Rancangan Korea memang menarik sebab kebanyakannya melibatkan kajian/eskperimen yang berkaitan dengan isu semasa dan kehidupan seharian mereka di Korea. Salah satu rancangan menarik saya tonton baru-baru ni ialah The Mystery of Human Body yang ditayangkan di Astro.
Dalam episod kali ni, The Mystery of Human Body membincangkan kanser-kanser berkaitan wanita, punca-puncanya dan cara mengelak atau mengawal penyakit tersebut.
Kesimpulan yang boleh saya buat berdasarkan kajian dan penerangan tersebut ialah memang betul apa yang diajarkan kepada umat Islam selama ni... Jaga perut, In Sya Allah sihat. Apa-apa penyakit pun kebanyakannya berpunca daripada terlebih makan atau salah makan. Yelah, kalau makan sikit pun tapi tak berkhasiat sama la kesannya tak baik untuk kesihatan, kan?
Salah satu cara jaga perut yang ditemui melalui kajian ini ialah dengan cara makan terbalik (reversed eating) dan jangan makan dengan gelojoh atau tergesa-gesa. Apa ke bendanya makan terbalik ni?
Kalau kita lapar, selalunya kita akan pilih makanan yang nampak menyelerakan tapi mengenyangkan seperti nasi, roti atau apa-apa sahaja yang berasaskan karbohidrat atau protein seperti ayam, daging atau ikan, kan? Lepas tu baru la terfikir nak makan buah atau sayur, betul tak?
Makan terbalik ni bermakna memang terbaliklah cara makan kebanyakan orang Melayu iaitu makan buah-buahan dan sayur-sayuran dahulu, kemudian baru makan sumber protein dan karbohidrat. Oh ya, kalau nak makan sayur sahaja dahulu memang susahlah sebab tu kalau tengok makanan orang Korea yang ditunjukkan dalam rancangan tu pun kebanyakan sayur tu dia masak dulu baru makan, bukan buta-buta makan macam tu je. Saya memang tabik kalau tengok orang yang suka makan salad atau ulam (jenis yang tak payah masak). Orang macam tu memang hebat!
Kenapa makan terbalik dapat membantu kita mengawal makan? Secara ringkas, logiknya macam ni....
Sayur-sayuran penuh dengan serat manakala buah-buahan pula penuh dengan serat dan cecair. Kesannya, memang mengenyangkan. Vitamin tu tak payah cakaplah sebab memang sayur-sayuran dan buah-buahan penuh vitamin yang baik untuk kesihatan tapi, protein dan karbohidrat pun penting juga untuk kesihatan kita cuma tak boleh makan banyak la. Apabila makan sayur-sayuran dan buah-buahan dulu, perut dah rasa agak kenyang jadi secara automatik tak bolehlah nak makan banyak protein dan karbohidrat macam yang selalu kita buat :)
Saya dah cuba tadi... selalunya saya makan nasi 2-3 pinggan... buat macam ni... er, hehe.. 1 pinggan pun dah rasa terlebih kenyang.
Ada bahagian yang saya tak sempat tengok atau tak beri perhatian jadi saya tanya mak saya yang tengok sekali rancangan tu. Kenapa kena kurangkan makan karbohidrat? Mak saya cakap, doktor tu cakap, sebab karbohidrat ni yang paling cepat untuk ditukar jadi gula (tenaga) dalam badan manusia. Gula yang gula betul kita selalu makan dah satu punca kandungan gula banyak dalam darah, karbohidrat ni pun satu lagi punca utama kenapa kandungan gula banyak dalam darah jadi kita kena la kawal dua-dua terutamanya bagi mereka yang menghidap kencing manis (diabetes).
Selepas tu, doktor tu ada pesan juga. Waktu makan, makan dengan tenang. Jangan makan dengan gelojoh atau tergesa-gesa sebab apabila kita makan cepat sangat, otak kita tak sempat nak beritahu kita yang kita sebenarnya dah kenyang. Pernah tak lepas makan rasa termengah-mengah kenyang? Itulah salah satu punca utamanya. Dah terlebih makan baru tersedar dah kenyang.
Jadi macam itulah hasil kajiannya yang dikongsikan oleh rancangan tersebut berdasarkan ingatan saya dan mak saya.... kalau salah tolong betulkan.
Lain-lain Fakta Menarik
Serat tak boleh dihadam oleh manusia tapi penting untuk memudahkan pencernaan dan memberi rasa mengenyangkan yang lebih lama. Sayur-sayuran dan buah-buahan adalah sumber utama serat kepada manusia. Kalau susah pergi tandas tu tandanya tak cukup makan sayur dan buah le tu....
Protein penting untuk pertahanan dan pemulihan badan manusia daripada serangan penyakit dan kecederaan sebab tu atlet dan manusia yang aktif perlu lebih banyak protein berbanding mereka yang kurang aktif. Sumber protein seperti ayam, daging, ikan, telur dan lain-lain mahal berbanding sayur dan buah-buahan. Nasib baik sumber protein manusia yang diperlukan manusia biasa setiap hari sebenarnya sedikit je.
Pautan Menarik
http://rawatankesihatan.blogspot.com/
No comments:
Post a Comment
Semua komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Apa pun, saya ucapkan ribuan terima kasih kerana sudi komen :)
Thank you for leaving your comments :) but please be informed that all comments will be screened before they are posted on this site.