Hari tu kecoh di Laman Facebook Saya Sayang Tun Dr. Mahathir Mohammad (SSTDMM). Kecoh sebab kursus pra perkahwinan akan dinaikkan kos setelah ditambah silibus baru iaitu ujian kefahaman Islam. Ramai yang setuju dan ramai juga yang menolak. Macam biasalah.
Hikari adalah salah seorang yang menolak. Bukan setakat tolak kos tu dinaikkan tapi tolak terus kursus tu daripada diadakan secara paksaan. Yelah.... dari tadika, sekolah rendah, sekolah menengah, hatta kalau sambung ke pengajian tinggi sekalipun, mesti ada punya kelas agama. Hikari belajar pasal bab-bab kahwin ni macam rukun nikah, tanggungjawab suami, tanggungjawab isteri, apa semua, masa sekolah menengah.
Kalau umur dah 20 tahun tapi masih tak tahu baca Al-Quran, masih tak tahu solat, bukankah itu maknanya orang tu memang tak minat nak belajar? Kursus pra perkahwinan ni ambil masa berapa lama? Setahu Hikari sehari je. Tak tahu la kot lepas tambah silibus ni jadi 2-3 hari atau berminggu-minggu. Cuba bandingkan.
Belajar agama di tadika (1 atau 2 tahun), belajar agama di sekolah rendah (6 tahun), dan belajar agama di sekolah menengah (paling kurang 5 tahun). Semua sekali berapa tahun? Paling kurang 11 tahun, kalau tak berhenti sekolah. Bayangkan... 11 tahun belajar pun masih tak boleh mengaji, masih tak tahu solat? Agak-agak kursus pra perkahwinan yang pastinya tak sampai pun sebulan tu boleh beri apa-apa kesan ke? Kalau ada pun, kemungkinan besar tak banyak pun.
Kemudian, cuba fikir lagi...
Para ustaz, ustazah pun ada yang ditangkap berdua-duaan dengan orang yang tak sepatutnya (berkhalwat), dan ada yang ditangkap berzina. Itu orang yang tahu agama. Macam mana pula dengan orang yang memang tegar tak minat nak belajar agama? Pergi kelas, ilmu masuk telinga kanan, keluar telinga kiri. Kalau kita halang orang macam ni daripada berkahwin secepat mungkin, kemungkinan mereka ni nak berkhalwat atau berzina berbanding dengan ustaz dan ustazah tadi, agak-agak la kan, jauh lebih besar ke atau jauh lebih kecil?
Dan akhir sekali... cuba fikir seringkas-ringkasnya.
Ada yang sokong kursus pra perkahwinan ni kerana kononnya kursus ni mampu mengurangkan kes perceraian. Ok la... Bercerai tu halal ke haram? Berzina tu halal ke haram?
Jawapannya jelas, bukan? Kalau masih tak jelas, mari Hikari terangkan. Hukum bercerai ialah halal. 'Eh, tapi nak bercerai pun ada yang halal, ada yang haram!'. Betullah tu. Nak bercerai pun bukan boleh suka-suka je nak cerai. Ada syarat-syaratnya. Tapi berzina? Ada ke zina yang halal?
Jadi nak halang yang halal ke, atau, nak galakkan yang haram? Sendiri fikir.
No comments:
Post a Comment
Semua komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Apa pun, saya ucapkan ribuan terima kasih kerana sudi komen :)
Thank you for leaving your comments :) but please be informed that all comments will be screened before they are posted on this site.