Monday, December 29, 2014

Apa beza antara erti dan reti?

Huh...

Yang Hikari tau...

Erti tu makna atau maksud. Contohnya kalau orang layan kita acuh tak acuh, itu ertinya (maksudnya) dia mungkin sedang marah samaada dekat kita atau orang lain, atau dia memang tak suka dengan kita. Itu erti.

Reti... tahu. Saya reti masak, saya tahu masak. Orang tu tak reti berkawan, orang tu tak pandai berkawan.

Tapi baru perasan, dikalangan kenalan bukan Melayu, mereka suka gantikan reti tu dengan erti. Memang kalau ikut maklumat dalam Kamus Bahasa Melayu di Pusat Rujukan Persuratan Melayu, erti dan reti tu lebih kurang sama maksud tapi bila dengar atau baca orang guna ayat macam "dia tu tak erti makna setiakawan", rasa macam pelik je.... mm... entah la. Janji faham...

No comments:

Post a Comment

Semua komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Apa pun, saya ucapkan ribuan terima kasih kerana sudi komen :)

Thank you for leaving your comments :) but please be informed that all comments will be screened before they are posted on this site.