Putih kan baru je lahirkan anak kucing 3 ekor. Takkan nak tinggalkan di rumah macam tu je. Sebelum ni dah buat, Ori (anak kucing), hilang bila Hikari balik rumah TT_TT
Jadi nak tak nak, terpaksa la bawa sekali balik kampung. Sebelum ni dengan Ori, dia meraung sepanjang jalan. Kena usap-usap, belai-belai, pegang dia, baru diam. Tapi masalahnya Hikari balik seorang diri, sendiri pandu kereta, macam mana nak buat macam tu sepanjang jalan, kan? Itu yang Ori meraung sepanjang jalan tu, sebab tak ada orang boleh layan dia.
Alhamdulillah kali ni mak dan adik ada sekali. Adik pula... er, gila kucing. Senang banyak la balik kampung kali ni. Hikari pandu kereta. Adik jaga kucing.
Si Do, Re, Mi tak bising macam Ori. Yelah, mak ada, nak risau apa? :D
Tapi maknya, Si Putih, pulak la yang berdebar-debar sepanjang jalan, dah macam orang kena serangan jantung pulak kalau tengok. Punya laju jantung dia berdegup, badan lembik, mata terbeliak sentiasa, nak makan tak nak, nak minum tak nak, anak-anak nak menyusu pun dia tak layan... kasihan betul. Agaknya sebab kali pertama naik kereta kot.
Sepanjang jalan macam-macam juga la kami kena buat nak bagi dia selesa. Mula-mula kami tutup bekas dia dengan anak dia. Ingat kalau buat macam tu kurang rasa takut dia. Tapi dia mengiau tak habis. Buka sarung tu, dia senyap. Agaknya bila tutup, dia risau ingat ada orang tengah culik dia kot :D Bila tengok, ooo tuan aku, tu yang hilang sikit kerisauan dia tu :)
Lepas tu mula-mula tak nak bagi dia keluar sangkar takut dia lompat. Tapi bila tengok dia cemas melampau macam orang kena sakit jantung je gamaknya, kami tinggalkan Do, Re, Mi je dalam sangkar. Maknya kami keluarkan. Adik urut-urut dia sepanjang jalan. Dari masa ke semasa letak balik dia dalam sangkar bila anak lapar atau bila nak periksa keadaan anak dia ok ke tidak.
Kira ok la berbanding dengan waktu bawa Ori balik hari tu. Cuma yang kurang seronok sikit tu... bulu maknya berterbangan dalam kereta. Nasib baik la dalam kereta ni tak ada sesiapa yang ada sakit asma ke, penat ke, atau apa-apa masalah pernafasan atau alergi. Kalau tak....
Alhamdulillah jugak, jalan tak adalah sesak macam dari KL ke Kelantan atau Kelantan ke KL tu. Biasa-biasa je sesaknya (maknanya tak sesak la tu).
Sampai kampung, Si Putih apa lagi. Segala-gala dalam rumah dia periksa dan hidu.. Nak cari tempat nak bawa lari anak dia la tu. Memang pun.
Mula-mula kami letak dia dan anak dia dalam sangkar. Dah habis anak dia menyusu, kami keluarkan dia sebab ye la... penat kot kalau orang dewasa baring ja tak boleh buat apa. Bila anak dia menangis baru kami masukkan balik. Ulang la kesemua langkah ni berkali-kali :P
Kira berjaya la menghalang Si Putih melarikan anaknya buat masa beberapa jam. Tapi bila kami tidur je atau terleka sikit... ha, tu dia, tali dah terlerai, budak-budak semua dah hilang. Akhir sekali kami dah tak larat, ok la, ok la, ikut suka hati la... bumm, tidur balik :D
Nasib baik tak de siapa tidur dalam bilik tu. Kalau tak, tak seronok la juga. Ye la, rumah orang kot. Rumah sendiri lantak la nak buat macam mana pun. Dah la orang yang tinggal dalam rumah ni tak bela kucing, kami pula biar kucing bermaharajalela dalam rumah sendiri dan di sini (sebab Putih dah biasa buat macam tu dan dia memang penakut nak merayap luar rumah), lagi serba salah jadinya.
Apa pun Alhamdulillah atas pengalaman kali ni dan terima kasih banyak-banyak kepada ahli-ahli keluargaku yang memahami. Muahhhhh <3 <3
No comments:
Post a Comment
Semua komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Apa pun, saya ucapkan ribuan terima kasih kerana sudi komen :)
Thank you for leaving your comments :) but please be informed that all comments will be screened before they are posted on this site.