Monday, February 23, 2015

Orang putih boikot produk keluaran Israel

Wahai orang Melayu,

Sekarang ni orang Palestin, tak kisah agama apa, orang Barat, tak kisah agama apa, dah ramai yang pilih untuk boikot barangan keluaran Israel. Tapi di Malaysia? Yang beragama Islam pun masih ramai yang banyak songeh.

Bila ajak boikot, diejek suruh boikot semua dulu termasuk la Facebook katanya. Padahal orang suruh boikot yang tak penting atau yang ada alternatif sahaja. Boikot membuta tuli sampai apa pun tak boleh buat, itu kurang bijak namanya.

Atau, dimarah konon menjatuhkan ekonomi Malaysia atau menyusahkan rakyat Malaysia yang bekerja di syarikat berkenaan. Weih, pernah dengar tak perkataan "GO LOCAL" atau dalam Bahasa Melayunya, BELI LA BARANG KELUARAN TEMPATAN SUPAYA PRODUK TEMPATAN BERKEMBANG DAN BOLEH GANTIKAN PRODUK KELUARAN ISRAEL TU?! Apa logiknya kamu mati-mati nak pertahankan tindakan membeli rokok, Ais Krim Nestle, Milo, McDonald, semua tu? Hati masih ada ka? Atau nafsu tu yang sebenarnya kamu junjung lagi tinggi?

Ramai juga yang suka mengejek, "Ala, boikot kejap je tu. Bermusim.". Hek eleh, kamu yang mengejek tu apa hal pula? Tahu ejek je ke? Apa yang kamu buat? Bagi sedekah kepada orang Palestin yang ditindas? Lepas tu kamu bagi 'sedekah' pula kepada orang Israel yang menindas? Otak ada? Lepas tu kamu kata siapa yang boikot bermusim tu? Semua orang ka? Mulut dan jari tu, tolong jangan celup dalam air longkang. Ramai orang termasuk Hikari, sejak mula boikot, sampai sekarang tak sentuh dah produk-produk yang diboikot tu. Apa pun, memang ada orang yang cuma boikot sementara tapi sekurang-kurangnya ada la juga usahanya nak mencuba. Kamu yang tak boikot langsung tu apa cerita?

Kepada yang ejek suruh boikot Facebook sekali tu, tolong buatkan laman alternatif untuk Facebook terlebih dahulu sebelum terlebih cerdik nak suruh orang boikot. Macam mana Hikari tahu yang orang Palestin dan orang Barat pun boikot produk keluaran Israel? Duh, Facebook. Jadi ada otak, ada akal, tolong guna. Jangan nak tunjuk pandai je memanjang.

Kepada yang berminat nak buat laman alternatif kepada Facebook, tolong jangan buat ala kadar atau buat laman yang tak menepati keperluan pengguna Facebook. Facebook untuk semua orang, bukan untuk orang Yahudi sahaja, bukan untuk orang Islam sahaja, dan bukan untuk orang Malaysia sahaja. Kalau laman yang dibina tu tak dapat gantikan Facebook, maka tak layak la laman tersebut dinamakan sebagai 'alternatif'.

Sekian sahaja rungutan dan peringatan kali ini.


Yang benar,
Hikari yang sedang sakit hati tengok perangai sesetengah orang Melayu yang terlebih bijak

P/S:
Maaf, Hikari bukan nak berceramah. Hikari cuma nak meluahkan perasaan sebab geram tengok perangai sesetengah orang Melayu yang beragama Islam ni. Bab nak mengutuk usaha orang lain, cepat je. Bab nak buat, hampeh. Banyak cengkadak.

Kepada yang tak berkenaan, mohon jangan terasa.

No comments:

Post a Comment

Semua komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Apa pun, saya ucapkan ribuan terima kasih kerana sudi komen :)

Thank you for leaving your comments :) but please be informed that all comments will be screened before they are posted on this site.