Monday, December 29, 2014

Apa beza antara erti dan reti?

Yang saya selalu dengar, 'erti' perkataan ini ialah blablabla... Kalau nak kata seseorang tu tak tahu tentang sesuatu, selalunya kita akan kata orang tu tak 'reti' berkawan (sebagai contoh k). Tapi baru perasan, dikalangan kenalan bukan Melayu, mereka suka gantikan reti tu dengan erti. Memang kalau ikut maklumat dalam Kamus Bahasa Melayu di Pusat Rujukan Persuratan Melayu (http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=reti), erti dan reti tu sama maksud tapi bila dengar atau baca orang guna ayat macam "dia tu tak erti makna setiakawan", rasa macam pelik je.... :x

P/S: Dia tu tak faham erti setiakawan #SusunanAyatYangTakPelikBagiSaya

No comments:

Post a Comment

Semua komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Apa pun, saya ucapkan ribuan terima kasih kerana sudi komen :)

Thank you for leaving your comments :) but please be informed that all comments will be screened before they are posted on this site.