Hikari terbaca satu artikel. Di bawah ni, Hikari salin balik serba sedikit isinya...
Siapa yang mulakan provokasi kalau bukan mereka PR sendiri lakukan...Anda Sendiri Nilaikan
Saya dah kata . mereka yang mulakan hina Islam disokong oleh lebai lebai alim ulamak yang pro PR .So hentikan la provokasi kepada Islam .hormat sesama rakyat Malaysia.
Sumber/artikel penuh:
http://siemens-melayumaju.blogspot.com/2015/01/siapa-yang-mulakan-provokasi-kalau.html
Pertama sekali, Hikari nak maklumkan yang Hikari dah cuba nak komen pada artikel tersebut tapi tak berjaya. Kalau ada yang berjaya komen, tolong beritahu Hikari macam mana anda buat. Atau lagi senang, anda tolong salin je komen Hikari di sini dan tampal komen di sana.
Kedua, Hikari BUKAN penyokong PR. Cuba selak artikel-artikel yang ada dalam blog ni kalau tak percaya. Jadi tak payahlah nak tuduh-tuduh Hikari ni 'macai' ke apa.
Ketiga, walaupun Hikari lebih cenderung kepada kumpulan tertentu dalam politik, yang paling utama kepada Hikari ialah kebenaran. Hikari TAK MAHU jadi salah seorang daripada mereka yang TAKSUB dengan politik.
Dah baca ketiga-tiga poin di atas? Ok, silakan baca komen Hikari pasal artikel tersebut..
Er, kamu faham ke tidak apa yang ditaip pada t-shirt tersebut? T-shirt tu kata Jesus dan Muhammad menyembah Tuhan yang sama. Jesus tu merujuk kepada Nabi Isa. Nabi Isa dan Nabi Muhammad menyembah Tuhan yang sama. Tak betul ke?
Kalau nak tahu, ramai orang Kristian TAK TAHU yang orang Islam KENAL Nabi Isa (Jesus) dan sayangkan Nabi Isa. Inilah salah satu cara yang popular terutamanya di Barat untuk membetulkan tanggapan tersebut dikalangan orang Kristian.
Dengan kata lain, ini adalah salah satu usaha pendakwah di Malaysia untuk menarik minat orang bukan Islam terutamanya orang Kristian untuk mengenali Islam. TAK ADA KAITAN dengan provokasi antara agama, PR, BN atau mana-mana kumpulan politik...
No comments:
Post a Comment
Semua komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Apa pun, saya ucapkan ribuan terima kasih kerana sudi komen :)
Thank you for leaving your comments :) but please be informed that all comments will be screened before they are posted on this site.