Bila tengok kod bawah sekali dalam fail java.policy....
permission java.util.PropertyPermission "java.vm.vendor", "read";
permission java.util.PropertyPermission "java.vm.name", "read";
permission java.lang.RuntimePermission "queuePrintJob"; "read";
};
Ceh, terlebih arahan rupanya! Padam yang bergaris bawah tu, terus ok :/
Er... rasanya ramai dah tahu kot langkah demi langkah untuk set tetapan Java ni tapi kalau tak tahu....
- Pastikan komputer menggunakan sistem operasi (operating system) Windows 7 sebab saya guna Windows 7 jadi panduan ni untuk komputer yang guna Windows 7 juga. Kalau pakai Windows versi lain, panduan ni mungkin tak sesuai untuk dijadikan rujukan.
- Pastikan daftar masuk (login) komputer guna akaun Pentadbir Sistem (Administrator).
- Pastikan Java telah dipasang (installed) di komputer. Kalau belum dipasang, pasang Java versi apa pun tak apa.
- Pergi ke folder C:\Program Files\Java\xxx\lib\security (xxx tu sebab kalau ada banyak versi Java, nama folder tu akan berbeza-beza. Macam di komputer saya, ada 2 folder iaitu jre7 dan jre1 apa benda tah. Panjang, tak ingat.)
- Buka fail java.policy atau fail yang bernama java guna WordPad. Nak guna NotePad pun boleh tapi nanti susunan kandungan dalam fail tu akan jadi haru-biru, tak tersusun, susah pula nak ubahsuai kod.
- Tengok kod bawah sekali. Sebelum }; tu tambahkan kod ni -> permission java.lang.RuntimePermission "queuePrintJob";
- Simpan (save) fail.
- Tutup (close/exit) fail tu.
- Kalau ada banyak versi Java yang dipasang dalam komputer tu, ulang langkah 1 sampai 8 ni untuk setiap versi Java.
- Pergi ke Control Panel
- Pilih View by large icons atau View by small icons
- Klik Java
- Dalam tab General, klik Network Settings. Pastikan tetapan yang dibuat dalam Network Settings tu betul. Selalunya pakai Use browser settings je tapi mana tahu kot-kot agensi ada tetapan istimewa dalam bab ni. Dah betul, klik Ok.
- Dalam tab Security, pastikan pilihan Enable Java content in the browser ditandakan, dan Security Level pada tahap medium. Kemudian klik Edit Site List, tambahkan alamat URL laman eTerimaan di situ. (contoh: https://etprk). Dah tambah, klik Ok. ***** Yang ni saya pun baru tahu tapi tak pasti ada kesan ke tidak.... Nak uji lagi, dah malas dah :P
- Dalam tab Advanced pula, rasanya macam tak perlu ubah apa-apa kot cuma untuk kemudahan saya, saya tandakan juga Show console pada pilihan Java Console dan Place Java icon in system tray pada pilihan Miscellaneous.
- Kalau tak silap saya, untuk sesetengah versi Java di sini ada pilihan Print background colors and images. Pilihan ni selalunya ada dalam Internet Explorer -> Internet Options > Advanced. Kalau pilihan ni ada di sini, kena tandakan juga.
- Dah selesai, klik Ok.
Tetapan yang lain boleh rujuk...
Cara Pasang e-Terimaan, eSPKB, e-Perolehan, Unicenter di Windows 7
Cara Pasang e-Terimaan, eSPKB, e-Perolehan, Unicenter di Windows 7
Yang ini panduan yang kawan saya bagi..... mungkin lebih jelas. Klik untuk paparan saiz asal.
This comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDeleteAlamak... maaf, tak sempat nak baca.. Saya tersilap padam komen @_@
Delete