Wednesday, July 24, 2013

Cara Pasang e-Terimaan, eSPKB, e-Perolehan, Unicenter di Windows 7

* NOTA APRIL 2015 *

Untuk panduan pemasangan di Windows XP, pergi sini:
http://muymg.blogspot.com/2011/04/how-to-install-espkb-eperolehan-and.html

Untuk panduan pemasangan terkini (April 2015), pergi sini:
http://muymg.blogspot.com/2015/04/senarai-panduan-espkb-eterimaan.html




Setiap kali kena buat, setiap kali ingat-ingat lupa. Jadi saya tempek panduan ni di sini untuk rujukan saya dan sesiapa yang memerlukan.

Tarikh kemaskini artikel: 28 Ogos 2013

Pra-syarat:
* Sistem Operasi Komputer: Windows 7
* Internet Explorer: versi terkini (semasa dikarang, IE 10)
* Java: versi terkini (semasa dikarang, Java Version 7 Update 25)
* Adobe Reader: versi terkini (semasa dikarang, Adobe Reader X)
* Akses sebagai Administrator

Untuk semua sistem di atas
01. Set fail hosts
* Pergi ke C:\Windows\System32\drivers\
* Guna Notepad untuk buka fail hosts
* Salin dan tampal info dalam Lampiran 1 (bawah sekali) ke dalam fail hosts anda
* Rujuk sini http://portalpp.anm.gov.my/kedah/?page_id=149 untuk ganti mana yang patut
* Simpan fail (save)
02. Set Internet Explorer
* Internet Options > Security > Local intranet > Sites > Tanda pada semua kotak > OK > OK
* Internet Options > Security > Local intranet > Custom level.. > 'Enable' semua pilihan dalam kategori Active X controls and plug-ins > OK > OK

Untuk e-Terimaan sahaja
03. Set fail java.policy
* Pergi ke C:\Program Files (x86)\Java\jre[versi_java_anda]\lib\security
* Guna Wordpad untuk buka fail java.policy
* Salin dan tampal kod ni di bawah sekali
   * permission java.lang.RuntimePermission"queuePrintJob";
* Rujuk panduan bergambar di sini http://portalpp.anm.gov.my/kedah/?page_id=149
* Simpan fail (save)
04. Set Internet Eplorer
* Internet Options > Advanced > Tanda pada kotak ''Print background colors and images" > OK
05. Buat 'link shortcut' di Desktop ke https://etprk/eterimaan
* Ubah etprk tu ikut konfigurasi pada fail hosts anda
* Jangan tanya mana datang etprk tu sebab saya pun tak tahu. Dalam manual yang disediakan ANM memang tak ada. Saya cuma salin fail hosts dan tampal dari komputer yang dah dikonfigurasikan oleh pegawai lama.

Untuk eSPKB dan e-Perolehan
06. Pasang Smart Card Driver
* Sambungkan Peranti Kad Pintar (Smart Card Reader) ke komputer
* Windows akan automatik cari dan pasang 'driver' untuk peranti tersebut
* Kalau tak berjaya, klik Start (ikon Windows) > klik kanan pada Computer > klik Manage > klik Device Manager > dwi-klik Smart card readers > klik kanan pada nama model Pembaca Kad Pintar anda > klik Update Driver Software...
* Cara lain, muat turun dan pasang secara manual 'driver' mengikut model Pembaca Kad Pintar (Smart Card Reader) anda
http://home.eperolehan.com.my/v2/index.php/en/downloads/ep-access-medium-utilities
07. Pasang iVest
* Muat turun dari pautan bertajuk IVEST Client 4.2 / Driver (Win 7)
* Nama fail: iVEST4.2_driver_Win7.zip
http://portal.anm.gov.my/main.php?Content=sections&SubSectionID=33&SectionID=30
08. Pasang iProxy
* Muat turun dari pautan bertajuk iProxy CA Cert Patch untuk iVEST Client 4.2
* Nama fail: iVest Client  4.2_iProxyCACertPatch.zip
http://portal.anm.gov.my/main.php?Content=sections&SubSectionID=33&SectionID=30

Untuk eSPKB sahaja
09. Buat 'link shortcut' di Desktop ke: https://perak/espkb/mainscreen.jsp
* Ubah perak tu ikut konfigurasi dalam fail hosts anda
* Rujukan: http://portal.anm.gov.my/public_html/espkb/KonfigurasiETVista.pdf

Untuk e-Perolehan sahaja
10. Pasang Smart Card Client Module
* Muat turun dari pautan bertajuk ePerolehan Access Module
* Nama fail: ActiveX.exe
http://home.eperolehan.com.my/v2/index.php/en/downloads/ep-access-medium-utilities
11. Set Internet Explorer
* Internet Options > Security > Trusted sites > Sites > Taip "https://www.eperolehan.com.my" dalam kotak di bawah kategori "Add this website to the zone:" > Add > Close > OK
* Internet Options > Security > Trusted sites > Sites > Tanda pada pilihan "Require server verification (https) for all sites in this zone" > Close > OK
* Internet Options > Security > Trusted sites > Custom level > 'Enable' semua pilihan dalam kategori Active X controls and plug-ins > OK > OK
12. Buat 'link shortcut' di Desktop ke https://www.eperolehan.com.my

Untuk Unicenter sahaja
13. Set fail hosts
* Pergi ke C:\Windows\System32\drivers\etc
* Guna WordPad untuk buka fail hosts
* Tampal info di bawah kalau belum ada dalam fail hosts
  * 10.23.24.24 servicedesk
  * 10.23.24.35 SDSERVER1
  * 10.23.24.36 SDSERVER2
* Simpan fail (save)
14. Buat 'link shortcut' di Desktop ke http://servicedesk:8080/CAisd/pdmweb.exe
* Rujukan: http://www.kkbpenawar.edu.my/lamanbpenawar/images/stories/ebook/unicenter.pdf


Tips tambahan:

  • Sentiasa guna Run As Administrator setiap kali nak pasang apa-apa perisian untuk elak masalah seperti di gambar 1 dan gambar 2.
  • Berikutan penambahbaikan yang dibuat pada sistem pada tahun ini, sesetengah Pengguna akan menghadapi masalah dengan iVest dan iProxy. Penyelesaian sementara yang mudah dan pantas, tukar je akaun Pengguna dari User ke Administrator.
  • Pastikan butang Compatibility View diklik sebelum log keluar dari sistem e-Perolehan untuk elak daripada menerima amaran seperti di gambar 3.
  • Kalau pakai 'Pop-up blockers' di Internet Explorer, pastikan laman-laman di atas dimasukkan dalam senarai 'Exceptions' atau 'White list'.
  • Kalau ada masalah pada paparan laman web, cuba guna fungsi Compatibility View pada Internet Explorer.
  • Kalau ada masalah tak boleh akses, pastikan fail hosts disimpan dalam format All Files bukannya Text Files.
  • Kalau ada masalah tak boleh akses, cuba semak juga konfigurasi Firewall dan di DNS Server.
  • Untuk kemudahan pengguna, pastikan Internet Explorer adalah 'Default Web Browser'.
  • Untuk kemudahan pengguna, pastikan Adobe Reader adalah 'Default PDF Reader'.

Lampiran 1 (Contoh fail hosts):
# Copyright (c) 1993-1999 Microsoft Corp.
#
# This is a sample HOSTS file used by Microsoft TCP/IP for Windows.
#
# This file contains the mappings of IP addresses to host names. Each
# entry should be kept on an individual line. The IP address should
# be placed in the first column followed by the corresponding host name.
# The IP address and the host name should be separated by at least one
# space.
#
# Additionally, comments (such as these) may be inserted on individual
# lines or following the machine name denoted by a '#' symbol.
#
# For example:
#
#      102.54.94.97     rhino.acme.com          # source server
#       38.25.63.10     x.acme.com              # x client host

127.0.0.1       localhost
10.60.1.194 perak
10.60.1.211 prkrep report10g
10.131.0.66 www.eperolehan.com.my
10.131.0.69 reporting.eperolehan.com.my
10.131.0.70 home.eperolehan.com.my
10.131.0.66 www.eperolehan.gov.my
10.131.0.70 home.eperolehan.gov.my
10.131.0.72 sr2.eperolehan.com.my
10.131.1.80 reporting2.eperolehan.com.my
10.131.0.81 ebidding.eperolehan.com.my
10.131.0.82 ebidatrn.eperolehan.com.my
10.60.1.216     etprk

10.23.24.24 servicedesk
10.23.24.35 SDSERVER1
10.23.24.36 SDSERVER2

Gambar 1
Ralat semasa pemasangan.


Gambar 2
Ralat semasa membuat nyahpemasangan.


Gambar 3
Apabila tidak menggunakan Compatibility View semasa log keluar e-Perolehan.


Tamat!
Kalau anda ada info tambahan atau pembetulan, sila komen. Terima kasih.

37 comments:

  1. mohon admin reply..
    semua di atas sy dah install, masalanya sekarang eperolehan tak leh nak masuk.. Certificate error CDSC.. .. perlukah saya install CDCSC.... saya dah pon install CDCSC.. tapi still tak leh nak masuk.. perkara nie kerap saya kene.. sperti biasa sy uninstall semula CDCSC, install balik..
    tapi kali nie tak leh lakk.. saya guna Windows 7..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maaf, terus terang cakap, saya pun tak berapa mahir dan jarang-jarang buat kerja ni. Tapi kalau ada masalah, saya akan cuba semak Compatibility Settings dulu. Boleh dikatakan 9/10 kali memang inilah punca masalahnya. Walaupun dah set, konfigurasi selalu lari sebab Windows auto kemaskini (auto update) sebab tu ada sesetengah pentadbir sistem matikan terus fungsi tu.

      Kalau tak boleh, saya akan semak semua konfigurasi lain kalau-kalau ada yang berubah disebabkan Windows auto kemaskini tu. Kalau tak boleh juga, saya akan pasang semula semua (reinstall everything) tapi ni kes yang jarang-jarang berlaku la.

      Delete
  2. Saya pun sering hadapi masalah utk install ePerolehan di PC pengguna kat opis nie.. stress!! Knp lah org yg develop sistem ni buat cara camni ek.. Sistem lain takde plak kena install mcm2 utk run aplikasi nyer, huhuhuu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju 100%. heran kenapa sistem-sistem EG ni (eterimaan, espkb, hrmis dll) mesti menimbulkan pelbagai masalah?

      nak kata masalah security - internet banking pun secure jugak, kenapa takde banyak masalah? payment gateway credit card pun secure jugak, takde apa2 masalah. tak perlu install itu-ini, tak perlu tweak windows settings,

      nak kata user terlalu ramai, facebook lagi ramai user. maybank2u / cimbclicks pun ramai user (bila time gaji).

      masalah yg paling mengarut - kenapa kebanyakan sistem eg mesti guna IE?

      kemungkinan besar, pihak yang terlibat dalam pembangunan sistem-sistem ni takde pengalaman langsung dalam pembangunan sistem, hanya ikut bulat2 pd apa yang vendor cakap.

      mengecewakan,

      Delete
    2. Sistem sedia ada ni rasanya memang dah ketinggalan zaman sebab tu banyak kena ubah sana ubah sini tapi kalau tak silap, dalam masa yang sama, sistem baru dah keluar untuk gantikan sistem sedia ada, kan? Mungkin sistem baru ni lebih baik?

      Cakap pasal sistem kerajaan, portal 1MTC (1 Malaysia Training Centre) pun mula-mula pakai memang menyusahkan pengguna sebab kena pasang JAVA plugin dan lain-lain tapi sebab dah banyak sangat rungutan, mereka dah tukar pakai HTML5. Alhamdulillah ^_^

      HRMIS pun dulu macam siput babi yang asyik pengsan tengah jalan tapi sekarang dah laju sangat-sangat (secara perbandingan la). Alhamdulillah ^_^

      Mudah-mudahan sistem baru EG (kalau betul berita yang diterima) pun dah semakin baik dan mudah untuk digunakan. Ada sesiapa pernah guna?

      Delete
  3. aku dah cuba sume cara utk install eperolehan ni...masalah baru yg wujud adalah failed to retrieve certificate...lagi pening...Win7 IE8....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masalah baru ni yang malas ni ~_~ Hmm... kadang-kadang bila buat semua di atas pun tak jadi, Java, IE, dan apa-apa je yang perlu dipasang tukar pakai versi lama baru boleh.

      Kadang-kadang tukar Java pun dah cukup tapi kalau dah tukar semua pakai perisian yang lama pun tak boleh juga.... er, sama ada tukar je komputer lain yang boleh, format semula komputer sebelum ulang semua langkah di atas (kalau sebelum ni boleh pakai), atau tukar pakai Windows XP.

      Kalau masih tak boleh juga, memang menyerah la panggil orang EG atau mana-mana otai untuk datang buat ~_~ Tapi sebelum tu jangan lupa telefon orang EG untuk tips dan panduan terkini takut ada maklumat terbaru yang penulis artikel ni tak tahu.

      Delete
    2. iVest atau iProxy (tak berapa ingat) keluar ralat Failed to Retrieve Certificate ke? Yang tu saya nyahpasang dan pasang semula je. Dah ok.

      Delete
  4. terus terang aku cakap. s Government sistem semua bermasalah, tak up to date. aku hari-hari facing benda ni, naik muak.. sepatutnya sistem ni ikut windows update. ini kita pula kene downgrade buang semua wins update/patch/hotfix dan lain lain utk pastikan sistem espkb terutamanya lancar.

    masalah ni mula berlaku pada windows update penghujung tahun 2012 dimana update dari windows membuatkan masalah pada sistem espkb untuk windows xp, 2013 kritkal sebab penggunaan wins 7, pula.. pada awalnya tiada masalah, tetapi setelah SP1 utk wins 7 release, masalah ni semakin menjadi2..

    solution disable auto update.

    ReplyDelete
    Replies
    1. "solution disable auto update"

      Like x1000

      Delete
  5. Sistem eterimaan sgt terok utk bln 4 ni.stresss hari2.naik muak rasenye mengadap mslh yg same jek.tolongla upgrade sket sistem tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye ke? Tak perasan pun? Masalah apa ye?

      Yang saya perasan talian EGNET je yang selalu bermasalah akhir-akhir ni, itu pun sebab TM.

      Delete
  6. Mohon bantuan untuk panduan instalasi sistem espkb baru dan token. Panduan yang diorang bagi kurang membantu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Buat masa ni agensi kitorang tak pakai lagi sistem baru ni... nanti dah ada Insya Allah saya buat tapi kalau ada kawan-kawan yang hebat terbaca komen ni nak buat dulu... jangan lupa maklum di sini ye supaya mereka yang memerlukan boleh masukkan dalam Favorite/Bookmark ^_^

      Delete
  7. mohon bantu ader sesiapa yang tahu kenapa resit asal untuk eterimaan tidak boleh print.semua step-step pemasangan telah dilakukan.saya pakai win7 ie11

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pernah kena. Cuba semak versi Java yang dipasang. Kalau pakai versi terkini atau versi yang baru-baru ni, tetapan perisian tu ada yang dah dipindah tempat. Cuba pergi Control Panel > Java untuk semak kalau-kalau masalahnya di situ.

      Delete
  8. mohon bantuan.. ada sesiapa tahu kenapa espkb boleh tutup sendiri semasa diakses.. bila guna ie8 utk browse website lain tak juga dia tertutup.. dah reinstall ie8 tu masih jugak sama..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak boleh naik taraf (upgrade) ke IE tu ke versi terkini?

      Delete
  9. Salam
    nak tanya boleh ker pasang e-terimaan, espkb dan e-perolehan dalam 1 pc.
    ivest lak selalu error dan tutup sendiri

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh. Di tempat saya, semua tu memang dipasang dalam 1 pc sebab orang yang sama kena guna semua sistem tu. Ha ah, sekarang ni memang iVest selalu masalah mungkin sebab iVest dah digantikan dengan Nexus. Kalau nak gantikan iVest dengan Nexus, panduan boleh rujuk sini http://muymg.blogspot.com/2014/09/nexus-personal-setup-menggantikan-ivest.html

      Delete
    2. Boleh tak run tak kalau dipasang di pc windows 8.1 64 bit

      Delete
    3. Tak pasti pulak sebab di sini belum pakai lagi Windows 8 untuk komputer kakitangan.

      Delete
    4. kalo nexus boleh run win 8 tp webbase espkb problem x leh akses login...problem...

      Delete
    5. Sekarng dah boleh....saya dh 5 tahun troubleshoot masalah EG semua nie...

      Delete
  10. masalah ikon isign tidak keluar, bila nak buat perolehan ii. camna ye.?
    dah enable/tick semua kat setting activeX tu

    ReplyDelete
  11. salam..nak Tanya pengunaan windows 10 ada kesan tak pada pengunaan EP,espkb dan eTerimaan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsam :)

      Maaf, tak dapat nak bantu. Di tempat Hikari belum pakai Windows 10 untuk sistem kewangan hingga ke hari ini.

      Kawan-kawan yang dah pakai, tolong jawab soalan ni. Hikari pun nak tahu juga...

      Delete
  12. kenpa saya bila print resit asal, tak keluar, salinan je boleh print. saya guna win 7 dan java jre6u7

    ReplyDelete
    Replies
    1. Baru jadi ke? Sebelum ni elok? Atau, baru pasang lain?

      Cuba rujuk panduan di sini dulu:
      http://muymg.blogspot.my/2014/11/tak-boleh-cetak-resit-asal-di-eterimaan.html

      Delete
  13. boleh x kalo sistem ep nak guna windows 10?

    ReplyDelete
    Replies
    1. kat opis sy guna win10..so far okey jerk...

      Delete
    2. Terbaik la Anon :) Terima kasih kerana sudi berkongsi pengalaman guna sistem ePerolehan di Windows 10!

      Delete
  14. sape ade masalah dengan cdcsc add on kat IE untuk eperolehan?

    aku dah install banyak kali tapi tak de dalam IE pnya add-on.

    ReplyDelete
  15. mohon bantuan, sistem E-spkb kalau dipasang ke Windows 10 berfungsi ke tak?? atau perlu guna Windows 7 sahaja??

    ReplyDelete
  16. لیمون وردپرس

    ReplyDelete

Semua komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Apa pun, saya ucapkan ribuan terima kasih kerana sudi komen :)

Thank you for leaving your comments :) but please be informed that all comments will be screened before they are posted on this site.