Tablet Microsoft Surface RT ni guna sistem operasi Windows 8.1. Sekali pandang macam susah je nak guna, macam banyak je benda yang kena belajar balik tapi sebenarnya kena belajar cara nak guna antaramuka Windows 8 tu je. Yang lain tu lebih kurang sama je macam Windows 7.
Kalau tengok gambar atas, ini gambar bahagian 'Desktop'. Kalau tak ada di 'Desktop' pun tak apa. Asalkan dah daftar masuk (Logged in), sentuh je sisi skrin sebelah kanan, tarik ke sebelah kiri untuk buka menu dan angkat jari tu dari terus menyentuh skrin apabila menu dah keluar.
Macam ni lah rupa menu tu. Pilih menu 'Search'.
Taip 'net' atau 'network' dan pilih 'Network connection settings'.
Klik atau sentuh jari anda pada nama WIFI anda.
Jeng, jeng, jeng, tu di bahagian 'Physical address' tu alamat MAC la tu.
No comments:
Post a Comment
Semua komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Apa pun, saya ucapkan ribuan terima kasih kerana sudi komen :)
Thank you for leaving your comments :) but please be informed that all comments will be screened before they are posted on this site.