Monday, February 10, 2014

Cuci Luka di Klinik 1Malaysia

Dua tiga hari lepas pergi cuci luka di Klinik 1Malaysia. Cik Jururawat merungut sebab tak ada surat arahan daripada doktor.

Sebelum ni doktor di Klinik A tengok sekali lalu je lepas tu dia kata tak payah cuci luka. Apabila pergi ke wad kecemasan, Puan Jururawat di Klinik A yang bersihkan luka pula kata kena. Sejak hari tu, tiap-tiap hari saya pergi cuci luka di Klinik A. Tak ada apa-apa surat diberikan atau diperlukan. Sebab tu saya hairan kenapa tiba-tiba Cik Jururawat di Klinik 1Malaysia ni minta surat.

Saya pergi Klinik 1Malaysia ni pun sebab Puan Jururawat dari Klinik A yang suruh. Dia kata, Klinik A tutup pada hari Sabtu, Ahad dan cuti umum maka pada hari-hari tersebut, pergi la ke Klinik 1Malaysia untuk cuci luka. Maka saya pun pergilah mengikut arahan lisan yang diberikan.

Rupa-rupanya Jururawat di Klinik 1Malaysia tu merungut sebab kalau tak ada hitam putih, surat arahan doktor, susahlah mereka nak jawab kalau ada apa-apa masalah yang timbul dengan pesakit tu nanti. Tak pasal-pasal mereka kena saman. Nak cuci luka ni rupanya bukan boleh cuci saja-saja. Kena tengok surat arahan doktor sebab daripada situlah mereka akan dapat tahu senarai luka yang perlu dicuci serta panduan cara nak cuci luka.

Kalau setakat cuci luka biasa macam luka saya ni, tak apalah. Tapi ada sesetengah luka seperti luka pesakit kencing manis (diabetes), mereka perlu pakai ubat khas. Masalahnya banyak juga pesakit macam tu yang lupa bawa surat arahan doktor atau tak ada surat arahan doktor lepas tu marah-marah apabila kakitangan di Klinik 1Malaysia tak nak cuci luka mereka.

Saya tengok klinik tu tak henti-henti didatangi pesakit. Yang datang cuci luka pun ramai. Tak hairan la kalau Cik Jururawat tu tertekan kalau kena layan pesakit macam tu selalu.

No comments:

Post a Comment

Semua komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Apa pun, saya ucapkan ribuan terima kasih kerana sudi komen :)

Thank you for leaving your comments :) but please be informed that all comments will be screened before they are posted on this site.