Sumber: The Patriots
https://www.facebook.com/thepatriots2020/posts/412380212289343
KENAPA MELAYU SERING JADI MANGSA?
Saudara Ariffin Omar yang dihormati, saya admin HE dari The Patriots dengan rendah hati ini melontarkan teguran buat saudara tentang artikel saudara tentang Melayu bukan lagi sebagai "pure race".
Saya tidak tahu apa maksud saudara, tetapi apabila ianya disampaikan oleh Malaysiakini, saya merasakan perlu sebelum saya lontarkan teguran, saya hendak mintak maaf kalau maksud sebenar tuan diselewengkan oleh Malaysiakini.
Ya... pada hari ini memang sangat sukar untuk menjumpai "PURE MALAY" dalam masyarat Melayu. Kita sendiri tahu sejak 600 SM, orang Melayu membina ketamadunannya di tengah-tengah "laluan sutera laut", menjadi orang tengah yang menghubungkan pelbagai bangsa dari pelbagai ketamadunan di pelabuhan mereka.
Tidak hairanlah kalau pertembungan antara bangsa dan budaya berlaku di sini. Tidak hairanlah kalau orang Melayu hari ini ada dari pelbagai warna kulit.
TETAPI...
Jangan beritahu saya encik yang encik percaya bahawa di kampung-kampung di pedalaman Kedah, Terengganu, Kelantan yang dihuni oleh orang Melayu melakukan kahwin campur?
Encik jangan beritahu saya juga bahawa makcik-makcik di kampung itu, dari keturunan kacukan atau Pan-Asia?
Dan saya tidak tahu atas sebab apa encik tiba-tiba mempertikaikan maksud Melayu melalui perlembagaan, di saat semangat kesatuan dan kesedaran diri orang Melayu semakin meningkat.
Apakah encik sedang cuba mengatakan bahawa kepada kami... sesungguhnya kami harus menilai kembali kemelayuan kami? Untuk pengetahuan encik, Melayu ini sebuah bangsa yang unik. Anda tidak perlu genetik Melayu untuk mengaku sebagai Melayu. Anda hanya perlu mengamalkan budaya dan bahasa bangsanya, maka orang Melayu dengan rela hati menerima mereka menjadi sebahagian daripada rumpun Melayu yang luas.
Saya sendiri, mempunyai darah Jawa, Melayu dan mamak dalam badan saya, tetapi seperti mana kata Hamka.
"Anda ialah Melayu kalau berfikir dan bermimpi pun dalam bahasa Melayu."
Seperti mana kata perlembagaan, anda ialah Melayu jika:
"Mengamalkan adat dan budaya Melayu."
Seperti mana Jose Rizal dan juga Maharaja Hawaii memandang Melayu itu lebih luas, begitu juga saya.
Kenapa perlu Melayu sahaja diberatkan dengan pertanyaan KEMELAYUAN mereka?
Kenapa di sini, tiada siapa pernah mempertikaikan nilai "-KE-INDIA-AN" dalam "bangsa India" yang kita sendiri tahu terdiri daripada pelbagai bangsa dari rumpun berbeza. Sebagai contoh, lafaz bangsa India yang sering jadi pegangan itu pun sebenarnya terdiri dari rumpun berbeza seperti Indo-Aryan dan juga Dravidian di selatan... ini adalah amat jauh berbeza dengan Malay Race yang serumpun Austronesia.
Kenapa tiada siapa pernah menilai dimanakah nilai "KE-ARAB-AN" dalam "bangsa Arab" sedangkan kita tahu bangsa Arab hari ini adalah dari asimilasi pelbagai bangsa ke dalam rumpun mereka semasa zaman kegemilangan Islam dahulu?
Kenapa semua harus diberatkan dengan Melayu? Apakah kita semua takut dan gerun dengan kebangkitan dan gerakan orang Melayu mencari dan menggali kembali jati diri mereka dari helaian sejarah?
Kenapa kita tidak pernah memberatkan pada bangsa lain dimanakah nilai bangsa mereka itu tetapi kenapa harus pada Melayu?
Ingat... kami ini seperti benih. Kalian fikir kalian mampu hentikan dan rencatkan semangat kebangkitan ini dengan menanam kami ke dalam tanah,tetapi kalian lupa bahawa kami akan tumbuh jadi pohon yang subur dan menghijau suatu hari nanti.
-HE-
No comments:
Post a Comment
Semua komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Apa pun, saya ucapkan ribuan terima kasih kerana sudi komen :)
Thank you for leaving your comments :) but please be informed that all comments will be screened before they are posted on this site.