Di tempat Hikari ni, dulu selalu tiba-tiba terputus bekalan elektrik. Sekarang dah kurang tapi masih berlaku. Setiap kali berlaku je, Mesin Pencatat Kehadiran (Attendance Record System) akan terputus (mati) sekali. Bila mesin tu dihidupkan semula (switched on), waktunya dah mula la lari. Mula-mula mungkin lambat dalam beberapa saat je tapi lepas tu, lama-lama akan lambat dalam beberapa minit. Jadi nak tak nak, dari masa ke semasa, Hikari kena betulkan jam pada mesin tu.
Sebelum betulkan jam pada mesin tu, Hikari semak dulu jam pada telefon bimbit Hikari. Hikari semak sama tak masa pada telefon tu, termasuk saatnya, dengan masa pada laman sesawang yang dibina oleh SIRIM ni: http://mst.sirim.my/
Bila Hikari tunjuk laman ni pada kawan-kawan sepejabat, ada yang mula-mulanya tak percaya dengan ketepatan masa yang dipaparkan. Ada seorang tu sampai sanggup telefon rumah untuk bandingkan masa pada 'Decoder' Astro dengan masa dalam laman tu. Bila dah tengok sama, baru dia percaya :D
No comments:
Post a Comment
Semua komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Apa pun, saya ucapkan ribuan terima kasih kerana sudi komen :)
Thank you for leaving your comments :) but please be informed that all comments will be screened before they are posted on this site.