Tuesday, March 3, 2015

Masuk Buddha sama macam masuk Cina?

Hikari saja tonton video ni. Menarik juga.



Dia kata bagi orang Cina, masuk Islam tu sama macam masuk Melayu. Yang tu, Hikari selalu dengar. Tapi dia juga kata, persepsi ni sama je macam orang Melayu yang kata orang Cina tu Buddha, padahal orang Cina pun ramai yang peluk agama lain. Hikari tak setuju dengan perbandingan ni tapi tak tahu la kot kalau ramai orang Melayu yang betul fikir macam tu.

Bukan apa, seingat Hikari, dari dulu sampai sekarang, memang jelas pun kaum tu kaum la, agama tu agama la. Sebab tu orang India ada yang beragama Hindu, ada yang beragama Kristian, ada yang beragama Islam. Orang Cina pun sama. Cumanya, yang banyak peluk agama Buddha ialah orang Cina. Yang ramai peluk agama Hindu ialah orang India. Maka memang tak hairan la kalau sebut agama Buddha, kebanyakan orang akan teringat orang Cina, kalau sebut agama Hindu, teringat orang India dan kalau sebut agama Islam, orang Melayu atau orang Arab. Namun begitu, tak pernah sama sekali Hikari terfikir atau dengar mana-mana orang Melayu cakap, masuk Buddha tu sama macam masuk Tionghua/Cina atau masuk Hindu tu sama macam masuk Tamil/India.

Percaya atau tidak, yang selalu Hikari dengar suka sangat menyamakan kaum dengan agama ni sebenarnya ialah orang Cina dan India Malaysia. Macam saudara Firdaus Wong cakap, kebanyakan orang Cina ingat kalau masuk Islam, sama dengan masuk Melayu atau dengan kata lain kena ikut budaya Melayu, kena ikut perangai atau kebiasaan orang Melayu sama ada yang elok atau tak elok, kena jadi orang Melayu (ini Hikari bercakap berdasarkan prejudis atau streotaip tentang orang Melayu k), dah tak boleh jadi orang Cina.

Kalau tengok di forum-forum tentang sejarah pula, banyak orang Tamil/India yang kerap kali salah faham tentang sejarah Nusantara (atau sejarah orang Melayu secara amnya) dengan menyamakan orang Melayu yang beragama Hindu di masa lampau sebagai orang India sehingga mengatakan istilah Melayu ni sebenarnya dicipta oleh orang India/Inggeris atau secara ringkasnya, orang Melayu tak wujud dan tak ada tamadun. Tapi tak dapat dinafikan, memang ramai orang Melayu yang cetek pengetahuan dan salah faham tentang sejarah bangsa sendiri sehingga pandang rendah sesama Melayu (haru betul la orang macam ni).

Bercerita pasal persepsi, persepsi orang Cina tentang masuk Islam tu sama dengan masuk Melayu sebenarnya tak salah tapi tak berapa betul juga. Istilah masuk Melayu ni memang dah lama wujud sebelum penjajah Barat datang lagi (kalau tak silap masa Kesultanan Melaka).

Yang betul....
Masuk Melayu maksudnya jadi orang Melayu. Macam mana nak jadi orang Melayu? Kena peluk Islam DAN mengamalkan budaya Melayu (boleh bertutur dalam Bahasa Melayu adalah salah satu daripadanya dan yang paling utama sebenarnya) dan NAK JADI ORANG MELAYU.

Yang salah...
Peluk Islam automatik masuk Melayu.

Jadi dari satu segi, persepsi orang Cina bahawa masuk Islam sama dengan masuk Melayu tu adalah benar sebab nak masuk Melayu memang kena masuk Islam dulu (di Malaysia la). Tapi dari sudut yang lain, persepsi tu kurang tepat sebab nak peluk Islam dan nak masuk Melayu adalah 2 perkara yang berbeza. Nak peluk Islam dan nak masuk Melayu? Tak ada masalah. Nak peluk Islam tapi tak nak masuk Melayu? Pun tak ada masalah. Di seluruh dunia, berlambak lagi orang bukan Melayu yang pilih agama Islam sebagai panduan hidup.

Tapi pada Hikari, punca salah faham ni bukan sebab apa pun. Ok, cuba bayangkan... Kau orang Cina yang tinggal di Tanah Melayu di mana orang Cina majoritinya beragama Buddha atau Kristian. Sebab kau tinggal di Tanah Melayu, kau selalu bergaul dengan orang Melayu dan banyak kawan Melayu. Apabila dah selalu bergaul, kau kenal dan mula minat dengan agama Islam.

Bila dah minat, dengan siapa kau akan luangkan banyak masa untuk belajar pasal agama Islam? Mestilah dengan orang-orang Melayu sebab mereka je yang kau kenal beragama Islam dan tahu pasal agama Islam. Katakanlah lepas tu kau peluk Islam.

Agak-agak apa yang berlaku? Kau belajar daripada orang Melayu. Nasib tak baik, kau tanya daripada orang Melayu yang salah faham bahawa apabila masuk Islam je mesti tukar nama baru dalam Bahasa Arab.

Contoh nama ala Cina: Lee Chong Wei

Kalau ikut maklumat dalam Wikipedia, http://en.wikipedia.org/wiki/Chinese_name, nama lelaki Cina itu ialah Chong Wei dan Lee merujuk kepada nama keluarga lelaki tersebut. Nak tahu maksud nama lelaki ini, kena semak kamus Bahasa Cina.

Contoh nama ala Arab: Rashid Bin Sidek

Nama lelaki Melayu itu ialah Rashid. Bin bermaksud anak lelaki kepada manakala binti bermaksud anak perempuan kepada. Jadi kalau ikut nama di atas, lelaki yang bernama Rashid ini ialah anak lelaki kepada Sidek. Kalau nak tahu maksud nama lelaki ini, kena semak kamus Bahasa Arab.

Kalau tak salah Hikari, inilah salah satu sebab yang menyebabkan orang Cina ingat bila peluk Islam dah tak boleh jadi orang Cina. Nak tukar nama sendiri sahaja, boleh dipertimbangkan lagi. Tapi kalau dah sampai nama bapa atau keluarga pun dibuang dan ditukar jadi Abdullah, konon tak Islamik, apa kes? Nasib baik sekarang ni dah ramai yang makin jelas dengan ajaran sebenar Islam. Contoh yang popular, Felixia Yeap. Contoh yang popular di Google (sebab bila cari di Google, keluar di laman pertama hehehe), Cik Sophea.

Rujuk sini untuk baca komen Cik Raissyah Rania (Felixia Yeap)
http://www.ohbulan.com/felixia-yeap-masuk-islam-bukan-masuk-melayu/

Rujuk sini untuk baca pengalaman Cik Sophea http://www.carigold.com/portal/forums/archive/index.php/t-508855.html

Dah alang-alang cakap pasal nama, apa contoh nama ala Melayu ye? Hehehe.... Senang je. Tengok nama orang asli di Malaysia, jangan tengok nama orang Melayu masa kini (haha ironi betul bab ni). Definisi nama ala Melayu bagi Hikari ialah kalau nak tahu makna nama tersebut, kena tengok kamus orang Melayu.

Contoh nama ala Melayu:
Ratu Hijau, Ratu Biru, Ratu Ungu, Ratu Kuning, Bawang Merah, Hang Tuah, Hang Jebat, Hang Lekir, Hang Lekiu, Hang Kasturi, Nira A/P Angah

:P Comel je nama asli tempatan. Kepada yang tak tahu, A/P ialah singkatan untuk Anak Perempuan manakala A/L ialah singkatan untuk Anak Lelaki. Ada yang terus letak Anak je, tak pakai A/P atau A/L, jadi kalau tak kenal secara peribadi, memang tak tahu le si pemunya nama tu lelaki ke perempuan. Kalau yang tahu makna, boleh la kalau nak main agak-agak :)

Erk... kembali kepada topik asal..

Lepas kau masuk Islam dan tukar nama, keluarga kau pulau atau halau kau sebab tak setuju dengan tindakan kau (selalu dengar, kan?). Adakah kau tak akan rasa sedih? Waktu tu, dengan siapa yang kau akan minta tolong? Mestilah dengan orang Melayu, betul tak? Sebab mereka je yang kau kenal masih baik dengan kau.

Atau kalau keluarga kau masih boleh terima kau, apa yang kau akan buat lepas tu kalau nak belajar lebih lanjut pasal agama Islam? Waktu tu tak ada Internet. Kau tak kenal orang Cina yang beragama Islam. Nak tak nak kau akan luangkan lagi banyak masa dengan para ilmuan Melayu.

Agak-agak apa jadi lepas tu? Kalau dah selalu bersama dengan orang Melayu, mestilah sedikit sebanyak akan terikut budaya Melayu. Bergaul dengan orang Melayu, bercakap dalam Bahasa Melayu, kadang-kadang sampai tahap berpakaian macam orang Melayu (pakai songkok, pakai baju Melayu).

Faham tak apa yang Hikari cuba sampaikan di sini? Proses nak jadi orang Melayu ni bukan paksaan tapi berlaku secara semulajadi disebabkan oleh keadaan. Akhir sekali sama ada orang tu nak dikenali sebagai orang Melayu atau tidak je. Tapi orang yang tak tahu, macam-macam la yang dia teka. Kalau tengok zaman sekarang ni, proses nak masuk Melayu ni dah tak wujud dah. Melayu yang tiru nak masuk jadi orang Putih, Korea, Arab, adalah...

Tapi... macam mana istilah Masuk Melayu ni mula wujud ye? Hikari pun tertanya-tanya. Kalau tak silap Hikari, istilah ni wujud sejak zaman Kesultanan Melaka lagi dan diteruskan hingga sekarang (tengok definisi Melayu dalam perlembagaan negara).

No comments:

Post a Comment

Semua komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Apa pun, saya ucapkan ribuan terima kasih kerana sudi komen :)

Thank you for leaving your comments :) but please be informed that all comments will be screened before they are posted on this site.