Showing posts with label 2. Perjalanan/Travel. Show all posts
Showing posts with label 2. Perjalanan/Travel. Show all posts

Monday, October 24, 2016

Melaka: Perlukah caj letak kereta pada hari Ahad?

No comments:
Terbaca aduan Johardy Ibrahim pasal bayaran tempat letak kereta awam di Melaka:
https://www.facebook.com/johardy.ibrahim/posts/10154946657294123

Di sini kot karangan asal:
http://www.utusan.com.my/rencana/perlukah-caj-letak-kereta-pada-hari-ahad-1.398221

Pendapat Hikari... hmm... entah.

Pihak bertanggungjawab kena fikir masalah dari pelbagai sudut sebelum melaksanakan sesuatu sebab mereka ada banyak jenis pelanggan. Pelancong tempatan hanya salah satu daripadanya sahaja.

Jadi mungkin ada sebab kenapa negeri-negeri yang dinyatakan dalam aduan tu memerlukan kerajaan negeri mengenakan bayaran untuk tempat letak kereta setiap hari. Apa yang Hikari nampak.. kalau dah nama pun negeri yang terkenal dengan pelancongan, kemungkinan memang besar la yang pelawat dia sentiasa ramai je setiap hari. Mungkin dah tak de beza pun hari lain dengan hari Ahad.

Lagi pula, dalam negeri tu, macam yang telah dinyatakan dalam aduan tu, ada banyak tempat menarik. Mungkin kebetulan tempat yang penulis pergi tu pagi-pagi tu tak sibuk tapi tempat yang lain, mungkin sibuk yang amat. Peraturan pula, mungkin guna peraturan yang sama di semua tempat yang sama jenis untuk memudahkan kawalan/pengurusan.

Jadi secara umumnya, rasa macam logik la kalau mereka buat macam tu.

Lepas tu saja merayau di ruangan pendapat (comment section). Ternampak yang ini:



Baik, yang ini memang tak boleh blah. Kena saman sebab solat Asar di masjid? Nak bohong pun agak-agak la. Sama ada kau kena saman sebab "letakkan kenderaan berdekatan masjid", iaitu kau letak di tempat yang salah/dilarang, ATAU pun, tukang bagi saman tu yang tak amanah. Tapi nak nampakkan yang kau ni baik dan/atau nak bagi sedap cerita, kau salahkan solat :/


Hmm.... bukankah bagus begitu? Selalu bising bila penguatkuasaan tidak dijalankan dengan tegas. Bila dah tegas, bising juga. Sebenarnya apa yang diorang ni nak ialah penguatkuasa biarkan mereka buat apa sahaja dan cuma bertegas dengan orang lain sebab mereka je manusia di dunia yang ada masalah, kan? Buang-buang le perangai cenggitu. Tak elok kot :/

Pada Hikari memang bagus sangat dah kalau 5 minit pun dah kena saman bila salah laku. Maksudnya penguatkuasa tu memang ada di situ, jenis ambil perhatian, tak tidur, dan bertanggungjawab.

Tuesday, April 28, 2015

Boleh tak wanita berumur bawah 40 tahun pergi haji?

No comments:
Hikari dah kumpul duit dah, In Sya Allah cukup la kalau nak pergi haji melalui pakej swasta tahun ini atau tahun depan. Sekali mak beritahu Hikari, kalau umur bawah 40 tahun, tak boleh pergi kecuali dengan mahram walaupun pergi dengan pakej swasta. Aisey, Hikari baru je nak berangan menunaikan haji di usia yang muda. Tapi untuk kepastian, Hikari tanya Tabung Haji sendiri melalui emel....



Soalan Hikari

Assalamualaikum,

Tumpang tanya... Mak saya kata, perempuan berumur 40 tahun ke bawah tak boleh pergi haji melainkan kalau pergi dengan suami atau saudara-mara wanita yang berumur 40 tahun ke atas. Betul ke?

Kalau betul, adakah syarat ini dikenakan ke atas mereka yang pergi melalui pakej yang TH sediakan sahaja atau turut melibatkan syarikat swasta?

Ada cara tak jika saya yang berusia 40 tahun ke bawah mahu menunaikan haji bersama saudara wanita saya yang juga berusia 40 tahun ke bawah?

Sekian, terima kasih.



Jawapan TH

Assalamualaikum,

Tuan/Puan,

Terima kasih atas kiriman e-mel tuan/puan. Untuk makluman, pihak Kedutaan Di Raja Arab Saudi, Kuala Lumpur telah menguatkuasakan peraturan kepada setiap wanita yang berumur 44 tahun dan ke bawah perlu ditemani mahram lelaki semasa untuk menunaikan Haji. Tuan/Puan boleh membuat semakan mahram lelaki yang layak menemani wanita yang berumur 44 tahun berdasarkan kepada senarai di bawah :

1. Suami
2. Bapa/Bapa Tiri
3. Abang atau Adik Kandung Lelaki
4. Datuk
5. Anak Lelaki
6. Anak Saudara Lelaki
7. Bapa Saudara Sebelah Bapa
8. Anak Tiri Lelaki
9. Cucu Lelaki
10. Anak Angkat Lelaki

Selain daripada yang digariskan di dalam jadual pertalian adalah tidak dibenarkan untuk menjadi mahram kepada wanita tersebut. Syarat ini tertakluk kepada kesemua bakal haji wanita yang berumur 44 tahun dan ke bawah sama ada pergi di bawah pakej Muassasah TH atau di bawah agensi swasta. Jika wanita yang berumur 44 tahun ingin menunaikan haji, bakal haji wanita tersebut wajib menyenaraikan mahram lelaki sahaja semasa pemergian haji dan tidak dibenarkan mahram yang terdiri daripada wanita seperti yang dinyatakan di atas.

Untuk sebarang pertanyaan lanjut sila hubungi kami di 03-6207 1919 atau faks kepada 03-7728 4959. Kami beroperasi 24 jam sepanjang musim haji bermula 26 Ogos  2014 sehingga 7 November 2014.

Terima kasih.



;_; huhu sabar je la....


Emel Tabung Haji
th-info@lth.gov.my

Tuesday, September 30, 2014

Cermin Gelap Kereta Untuk Keselamatan?

No comments:
Pagi tadi semasa memandu, macam biasa la, buka radio. Topik hari ni pasal peraturan baru JPJ berkenaan cermin gelap kereta. Saya tak minat nak dengar sebab setiap kali topik ni timbul, sama je isi yang keluar nanti. Ada yang sokong, ada yang tak sokong, ada yang kata untuk kurangkan panas, ada yang kata tak berkesan untuk tahan panas, untuk tujuan keselamatan la, macam-macam.

Tapi saya tiba-tiba jadi tertarik masa salah seorang daripada pengacara tu cuba bentangkan hujah untuk menyokong penggunaan cermin gelap. Katanya...

  • Sesetengah orang kerja teruk-teruk, beli kereta mahal-mahal, dekat setengah juta pun ada, pakai duit sendiri. 
  • Lepas tu, sekarang ni selalu sesak, nak pergi kerja pun sesak, nak balik kampung pun sesak, jadi tak berapa selamat.
  • Nak keluar sekejap beli barang, bila pasang cermin gelap tu rasa berani sikit nak tinggalkan kereta dan barang dalam kereta, sebab orang tak nampak apa yang ada di dalam.

Ok, pertama sekali, orang yang beli kereta biasa-biasa je, tak kerja teruk-teruk ke? Tak beli pakai duit sendiri ke? Yang keduanya, kalau pun betul orang yang beli kereta mahal-mahal, kerja lebih teruk daripada orang yang beli kereta biasa-biasa, apa kaitannya dengan isu ni? Saya tahu bahawa pengacara itu cuma nak berkongsi pandangan sesetengah pihak tapi pandangan ini buat saya tertanya-tanya. Bukan apa, kalau ada sesiapa bersetuju dengan pandangan ini... Bukankah maknanya orang itu juga setuju dengan pandangan bahawa orang yang dah bekerja keras patut diberi kelonggaran dalam mematuhi undang-undang? O_o Mohon dijauhkan. Saya sangat menolak undang-undang yang berat sebelah macam tu.

Isu yang kedua tu, saya tak berapa faham. Kalau orang nak tembak, selalunya yang ditembak tu orang kaya atau orang yang ada kuasa. Jadi kalau itu yang ditimbulkan bila menyebut soal keselamatan ni, memang masuk akallah. Tapi apa kaitan jalan sesak dengan tak berapa selamat? Kalau takut ditembak, er... tengah-tengah sesak tu orang jahat tu nak tembak macam mana? Panjat bumbung kereta ke? Berani ke panjat dan tembak depan orang ramai? Lepas tembak, macam mana nak lari? Kalau tak takut penembak, takutkan apa lagi semasa jalan sesak tu? Ada sesiapa boleh terangkan bahagian ni?

Dan akhir sekali, rasa lebih selamat bila orang tak nampak benda di dalam... Er, pasti ke? Selalunya kalau perompak dah terang-terang nampak tak ada barang berharga dalam tu, memang dia tak minat nak kacau. Tapi kalau perompak tak nampak apa yang ada di dalam sebab dipasang cermin gelap, kereta pula mahal, bukan ke sebenarnya itu petunjuk terbesar kepada perompak bahawa dalam kereta tu ada barang berharga? Kan tak pasal-pasal daripada tak berminat terus perompak jadi berminat nak usik kereta tu :/

Tapi tak tau la kalau hujah-hujah pengacara ni dah dijawab semasa perbincangan tu. Saya sampai pejabat sebelum sempat mendengar sehingga habis :P

Sunday, December 29, 2013

Cara Baru Baharui Cukai Jalan Raya Guna Mesin di JPJ

3 comments:
Hari Isnin lepas, saya pergi ke JPJ untuk buat lesen baru bagi menggantikan lesen yang hilang dan baharui cukai jalan raya (road tax) yang dah tamat tempoh. Sebelum pergi tu saya telefon dulu JPJ untuk pastikan dokumen-dokumen yang diperlukan. Waktu tu le baru dapat tahu rupanya sekarang ni boleh baharui cukai jalan ni di mesin. Masa saya pergi ada geng beratur belakang saya :) Dia cakap mesin ni dah 2-3 bulan ada di JPJ. Kira baru sangat-sangat la ni. Hairan juga sebab tak ada sesiapa cerita.

Saya dah lupa ingat langkah-langkah untuk guna mesin tu. Maklumat lain pun saya ingat-ingat lupa. Yang saya pasti, sebelum guna mesin tu, pastikan insurans kereta tu dah dibaharui. Saya baharui insurans di https://www.myeg.com.my (MYEG) sebab cepat. Saya tak baharui cukai lesen di MYEG sebab kena tunggu 2-3 hari. Hello, sekarang ni pun saya dalam kategori pemandu haram, ada berani nak tunggu lama-lama lagi? Mestilah tak :P Dokumen yang mesin tu akan minta pula cuma kad pengenalan (mykad) dan kad debit atau kad kredit.

Yang saya kurang pasti, maklumat penting yang ditanya ialah nombor pendaftaran kenderaan, jenama dan model kereta, serta berapa bulan tempoh untuk baharui lesen tu iaitu samaada untuk 6 bulan atau 12 bulan (1 tahun) . Kalau transaksi berjaya, mesin akan cetak slip cukai jalan untuk dilekat di kereta. Cuma pegawai JPJ tu ada pesan, nanti bila ada masa jangan lupa pergi JPJ untuk kemaskini geran kenderaan tu sebagai bukti. Tak tau la bila pula saya 'rasa' nak pergi JPJ ni. Tahun depan kot :P

Oh ye, lagi satu, masa saya cuba guna mesin tu, transaksi dah berjaya cuma ada masalah sikit dengan pencetak tu, kertas tersangkut. Kita pengguna tak boleh buat apa-apa sebab pencetak tu ada di dalam mesin. Mesin tu pula berkunci. Jadi nak pandai-pandai usik pencetak tu memang tak boleh la. Bertuah saya pencetak tu bermasalah waktu tu. Dapatlah saya tengok apa yang kat dalam mesin tu. Rupanya ringkas je. Ada cakera keras, ada skrin, sambung ke pencetak biasa kita beli untuk pakai di rumah di dalam (hahaha). Ingatkan rupanya macam robot yang selalu tengok dalam cerita animasi tu :P

Ak, berbalik kepada topik asal... Bila ada masalah dengan mesin tu, beritahu je kepada pegawai JPJ di kaunter khidmat pelanggan atau telefon nombor yang ditampal di mesin tu. Tapi dah ada dalam JPJ, buat apa bazir kredit telefon, kan? :)

Lepas pegawai JPJ (ala, terlupa nama dia) tu betulkan pencetak tu, menu yang akhir untuk cetak slip cukai jalan saya tu dah tak ada. Paparan di skrin tu dah kembali ke laman utama. Jadi pegawai JPJ tu ajak le saya masuk ke bahagian dalam JPJ (tempat orang awam tak boleh masuk sesuka hati kalau tak dijemput atau ada kebenaran untuk berbuat demikian). Dia minta kad pengenalan je, lepas tu dia cetak slip pembayaran dan slip cukai jalan. Tak pasti kalau pakai mesin tu dalam slip pembayaran ke tidak tapi selalunya kalau pakai mesin macam ni memang dapatlah.

Apa pun, sebab yang disalin tu salinan je, bukan yang asal, di slip cukai jalan tu ditulis.... SALINAN. Bukan nak mengadu ke apa, cuma rasa hairan sikit sebab tak sangka di slip cukai jalan pun ada juga rupanya perkataan ASAL (kalau salinan asal) dan SALINAN (kalau bukan salinan asal) ni. Selama ni di saiz kertas A4 je pernah nampak perkataan ni ke saya yang tak perasan? Entahlah.

Urusan yang kedua, menggantikan lesen memandu saya yang hilang. Untuk gantikan lesen yang hilang tu, saya cuma perlu bawa satu salinan depan belakang kad pengenalan (mykad) dan bayar RM20. Pegawai JPJ tu ada tanya kenapa hilang. Mungkin kalau ada sebab munasabah seperti kebakaran, banjir atau kecurian, denda RM20 tu tak perlu dibayar kot. Malangnya saya punya hilang bila pun saya tak perasan jadi kena la bayar :D

Lepas bayar dan dapatkan slip daripada kaunter, pegawai JPJ tu suruh saya pergi ke kaunter ambil gambar. Di kaunter ambil gambar tu, kena tunggu nama dipanggil baru bergerak ke depan jadi tak payahlah nak susah-susah beratur atau berebut tunggu giliran. Memang tak ada nombor pun.

Lepas ambil gambar tu, rasanya macam tak sampai 10 minit pun lesen memandu yang baru tu dah siap. Alhamdulillah! Saya dah tak memandu secara haram lagi dah (dekat sebulan kot mati tak perasan punya pasal). Cuma yang unik kali ni, saya dapat lesen memandu yang baru. Rupa kad ni dah macam kad pengenalan (mykad), siap ada cip lagi (kalau tak silap la). Inilah rupa lesen memandu yang baru di Malaysia ni menggantikan lesen memandu dalam bentuk plastik yang kita guna selama ni :) Cantik ooo.....

Kedua-dua urusan ni berlaku dengan pantas, tak sampai 30 minit kalau tak ada masalah dengan pencetak tu. Yang lama semasa menunggu giliran ja. Itu je penyebab kedua-dua urusan ni jadi berjam-jam tu.

Oh ye, sementara menunggu giliran, mak saya pergi tanya pada pegawai JPJ yang jaga di kaunter khidmat pelanggan. Boleh tak kalau orang tua yang kaki dah tak berapa kuat nak mohon ubahsuai kenderaan seperti yang orang kurang upaya (OKU) pakai. Pegawai JPJ tu cakap boleh, siap bagi borang lagi. Terlupa pula nak minta dekat mak borang tu, nak tengok. Tapi mak cakap, pegawai JPJ tu beritahu dia yang dia cuma kena pergi jumpa doktor, suruh doktor buat pemeriksaan dan keluarkan surat yang menyokong mak untuk guna kenderaan OKU. Lepas tu isi borang yang JPJ bagi tu dan hantar.

Bukan la berharap sebab sudah pasti saya lebih gembira kalau mak saya sihat walafiat cuma kalau betul la mak jadi nak ubahsuai kereta dia supaya dah tak perlu dikawal guna kaki, ada peluang la saya nak merasa naik dan bawa kenderaan OKU lepas ni. Macam menarik je, macam jakun je... wahahaha... Orang Jakun jangan marah aa... gurau je. Tapi dalam Bahasa Melayu, bila cakap 'macam jakun' tu maksudnya orang yang pelik tengok sesuatu. Memang saya le tu... sebab saya tak pernah lagi sentuh dan bawa kenderaan OKU ni.

Sekian.

Tuesday, July 16, 2013

Cabaran Hidup Dalam Kereta

2 comments:
Penafian: Saya TAK PERNAH hidup dalam kereta. Apa yang saya tulis ni cuma angan-angan sahaja dan isu yang melanda kalau nak capai angan-angan tersebut.....

Pernah terbaca dan dengar cerita pasal orang di Malaysia ni yang hidupnya sangat susah sama ada kerana banyak hutang atau memang dilahirkan sangat miskin sehingga terpaksa hidup dalam kereta, tak ada rumah tetap.

Mungkin saya ni pelik. Saya tak adalah miskin sampai macam tu sekali tapi saya dan mak saya teringin nak hidup dalam kereta (mak borek, anak rintik). Bukan saya tak nak rumah tetap, saya nak. Hari-hari biasa, saya akan tinggal dalam kereta. Tapi setiap hujung minggu, atau cuti, saya akan balik rumah tetap.

Sekarang ni saya tinggal seorang. Macam membazir je tinggal di rumah ni seorang diri. Masalahnya mak tak boleh nak tinggal di sini sebab sejuk sangat. Setiap kali melawat, mesti lepas tu batuk tak henti-henti. Jadi, terpaksalah mak tinggal dengan adik di rumah mak.

Mak pun kata membazir. Tapi nak buat macam mana, kesihatan mak tak mengizinkan mak tinggal dengan saya.

Tapi nak tinggal dalam kereta ni, ada banyak persiapan perlu dibuat, terutamanya persiapan mental. Contoh, malam-malam, kalau nak buang air kecil, atau besar, dekat mana nak pergi? Berani ke pergi seorang diri gelap-gelap macam tu?

Sebenarnya soalan remeh je tu, saya memang dah tahu kalau saya hidup dalam kereta, jawabnya, saya akan pilih untuk letak kereta saya di tempat saya bekerja iaitu dalam kawasan kolej. Saya memang staf di situ, jadi tak ada masalah nak tinggal kereta di situ. Tandas ada. Internet laju. Komputer ada. Surau ada. Bekalan elektrik ada, jadi kalau ada peralatan elektrik nak guna macam seterika, memang tak ada masalah.

Tak payah risau kena ragut, kena rompak, atau kena kacau. Warden asrama ada, pengawal keselamatan ada. Bilik saya pula terasing daripada orang lain sebab bilik tu memang saya punya seorang. Kamera keselamatan pun tak ada di dalam atau berdekatan dengan bilik saya. Privasi memang tak terganggu langsung :)

Masalah utama sekarang ialah, barang-barang saya yang berlambak. Mana nak letak?

Ok, ok, itu pun soalan remeh. Kalau betul jadilah saya hidup dalam kereta, saya nak jadikan rumah tetap saya ialah rumah mak. Saya memang ada bilik di situ, jadi tak ada masalah nak letak barang-barang tambahan di situ.

Masalah yang sebenar ialah (berapa banyak masalah sebenar da), apa jenis barang yang saya perlu ada dan boleh muatkan dalam kereta saya (Perodua Kembara kesayangan mak dan saya)?

Setakat senarai yang saya ada sekarang ialah:
  1. Pek penjagaan diri (wajib!) - Ubat gigi, berus gigi, sabun mandi, plaster, Dettol, panadol (memang dah tak makan dah tapi waktu kecemasan mungkin masih perlu pakai), minyak zaitun (untuk rambut dan sebagai pewangi), sikat, penyepit kuku, penyepit (dalam Bahasa Inggeris, orang panggil tweezer), gunting (khas untuk potong rambut), Cermin Mata 1 Unit (ya, memang saya tak ada cermin mata ganti.. hm, rasanya lepas ni kena buat juga 1 lagi cermin mata) 
  2. Pek penjagaan pakaian - sabun basuh (.... weh, baru teringat, kat mana nak sidai baju ni?), berus pakaian, seterika, gunting (khas untuk gunting baju dan benang), benang, jarum 
  3. Pakaian - Pakaian Dalam 3 set, Tudung dan Anak Tudung 3 set (hitam, kelabu, warna-warni), Stokin 3 set, Baju Kurung 5 Set, Baju Sukan 2 Set, Telekung 1 Set. (Huh... macam banyak sangat je ni? Muat tak nak masuk dalam kereta ni? Baju yang lebih tu nak buat apa?) 
  4. Pek penjagaan kereta - Kabel Jumper (betul ke namanya ni?), Air Bateri, Minyak Brek DOT3, Minyak Enjin (tak pasti, saya ingat-ingat lupa), Shampu Kereta, Span, Tayar Ganti 1 Unit, 'Jack' 1 Unit (untuk angkat kereta), Kon Keselamatan 1 Unit, 'Screw Driver' (adoi, ada makna lain tak boleh blah dalam Bahasa Inggeris ni hahaha) 1 Unit, Pembuka Nat 1 Unit. 
  5. Pek kecemasan - Lilin 1 Pek, Mancis 1 Kotak, 'Lighter' 1 Unit (apa ke bendanya ni dalam Bahasa Melayu, siapa tau?) 
  6. Makanan - Buah kering, kekacang.. (Uh... maksudnya tak boleh masak ke ni? Nak masak di pejabat macam bahaya je? Nak stor makanan basah macam tak boleh je?) 
  7. Air - 6 Botol Besar Air Mineral dalam stok (lebih daripada cukup ke, atau tak cukup? Sepatutnya 6 botol ni boleh tahan 3 hari. Di rumah ada Sistem Penapis Air, di kolej ada 'Water Cooler', tak ada masalah nak isi semula air dalam botol.) 
  8. Lain-lain - Komputer Riba 1 Unit, Telefon Bimbit 1 Unit, Buku-buku, surat khabar dan Al-Quran 

Pakaian yang ada sekarang ni memang lebih jauh lebih banyak daripada yang ada dalam senarai di atas. Sebelum ni tak terfikir apa nak buat dengan pakaian yang terlebih daripada senarai tu tapi sekarang dah tahu dah apa nak buat. Pakaian tu boleh simpan di rumah tetap (bilik saya le). Bila balik, tukar je dengan baju yang ada di kereta untuk digilir-gilirkan. Cuma.. di mana nak sidai baju kalau tak sempat nak balik rumah mak, baju dah tak cukup?

Kalau basuh baju setiap hari, jumlahnya sedikit je, jadi mungkin lebih mudah untuk mencari lokasi yang sesuai untuk sidai baju. Pakaian dalam, stokin sepasang, baju kurung sepasang, tudung dan anak tudung, semuanya lebih kurang 8 helai. Pakaian dalam, stokin, tudung dan anak tudung tu rasanya tak ada masalah nak sidai dalam kereta sebab saiznya pun kecil je. Baju kurung tu pula boleh sidai dalam bilik sebab ada tempat penyangkut baju dilekat di dinding di situ. Rasanya masalah ni dah boleh dikira selesai. Yang tak pasti sekarang, boleh ke tidak semua baju tu kering dalam masa 1-2 hari kalau disidai di dua tempat tadi? Yang ni hanya boleh dipastikan lepas cuba.

Pek penjagaan kereta tu, kebanyakannya saya rujuk di blog ni http://lembahtutorial.blogspot.com/2011/01/cara-menukar-tayar-kereta-yang-pancit.html. Untuk tip tukar tayar, sini pun menarik juga http://gengkapal.blogspot.com/2011/06/segment-diy-cara-cara-tukar-tayar.html. Apa pun, saya rasa kalau betul saya nak tinggal dalam kereta, sekurang-kurangnya saya kena tahu macam mana nak tukar tayar kereta. Nak cas semula bateri kereta (rujuk sini dan sini) tu saya rasa ramai tahu macam mana (lelaki la) tapi berdasarkan pengalaman saya, barangnya selalu tak ada (kabel Jumper) sampai akhirnya kena panggil bengkel juga.

Lari topik jap:
http://desaru-ns.blogspot.com/2011/06/tayar-pancit.html
* Beza sikap kebanyakan pekerja Melayu dan pekerja Cina yang kerja makan gaji
http://besutkito.blogspot.com/2009/09/info-penjagaan-kenderaan-tayar-kereta.html
* Pernah dengar, masalahnya bila tanya pekerja kedai jual tayar Cina pun tak tahu info ni
http://harubiru75.blogspot.com/2009/06/cara-mudah-dan-cepat-pam-tayar-kereta.html
* Kalau la boleh pam kereta sendiri macam ni...
http://symforumclub.forumotion.com/t732p15-tayar-bocor-dan-penampal
* Oh, senang ye? Ok, nanti kita cari di kedai dan tengok arahan dia senang ke tidak.
http://mforum.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=510935
* Oo, ada pam tayar kereta mudah alih ye. Ok, nanti cuba cari di kedai tengok harga.
http://besutkito.blogspot.com/2010/11/pam-tayar-kereta-digital-mudah-alih.html
* Berapa harga dan macam mana nak beli Cik Abang? Info bagi lengkap, boleh tak?


Ok, kembali pada topik asal. Apa nak buat kalau kereta rosak teruk? Barang-barang berharga dalam kereta tu macam mana? Kalau boleh siap pada hari yang sama, boleh la tuannya ambil cuti dan temankan kereta tu. Kalau kereta tu kena hantar berhari-hari di bengkel? Hm, rasanya untuk memudahkan diri sendiri, semua barang yang diletak dalam kereta tu kena ada bekas masing-masing. Kalau dah tahu kena tinggalkan di bengkel lebih daripada sehari, terpaksalah tinggalkan barang-barang tu di mana-mana yang sesuai (bilik di pejabat atau rumah mak) sebelum hantar kereta tu ke bengkel. Lepas tu tidur le di tempat letak barang tadi (kalau letak di kolej, tidur pun di kolej le).

Macam mana nak tidur pada waktu malam? Kalau panas macam mana? Kalau sejuk macam mana? Tak gerun ke boleh tengok di cermin keadaan di luar pada waktu malam? Hm... macam ni rasanya kena pasang langsir atau penutup cermin warna hitam di semua cermin. Cermin tu pula kena turunkan sikit (sikit sangat-sangat sampai tangan tak boleh seluk masuk) kalau pasang penghawa dingin supaya gas tu boleh keluar (sebab pernah dengar orang mati dalam kereta sebab duduk dalam kereta yang tak bergerak lama-lama semasa penghawa dingin dipasang).

Woah, masalah macam ni. Kalau enjin tu terus terpasang sepanjang malam, mahu minyak tu habis cepat tu. Kalau tak pasang enjin, takut nanti bateri tu jadi lemah kalau biarkan lampu atau penghawa dingin terpasang lama-lama pada waktu malam, sampai tak boleh hidupkan enjin pula nanti.

Diet harian pun macam ada masalah je. Memang la kantin tu buka sampai malam tapi... diet harianku kena ubahlah. Di kantin mana ada jual susu kesukaanku Dutch Lady Chocolate Milk (aww, sedapnya). Telur rebus pun tak ada, ubi kentang rebus lagi la tak ada. Sayur tak ada masalah walaupun tak berapa suka makan tapi dah buah segar memang tak jual, asam-asam je ada, ngap je la apa yang ada. Hm, hm, hm... boleh la tapi masih rasa macam tak berapa puas hati la tentang soal makan ni.

Tak sangka banyak juga perkara yang perlu difikirkan ye.

Sesiapa yang ada pengalaman hidup macam ni, boleh kongsi tak pengalaman tu di sini? Terima kasih.

Saturday, November 19, 2011

Friday, June 17, 2011

Panduan Ujian Memandu

No comments:
Sebelum ujian memandu di jalan raya,
  1. Masuk sahaja dalam kereta, tutup pintu.
  2. Betulkan tempat duduk - Sesuaikan jarak kerusi dengan pedal mengikut keselesaan.
  3. Periksa dan betulkan kedudukan cermin kanan jika bermasalah.
  4. Periksa dan betulkan kedudukan cermin kiri jika bermasalah.
  5. Periksa dan betulkan kedudukan cermin hadapan jika bermasalah.
  6. Pakai tali pinggang keledar.
  7. Periksa dan pastikan gear kereta dalam kedudukan bebas.
  8. Periksa dan pastikan brek tangan (hand brake) berfungsi.
  9. Hidupkan enjin.
  10. Periksa lampu isyarat kanan.
  11. Periksa lampu isyarat kiri.
  12. Periksa lampu isyarat kiri dan kanan (ada di tengah-tengah lampu isyarat kiri dan kanan).
  13. Periksa wiper.
  14. Pancutkan air wiper untuk pastikan air ada.
  15. Sebelum mula bergerak, julurkan kepala anda dari cermin sebelah kanan dan tengok belakang untuk pastikan tiada kenderaan yang bergerak dari belakang anda bagi mengelakkan kemalangan.

Semasa ujian memandu jalan raya,
  1. Pastikan brek lancar, jangan terhenti-henti.
  2. Elakkan enjin daripada mati tiba-tiba.
  3. Berhenti di persimpangan.
  4. Gunakan lampu isyarat sebelum memotong, masuk dan keluar roundabout, sebelum pusing kiri atau kanan di selekoh atau lampu isyarat di jalan raya.
  5. Pastikan kereta bergerak dengan stabil.
  6. Pastikan apabila membelok, anda memasuki laluan yang betul. Sebagai contoh, sila lihat gambar di bawah. Semasa membelok ke kiri ada dua laluan, anda sepatutnya masuk ke laluan yang pertama. Jika anda masuk ke laluan yang kedua atau melanggar garisan putih yang membahagikan kedua laluan tersebut, anda dikira gagal ujian.

Panduan am semasa ujian memandu:
  1. Jika hendak ke depan sebelah kanan atau ke belakang sebelah kanan, pusing stereng ke kanan. Begitu juga sebaliknya jika hendak ke depan sebelah kiri atau ke belakang sebelah kiri, pusing stereng ke kiri.
  2. Untuk mengelakkan enjin mati tiba-tiba semasa naik bukit, pastikan anda angkat brek tangan, kemudian tekan minyak sebelum lepaskan pedal clutch perlahan-lahan sehingga badan kereta terangkat sedikit dan lepaskan brek tangan. Sama sahaja seperti semasa turun bukit.
  3. Untuk mengelakkan enjin mati tiba-tiba di jalan sekata, tekan sedikit pedal minyak semasa mengangkat pedal clutch.

Harap2 diriku boleh ingat waktu periksa nanti.....