Serius, Hikari baru je tahu tapi pegawai Maybank tu kata, pinjaman ASB yang Islamik dah ada sejak 2-3 tahun lepas O_o Ceh... habis tu kenapa pegawai Maybank di XXX (cawangan lain) hari tu tak bagi tahu? Dia orang Islam kot. Takkan tak tahu selalunya kalau orang Islam mesti lebih suka nak ambil pinjaman Islamik berbanding yang konvensional? Sekurang-kurangnya maklumkan la kata ada supaya orang tu boleh pilih.
Hm... tapi mungkin juga dia pun terlupa. Masa tu memang tengah kelam-kabut sikit, Hikari tengah kejar masa. Hikari pun tak teringat nak tanya sebab tak sangka ada. Kalau tahu.... alahai.... Sekarang ni nak batalkan pula pinjaman yang Hikari buat tahun lepas tu. Kan ke dah buang banyak masa dan tenaga? Itu belum masuk hilang kelayakan untuk bonus tu.
Hikari dimaklumkan yang dividen dibayar sama untuk semua pemegang saham ASB tapi bonus yang diberikan adalah berbeza. Katakan kita dah jadi pemegang saham selama 10 tahun. Bonus yang kita dapat adalah lebih tinggi daripada bonus orang yang dah jadi pemegang saham selama 2 tahun. Sabar je le...
Kalau nak tukar terus dari pinjaman konvensional ke pinjaman Islamik memang tak boleh... Hikari dah tanya dah. Katanya, kalau nak tukar jenis pinjaman, kena batalkan dulu pinjaman konvesional tu, lepas tu baru ambil pinjaman Islamik. Leceh betul tapi dah hati kata nak, sabar je le... Nasib baik pinjaman ASB tambahan yang Hikari buat awal tahun ni memang jenis pinjaman Islamik. Tak de la kena batal semua :)
Hikari belum batalkan lagi la pinjaman ASB tu cuma dah tanya siap-siap, kalau nak batalkan pinjaman tu macam mana. Sebab Hikari buat pinjaman melalui Maybank, Hikari telefon tanya terus pada Maybank. Katanya, boleh pergi mana-mana cawangan Maybank, tak perlu pergi cawangan asal (tempat mohon pinjaman tu) dan tak perlu bawa apa-apa kecuali kad pengenalan je.
Oh, dah alang-alang sembang pasal ASB ni, Hikari teringat pasal wasiat. Pegawai Maybank tu kata, nak buat wasiat untuk ASB ni percuma je :) Untuk kemudahan waris kita dan mengelakkan ahli keluarga kita berkelahi di kemudian hari, elok la kita ramai-ramai buat wasiat awal-awal. Jangan jadi macam orang dulu-dulu.
Tok nenek dah lama meninggal dunia, harta masih tak dapat dibahagikan sebagaimana yang sepatutnya sebab cucu-cicit tak habis-habis bergaduh berebut harta sampai tak ingat akhirat. Akibatnya banyak harta orang Islam terbengkalai macam tu je.
Cara nak buat wasiat tu, cuma minta borang wasiat daripada pegawai bank untuk diisi. Dokumen yang diperlukan cuma salinan kad pengenalan waris yang kita nak namakan dalam borang wasiat tu. Semoga berjaya! :)
Catatan 27 November 2015
Pada 23 November 2015, seorang pembaca tanpa nama maklumkan di ruangan komen bahawa tiada wasiat percuma di Maybank. Betul tu dan terima kasih sebab tegur. Semasa Hikari mula-mula tulis pasal ni, ada maklumat tak lengkap. Pada perjumpaan yang seterusnya (tak pasti yang ke berapa) baru Hikari dapat maklumat bahawa..
Pakej wasiat ni ada dua pakej dan kedua-duanya bukan percuma. Yang murah dalam RM300+, selepas tandatangan tu, tak boleh ubah-ubah dah. Maksud tak boleh ubah tu, contoh kita ada harta sekian-sekian, lepas tu harta kita bertambah atau berkurang, kita nak masukkan maklumat tu dalam wasiat, tak boleh la. Kalau nak ubah juga, kita kena batalkan wasiat ni dan buat wasiat baru. Bayar la RM300+ lagi. Setiap kali nak ubah, kena buat macam tu. Kalau pakej yang mahal dalam RM1000+. Yang ni boleh kalau nak ubah maklumat wasiat bila-bila masa. Hikari ingat-ingat lupa la pegawai tu kata kena bayar ke tidak setiap kali nak kena buat perubahan tu. Tapi KALAU kena bayar, dalam RM50-100 macam tu.
Jadi macam mana Hikari dapat buat wasiat percuma? Sebab dalam pakej pinjaman Maybank Islamic yang Hikari ambil tu, pakej wasiat RM300+ tu memang dah termasuk sekali :P
Penafian
Semua maklumat di atas Hikari dapat dengan bertanya terus dengan pegawai Maybank. Tapi macam biasa la, Hikari ni bukan orang kewangan jadi bukan faham sangat bahasa orang bank ni. KALAU ada salah dan silap lagi, Hikari mohon maaf. Apa-apa pun baik rujuk kepada pegawai Maybank untuk penerangan lanjut dan yang terkini. Apa yang Hikari tulis ni sekadar untuk pendedahan awal je.
Terima kasih :)
mana da free buat wasiat kat maybank bos.. sy kena bayar 1k++... nak info 094903010 no sy
ReplyDeleteHaah, waktu tu ada maklumat tertinggal. Terima kasih sebab tegur. Saya dah kemaskini.
Delete