Hikari dah pergi Maybank. Sekali bila pegawai tu periksa, dia kata nak batalkan pinjaman ASB yang Hikari buat tahun lepas tu boleh tapi nanti kena bayar denda (penalti) la sebab pinjaman tu pinjaman jenis konvensional. Nak batalkan tanpa denda, kena tunggu lepas 2 tahun. Kalau pinjaman Islamik, nak batalkan bila-bila pun tak ada masalah, tak ada sebarang cas atau denda dikenakan.
Bila dengar kena denda tu, hati jadi berbelah bagi. Ye la... denda tu 3% daripada jumlah pinjaman kot. 0.03 x RM100000 = RM3000! Bukan Hikari tak boleh bayar tapi.... @_@ Entahlah, Hikari pun tengah berbelah bagi, nak batalkan sekarang atau nak batalkan tahun depan.
Apa pun, itulah salah satu kelebihan pinjaman Islamik berbanding pinjaman konvensional bila masuk bab ASB ni. Lagi kelebihan pinjaman Islamik ni (menurut pegawai tu), nak bayar lebih ke, nak bayar penuh ke, ikut suka hati. Boleh buat bila-bila masa. Kalau pinjaman jenis yang satu lagi tu, tak boleh buat macam tu. Ada syarat-syaratnya. Kalau tak nanti kena denda. Denda lagi...
Sebab tu la orang bukan Islam pun ramai yang dah suka dengan pinjaman jenis Islamik ni. Pegawai tu siap kata, sekarang ni bila orang mohon je pinjaman ASB, pilihan pertama yang dia sarankan ialah pinjaman Islamik. Senang. Tapi orang bukan Islam mana boleh buat pinjaman ASB, kan? Hikari pun tak pasti samaada dia merujuk kepada Bumiputera bukan Islam yang nak buat pinjaman ASB atau dia merujuk kepada orang bukan Islam yang nak buat apa-apa jenis pinjaman pun.
Wallahualam.
Sekarang ni Hikari tengok ramai yang mengutuk pinjaman jenis Islamik. Hikari bukan pakar dalam bab ni jadi Hikari tak boleh nak komen apa-apa cuma sekurang-kurangnya dalam bab pinjaman ASB ni.. Alhamdulillah, ternyata pinjaman Islamik lebih baik berbanding pinjaman konvensional... er, kalau pegawai tu tak tipu atau tersilap bagi maklumat kepada Hikari la.
No comments:
Post a Comment
Semua komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Apa pun, saya ucapkan ribuan terima kasih kerana sudi komen :)
Thank you for leaving your comments :) but please be informed that all comments will be screened before they are posted on this site.