Kalau nak cari alamat MAC (MAC Address) di komputer atau komputer riba yang pakai sistem operasi Windows 7, senang je.
Klik butang 'Start', taip 'network', klik pada 'Network and Sharing Center'.
Tak kisah sama ada pakai WIFI atau pakai kabel, klik je pautan di bahagian yang saya tanda di atas.
Klik butang 'Details...'.
'Physical Address' tu alamat MAC (MAC Address) la tu. Alamat MAC ni sebenarnya identiti unik untuk setiap antaramuka rangkaian (network interface). Jadi kalau kad rangkaian (network card) pada komputer atau komputer riba rosak dan diganti baru, alamat MAC tu pun akan ditukar sekali.
No comments:
Post a Comment
Semua komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Apa pun, saya ucapkan ribuan terima kasih kerana sudi komen :)
Thank you for leaving your comments :) but please be informed that all comments will be screened before they are posted on this site.