"Jaga diri masing2 hal sendiri udah..banyk agi keja lain buleh dibuat..we all vaperz x pernah nk amik tahu hal org lain isap rokok ka isap puting ka haha..hal anak wa ja wa amik tahu kalu dia nk nyonyot susu keh keh keh"
Yep. Memang kamu ni kebanyakannya jenis tak ambil tahu pasal orang lain. Sebab tu la ramai orang yang tak hisap benda-benda macam tu marah. Kamu cuma tahu cara nak memenuhi nafsu diri sendiri sahaja, perasaan, keselesaan dan kesihatan orang lain buat bodoh je, letak tepi, buat macam tak wujud.
Nak contoh?
Berapa ramai yang hisap di tengah-tengah orang ramai? Orang lain tengah makan, kamu pun makan juga, tapi sambil hisap rokok/vape. Lepas tu asap yang kamu hembus tu kena pada UDARA atau MUKA orang lain.
Dah kamu hisap asap tu masuk mulut kamu, masuk kerongkong kamu, kamu hembus asap kotor tu kongsi dengan orang ramai. Elok betul perangai? Cuba orang lain kumur-kumur dalam mulut jus limau ais lepas tu SEMBUR ke muka kamu, seronok? Wangi dan baik untuk kesihatan tu kalau nak dibandingkan dengan rokok/vape/shisha...
Tu tak cerita lagi perangai buruk dah tak boleh tahan-tahan nak hisap juga di tempat tertutup macam dalam bas. Yang paling dayus, hisap depan perempuan, terutamanya yang sedang hamil. Yang paling kejam, hisap depan anak-anak kecil dan bayi.
PENAGIH TEGAR tu tak reti bahasa pi hisap menatang tu dalam bas. Mak cik di belakang tu terpaksa guna tudung dia untuk tutup hidung dan akhir sekali baring untuk elak daripada tersedut asap kotor tu. Sumber: https://www.facebook.com/media.hub/posts/10153552552359861 |
Bila digelar sebagai penagih, marah. Memang kamu tu penagih setaraf penagih dadah dan arak pun. Bila tak dapat merokok, menyusahkan orang lain je kerjanya, tak boleh buat kerja KONON.... Bila dapat merokok pun menyusahkan orang lain juga kerjanya, pencemaran alam tak habis-habis...
2. KURANG DAYA FIKIR
Bila orang yang tegur para penagih tegar dengan sindiran...
"Cuba orang lain kumur-kumur dalam mulut jus limau ais lepas tu SEMBUR ke muka kamu, seronok? Wangi dan baik untuk kesihatan tu kalau nak dibandingkan dengan rokok/vape/shisha."
... ada yang jawab dengan lawak bodoh, "Air tu kena tukar jadi wap air dulu baru boleh banding. Ini nak banding air dengan asap, mana boleh!". Itu la mak kamu bagi kamu minum susu supaya pandai tapi bila dah besar kamu hisap benda-benda tak guna macam ni, kan dah jadi tak berapa pandai.
Perbandingan tu nak bagitau, kalau kamu tak suka orang melakukan sesuatu yang menyebabkan kamu rasa tak selesa, KAMU JANGAN LA BUAT MACAM TU KAT ORANG LAIN. Itu pun nak kena terang ke? Lembap betul!
Kalau nak banding juga udara dengan udara, kamu suka ke kalau orang lain belahak atau kentut depan muka kamu????? Hisap la lagi banyak-banyak, biar sewel terus. Senang kami nak hantar masuk Tanjung Rambutan. Nak hisap vape ke, rokok ke, dadah ke, kat sana jangan harap. Sewel la kamu di situ sorang-sorang :P
3. SUKA MERENDAH-RENDAHKAN PENDAPAT ORANG YANG TAK MEROKOK
Bila orang tegur kata hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih, memandai je perokok/vaper tegar kata orang yang tak merokok ni pandai cakap je tapi tak faham betapa susahnya nak berhenti merokok. Ye ke?
Ketagih kerja, ketagih membeli-belah, ketagih Internet, ketagih tengok TV, ketagih dadah, ketagih lelaki kacak, ketagih perempuan cantik, ketagih makan, ketagih main 'game', ketagih judi, dan macam-macam lagi. Cuba tanya kepada mana-mana penagih di atas. Susah tak nak berhenti?
Wahai Perokok/Vaper, awak faham tak apa maksud ketagihan?
Secara ringkasnya, ketagih tu maksudnya keinginan yang SUKAR untuk ditahan-tahan dan jika tidak dipenuhi, akibatnya boleh membawa kepada hilangnya pertimbangan diri.
Kalau la senang nak hentikan rasa ketagih tu, tak ada la rakyat Malaysia antara yang paling ramai gemuk di dunia, tak ada la banyak kes cerai-berai berlaku sebab suami/isteri gila kerja, tak ada la banyak kes penagih dadah berulang, tak ada la kes anak-anak moden mengamuk tak boleh hidup tanpa Internet dan banyak lagi.
Jadi tak payah la nak berlagak macam orang lain tak faham macam mana perasaan bila dah ketagih tu. Pendek kata, nak berhenti apa-apa jenis ketagihan pun, HENDAK SERIBU DAYA, TAK HENDAK SERIBU DALIH.
4. TAK NAK MENGAKUI KESALAHAN DIRI SENDIRI/SUKA TUKAR TOPIK
"Kenapa bising pasal A (contoh: vape, rokok) je? Pasal B (contoh: rokok, arak), kenapa tak tegur?"
Berlambak-lambak perkara yang memudharatkan wujud di dunia ni. Bila orang tegur jangan buat perkara buruk A, kamu bising kenapa dia tak tegur perkara buruk B dan C. Kenapa kamu tak buat je benda tu (ingatkan orang lain tentang bahaya B dan C)?
Orang 1 ingatkan pasal A, orang 2 ingatkan pasal B, orang 3 ingatkan pasal C, dan begitulah seterusnya. BEKERJASAMA la menggalakkan yang baik dan menghindari yang tak elok. Ini tak... Kamu harapkan orang A buat semua. Habis tu, kamu buat apa? Goyang kaki je ke? Untuk apa kamu hidup? Untuk jadi biawak hidup? Untuk jadi jantan dayus? Untuk jadi mangkuk hayun?
Catatan tambahan: Hikari tak kata orang yang hisap rokok/vape/shisha dan yang seumpama dengannya, semuanya, perangai hodoh macam yang disenaraikan di atas tapi KEBANYAKANNYA memang @#$%&!!
No comments:
Post a Comment
Semua komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Apa pun, saya ucapkan ribuan terima kasih kerana sudi komen :)
Thank you for leaving your comments :) but please be informed that all comments will be screened before they are posted on this site.