Dah daftar untuk buat bayaran secara automatik setiap bulan tadi, cuba untuk hentikan pula. Bukan apa, saja nak tau macam mana langkah-langkahnya :)
Rupa-rupanya ada dua (2) cara untuk hentikan bayaran secara automatik ni. Cara yang kedua saya jumpa lepas cuba cara yang pertama. Walaupun cara yang kedua lebih pantas (sikit) daripada cara pertama, lebih baik baca artikel ni dari awal sehingga akhir supaya boleh pilih cara yang lebih sesuai dengan keperluan masing-masing.
CARA PERTAMA
Langkah 01
Macam biasa... pergi ke portal rasmi Yes di http://www.yes.my, kemudian klik 'My Account'.
Langkah 02
Masukkan maklumat identiti pengguna (Yes ID) dan kata laluan (Password) dan klik 'Log in'.
Langkah 03
Klik 'Auto Billing'.
Langkah 04
Klik 'Turn Off'.
Langkah 05
Nanti keluar mesej macam ni beritahu yang 'Auto Billing' atau pembayaran secara automatik akan dihentikan serta-merta. Setuju tak setuju, klik je la 'OK' sebab memang tak ada butang lain selain butang 'OK' di situ. Kalau tak setuju, jangan la gatal tangan ikut Langkah 04 k.
Langkah 06
Tengok, sekarang status 'Auto Billing' dah bertukar jadi 'OFF'. Sepatutnya kalau dah dapat skrin ni, maknanya bayaran bil Yes secara automatik setiap bulan tu dah dihentikan. Tapi kalau nak lebih pasti, cuba semak emel yang anda daftar untuk akaun Yes ni tapi jangan tutup lagi portal Yes ni k.
Kalau dah puas tengok emel atau malas nak pergi semak emel, balik semula ke portal Yes ni dan klik 'Manage Credit Card'.
Langkah 07
Emel ni saya terima dalam masa 2-3 minit macam tu. Cuba semak emel anda. Kalau ada tu maknanya memang dah berjaya la tu :)
Dah puas tengok atau malas nak tengok emel? Balik ke Langkah 06.
Langkah 08
Sebenarnya kalau tak buat langkah 08 dan seterusnya pun tak apa sebab langkah-langkah ini untuk padam maklumat kad kredit yang didaftarkan di portal rasmi Yes je. Kalau masih nak pakai maklumat kad kredit untuk buat pembayaran secara manual atau ada sebab-sebab lain, boleh la berhenti sampai sini sahaja.
Selalunya orang yang nak padam maklumat kad kredit ni sebab dah tak nak guna kad kredit atau memang nak tutup akaun Yes lepas ni.
Jadi ikut suka la nak buat ke tidak, klik 'Delete' kalau nak padam maklumat kad kredit yang telah didaftarkan di portal Yes ni.
Langkah 09
Nanti mesej macam ni akan keluar tanya anda pasti ke tidak nak padam maklumat tersebut. Kalau maklumat tu dipadam, secara automatik, fungsi 'Auto Billing' atau pembayaran bil Yes secara automatik setiap bulan tu akan terbatal juga.
Klik 'OK' kalau pasti. Klik 'Cancel' kalau tak pasti.
Langkah 10
Bila saya klik 'OK', skrin saya di Langkah 08 tak berubah. Mula-mula saya ingat tak berjaya tapi bila saya klik 'Logout' (tengok Langkah 04 kalau tak tahu rupanya macam mana) kemudian ulang semula Langkah 01, Langkah 02 dan Langkah 06, baru dapat skrin macam di atas. Maksudnya saya dah berjaya la padam maklumat kad kredit tu :)
CARA DUA
Ikut Langkah 01, Langkah 02, Langkah 06, Langkah 08, Langkah 09 dan Langkah 10 seperti yang ditunjukkan dalam CARA PERTAMA. Guna CARA DUA ni cuma kalau anda pasti nak padam maklumat kad kredit yang dah didaftarkan dalam portal Yes sekali.
Terima kasih.
ReplyDeleteSama2 ^___^
Deleteterima kasih atas perkongsian ini saudara
ReplyDeleteSama-sama :)
DeleteKnp sy masih menerima bill sedangkan sy dh tk gune wifi tersebut .. dan bayarannya makin bertambah. Mcm mane sy nk buat tolong lah sy ..
ReplyDeleteEr... Cik Wanie dah batalkan akaun YES ke belum? Jangan jadi macam adik saya. Dia ingat dia dah tak pakai 'WIFI' tu, akaun tu automatik dibatalkan oleh pembekal. Sedar-sedar, bayaran tertunggak, nama disenarai hitam oleh pembekal.
DeleteCara yang saya kongsikan di atas adalah cara untuk batalkan pembayaran bil secara automatik je. Bukan cara untuk batalkan akaun YES.
Cara untuk batalkan akaun YES: http://www.wikicara.org/2015/08/cara-mudah-terminate-akaun-yes-4g.html
Salam, nak tanya, autobilling ni memang tak boleh pakai debit card ke? Sebab waktu daftar haritu, memang pakai Bank Islam punya. Setiap kali dapat bil, autobilling mesti unsuccessful. Macam mana eh
ReplyDeleteWaalaikumsalam :)
DeleteHikari tak tahu sekarang ni macam mana tapi masa Hikari karang panduan ni pada 06 Februari 2014, Hikari cuba pakai kad debit dan kad kredit. Dua-dua pun berjaya. Masa tu Hikari pakai kad debit CIMB.
Kalau awesomeCalyso ada kad debit lain, cuba la dulu. Atau telefon Bank Islam tanya macam mana. Takut kad Bank Islam tu memang tak boleh digunakan untuk pembayaran secara atas talian atau perlukan langkah tambahan sebelum boleh digunakan untuk pembayaran secara atas talian.