Kadang-kadang, menyampah baca pendapat-pendapat yang diluahkan atau dimuntahkan di Facebook ni. Apabila orang Islam menyeru rakan seagama agar menutup aurat, dituduhnya macam-macam, konon meniru orang Arab la, Taliban la, macam-macam. Lepas tu siap ajar lagi macam mana orang Islam sepatutnya berpakaian.
1) Letak gambar perempuan pakai baju kurung tak pakai tudung dengan label ini budaya Melayu
2) dan satu lagi gambar wanita berpakaian lengkap jubah, tudung dan niqab dengan label ini bukan budaya Melayu
3) lepas tu komen, "Ooooh, saya sokong ini!".
Aduyai....
Hangpa ada buat kajian ka sebelum komen tu? Hangpa tau ka menutup aurat tu apa? Hangpa tau ka apa beza ajaran agama dengan amalan budaya?
Hikaru tahu, pendapat ni keluar sebab tak puas hati dengan orang Melayu yang mengutuk dan mengejek ahli sukan wanita tu tak tentu hala (Yang tak tahu, tak payah ambil tahu. Tak rugi pun kalau tak tahu apa cerita.). Hikari pun tak setuju juga dengan cara mereka. Tapi sebelum muntahkan pendapat tu, buat la kajian dulu. Ini kan tak pasal-pasal menyakitkan hati orang yang tak ada kena-mengena.
Isu orang Melayu dengan ahli sukan wanita tu, pasal tak tutup aurat. Menutup aurat tu ajaran Islam, bukan adat atau budaya orang Arab. Cara tutup aurat? Ikut suka hati la asalkan cukup syarat. Nak pakai ikut budaya Barat ka, budaya Parsi ka, budaya Arab ka, budaya Melayu ka, atau kalau tak nak ikut budaya mana-mana pun, ikut suka hati la.
Cukup syarat tu pula macam mana? Bagi wanita, kena tutup semuanya kecuali muka dan tangan (dari hujung jari ke pergelangan tangan). Tutup bukan balut. Kalau berpakaian ketat macam sarung nangka, nampak bentuk badan, tak cukup syarat la tu. Tutup tu pula kena tutup betul-betul. Kalau pakai pakaian yang longgar tapi nipis atau jarang sampai nampak bentuk badan, pun tak cukup syarat juga.
Sebab tu kalau setakat pakai baju kurung masih tak cukup syarat kerana rambut, leher dan kaki tak ditutup. Nak bagi cukup syarat, itu yang pakai tudung dan kasut bertutup atau sarung kaki tu. Sama la juga kalau pakai jubah ala orang Arab atau pakai baju (blaus) dan kain (skirt) ala orang Barat. Kalau orang bukan Islam sekadar pakai jubah, orang Islam pula akan tambah sekali dengan tudung (Niqab/penutup muka tu tak wajib tapi kalau nak pakai, tak ada masalah.). Kalau orang bukan Islam pakai baju ketat dan kain singkat, orang Islam pula pakai baju longgar berlengan panjang, kain labuh atau kain singkat dan seluar panjang, tudung dan kasut bertutup atau sarung kaki.
Pendek kata, menutup aurat tu wajib tapi cara nak menutup aurat tu bebas dipilih mengikut keinginan masing-masing. Tak ada langsung isu meniru budaya orang Arab ke apa.
P/S: Kepada pembaca bukan Islam, kalau masih tak faham pasal isu ni, sila baca balik dari mula sampai akhir hingga faham. Bahasa yang Hikari guna ni dah cukup ringkas kot. Kalau tak faham juga, tanya di ruang komen. Dah faham, tolong sebarkan kepada yang masih belum faham.
No comments:
Post a Comment
Semua komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Apa pun, saya ucapkan ribuan terima kasih kerana sudi komen :)
Thank you for leaving your comments :) but please be informed that all comments will be screened before they are posted on this site.