Thursday, September 18, 2014

Suntik Vaksin dan Temujanji untuk Mandulkan Kucing

Isnin lepas, bangun pagi dah pening kepala sebab berjaga sepanjang malam sibuk dengan Microsoft Surface RT tu. Dah alang-alang esok (Selasa) cuti sempena Hari Ulangtahun Pembentukan Malaysia yang ke-51, saya pun ambil cuti rehat, tidur puas-puas ganti tidur untuk semalam.

Tapi takkan sepanjang hari tidur je, kan? Hari ni Pejabat Perkhidmatan Veterinar buka jadi saya hantar la budak kucing lima ekor untuk suntikan vaksin. Masa Do, Re, Mi, umur dalam sebulan macam tu, adik ada bawa mereka jumpa veterinar untuk periksa kesihatan mereka. Veterinar tu cakap, kalau nak elok, nanti bila mereka umur tiga (3) bulan, bawa mereka jumpa veterinar untuk suntik vaksin.

Seekor RM25 tapi sebab buat untuk banyak ekor, Veterinar tu bagi diskaun RM2 setiap seekor. Ok la tu. Dah jimat RM10 di situ. Alhamdulillah :)

Dah alang-alang ada di situ, saya ambil kesempatan minta Puan Veterinar tu periksa jap jantina anak-anak kucing tu. Macam tak percaya je bila dia kata semuanya jantan tapi baguslah kalau semua jantan. Jimat sikit duit nanti bila sampai waktu nak kasi mereka :)

Masa nak bayar, ternampak ada kertas makluman baru mereka tampal berkenaan prosedur dan kos pemandulan kucing. Rupa-rupanya, kalau nak kasi kucing, kena buat temujanji dulu. Untuk kasi kucing jantan, kosnya dah naik daripada RM40 jadi RM50. Untuk kasi kucing betina, kos tak berubah masih RM80. Veterinar tu kata kalau nak mandulkan kucing-kucing ni, lepas dua (2) minggu selepas vaksin ni dah boleh buat. Uiks?

Sebelum ni pernah tanya bila anak kucing dan mak kucing boleh dimandulkan. Jawapan yang diterima hari tu daripada Veterinar lain (tempat sama), bila anak kucing tu umur 6 bulan, dan selepas 6 bulan mak kucing beranak, baru boleh dikasi. Tapi rasa macam ada yang tak kena je.

Yelah... Umur enam (6) bulan, bukan kucing-kucing tu dah mula menggatal ke? Macam mana nak halang mereka daripada mengawan sebelum sempat dikasi? Takkan nak kurung mereka dalam rumah 24 jam? Tu baru anak-anak kucing yang masih teruna dan dara. Yang mak kucing? Macam mana nak kawal tambah-tambah lagi kalau jenis minah rayau, jenis tak suka melepak dalam rumah? Setiap enam (6) bulan je beranak, bila boleh nak dimandulkan kalau macam tu?

Walaupun dalam hati ragu-ragu, saya tak kata apalah sebab saya ni bukan Veterinar. Veterinar pastinya lebih tahu pasal bab-bab ni. Tapi nak dijadikan cerita, baru-baru ni entah kenapa dan bagaimana, saya terjumpa beberapa laman sesawang yang khas berkenaan untuk kucing dan giat berkempen menggalakkan pemilik kucing supaya memandulkan kucing mereka. Saya dah tak ingat apa nama laman-laman sesawang tu.

Rupa-rupanya kucing boleh dimandulkan bila-bila masa cuma umur yang sesuai ialah semasa berusia empat (4) bulan atau lebih muda. Mula-mula rasa macam nak marah juga sebab berlain dengan jawapan Veterinar tu. Nasib baik dalam laman sesawang tu ada dinyatakan yang DULU memang ya, umur yang sesuai untuk mandulkan kucing ialah semasa mereka berumur enam (6) bulan. Jadi mungkin maklumat yang Veterinar tu pakai ialah maklumat lama.

Alhamdulillah Veterinar yang kali ni jenis mengikuti maklumat terkini :)

Lepas tu saya tanya pula, kalau mak kucing pula bagaimana? Lepas beranak, berapa lama perlu tunggu baru boleh dimandulkan? Veterinar tu kata lepas tiga (3) minggu dah boleh buat. O_o

Mak ai... jauhnya beza ilmu Veterinar ni dengan Veterinar yang hari tu. Kalau la maklumat ni dapat awal-awal hari tu.... Sekarang ni nak marah-marah pun tak guna sebab mak-mak kucing kat rumah ni kebanyakannya memang dah bunting semula. Tapi tak apa, lepas ni Insya Allah, kesilapan ini tidak akan berulang semula. Amin.

50 comments:

  1. Salam, nak tanya kat vet mana awk pergi tu ek? Sebab kos mandul tu murah. Kucing2 sy pn ada banyak, tapi setakat yg sy tahu mahal je tempat2 area sini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya buat di Pejabat Veterinar :) Boleh semak alamat cawangan seluruh Malaysia di sini: http://www.dvs.gov.my/daerah

      Kos murah berbanding biasa sebab diorang ni agensi kerajaan bawah Kementerian Pertanian dan Asas Tani Malaysia.

      Delete
    2. Brp ringgit kasi kucing kalu klinik kerajaan?

      Delete
    3. Saya buat bulan lepas, RM80 untuk kucing betina, RM50 untuk kucing jantan.

      Delete
    4. Salam,nak tanya klu buat appointment untuk kasi kucing blh melalui phone je x? Sy dh byk kali cuba kol pej veterinar tp xpnh dpt.lg 1 appointmnt die bagi lama x?

      Delete
    5. Nur Nazihah :)

      1. Tak pasti. Pej. Veterinar yang Hikari pergi, boleh buat temujanji melalui telefon je tapi Hikari memang dah biasa pergi situ. Jadi, mungkin bergantung kepada kakitangan di situ nak terima ke tidak. Dan, mungkin juga bergantung kepada samaada dah pernah gunakan khidmat di situ atau pun tidak.

      2. Selalu Hikari telefon ada je orang angkat. Ikut tempat kot. Pej. veterinar yang Nur Nazihah telefon tu mungkin lebih sibuk daripada pej. veterinar yang Hikari selalu pergi.

      3. Bergantung kepada kekosongan. Kadang-kadang cepat. kadang-kadang lambat.

      Delete
  2. Hi, nak tanya.. rm80 tu termasuk ubat ke?

    ReplyDelete
  3. salam, boleh saya tahu dkt area mana pusat vetinar kerajaan yg awak pergi tu?

    ReplyDelete
  4. nak tnye . kalau harga mandulkan kucing di hospital kerjaan berapa termasuk kos utk seekor kucing ? dan adakah sebelum dimandulkan , perlu kita vaksin terlebih dahulu ? harap dpt penjelasan . terima kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. :) Saya buat di Pejabat Veterinar (agensi kerajaan). Kali terakhir saya buat, Disember 2015, RM80 untuk betina, RM50 untuk jantan. Tak perlu vaksin terlebih dulu cuma kena pastikan sihat. Kalau sakit, diorang tak mandulkan. Bahaya.

      Delete
  5. Salam. Tumpang tanya. Kalau depa mandulkan tu, kena tinggal 2,3 hari kt wad ke ? Harga rm80 tu dah all in ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wslm :)

      Kalau pergi klinik swasta, ada la kot wad. Tapi Pejabat Veterinar yang Hikari pergi tu tiada wad. Lepas bedah, ambil bawa balik rumah, jaga le sampai sembuh. RM80 tu termasuk ubat kalau tak silap. Maaf, Hikari pun dah ingat2 lupa.

      Delete
  6. Sblm kasi kucing kena buat appointment dulu ke dgn klinik kerajaan?

    ReplyDelete
  7. Assalamualaikum. *Urgent* Harap sudi balas. Tumpang tanya,saya ada appointment spay Veterinar Kerajaan untuk 5 ekor, esok.

    -Perlu ke selepas spay, dikurung dalam sangkar?

    Kesan bius akan sebabkan aggresif tak kalau saya kurungkan 2,3 ekor dalam 1 sangkar besar?

    Atau takda masalah untuk kurung/lepas dalam rumah?

    -Dalam 5 ekor tu, termasuk ibu baru lepas beranak 7minggu. Macam mana ni, appointment dah buat. Risiko tak?


    Answer me pleaseeeee. I'm panicked.Haha


    Terima kasih! 😊

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam :)

      Berdasarkan pengalaman Hikari, lepas kena bius, kucing Hikari tak aggresif berbanding biasa. Diorang macam biasa ja cuma pergerakan sebiji macam orang mabuk. Melelong semacam, lompat tak sampai, macam gitulah. Tapi masa awal-awal je la. Lepas tu tak de apa. Macam biasa je.

      Hikari biar je diorang dalam rumah (kurung dalam rumah). Tak de kurung dalam sangkar kecuali yang nakal sangat tak reti nak duduk diam-diam baru Hikari kurung. Yang nakal tu memang sebelum mandulkan pun dah nakal.

      Pasal yang ibu kucing tu, dulu Hikari pernah tanya. Katanya lepas sebulan (4 minggu) beranak, dah boleh mandulkan dah. Jadi patutnya tak ada masalah.

      Hikari doakan semoga selamat semuanya. Amin.

      Delete
  8. Assalam.. kucing sy 4 bulan esk sy nk mandulkn.. tapi risau sy blm vaksin dia tapi kucing sy sihat xde sakit. Ok x klu sy mandulkan tanpa vaksin

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam.. Maaf lambat baca. Sepatutnya tak ada masalah kalau betul sihat. Kalau risau, minta pegawai veterinar atau doktor tu periksa dulu. Semoga selamat semuanya. Amin.

      Delete
  9. Salam..saya pernah terbaca kena vaksin 2x sblm proses mandulkan..ye ke? Pej. Vet kerajaan la rasanya..tp tu la jarak antara 2 vaksin 2 mgu..mandul 2 mgu..so total 6mgu sblm blh mandul..jenuh nk jaga jgn bagi mengawan sblm mandulkan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam :)

      Hikari tak pernah pula baca yang tu tapi sebaiknya memang kena pastikan kucing tu sihat dulu la baru mandulkan. Agaknya sebab tu la digalakkan bagi vaksin dulu.

      Tapi kalau tak beri vaksin pun, boleh je nak mandulkan.

      Tapi tak tahu la kalau lain pejabat veterinar, lain kaedahnya. Mungkin lebih baik tanya terus kepada pejabat veterinar tu untuk kepastian.

      Wallahualam.

      P/S: Semoga kucing Anon sihat :)

      Delete
  10. Saye ade kucing yg belum beranak lagi tpi saye tktau yg die dh mengandung kebelum,umur berape,tpi yg saye thu die kucing betina.saye tk tau sngt klinik kerajaan kat rumah saye jdi klau saye antr die kat klinik swasta berape kos nye?dan boleh ke klau saye trus mandulkan die kerane saye tk tahu had umur nye berape.
    MOHON BALAS. PANICKED NII >_<

    ReplyDelete
    Replies
    1. 1. Maaf, Hikari tak pernah hantar kucing ke klinik swasta untuk dimandulkan. Jadi Hikari pun tak tahu berapa. Tapi yang pasti, daripada yang Hikari dengar-dengar, lebih RM100. Kalau tengok daripada blog ni (http://afifahazizanbelog.blogspot.my/2014/05/hukum-mandulkan-kucing.html), harga tahun 2014 di tempat yang dia pergi, RM180 ke atas.

      2. Untuk senarai klinik veterinar kerajaan, Google je "pejabat veterinar kerajaan" negeri masing-masing. Contoh: "pejabat veterinar kerajaan pahang".

      3. Bila bawa nanti, doktor biasanya dah boleh agak umur kucing tu, atau kalau dia pun tak pasti, dia akan timbang berat badan kucing tu.

      Hikari pun tak ingat berapa berat paling kurang kucing tu kena ada tapi kalau lepas berat, doktor tu tak ada masalah nak mandulkan terus. Tapi kalau tak lepas, kena la tunggu dulu. Kalau kecil sangat atau berat tak cukup, doktor selalunya takkan buat.

      Oh, dan doktor boleh tolong periksa juga kalau kucing Anon dah bunting ke belum.

      Semoga berjaya :)

      Delete
  11. Adakah kucing saye akan ditahan di wad di klinik swasta?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau pergi klinik swasta, tak semua ada wad. Kalau nak tahu, kena tanya dulu klinik tu sendiri samaada diorang ada wad ke tidak untuk kucing. Kalau ada, Anon boleh pilih la samaada lepas mandulkan, nak bawa balik kucing Anon jaga sendiri di rumah atau bayar lebih untuk dapatkan khidmat doktor tu tolong jaga kucing Anon. Pendek kata, terpulang la kepada Anon samaada nak kucing Anon ditahan di wad atau pun tidak :)

      Delete
  12. murahnye kat gerik.. tapah ( kerajaan ) kos mandul betina rm120 jantan rm80.. swasta pun baru rm150 je untuk betina.....

    ReplyDelete
  13. salam, saya ada kucing jantan umur saya tak pasti tp dia dah start miang2 la.. saya nak mandulkan dia tp ada info yang mengatakan haram.. betul ke ? saya jd ragu2 n serba salah. dulu kucing jantan saya ni selalu dalam rumah, start dia miang2 ni trpkse letak luar. jd kesian kat dia.. n boleh saya dapatkan link atau info2 vet yang murah2 ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam Saida :)

      Saya selalu pergi Pejabat Veterinar. Di situ, mereka dah tampal maklumat pasal hukum mandulkan kucing. Hukumnya adalah harus. Tapi untuk penjelasan lanjut, boleh baca terus di sini:

      http://www.alamkucing.com/2009/05/hukum-memandulkan-kucing-dalam-islam.html

      Yang kedua, pasal nak dapatkan khidmat mandulkan kucing yang murah tu, boleh Google guna kata kunci "pejabat veterinar ". Contoh: "pejabat veterinar ipoh". Memang setakat ni antara yang paling murah (kalau bukan yang paling murah) adalah di klinik haiwan milik kerajaan yang lebih dikenali dengan nama pejabat veterinar.

      Semoga berjaya! :)

      Delete
  14. salam sy nk tanya. sy nk kasi kucing jantan sy.dia ni sgt menikus iaitu suka tangkap binatang mcm tikus cicak gitu. sy risau kalau lpeas kasi dia jd kurang menikus. blh bg pemcerahan? tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam :)

      Hikari bukan pakar dalam bidang ni tapi setakat ni kucing-kucing Hikari, sebelum dan selepas lebih kurang sama je. Ada yang suka menikus, ada yang tak. Setakat ni, kalau yang suka menikus tu, sebelum pun ligat, lepas kasi pun ligat juga.

      Delete
  15. Replies
    1. Kena :) Kalau esok nak kasi, hari ni dalam pukul 6-7 petang tu elok berhenti dah bagi makan. Minum tak pe.

      Delete
  16. Assalam..
    Hari ni cukup sebulan kucing saya beranak... dah bole kasi la ya?
    Persoalan yg timbul.. kucing saya umurnya dah 11 thn.. boleh ke kasi kan dia? Takde masalah ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam :) Tahniah. Ya, kalau sihat, patut dah boleh. Tapi Hikari bukanlah seorang pakar kesihatan haiwan jadi untuk kepastian samaada boleh atau tidak, lebih baik bertanya kepada pakar sendiri di klinik haiwan atau pejabat veterinar. Insyaallah, begitu lebih selamat.

      Delete
  17. Sy nak tanya .. Ibu kucing kan boleh dimandulkan lepas beranak 4minggu. Susu untuk menyusukan anak dia tu terjejas tak ?

    ReplyDelete
  18. assalamualaikum! saya bru nak vaksin kucing tp sampai kat veterinar (gov) vet dia check kucing sy bulu gugur n luka..dia xbg cucuk vaksin lagi...dia cucuk ubat cacing dulu...bulu dia gugur sebab cacing...dan sapu ubat luka..ari jumaat dia cakap cucuk vaksin...n vet tu bg sy free ubt cacing...alhamdulillah rezeki si bulus...dan kucing sy berat 4.5kg..xtaw berat ke x tu..

    ReplyDelete
  19. Hai,buat mandulkan ni area mana ye ? Sebab dekat kajang ni saya jumpa mahal betul. Saya nak mandulkan kucing saya. Baru tiga bulan .

    ReplyDelete
  20. Hai,buat mandulkan ni area mana ye ? Sebab dekat kajang ni saya jumpa mahal betul. Saya nak mandulkan kucing saya. Baru tiga bulan .

    ReplyDelete
  21. Sy pernah dgr org kt klu kucing jantan dh start pancut2 br nk d spay..nnt lepas spay pun die still akan pancut2 gak..amek ms nk stop..btul ke tu ek?

    ReplyDelete
  22. Berapa lama ibu kucing yg baru dimandulkan blh menyusukan anaknya semula

    ReplyDelete
  23. Assalamualaikum hikari, kalau saya nak buang kucing saya boleh tak? kucing2 kat rumah saya ni dah banyak sgt. tapi saya sedih juga nak buang diorang. tapi sekarang ni mak saya dah batuk2. doktor pun dah beri mak ubat untuk paru2. saya lebih risaukan kesihatan mak. kalau saya nak buang kucing, saya perlu buang kat mana? saya risau diorang sakut kalau lepas macam tu je. mak slalu cakap buang kat pasar sbb byk ikan. tapi tempat tu kotor kan.. kesian kucing2 saya. tapi dah banyak sangat kucing nya. haritu, ada 3 ekor bunting. sekor dapat 3-4 anak.. saya sedih. boleh bantu saya?

    ReplyDelete
  24. Harga di setiap klinik veterinar semua sama ke??

    ReplyDelete
  25. Kucing saya umur 8 bulan n baru lps bersalin 2 minggu lps,anaknya 6 ekor,klu saya nk kasikan dia nnt susunya kekal ada ke atau akan terhenti sbb anknya smua masih nyusu

    ReplyDelete
  26. vet kerajaan kat pulau pinang diorang taknak buat. Tempat lain sama jugak ke?

    ReplyDelete
  27. hye. luka pembedahan cepat sembuh tak? kalau kucing yang nakal, takut dia main2 lasak jadi terkoyak plak.

    ReplyDelete
  28. Saya pun Ada hantar kucing untuk di mandulkan tapi lepas sebulan mati,
    tak tahu sebab apa.

    ReplyDelete
  29. Salam, nak tanya kat Pejabat Veterinar ada breeding service tak?

    ReplyDelete
  30. Samala, bulan lepas sy ada jmpa sekor anak kucing ni, dia luka teruk kena cakar, jadi saya bawak pi klinik. Masuk kali ke-2 sy bawak pi klinik utk rawatan susulan, alang² tu sy tanya la kalau anak kucing besar ni agak² umur dia brapa. vet tu pun kata kalau tengok gigi, umurnya dlm likungan 4 bulan.
    Sy pun tanya la lagi kalau nak mandulkan boleh ke tak. Vet tu kata x boleh sbb anak kucing tu kecik lagi. apalaa...
    Tanya pakcik Google lagi senang...

    ReplyDelete
  31. assalamualaikum boleh x sy tnya.. mcmana nk jaga kucing lps dimndulkn.. dy akn mati x klu dimndulkn.. boleh x, sy nk thu cara jaga dy slps dimndulkn supaya cpt smbuh. . lps dimndulkn trus sy bawak balik... jd sy risau tgk keadaan dy mcm nk munth smpai trguling2 mcm nk mati.. adkh itu hal biasa..

    ReplyDelete

Semua komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Apa pun, saya ucapkan ribuan terima kasih kerana sudi komen :)

Thank you for leaving your comments :) but please be informed that all comments will be screened before they are posted on this site.