Kalau tengok maklumat daripada Portal Rasmi Jabatan Muzium Malaysia ni, rasanya sahlah alamat yang Encik Google Maps berikan tu.
http://www.jmm.gov.my/ms/muzium/muzium-arkeologi-lembah-bujang
"Muzium Arkeologi Lembah Bujang merupakan satu-satunya Muzium di Malaysia yang mempamerkan koleksi arkeologi yang membuktikan kewujudkan pusat perdagangan antarabangsa dan perkembangan agama Hindu Buddha di Asia Tenggara kurun ke 3 masehi hingga ke 12 masehi. Muzium ini terletak di atas Bukit Batu Pahat, Merbok, Kedah kira 23 km dari Bandar Sungai Petani dibina untuk menjalankan kerja-kerja penyelidikan dan ekskavasi arkeologi serta mempamerkan artifak-artifak protosejarah atau sejarah sebelum islam dari tapak tanah bersejarah di Lembah Bujang."
"Bahan-bahan Arkeologi yang dipamerkan di Muzium ini merupakan artifak-artifak arkeologi yang ditemui melalui kerja-kerja penyelidikan di ekskavasi arkeologi ditapak-tapak arkeologi di sekitar kawasan Lembah Bujang dengan keluasan 400km persegi."
Jadi, apa yang menarik sangat pasal kapal purba yang baru dijumpai tu?
http://www.sinarharian.com.my/nasional/pengkaji-jumpa-ti-nggalan-kapal-purba-1.425464
"ALOR SETAR - Para pengkaji di Tapak Arkeologi Sungai Batu, yang diiktiraf sebagai tapak tamadun manusia tertua di Asia Tenggara, telah menemui beberapa tinggalan kapal purba di sungai kuno yang pernah mengalir di kawasan bersejarah Kedah Tua itu ribuan tahun dahulu."
"Tapak arkeologi Sungai Batu terletak di ladang kelapa sawit berhampiran Sungai Petani, di mana para pengkaji sejak 2009 telah menemui pelbagai monumen yang disahkan berusia seawal 1,900 tahun (110 Masehi)."
"Usianya telah disahkan lebih tua berbanding candi-candi di Borobudur, Indonesia dan Angkor Wat, Kemboja, yang masing-masing dibina pada abad ke-9 dan abad ke-12. "
... Tu dia... patut la ramai peminat sejarah yang teruja! :)
Sayangnya, dalam artikel sama turut menyatakan...
"Mohd Rawi berkata, pengkaji-pengkaji di tapak arkeologi terbabit menemui tinggalan kapal-kapal purba itu kira-kira setahun yang lalu tetapi tidak membuat sebarang pengumuman tentang penemuan itu sehingga kini."
... Aik, dah setahun jumpa tapi masih tertanam di situ? Patut la ramai yang marah. Setakat ni yang Hikari nampak paling lantang bersuara tak puas hati pasal ni ialah Cik Srikandi.
Cik Srikandi mengomel di Facebook
https://www.facebook.com/srikandisejarah/posts/1088646231160601
https://www.facebook.com/srikandisejarah/posts/1089045977787293
https://www.facebook.com/srikandisejarah/posts/1089480007743890
https://www.facebook.com/srikandisejarah/photos/a.498923223466241.118412.496613607030536/1089703427721548/?type=1
https://www.facebook.com/srikandisejarah/photos/a.498923223466241.118412.496613607030536/1090187184339839/?type=1
https://www.facebook.com/srikandisejarah/photos/a.498923223466241.118412.496613607030536/1090373854321172/?type=1
Kalau rajin, baca la. Banyak maklumat menarik yang berkaitan dengan sejarah dan kerja-kerja berkaitan dengan bidang sejarah ada di situ.
Tiba-tiba, esoknya, Hikari dapat maklumat yang Portal Bajet2016 dah dibuka pada 01 September 2015. Aik, macam tau tau je. Memang kena betul masanya :D
#Bajet2016 akan dibentangkan pada bulan Oktober, dan seperti tahun-tahun sebelum ini, kerajaan ingin supaya suara rakyat...
Posted by Najib Razak on Monday, 31 August 2015
Apa lagi.... kumpulan-kumpulan yang minat sejarah memang ambil peluang ni habis-habisan la :D Woohooo, jom ramai-ramai ikut serta!
KALAU ANDA SAYANGKAN SEJARAH MELAYU, MARI BERSAMA KAMI... Mari bersama kami vote untuk kerajaan mengeluarkan duit bagi...
Posted by The Patriots on Thursday, 3 September 2015
Tapi itulah, pautan yang The Patriots bagi tu, pautan muka depan je (https://najibrazak.com/bajet2016/), susah nak cari cadangan seperti yang dimaksudkan dalam gambar tu. Jadi, di sini Hikari letakkan pautan yang lebih... um... sesuai? https://najibrazak.com/bajet2016/search/start/keyword/sungai%20batu/page/0
Yang keduanya, bila Hikari baca komen-komen di Laman Facebook The Patriots tu, ramai rupanya yang tak tahu cara nak mengundi cadangan di Portal Bajet2016 ni. Jadi, di sini Hikari letakkan panduan ringkas k.
LANGKAH 01
Pergi ke https://najibrazak.com/bajet2016/search/start/keyword/sungai%20batu/page/0
LANGKAH 02
Nampak BM | EN tu? Portal Bajet2016 ni boleh dilayari dalam dua (2) bahasa iaitu Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Klik pada BM untuk Bahasa Melayu, klik EN untuk Bahasa Inggeris (English).
Ok, dah puas hati. Klik pada butang merah Berikan Cadangan Anda tu. Nanti keluar macam dalam gambar di langkah seterusnya.
LANGKAH 03
Ada tiga (3) cara untuk daftar masuk (login) iaitu melalui akaun Portal NajibRazak.com, melalui akaun Facebook, dan melalui akaun Twitter. Sebelum Hikari terang lebih lanjut, nak tahu tak kenapa kita kena daftar masuk? Hehehe, tengok LANGKAH 05 kalau tak sabar-sabar nak tahu apa akan jadi kalau tak daftar masuk.
Ok, kembali ke LANGKAH 03 :)
Untuk daftar masuk (login) menggunakan akaun Portal NajibRazak.com, pertama sekali, kena la buat akaun baru (register new account). Tapi sesiapa yang sebelum ni pernah buat akaun untuk Portal Bajet2015, tak payah buat akaun baru dah. Boleh pakai akaun yang sama untuk Portal Bajet2016 ni. Isikan je alamat emel dan kata laluan, kemudian klik butang merah Daftar Masuk tu.
Bagi yang belum pernah mendaftar, tengok di bahagian bawah pautan Terlupa Kata Laluan? tu. Klik pada pautan Belum Berdaftar? Daftar sekarang.. Nanti keluar macam dalam gambar di bawah. Isikan ruangan kosong dengan maklumat yang diminta, tandakan pada kotak Saya bersetuju dengan Terma & Syarat, klik pada butang merah Daftar. Selesai!
Lepas mendaftar (register), tengok bahagian atas Portal Bajet2016 tu. Kalau tak ada gambar mangga (padlock) macam dalam gambar di bawah, maksudnya anda belum daftar masuk (login) lagi. Untuk daftar masuk, ulang LANGKAH 02, isikan alamat emel dan kata laluan, kemudian klik butang Daftar Masuk. Selesai! :)
Hikari tak pernah daftar masuk melalui akaun Facebook, tapi kalau ikut apa yang Hikari baca dalam komen-komen dalam Facebook The Patriots tu, bunyinya macam senang. Buka laman sesawang Facebook (https://www.facebook.com/) terlebih dahulu dan daftar masuk (login) akaun peribadi masing-masing. Lepas tu ikut LANGKAH 01 dan LANGKAH 02. Klik butang Daftar Masuk dengan Facebook tu. Nanti keluar macam di bawah ni... klik je OK.
Untuk daftar masuk melalui akaun Twitter, pun patutnya senang macam daftar masuk melalui Facebook, tapi bila Hikari cuba buat... keluar ralat (error) macam dalam gambar di bawah....
LANGKAH 04
Kalau berjaya daftar masuk (login), nanti keluar la macam dalam gambar di bawah.
JANGAN SEKALI-KALI ISIKAN BORANG INI. Klik je pada butang yang rupanya macam tanda pangkah atau X tu untuk keluar daripada borang ini.
Hikari pesan awal-awal ni bukan sebab apa. The Patriots ajak pergi undi cadangan sedia ada di situ tapi ramai orang SALAH FAHAM pergi isi borang ni, tak undi pun cadangan yang The Patriots maksudkan tu. Isunya sekarang, nak dapatkan perhatian daripada DS Najib untuk bincang pasal peruntukan untuk naikkan kapal-kapal purba ni, kita perlukan JUMLAH UNDI YANG TINGGI, bukannya jumlah cadangan yang banyak. Jumlah cadangan yang banyak tak ada gunanya kalau jumlah undi seciput. Dah faham? Jom ke langkah seterusnya.
Langkah 05
Sekarang pergi (scroll) ke bahagian bawah sekali. Anda akan nampak cadangan-cadangan yang The Patriots maksudkan. Klik pada butang-butang yang Hikari tandakan tu untuk mengundi tanda setuju dengan cadangan-cadangan di bawah.
Kalau keluar mesej macam ni...
...maksudnya, anda belum daftar masuk (login) lagi. Ulang semula LANGKAH 02 dan seterusnya.
Tapi kalau berjaya mengundi, nanti keluar mesej macam ni....
.... Yeeehaaa, dah berjaya!
... :P
Itu je kot. Selamat mengundi! :)
P/S: Hikari tak habis lagi edit format artikel ni. Nanti Hikari ada masa, Hikari betulkan. Yang penting, isinya dah cukup. Kalau ada yang salah, tolong maklumkan kepada Hikari k.
No comments:
Post a Comment
Semua komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Apa pun, saya ucapkan ribuan terima kasih kerana sudi komen :)
Thank you for leaving your comments :) but please be informed that all comments will be screened before they are posted on this site.