Hikari bukanlah ahli dalam hal-hal berkaitan bercucuk-tanam ni tapi mak Hikari peminat tegar dan selalu berkongsi pengetahuannya dalam bab ni kepada saya. Katanya sekarang ni di Barat dan di negara-negara yang kekurangan makanan, 'permaculture' ini sangat terkenal dalam bidang pertanian. Bukan sebab apa, di Barat, ramai penduduknya dah sedar betapa pentingnya menjaga alam sekitar dan mengurangkan penggunaan bahan kimia dalam kehidupan seharian. Manakala, di negara-negara yang miskin, selalunya masalah utama penduduknya ialah kekurangan makanan. 'Permaculture' ini secara umumnya murah dan mesra alam untuk dilaksanakan maka tidak hairanlah kalau teknik atau budaya 'permaculture' ini terkenal dikalangan kedua-dua golongan ini.
Tapi bila Hikari cuba untuk mencari maklumat berkenaan 'permaculture' ni dalam Bahasa Melayu, maklumat yang keluar mesti daripada Indonesia. Maksudnya memang betullah apa yang mak saya cakap. 'Permaculture' ni secara umumnya tak diketahui oleh rakyat Malaysia. Ramai penduduk Jepun dah tahu sebab mereka memang dari dahulu lagi terkenal mesra alam dan amat menjaga alam sekitar. Ramai penduduk Barat dah tahu kerana mereka suka mengkaji. Walaupun ramai yang keterlaluan dan boros, ramai juga yang menyedari kesilapan mereka dan dah belajar daripada kesilapan tersebut. Ramai penduduk miskin di negara seperti Sri Lanka, dan India, dah tahu sebab para sukarelawan banyak mengajar mereka teknik yang sesuai dengan keperluan dan kemampuan mereka.
Tapi penduduk di Malaysia masih ramai yang tak tahu sebab?
1. Tak payah pening-pening pasal teknik dan kos, tanah memang subur, air pun banyak, sinar matahari pun banyak
2. Penduduknya kaya, kalau miskin pun tak semiskin orang kaya di negara miskin
3. Duit banyak, tanah subur, makanan berlambak-lambak
4. Sukarelawan luar yang tahu pasal 'permaculture' malas nak masuk Malaysia ajar sebab Malaysia memang dah ada banyak makanan. Lebih baik dia melawat negara miskin yang betul-betul bermasalah dalam bab tak cukup makanan ni.
Hmm... Tapi boleh jadi juga ramai orang Malaysia dah tahu tapi ilmu tu dikongsi dalam Bahasa Inggeris dan Bahasa Cina ~_~ Um.... harap-harap bukanlah sebab kalau betul memang sedih sangat.. Macam mana nak kembangkan semula Bahasa Melayu jadi bahasa ilmu dan bahasa utama orang Malaysia kalau orang Malaysia sendiri tak nak kongsi ilmu guna Bahasa Melayu?
Kembali kepada topik, secara ringkasnya apa beza pertanian biasa dengan pertanian ala 'permaculture'?
Dikalangan orang biasa di Malaysia ni, kalau sebut je pertanian, apa yang kita fikir kita kena buat ialah...
1. Bersihkan tanah, sebersih-bersihnya
2. Tanam tanaman yang yang kita mahu sahaja
3. Tanaman lain seperti rumput dan pokok liar, cabut atau tebang dan buang atau bakar
4. Guna baja yang dibeli di kedai (yang tidak diketahui pun cara pembuatannya dan isi kandungannya)
5. Bekalan air daripada sungai atau pembekal air (contoh PBA)
6. Siram air ke tanaman
Salah ke cara ni? Tak salah cuma.... kurang mesra alam, harga yang perlu dibayar pun tinggi (bukan sekadar wang ringgit k, banyak tanah di dunia yang dahulunya subur dah jadi macam gurun sahara akibat penebangan yang berluasa -> http://en.wikipedia.org/wiki/Desertification), membazir dan tidak boleh berdiri sendiri sendiri. Eh, berdiri sendiri?
Ya, pertanian ala 'permaculture' tidak perlu bergantung kepada sumber luar kerana kaedah 'permaculture' ini sebenarnya meniru sistem perhubungan di hutan. Dalam hutan, kita boleh tengok banyak jenis tanaman dan hidupan hidup meliar dengan sihat tanpa perlukan campur tangan manusia, betul tak? Pokok tinggi ada, pokok rendah ada, pokok menjalar ada, pokok berbuah, pokok tak berbuah, haiwan besar, haiwan kecil, semua ada, betul tak? Setiap satu daripada mereka sebenarnya mempunyai fungsi yang tersendiri cuma kita sahaja yang tak tahu.
Contoh corak pertanian ala 'permaculture':
1. Bersihkan tanah ala kadar (sekadar diperlukan)
2. Tanam pokok tinggi dan rendah bersama-sama di satu kawasan (mak kata pokok tinggi tu untuk lindung anak pokok)
3. Rumput-rumput yang dicabut atau ditebas dibiarkan atas tanah untuk melindungi tanah daripada kering akibat cahaya matahari yang terik disamping untuk menyerap air
4. Tahi manusia, ayam, kucing, atau apa-apa makhluk yang perlu membuang air besar dicampur dengan tanah untuk dijadikan baja (kos baja dah kurang di situ)
5. Bina terusan untuk tahan air hujan (bagi kawasan yang kering)
6. Siram air yang telah digunakan (bukan air bersih, contohnya air basuhan beras atau air lepas mandi) atau air daripada terusan ke tanaman. Ada juga yang tak siram langsung.
Mak kata, kalau tengok tanah pertanian orang yang betul-betul serius pasal 'permaculture' ni, memang tanah dia tak sekemas tanah orang yang bertani guna cara biasa. Yelah, nama pun meniru gaya hutan. Ada ke hutan yang tak berselerak?
Lagi satu yang menarik pasal 'permaculture' ni, dengarnya orang Yahudi sekarang tengah sibuk pakai teknik ni untuk ubah semula tanah yang kering-kontang di negara haram Israel jadi tanah yang subur dan tanam pokok Gharqad (pokok orang Yahudi)... Bersedia untuk dunia akhir zaman gamaknya :/ Persediaan saya sebagai orang Islam dah banyak mana la agaknya :'(
Itu sahaja la untuk perkongsian kali ni. Nak tahu lebih lanjut, tanya Pak Google atau Pak Bing k :)
No comments:
Post a Comment
Semua komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Apa pun, saya ucapkan ribuan terima kasih kerana sudi komen :)
Thank you for leaving your comments :) but please be informed that all comments will be screened before they are posted on this site.