Tuesday, July 22, 2014

Kos untuk Vaksin Kucing dan Kasi Kucing

Kasi kucing tu maknanya memandulkan kucing ok, bukan bagi kucing XD

Tadi pergi hantar mak kucing pergi Pejabat Perkhidmatan Veterinar. Akhir-akhir tengok teruk digarunya telinga tu. Mata pulak dia suka kecilkan sebelah. Takut kurap dan sakit mata, tu yang bawa pergi jumpa doktor tu. Dah la anak-anak dia baru seminggu lahir, kalau lambat, tak pasal-pasal 3 ekor budak bulat tu pun terjangkit sekali.

Doktor bersihkan telinga Putih, lepas tu suntik ubat/vaksin 3 dalam 1 untuk kurap, kutu dan apatah. Sama ubat/vaksin untuk kucing yang sebelum ni (dah hilang huhu). Doktor kata mungkin ada si kenit dalam telinga Putih. Bila suntik ubat/vaksin tu, nanti si kenit tu akan mati dan jatuh sendiri.

Lepas tu doktor periksa mata Putih. Dia bersihkan tahi mata Putih (sebelum ni mata Putih selalunya bersih ja, jarang nak bertahi mata). Kemudian dia sapu ubat mata yang sama dia sapu di mata Ori (anak kucing yang hilang tu). Tapi doktor tak ada bagi ubat apa-apa untuk sapu pada mata Putih atau bagi Putih makan. Dia cuma suruh cuci mata Putih je.

Akhir sekali, doktor kata, kalau boleh lepas 2-3 hari nanti bawa Putih untuk pemeriksaan susulan. Minggu depan Hikari dah cuti (yayy!!!) jadi... maknanya kalau nak bawa Putih jumpa doktor, kena bawa dia Khamis atau Jumaat ni la. Ok je. Lepas bayar RM10 (RM5 untuk vaksin, RM5 untuk ubat mata), kami pun balik.... :)

Dah alang-alang pergi tu, waktu doktor tengah buat pemeriksaan dan rawatan dan waktu kerani sedang sediakan resit, Hikari pun merajinkan la diri untuk bertanya...

Bila boleh kasi anak kucing?
Bila dah umur 6 bulan.

Bila boleh kasi mak kucing yang baru beranak?
Lepas 6 bulan (cantik!).

Berapa harga kasi kucing?
Betina = RM80. Jantan = RM40.

Lain-lain pesanan doktor...
Anak kucing tu nanti bila dah umur 3 bulan, baik bawa untuk dapatkan vaksin kalau sungguh nak jaga elok-elok la. 1 ekor = RM25.

Ok, doktor, kerani. Terima kasih :)


P/S: 
Maklumat terkini yang berkaitan -> Kesan suntikan vaksin pada anak kucing dan ubat mata

Bila Hikari tanya sekali lagi (pegawai lain, tempat sama), rupanya lepas sebulan mak kucing beranak, dah boleh bawa untuk dimandulkan dah. Agaknya pegawai yang Hikari tanya sebelum ni salah dengar atau salah faham soalan Hikari kot :/

14 comments:

  1. Apa akn terjadi pada kucing tu kalau dia kecilkan mata dia sebelah n apa penyakit ??? Harap dapat oenjelasan dari yg pakar ... Terima Kasih...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maaf, saya bukan pakar. Pembantu/Penolong Pegawai Veterinar tu cuma beritahu yang kucing tu sakit mata. Kucing gebu-gebu yang jenis bulu panjang memang senang kena sakit mata. Antara tanda-tanda sakit mata tu, mata dia suka kenyit-kenyit, berair, atau banyak tahi mata. Ubatnya cuma bersihkan mata dia dan sapu dengan ubat yang diberi.

      Kalau tak ada ubat tu, pegawai tu beritahu saya, boleh juga kalau sapukan dengan air garam. Tapi saya tak pernah cuba la takut sakit pedih mata kalau larutan tu pekat sangat. Saya tak pandai nak mengagak-agak ni.

      Setakat ni cuma seekor je kucing kampung yang sakit mata. Yang ni mata dia tak berair dan tak banyak tahi mata, cuma mata dia sepet sebelah. Pembantu/Penolong Pegawai Veterinar tu cucuk antibiotik. Sekarang dah ok. Pegawai tu beritahu, kalau nak sapu dengan ubat mata macam yang saya maklumkan di perenggan atas tu pun boleh juga.

      Wallahualam.

      Delete
  2. Nk tanye...awk pegi vet mane yer.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pejabat Veterinar :)
      http://www.dvs.gov.my/daerah

      P/S: Bila Hikari tanya sekali lagi bila boleh kasi mak kucing yang baru lepas beranak, jawabnya lepas 1 bulan. Tapi yang ni Hikari tanya pegawai lain la, dia kerja di situ juga. Hikari rasa masa Hikari tanya pegawai sebelum ni, dia salah faham soalan Hikari.

      Delete
  3. Salam.sy nakbtanye klu kucing mengandung..blh ambil suntikan vaksin x

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam :)

      Maaf, Hikari pun tak pastilah yang tu. Cuba telefon pejabat veterinar tanya.

      http://www.dvs.gov.my/daerah

      Delete
  4. salam..nk tny klw vaksin untuk kucing yg kena distemper berapa?tolong....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wslm :)

      Distemper tu apa? Kalau suntik vaksin biasa, kelmarin buat, RM25.

      Delete
  5. blh tanya..klau kucing 3bln blh bgi vaksin ke tdk??klau lpas 3 bln tu mcm mana??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh :) Pegawai yang Hikari tanya dulu cakap umur 3 bulan tu memang elok suntik vaksin. Cuma Hikari tak berapa ingat yang lepas tu. Kalau tak silap, lepas suntik vaksin kali pertama, selang sebulan kena suntik vaksin kali kedua, dan lepas tu setiap tahun kena ulang suntik vaksin.

      Delete
  6. Murahnya neuter kucing. Boleh tahu klinik vet mana?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pejabat veterinar :)

      Untuk kawasan Perak, boleh semak alamat di sini http://www.jpvpk.gov.my/index.php/direktori/direktori-daerah

      Delete
  7. Assalamualaikum.. Tumpang tanya.. Kalau kali pertama bawa meow kitten untuk checkup or dapatkan vaksin perlu buat temujanji or boleh walk in je dulu di pejabat veterinar?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam :)

      Untuk pemeriksaan dan vaksin, tak perlu buat temujanji. Tapi untuk vaksin tu, elok tanya dulu melalui telefon sebelum datang. Takut penat je datang tapi tak ada stok, kena tunggu hari lain juga baru boleh vaksin.

      Delete

Semua komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Apa pun, saya ucapkan ribuan terima kasih kerana sudi komen :)

Thank you for leaving your comments :) but please be informed that all comments will be screened before they are posted on this site.