Friday, February 7, 2014

Buat Pembayaran Guna Kad Debit di Portal Jalur Lebar Yes 4G

Hari tu saja gatal daftar untuk pembayaran secara automatik setiap bulan (auto billing) guna kad kredit mak. Lepas tu gatal tangan batalkan pendaftaran pulak. Sekarang ni gatal tangan untuk daftar semula guna kad debit CIMB Islamic yang saya tempah hari tu :P

Bila cuba... eh, tak ada ralat pun? Agaknya berjaya la kot tapi tak berapa pasti sebab bil akan potong duit mulai 10 haribulan ni. Bila tak pasti.... saja la gatal tangan cuba tempah Pek Super Booster RM10 dan bayar guna 'Saved Credit Card'. Eh, eh, eh, berjaya la?! ^___^

UNTUK DAFTAR KAD KREDIT/DEBIT (Saved Credit Card)

Langkah 01
Macam biasa, pergi ke laman web rasmi Yes di http://www.yes.my kemudian klik 'My Account' untuk daftar masuk.

Langkah 02
Daftar masuk dengan kombinasi Identiti Pengguna Yes (Yes ID) dan kata laluan (Password) yang betul. Kalau tak ingat kata laluan, klik 'Click here' dan ikut je arahan yang diberikan. Kalau tak ingat Identiti Pengguna Yes, boleh telefon (018 333 0000) waktu pejabat atau emel (yescare@yes.my) bila-bila masa pihak Yes untuk dapatkan bantuan.

Langkah 03
Klik 'Manage Credit Card'.

Langkah 04
Klik butang 'Update'.

Langkah 05
Isikan maklumat yang diminta dan klik butang 'Save'. Semua maklumat ni ada di kad kredit/debit kecuali 'Name on Card' tu je yang mungkin tak ada di kad debit. Saya tak pernah jumpa lagi kad kredit yang tak tertulis nama pemiliknya.

Name on Card: Dalam kad debit CIMB Islamic saya tak ada tulis pun nama sesiapa jadi saya teka je letak nama penuh saya :P

Card Number: Nombor siri kad debit/kredit

Card Type: Jenis kad Master atau Visa? Saya punya Master.

Expiry Date: Bulan dan tahun kad kredit/debit tu tamat tempoh.


Langkah 06
Dah siap pun daftar kad kredit/debit ^__^ Macam tak percaya kan?


UNTUK DAFTAR PEMBAYARAN AUTOMATIK (Auto Billing)

Langkah 01
Klik 'Auto Billing'. Kalau dah daftar keluar, kena ulang balik Langkah 01 dan Langkah 02 masa daftar kad kredit/debit tadi baru menu ni keluar.

Langkah 02
Klik butang 'Turn On >' untuk hidupkan fungsi pembayaran bil secara automatik setiap bulan.


Langkah 03
Erm... siap O_o macam tak percaya je. Pemotongan akan dibuat pada kad kredit/debit yang didaftarkan mulai bil yang seterusnya.

Hrm... emel pun tak dapat. Betul ke dah berjaya? Tak pe, kita tunggu 10 haribulan ni >D


UNTUK BELI PEK SUPERBOOSTER
Pek ni orang beli kalau dah terlebih had penggunaan bulanan jalur lebar mudah alih (mobile broadband) Yes. Kalau belum habis guna kadar yang dah ditetapkan, nak tonton video di YouTube pun tak tersangkut-sangkut. Kalau dah terlebih had tersebut, pengguna masih boleh akses Internet tapi itulah.. sementara nak buka satu gambar di Facebook pun sempat lagi kalau nak bancuh kopi.

Dengan kata lain, pek ni ialah pek tambahan untuk buang sekatan yang dikenakan tadi buat sementara waktu iaitu sehingga kuota penggunaan tambahan yang baru dibeli ni habis. Kalau habis lagi, boleh beli lagi pek tambahan lain dan begitulah seterusnya... :)

Langkah 01
Klik 'SuperBooster'. Kalau dah daftar keluar, kena ulang balik Langkah 01 dan Langkah 02 masa daftar kad kredit/debit tadi baru menu ni keluar.

Langkah 02
Pilih mana-mana pek SuperBooster yang dikehendaki.

Langkah 03
Nanti maklumat pembayaran (Payment Details) akan dipaparkan di bawah pilihan yang dibuat seperti dalam gambar di bawah. Tengok, maklumat kad kredit/debit yang disimpan tadi (Saved Credit Card) akan keluar secara automatik. Maklumat yang diperlukan sekarang cuma satu (1) je iaitu tiga (3) nombor terakhir di belakang kad kredit/debit.

Selepas mengisi maklumat tersebut, tandakan pada kotak di sebelah 'I verify that I have read and agreed to the Terms and Conditions' dan klik pada butang 'Confirm Payment'.


Langkah 04
Semak maklumat pembelian. Kalau betul dan dah pasti memang nak beli, klik butang 'Submit'. Kalau tak pasti, tutup je laman tu. Kalau ada maklumat yang tak betul... muahaha ulang balik je Langkah 01 hingga Langkah 04 ni sebab memang tak ada pilihan untuk edit.

Langkah 05
Saya pakai Google Chrome. Selepas saya klik butang 'Submit' tadi, satu tetingkap baru seperti di bawah keluar. Yep, memang skrin tu kosong.

Di belakang tetingkap tu pula, keluar paparan macam ni.

Tak ada apa-apa yang perlu dibuat kecuali tunggu je dengan sabar. Tak lama pun :)

Langkah 06
Cuba semak, status pembayaran tadi berjaya ke tidak? Nampaknya saya dah berjaya beli pek SuperBooster ni guna kad debit saya :) Sebaiknya, tak kisahlah pembayaran ini berjaya atau gagal, cetak atau simpan gambar seperti di bawah untuk tujuan rujukan kalau-kalau ada masalah di masa hadapan. Tapi sebenarnya kalau tak nak cetak atau simpan gambar pun tak apa sebab sepatutnya anda akan dapat emel pengesahan pembayaran berjaya :)

Nak cetak, cuma klik pada butang 'Print for Reference >'.


Langkah 07
Ha, kalau pembayaran berjaya dibuat, emel macam ni la yang anda akan dapat :)


Nampaknya saya dah berjaya beli pek SuperBooster ni pakai kad debit jadi sepatutnya.... tak ada apa-apa masalahlah, kan, untuk buat pembayaran automatik (auto filling)? Hmm.... Sabar je la tunggu 10 haribulan ni ^__^

UNTUK SEMAK STATUS PENGGUNAAN JALUR LEBAR YES

Langkah 01
Klik 'Usage Summary'. Kalau dah daftar keluar, kena ulang balik Langkah 01 dan Langkah 02 masa daftar kad kredit/debit tadi baru menu ni keluar.

Langkah 02
Sebelum beli pek SuperBooster tadi.... Kosong... kosong.. oh...

Selepas beli pek SuperBooster tadi.... MUAHAHAHA XD KELAJUAN PENUH!!!!


JAWAPAN YANG DITUNGGU-TUNGGU

Boleh atau tidak bayar bil Yes atas talian guna kad debit?
Yeahhhh, boleh!!!! Ini bukti ^__^

1 comment:

  1. Hai miss myna :)

    Maaf, Hikari pun tak tahu la.. Tapi dulu ada sekali kena (beberapa tahun yang lepas), nak buat apa tah, kena telefon bank dulu baru boleh pakai kad kredit atau debit tu sebelum boleh buat apa-apa bayaran/potongan secara atas talian (online). Cuba semak dengan bank dulu. Mungkin masalah berpunca dari situ.

    ReplyDelete

Semua komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Apa pun, saya ucapkan ribuan terima kasih kerana sudi komen :)

Thank you for leaving your comments :) but please be informed that all comments will be screened before they are posted on this site.