkhidmatan kenderaan awam banyak dan bagus tapi bila masuk bab pelaksanaan, haram. Kalau betul nak, bila ada, naik la kenderaan awam tapi tak... Tak nak naik kenderaan awam yang disediakan sebab LEBIH SELESA naik kenderaan sendiri. Bila permintaan rendah, jangan bisinglah kenapa perkhidmatan tu tak banyak.

Hikari tak bandingkan kemudahan nak dapatkan rawatan dan kosnya dulu dan sekarang sebab Hikari pun tak tahu dulu-dulu macam mana. Cuma yang pasti, sistem penjagaan kesihatan di Malaysia adalah yang nombor 3 (tiga) TERBAIK DI DUNIA pada tahun 2014. Hikari tak faham kenapa ramai juga yang pertikai perkara ni. Bila Malaysia dapat nombor corot, kutuk bukan main. Bila Malaysia diiktiraf pencapaiannya, pun kutuk juga. Hati dah hitam sangat ke apa?

Itu bahagian yang duniawi. Bahagian yang agamawi? Nak belajar agama tak ada masalah. Kalau betul minat nak belajar agama, cari je, mesti ada. Kalau tak minat, bila dah bertaubat, jangan nak salahkan sesiapa kenapa dulu kau tak sedar diri. Kalau kau betul belajar agama, kau mesti tahu yang ilmu agama ni MAK AYAH KAU yang bertanggungjawab sepenuhnya untuk ajar. Jadi sebelum nak salahkan sesiapa, kau marah mak ayah kau dulu kenapa tak ajar atau tak cuba sedaya upaya bagi kau minat agama.

Selain daripada tu, nak solat dengan selesa memang senang, hampir di mana-mana pun ada surau atau masjid. Nak berpuasa pun senang, tak ada sesiapa nak halang. Nak berzakat pun senang, tak payah risau tersilap bayar atau tersilap agih. Nak pergi haji dan umrah pun senang, daftar, kumpul duit, belajar dan tunggu je.

Sebenarnya banyak lagi nikmat yang kita kecapi selama ni cuma Hikari tak ingat je, banyak sangat. Oh, kejap. Baru teringat lagi 1 nikmat penting yang selalu orang Malaysia buat-buat lupa.

Apa tadi? 'Rakyat' makan habuk? Malaysia diiktiraf sebagai salah satu syurga makanan oleh masyarakat dunia. Rakyat Malaysia pula adalah antara yang PALING GEMUK DI DUNIA. Setiap kali ada musibah, rakyat Malaysia tak ada masalah nak sedekah minuman dan makanan sampai tahap kadang-kadang penerima sedekah kena jual balik barang-barang tu sebab dah terima terlampau banyak. 'Rakyat' Malaysia makan habuk? 'Rakyat' mana tu? Nyamuk ke? Kesian nyamuk, kena sembur dengan asap yang busuk tu.

P/S: Hikari tak nafikan masih ada banyak penambahbaikan yang kita boleh buat TAPI janganlah sampai lupa bersyukur (berterima kasih) dengan nikmat dan kebaikan yang dah sedia ada hanya disebabkan marah dan dendam kesumat.

Cukai adalah haram! Orang Islam yang sokong GST ni nanti jawab la depan Allah SWT di Akhirat kelak.

Ooops, tolong elakkan menghukum sebelum semak fakta. Jangan nampak je perkataan cukai tu, terus nak label penyokong GST ni macam-macam.

Pertama sekali, Hikari nak ingatkan, dari dulu sampai sekarang memang sumber pendapatan majoriti negara yang wujud di dunia masakini termasuk negara kita dan banyak negara Islam yang lain adalah cukai samaada secara langsung atau tak langsung. Dan, setakat yang Hikari tahu, hukum mengenakan cukai ke atas rakyat adalah HARUS (http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-kebangsaan/kajian-terhadap-cukai-barangan-dan-perkhidmatan-gst).

Tapi Hikari tak nak bertekak. Katakanlah hukum mengenakan cukai ni sememangnya haram. Nak tak nak, sekarang pun kita dah kena bayar cukai SST. Kalau menolak GST, maknanya kamu sokong SST. Memanglah kamu kata tak sokong cukai langsung tapi macam Hikari nyatakan tadi, dari dulu sumber pendapatan negara kita memang adalah cukai. Kamu ingat kerajaan Malaysia akan tiba-tiba hentikan kutipan cukai ke? Mustahil.

Jadi pilihan apa yang kita ada sekarang? Tolak SST dan terima GST atau tolak GST dan terima SST. Itu sahaja. Sila baca balik tulisan Hikari dari mula sampai awal. Kalau malas nak buat perbandingan penuh antara SST dan GST, bandingkan kadar cukai GST yang hanya 6% dengan SST yang kebanyakannya 10% pun dah cukup. Kalau dua2 pun haram, bukankah kita sepatutnya pilih yang lebih ringan kesannya?

Jadi sebelum nak menuduh yang bukan-bukan, tolong hadam maklumat ni dulu. Kalau masih rasa SST lebih baik daripada GST, Hikari tak boleh nak kata apalah. Masing-masing ada pandangannya yang tersendiri.

Macam mana nak buat aduan kalau ada peniaga yang menaikkan harga sesuka hati?

Sila ke http://eaduan.kpdnkk.gov.my/ untuk buat aduan.



Sumber maklumat
http://gst.customs.gov.my/ms/ (Laman Sesawang Rasmi GST - Versi Bahasa Melayu)
http://gst.customs.gov.my/en/ (GST Official Website - English Version)
Taklimat GST yang dihadiri
http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-kebangsaan/kajian-terhadap-cukai-barangan-dan-perkhidmatan-gst (Fatwa JAKIM tentang GST)

Buku Panduan Rasmi GST (e-book)
http://gst.customs.gov.my/ms/rg/SiteAssets/general_guides/Panduan%20Umum%2028102013.pdf (Bahasa Melayu)
http://gst.customs.gov.my/en/rg/SiteAssets/general_guides/Handbook%20Vol1%2002092014%20Master.pdf (English)

Lain-lain artikel menarik
http://www.asyrafzabani.my/apa-itu-gst-implikasinya/
http://anaknogori-zumna.blogspot.com/2014/11/gst-vs-sst-apakah-yang-sukar-difahami.html
http://free2talk2me.blogspot.com/2014/04/gst-satu-penjelasan-ringkas_23.html

Friday, January 16, 2015

Akhirnya isu pasal tak boleh pakai baju kurung ni dah selesai

No comments:
Gambar di bawah tak ada kena mengena dengan isu tak boleh pakai baju kurung di sekolah tu tau. Letak sini sebab comel je tengok Wonder Girls pakai baju kurung semasa mengadakan persembahan di Malaysia <3

Sumber maklumat

Kembali ke topik asal, Hikari tak faham. Setiap kali ada isu macam ni, mesti susah nak cari balik artikel yang asal, yang mula-mula sekali tu. Yang ada cuma artikel balas. Siapa ada pautan (link) artikel asal?

Hikari cuba cari di Google, tak nampak pun artikel asal. Dah la tajuk penuh dan tarikh artikel tu diterbitkan pun Hikari tak ingat. Yang Hikari ingat pasal artikel tu cuma 'dilarang pakai baju kurung di sekolah'. Cari punya cari, akhirnya jumpa la sedikit maklumat di http://www.sentiasapanas.com/2015/01/pelajar-sekolah-dilarang-berbaju-kurung.html#axzz3Oy6hYeAn.

Memetik kenyataannya dari portal The Rakyat Post, “Anak saya berpindah ke sekolah ini kerana lokasinya terletak di laluan ke tempat kerja saya.

Tapi bila Hikari cari dalam The Rakyat Post, tak jumpa pun? Ke Hikari yang tak pandai cari? Atau, dia maksudkan yang ini, http://bm.therakyatpost.com/berita/2015/01/14/hanya-kerana-berbaju-kurung-anak-dihalang-masuk-kelas/?~_~ Hikari rasa macam artikel asal tu tak ada ulasan Menteri. Ke, Hikari yang tak ingat? Rasa macam menyesal pula tak simpan pautan (link) ke artikel asal tu. Kalau ada, kongsi, eh... Terima kasih...

Hikari cari artikel tu bukan sebab apa. Hikari cuma nak sahkan semula apa yang Hikari baca. Sekarang ni Hikari tengah ingat-ingat lupa.

Kalau tak silap, isu ni timbul selepas si bapa buat aduan. Anak dia baru pindah ke sekolah tu. Sebelum ni belajar di tempat lain dan memang anak dia pakai baju kurung. Tak pernah jadi isu. Tapi apabila masuk sekolah baru tu, pelajar tu ditegur dan dihalang masuk ke sekolah sebab katanya, melanggar etika pakaian yang ditetapkan sekolah. Hanya pelajar Melayu je dibenarkan memakai baju kurung. Cikgu tu siap suruh bapa pelajar tu belikan baju baru (seragam pinafor) untuk anak dia. Kalau tak cukup duit, sila minta BR1M.

Orang Malaysia yang baca mesti rasa pelik, kan? Sejak bila pelajar bukan Melayu dilarang pakai baju kurung ke sekolah? Lepas tu, tak tahu pula Hikari yang selama ni baju seragam skirt tu ada nama. Pertama kali Hikari dengar perkataan 'baju seragam pinafor' :D Pengetahuan baru ni. Akhir sekali, minta BR1M untuk beli baju baru? Tarikh akhir mohon 31 Januari 2015. Dapatnya lagi la lambat. Habis tu sementara tu pelajar tu tak payah pergi sekolah ke?

Bukan la Hikari nak sokong bulat-bulat bapa pelajar tu. Pihak sekolah belum jawab lagi waktu tu. Tapi kalau betul la polisi sekolah atau kementerian macam tu... :(

Sebelum pihak sekolah sempat jawab, Menteri dah jawab untuk bahagian dia. Katanya polisi kementerian memang tak melarang pelajar bukan Melayu untuk pakai baju kurung. Ok, dah terjawab satu perkara. Maksudnya sekarang ni tunggu sekolah jawab je.

Lagi sekali, sebelum sempat pihak sekolah jawab, dah ada yang datang membela. Cikgu disiplin tu kata...

Sebelum komen fikir dulu, cikgu bukan bodoh nak halau budak tu. Kebanyakan budak non-Muslim pakai baju kurung tak pakai singlet so nampak lah baju dalam mereka.

Tak pakai tudung kan. Sangat menjolok mata. I cikgu disiplin so I taulah trend pelajar. Baju kurung + tudung memang sopan. Tanpa tudung sangat jarang!

Ramai yang marah tadi terus tiba-tiba terdiam. Kata mereka, betul juga. Tapi pada Hikari, komen ni tak sesuai untuk disokong pada waktu tersebut. Maksud Hikari, apa yang dia komen tu tak salah. Memang betul. Tapi sebab tu la waktu Hikari belajar dulu pun, tak kisah la pakai baju apa pun, memang cikgu akan periksa. Tak pakai baju dalam ke, tak pakai singlet ke, tudung singkat sangat ke, skirt pendek sangat ke, semua tu cikgu periksa untuk mengelakkan situasi yang menjolok mata tu. Tapi tak ada la sampai nak buat polisi larang terus pemakaian baju kurung. Apa yang orang marah sekarang ialah pasal polisi tu. Komen ni tak menjawab kenapa polisi macam ni boleh dikuatkuasakan padahal dah jadi kebiasaan untuk orang Malaysia tanpa mengira agama untuk pakai baju kurung.

Akhirnya, pihak sekolah tu pun jawab (http://www.sinarharian.com.my/semasa/baju-kurung-pelajar-salah-tafsir-arahan-sekolah-1.350899). Ha, rupa-rupanya polisi macam tu tak wujud pun. Cuma salah faham. Cikgu tegur pasal cara pakai baju kurung tu tak senonoh tapi pelajar dan bapa pelajar tu faham lain. Apa pun kes ni kira dah selesai. Alhamdulillah :)

Thursday, October 2, 2014

Setiap kali subsidi minyak dikurangkan, ramai orang hilang kewarasan

No comments:
Saya bukan orang yang kaya-raya. Nak belanja pun kena catu-catu selalu. Saya pun tak suka bila harga barang mahal tapi...

Saya tak nampak kenapa ada orang menuduh Perdana Menteri dan BN sebagai tidak menepati janji. Bukan ke dari awal lagi Perdana Menteri dah umum kata nak struktur dan selaras balik perbelanjaan negara? Jadi kenapa ramai orang buat-buat hairan kenapa subsidi minyak asyik diturunkan secara berperingkat? Mereka ingat kerja rasionalisasi dan penyelarasan semula perbelanjaan tu kerja yang sekali buat terus siap ke?

Kalau ada apa-apa yang saya tak puas hati pasal ini ialah... boleh tak Perdana Menteri berhenti bagi kejutan demi kejutan yang tak menggembirakan ni? Susah sangat ke nak maklumkan awal sikit atau bagi je siap-siap jadual pemotongan subsidi minyak secara berperingkat untuk tahun 2014 dan 2015 supaya orang ramai boleh rancang perbelanjaan masing-masing? Tak payah la buat pengumuman demi pengumuman setiap kali subsidi minyak ditambah dan dikurangkan. Banyak isu lain yang lebih penting berbanding minyak tu. Bosan la tengok orang ramai meroyan.

Yang kedua, ramai orang salahkan kos minyak sebagai penyebab kos barang meningkat. Er, habis tu kenapa bila kos minyak turun, harga barang tak pernah turun? O_o Kenapa terlalu ramai orang salahkan kerajaan sahaja tapi jarang nak salahkan pemborong, pembekal dan peniaga sekali? Dulu zaman Pak Lah, harga minyak Ron95 pernah naik sampai RM2.70. Sekarang harga minyak masih rendah berbanding waktu tu tapi kenapa harga barang masih sama malah banyak yang meningkat berbanding waktu tu? Kenapa tak murah berbanding waktu tu?

Secara amnya, saya sokong tindakan Kerajaan Malaysia yang menurunkan subsidi minyak secara berperingkat namun dalam masa yang sama meningkatkan subsidi-subsidi untuk perkara lain seperti kesihatan, pendidikan dan sebagainya juga secara berperingkat. Tetapi, saya pun tak puas hati dengan kegagalan kerajaan untuk membendung pemborong, pembekal dan peniaga yang tamak daripada menaikkan harga sesuka hati setiap kali subsidi minyak dikurangkan :(

Saya harap Kerajaan Malaysia membuat penambahbaikan untuk menghalang mereka ni. Mungkin buat hebahan besar-besaran supaya rakyat memaklumkan kepada pihak berkuasa jika ada mana-mana pihak yang naikkan harga selepas pengumuman pengurangan subsidi tu dibuat terutamanya di peringkat pemborong dan pembekal.. peniaga ni kadang-kadang bergantung kepada pemborong dan pembekal je. Kalau dah pemborong atau pembekal naikkan harga, mereka nak tak nak terpaksa naikkan harga juga.

Ooops, kejap. Baru teringat. Itulah sebenarnya tujuan GST. Untuk halang pemborong, pembekal dan peniaga letak harga sesuka hati :P


Pandangan menarik daripada pengguna Facebook berkenaan isu ni

ANTI Semua Salah UMNO - ASSU
https://www.facebook.com/ANTISemuaSalahUMNO/photos/a.308676682478341.85496.308257822520227/873032142709456/?type=1

Azman Hussin
https://www.facebook.com/azman.hussin.7/posts/741371492611663

Master Freddy
https://www.facebook.com/x.political.violence/posts/300776756793509

Progerak
https://www.facebook.com/PersatuanProgerak/posts/836596443037637

Shah Sovi
https://www.facebook.com/shahrin.sovi/posts/10152427842045875

Tai Zee Kin
https://www.facebook.com/taizeekin/posts/10152678771890306

William Cheah
https://www.facebook.com/william.cheah.5/posts/10203585009120541
https://www.facebook.com/william.cheah.5/posts/10203586280312320


Pandangan menarik daripada penulis Blog berkenaan isu ni

Kerajaan Dah Macam Tu, Rakyat Pun Satu Hal
http://mymediahubonline.blogspot.com/2014/10/kesan-kenaikan-harga-minyak-sindiran.html

Yes to no petrol subsidy
http://english.astroawani.com/news/show/yes-to-no-petrol-subsidy-45620

Wednesday, September 17, 2014

You want to know why SOME 'Malaysian' Chinese are called 'pendatang' in Malaysia?

No comments:
I have mentioned before in my post that when Malaysians especially the Malays call the Chinese as 'pendatang', most of the time, they are not being racist. You want to know why? Look below. This is just ONE of the MANY MANY examples!

Which hole did you come from? This has been going on since LAST YEAR! And watch your mouth.. er, hands! How dare you call this practice a DISGRACE and RIDICULOUS?! Yeah, it's not a norm in our country YET but since the effect is great to raise patriotic spirit when implemented in other countries like Thailand, why not do it in Malaysia too? So again, which hole did you come from? Don't say Malaysia, because I don't see you as a Malaysian YET!

Doesn't mean to demean Negaraku? Right... Is that why you call the act of respecting the national anthem a disgrace? Is that why you are ashamed to show off how patriotic Malaysians are to others?

THIS is the type of Chinese the Malaysians had in mind when they are calling some of the Chinese as 'pendatang'. These people want to be called Malaysians, want to be accepted as Malaysians, BUT they act like a foreigner (pendatang)! But most foreigners are more polite and respectful to this country compared to them. So not only do they act like a foreigner, they are bloody rude foreigners as well! The only reason this is played out as a racist issue is so these very same people can shut people mouth from calling it as it is.

So people, please remember this. While money is important, non patriotic rich people are NOT important enough to be considered as citizens of ANY nation. That's why some Chinese are called 'pendatang' even though they're rich and 'well-educated' while other Chinese are accepted as Malaysians without any problem.

And that is also why Malaysian Chinese shouldn't automatically feel offended when some of your Chinese idols, family members, friends or acquaintances were called 'pendatang' and asked to leave Malaysia. The word applies to the individual, not all of you. When people call Mr. Chong Chieng Jen a 'pendatang' and tell him to leave the country, they are NOT referring to Malaysian Chinese. While racist Malaysians who hate all Chinese in general do exist, they're very small in percentage compared to the percentage of non-racist people who just hate this specific type of 'pendatang'.

By the way, I do know that the number non-patriotic people regardless of race in Malaysia are steadily on the rise. BUT, based on how many similar cases came up lately and constantly done by the same group of people, I think it's safe to say that this is the reason why a lot of Chinese are considered as the rude and unwanted foreigners compared to people of other races (who are not Aboriginals) in Malaysia.

Another important thing to note is that, while it's true that non-patriotic Malays and other Aboriginals like the Iban, and Kadazan are not attacked with the word 'pendatang', it is simply because they DID NOT came from somewhere else (don't say Indonesia, it only shows how much you DIDN'T know about Austronesian people). Do NOT think even for a second that they're treated like they're above non-Aboriginals when it comes to things like this. These Aboriginal people are simply known as 'penderhaka' or traitors by Malaysians.

If you still don't get it, being called a 'pendatang' is the same as being called 'penderhaka' and people call you that because you're not loyal to Malaysia. It has nothing to do with race, tribe, whatsoever. The end.

Thursday, September 11, 2014

Racist thought people have of The Chinese is that they are 'pendatang'? Are you sure?

No comments:
Link to the original video:
http://www.youtube.com/watch?v=rzpl_LhPmtE (Are Malaysians Racist?)

My thought on this:

While I was watching the video, I keep on wondering.. why did they choose 'pendatang' as a racist comment for the Chinese? Because as far as I know, the prejudice people have of the Chinese is that they're greedy, 'diberi betis, nak paha' kind of people, and money is their God, they would do anything for money including cheating. I'm not saying that all or most of them are like that but if anyone is to say anything racist about the Chinese, it would be those, not 'pendatang'.

But if they want to choose that word anyway, why not use the same remark for the Indians? We know that both Chinese and Indians mass migrated to this land during the colonial era. so why they didn't use 'pendatang' for BOTH Chinese and Indians?

And then there is that fact where lots of people from Bangladesh, Vietnam, Philippines and more, live in Malaysia nowadays but no one insult them with the words 'pendatang'. How do you want me to believe that the word 'pendatang' is a racist remark only used on the Chinese? If that's true, then you have to wonder why Malaysians are okay with other people, can accept them no matter what backgrounds EXCEPT for the Chinese, isn't it?

Well, that's going to open another can of worm which I'm not going to elaborate right now because that's not the point of this post. But to put it simply, I know for a fact that IF anyone especially Malays ever insult some of the Chinese as 'pendatang', most of the time, it has nothing to do with them being racist.

So yeah, I agree with Azmi Arshad that it's very suspicious on why they specifically choose that word on that video. Read his full comment below.



Title:
VIDEO KILLED THE RADICAL STAR

Link to original article:
https://www.facebook.com/azmi929/posts/645878122199661?fref=nf

What he wrote:
I wouldn't blame any of you for calling me a cynic. Sorry to pour cold water down your pants but the Are-Malaysians-Racist video is Opposition propaganda playing on sentiments as usual. I tried to squeeze a tear from my eye just like I tried to do when Lim Kit Siang burst into tears (when he claimed DAP were not allowed to use the Rocket logo for the elections), when Lim Guan Eng gave a comforting hug to a lady family member of a PPS member detained by Police and seeing a huge photo of Wan Azizah feeling ‘hurt’ by Haji Hadi Awang.

Azmi you racist, why the hell are you so cynical? Why can’t you just see the positive side regardless of who made the video? *sighhhh *

First of all, I commend all those in front of the camera. Syabas to them. Nobody in their right mind would utter derogatory remarks towards another race when requested by a stranger in a room and even more so when suspiciously offered money for it. (The nasty and racist comments we see in FMT, TMI, MKini and FB are a different story of course).

Well, let me just highlight some of the clues:

1. Marina Mahathir is excited by the video. Note: Marina is a Bersih supporter, Comango supporter and a pro-LBGT activist.

2. Marina Mahathir says “Take that all you racists!” (Actually who is she talking to specifically?) Note: That’s Opposition speak. Liberals and anti Malay institutions tend to shout out ‘racists’ to (supposedly) ‘racists’ (even to those who are not racists). Lim Guan Eng and other DAP leaders talk the same way.

3. The title of the video is “Are Malaysians racist?”. Note: ‘Malaysians’. I’ll come back to this later.

4. Participants reject money offers to utter racist remarks – Really… Would you have accepted the offer?

5. Malays are lazy / bodoh, Chinese are pendatang and Indians are pemabuk / smelly – Really seriously? ‘Lazy’ and ‘smelly’ are everyday words and are obviously not attributed to their heritage. They are however trying to make ‘pendatang’ taboo. Back to this later also.

6. PKR communications director Fahmi Fadzil tweeted that he cried at the 3 minute mark. MMO even showed a screenshot of his tweet. Another attempt to make you reach for tissue. Note: PKR.

7. DAP Bukit Mertajam MP Steven Sim said he loved the video. Note: DAP.

8. The video is publicised by Malay Mail Online with all the accolades. MMO is of course another pro Opposition TMI. (MMO’s anti malay Sacred Cowlumnist Erna Mahyuni has blocked me on Twitter and Facebook).

Yes the video smells (pardon the pun) of Opposition. Then you tell me in the words of PPS chief Phee Boon Boh: SO WHAT? SO WHAT?

Sabar. Sabar. Don’t get emotional. Remember that Lim Guan Eng’s ‘touching’ speech in the last elections was also a tear jerker and I didn’t fall for it. I don’t know about you guys but whenever the Opposition comes up with anything touching I feel like I’m being touched in the wrong places.

Okay, my take on this Dappywood drama:

(a) Notice that they are trying to portray that Malaysian individuals are not racists. Why? Well, if the man on the street is not uttering racist remarks then who needs the SEDITION ACT / AKTA HASUTAN? Repeal it! (The timing of the release of this video is also pretty uncanny). Don't even dream of bringing back the ISA of course.

(b) One other thing then… if the people are not racist then WHO is racist? After all, Opposition leaders and supporters are wailing racism all over the media. If not Malaysian citizens on the street, who then are they accusing of being racist? Siapa lagi… the Government, UMNO, ISMA, PERKASA, JAKIM, JAIS, UiTM and PDRM lahhhh. The Opposition have never dared to say that Malays are racists (and indeed we are not). Whenever the Malays voice out strongly against DAP provocation, DAP leaders and supporters will falsely attribute the dissenting voices to the Malay/Islamic institutions (Radicals! Extremists!). They refuse to acknowledge that these Malay insitutions are the voices of the Malay population (save those ultra supporters of DAP, PKR and PASMA of course).

(c) They want ‘PENDATANG’ to be eradicated from our vocabulary because of its historical truth. I would not call a fellow Chinese friend pendatang to agitate him or to insult him. My great great grandfather was a pendatang. That doesn’t mean, however, that I should not be allowed to use the word ‘pendatang’ in the right historical context (as did the ISMA president, who was then wrongly charged for sedition). Using the word should not automatically make me a racist. I won’t accuse you of being racist if you call me bodoh and lazy although I can’t guarantee my good friend Ramesh Rao Krishnan Naidu won’t punch you in the face if you call him smelly. In fact I’ll punch you too to defend the integrity of my Indian friend but we won’t call you racist.

(d) By the way, it’s not okay to utter derogatory remarks (bodoh, lazy, smelly, pemabuk) but why should it be okay to utter expletives? Maybe they want the youth to have greater freedom of speech or maybe it’s just to add drama. One day a policeman may no longer be allowed to arrest a traffic offender for the latter saying "Eff you" to him after being handed a speeding ticket. (Some of you have read about bro Hassan Melayu's reaction towards a bangsat who swore at a policeman recently and ended up in an ambulance. One chap was also penalised for writing 'Pu..mak' on his summons for the benefit of the policeman who cited him).

Also don’t be surprised if the next video is a bunch of DAP Chinese selected at random expressing their love for Raja-Raja Melayu. Even I would have to grab a tissue. (If the producers want to impress me, have a video asking the Malays in Penang and Selangor whether DAP leaders and supporters are racist).

(P/S – Since some people like to take things literally I have to qualify to say that I do have a few DAP friends who are not racist. A few also are merely misinformed or misled by DAP leaders).

‪#‎KekalkanAktaHasutan‬ ‪#‎KembalikanISA‬




Even though I feel uncomfortable and suspicious of this video, I think it's a great video if we just accept it on face value. We should make and share more videos like this especially during Merdeka celebration day and Malaysia Day :)

I think it would be very interesting if we also include other Bumiputeras like The Semai, Jakun, Bajau, Dayak and Kadazan and make it Hetalia style :D

Friday, July 11, 2014

Benci Kerajaan ke Benci Negara?

No comments:
Baru-baru ni ada orang kongsi di Facebook gambar tadika Pasti di mana bendera Malaysia dipasang terbalik.

Selama ni yang saya nampak yang pegang atau pasang bendera terbalik ni selalunya masa protes je kepada Kerajaan. Mereka kata mereka tidak puas hati dengan Kerajaan Malaysia tapi masalahnya Jalur Gemilang tu lambang negara BUKANNYA lambang Kerajaan yang memerintah.

Cuba kalau Malaysia ni diperintah oleh PAS atau PKR selepas ni (contoh je, minta dijauhkan). Bukankah maknanya pentadbir negara telah berubah daripada BN ke PAS/PKR? Tetapi adakah Malaysia berubah jadi MalaPAS atau MalaPKR? Tidak, kan? Malaysia tetap Malaysia.

Setiap kumpulan politik masing-masing dah ada bendera dan logo tersendiri. Kenapa tak guna yang tu? Dengan kata lain bila buat macam ni bukannya menghina Kerajaan yang memerintah tetapi negara sendiri. Tak betullah buat macam tu. Mana semangat patriotik kalau negara sendiri sanggup dihina? Mana kesetiaan kepada Malaysia?

Ini bukan isu BN atau PR sebab dua2 pun warganegara Malaysia. Ini isu, kalau tak setia kepada Malaysia, layak ke jadi warganegara Malaysia?

Jadi apabila ditegur pasal hal ni, tak payahlah mengejek, saya/kami ada kuasa ke nak buat camtu? Ada ke tak de, soalannya perbuatan tu betul ke salah? Kalau salah, apakah tindakan yang wajar diambil kepada penderhaka negara?

Penjara? Aik, dah hina Malaysia lepas tu dihukum supaya dapat makan dan tempat tinggal yang ditanggung percuma oleh rakyat Malaysia pulak? Banyak cantik! Benci Malaysia, minta la ehsan daripada negara lain yang lebih baik. Tinggal di sini pun buat menyemak dan menyakitkan hati orang je.

Ada pula yang selepas ditegur, komen balik. Menyindir melalui gambar-gambar yang dikongsi di mana DS Rosmah pegang gambar bendera terbalik, balai polis pasang bendera terbalik, dan yang seumpamanya.

Ok, la. Yang ini saya terima sebagai teguran membina. Saya tak pernah tengok gambar-gambar yang dikongsikan ni sebab tu saya tak terfikir bahawa ada kemungkinan besar juga orang yang buat ni sebenarnya tak ada niat buruk. Ini cuma kes perangai tak senonoh, kerja sambil lewa, cuai buat kerja. 

Mungkin tak sampai tahap perlu dibuang taraf kerakyatan tapi tetap perlu ditegur dengan tegas sebab ini bukan isu kecil. Kalau dibiarkan, rakyat Malaysia akan semakin terhakis semangat patriotiknya. Jadi tak kisah la siapa yang buat, DS Rosmah ke, polis ke, rakyat yang merusuh ke, semuanya perlu ditegur dan diambil tindakan tegas jika menghina Malaysia tak kisah la dibuat dengan sengaja ataupun tidak.

Bezanya cuma dari segi hukuman yang dikenakan. Itu je. Sekian.

Thursday, July 10, 2014

Orang Melayu Pun Pening Lalat

No comments:
Hari tu DS Najib kongsi gambar mengatakan Bahasa Melayu ialah bahasa kelima paling banyak digunakan di seluruh dunia. Banyak la soalan yang keluar. Bila baca komen-komen di Facebook tu, barulah kutahu, ramai rupanya yang pening lalat pasal isu ni termasuk la orang Melayu.

1) Mana ada Bahasa Melayu, Bahasa Malaysia adalah. 

Ya, kalau merujuk kepada nama subjek yang diajar di institusi pengajian di Malaysia, itu memang betul. Dulu subjek Bahasa Melayu tapi sekarang dah tukar nama subjek jadi Bahasa Malaysia. Tapi yang DS Najib cakap tu merujuk kepada Bahasa Melayu secara keseluruhannya yang bukan sahaja digunakan di Malaysia tetapi di Brunei, Singapura, Indonesia, dan negara lain.

Jadi logik ke kalau DS Najib nak kata Bahasa Malaysia bahasa kelima paling banyak digunakan di dunia? Rakyat Malaysia tak lebih 40 juta orang pun, nak dapatkan tempat ke-20 dalam carta bahasa yang paling banyak digunakan di dunia pun mesti tak lepas punya.

2) Bahasa Indonesia bukan Bahasa Melayulah!

Er, dari satu segi memang betul. Bila sebut Bahasa Indonesia, merujuk kepada bahasa kebangsaan negara Indonesia manakala Bahasa Melayu pula merujuk kepada bahasa milik etnik Melayu. Tapi sila semak perlembagaan negara Indonesia.

Bahasa rasmi negara Indonesia ialah Bahasa Melayu dialek Riau yang dinamakan semula sebagai Bahasa Indonesia untuk mengelakkan persengketaan dan untuk meningkatkan semangat patriotik dikalangan rakyat Indonesia tanpa mengira perbezaan etnik dan agama. Jadi dari situ pun dah nampak bahawa Bahasa Indonesia terhad kepada penggunaan Bahasa Melayu di Indonesia atau yang digunakan oleh warga Indonesia atau mereka yang bertutur dalam Bahasa Melayu menggunakan dialek terkenal di Indonesia.

Dengan kata lain, Bahasa Indonesia bukan Bahasa Melayu tetapi ialah salah satu versi atau cabang Bahasa Melayu. Jadi nak tak nak, bila dikatakan bahawa Bahasa Melayu adalah yang kelima paling banyak digunakan di seluruh dunia, memang pastilah penggunaan Bahasa Indonesia pun dikira sekali.

3) Mana ada istilah Bahasa Malaysia, bahasa ialah mengikut etnik sahaja!

Siapa kata tak boleh? Peraturan mana kata tak boleh? Tu Indonesia buat ok je, kenapa Malaysia tak boleh?

4) Tipu! Bahasa Melayu bukan nombor 5 la tapi corot menurut Pak Google.

Ya, agak meragukan sebab kalau kita baca artikel yang ditulis Mat Salleh, paling tinggi pun Bahasa Melayu berada pada kedudukan no. 9 (yang saya jumpa la). Tapi tengok betul-betul angka yang diberi. Jumlah penutur tak lebih 200 juta orang pun.

Cuba semak populasi penduduk di Indonesia sahaja. Lebih 200 juta orang dan yang ke-4 paling tinggi di dunia! Itu tak campur lagi Malaysia, Brunei dan lain-lain negara yang masih ada penutur Bahasa Melayu.

Kalau orang Melayu dan orang Indonesia sendiri pun pening nak membezakan Bahasa Melayu, Bahasa Malaysia, dan Bahasa Indonesia sehingga tak yakin pada statistik yang dinyatakan DS Najib... adalah tak mustahil yang penulis artikel-artikel yang meletakkan Bahasa Melayu pada kedudukan yang lebih rendah kerana menyangka Bahasa Indonesia ialah bahasa yang berasingan dengan Bahasa Melayu.

Wallahualam, ini sekadar pendapat saya la.

Sumber:
http://www.internetworldstats.com/stats8.htm

5) Ala, setakat no. 5, apa cer? Kalau dalam pertandingan pun, hadiah untuk nombor 1 hingga 3 je.

6) Ini fakta lama, apa hal tiba-tiba timbulkan pulak?

Eh, dapat no. 5 pun kau tau tak berapa ramai pengguna di seluruh dunia? Dianggarkan lebih 300 juta!

Sekarang ni banyak orang pandang rendah kepada Bahasa Melayu. Orang Melayu pun sama, orang bukan Melayu pun sama. Nama je rakyat Malaysia tapi nak cakap Bahasa Melayu Malaysia tergagap-gagap, Bangla yang duduk sini baru 2-3 tahun pun lagi fasih! Tapi yang hairannya, jejak kaki pun tak pernah ke London, tapi boleh cakap Bahasa Inggeris lancar gila. Salah satu puncanya ialah kerana memandang rendah kepada Bahasa Melayu la.

Jadi bila DS Najib umumkan angka-angka besar macam ni baru la mata tu terbuka terbelalak sikit. Barulah rasa wah... popular juga bahasa ni. Tak sia-sia kalau belajar/guna. Bila fikir macam ni, moga-moga terbuka la hati semua rakyat Malaysia agar berhenti merendah-rendahkan Bahasa Melayu sebaliknya memartabatkan Bahasa Melayu dalam kehidupan seharian sebagaimana yang sepatutnya selaku rakyat Malaysia.

Itu sahajalah buat masa ni. Sekian.

Saturday, May 3, 2014

Kerajaan BUKAN Kuli Pemimpin dan Penyokong PR

No comments:
Orang PR dan penyokong PR selalu kata negara demokrasi bermakna rakyat boleh cakap apa pun kan? Ok, saya rakyat dan saya nak lepaskan geram sikit kat sini.

Saya tengok dalam video yang buat demo 1 Mei hari tu dan saya tengok komen-komen yang tak puas hati pasal GST. Nampak sangat rakyat Malaysia ni kan rata-rata PEMALAS tak kisah la Melayu ka, Cina ka, India ka, apa. Susah sangat ke nak pergi laman web rasmi kerajaan untuk cari maklumat pasal GST? Sebelum nak bertanya pasal GST, semak sini dulu, http://gst.customs.gov.my/en/gst/Pages/gst_sr.aspx. Ada lagi yang tak faham baru tanya.

Marah bila orang marah dia atau kata dia bodoh masalahnya ramai sangat yang tak sokong GST ni tak habis-habis ulang soalan yang sama. Saya tak kata saya pandai tapi nak boikot GST habis-habis padahal maklumat asas pasal GST pun tak tahu, apa kes? Korang nak bangkang tu hak korang tapi kalau apa yang dibangkang pun tak tahu..... KORANG PERGI MASUK LONGKANG LA!!!!

Nampak sangat pemalas nak mampus semua nak kena suap atau jenis suka dengar ceramah tak bertauliah daripada kawan-kawan dan ahli politik je atau pemalas waktu sekolah dulu sebab tu tak faham-faham baca penerangan dalam Bahasa Inggeris.

Lepas tu ramai orang Melayu hairan kenapa orang Melayu tak maju-maju. Nak maju apa kalau jenis tak suka baca dan pemalas. Dalam Quran pun surah yang pertama suruh membaca. Tengok budaya negara-negara maju yang ada sekarang ni pun, rakyatnya suka membaca. Jadi tak payah nak salahkan Kerajaan sangat la. Kalau semua kemudahan ada tapi rakyatnya tak guna, cuma tahu memekak dan pemalas nak mampus, negara takkan maju juga.

Patutnya Kerajaan dan Rakyat bersatu-padu membangunkan negara tapi sekarang ni ramai 'Rakyat' tak sedar diri, ingat dia bos dan Kerajaan tu kuli dia. Dia tak payah buat apa pun untuk bangunkan negara. Itu yang sesuka hati buang sampah merata-rata asalkan bukan di rumah sendiri, merendah-rendahkan keupayaan polis dan tentera Malaysia, ketagih hisap rokok (merokok tu haram), zakat liat bayar, cukai pendapatan, cukai perniagaan, cukai tanah, cukai rumah, hutang semua liat bayar, belajar malas, kerja malas, nak buat aduan laporkan jenayah/masalah, semua malas. Lepas tu kutuk Kerajaan tak boleh harap la, rasuah la apa, hello tumpang tanya... tanggungjawab korang sendiri dah buat belum? Semua yang saya sebut di atas adalah tanggungjawab bersama tau tak?

Selalu baca taman kotor, sungai kotor, sebab 'rakyat' di situ pengotor. Selalu baca budak-budak cedera parah main mercun sebab ramai 'rakyat' yang dah dewasa di situ TAK BOLEH DIHARAP PUNYA ORANG, siap jual beli mercun lagi semata-mata nak untung. Sekarang ni selalu nampak ramai pelajar universiti suka berdemo sebab ramai 'rakyat' (pelajar tu la) PEMALAS NAK MAMPUS.

Alah, tak payah bagi alasan konon untuk memperjuangkan keadilan la. Dulu/sekarang korang (orang Melayu) belajar, belajar sungguh-sungguh ke main-main? Berapa ramai di antara kamu yang pung pang pung pang kononnya tertindas di sini dapat semua A semasa belajar dulu? Berapa ramai antara kamu yang dapat biasiswa? Berapa ramai antara kamu yang tak payah bayar PTPTN sebab keputusan cemerlang? Kalau kamu bukan antara mereka yang cemerlang semasa belajar dulu atau sekarang (kalau masih bergelar pelajar universiti dan suka berdemo).... boleh blah la.

Kamu pun tak menunaikan tanggungjawab kamu sebagai rakyat Malaysia dan orang Islam, tak payah nak mengutuk orang lain lebih-lebih. Sebelum nak mengutuk orang lain, baiki diri kamu dahulu. Nak tegur, tegur elok-elok. Jangan nak gelar diri sendiri orang Islam bagai dan tuduh orang tu orang ni fasik/munafik/kafir tapi adab kamu sebagai orang Islam, kamu letak tepi. Itu HIPOKRIT namanya.

Dan jangan buat-buat lupa. Apa kamu ingat pekerja kerajaan dan para pemimpin dalam Kerajaan Malaysia ni rakyat Perancis? Bukan kamu sahaja rakyat Malaysia. Jadi tak payahlah nak melebih-lebih guna perkataan 'rakyat'. Jangan ingat semua rakyat mempunyai pendapat yang sama macam kamu.

Kalau ramai rakyat Malaysia yang biadab, suka memekak, malas belajar, malas kaji, berat sebelah, tak nak dengar penjelasan daripada dua-dua belah pihak, suka mengadu domba, selalu dengki kalau orang lain berjaya, suka buang sampah merata-rata, malas pergi kerja dan banyak lagi yang negatif... ingat la... mereka inilah yang akan menjadi penjawat awam dan pemimpin negara Malaysia.

Jadi sebelum nak tak habis-habis nak salahkan orang lain, usaha dulu untuk betulkan diri sendiri serta mereka yang di sekeliling kita. Semoga sikit demi sedikit kita dalam membangunkan Malaysia dengan cara yang baik dengan cara yang diredhai Allah. Ini ialah tanggungjawab bersama. Tak ada siapa bos atau kuli dalam hal ni.