- Masuk sahaja dalam kereta, tutup pintu.
- Betulkan tempat duduk - Sesuaikan jarak kerusi dengan pedal mengikut keselesaan.
- Periksa dan betulkan kedudukan cermin kanan jika bermasalah.
- Periksa dan betulkan kedudukan cermin kiri jika bermasalah.
- Periksa dan betulkan kedudukan cermin hadapan jika bermasalah.
- Pakai tali pinggang keledar.
- Periksa dan pastikan gear kereta dalam kedudukan bebas.
- Periksa dan pastikan brek tangan (hand brake) berfungsi.
- Hidupkan enjin.
- Periksa lampu isyarat kanan.
- Periksa lampu isyarat kiri.
- Periksa lampu isyarat kiri dan kanan (ada di tengah-tengah lampu isyarat kiri dan kanan).
- Periksa wiper.
- Pancutkan air wiper untuk pastikan air ada.
- Sebelum mula bergerak, julurkan kepala anda dari cermin sebelah kanan dan tengok belakang untuk pastikan tiada kenderaan yang bergerak dari belakang anda bagi mengelakkan kemalangan.
Semasa ujian memandu jalan raya,
- Pastikan brek lancar, jangan terhenti-henti.
- Elakkan enjin daripada mati tiba-tiba.
- Berhenti di persimpangan.
- Gunakan lampu isyarat sebelum memotong, masuk dan keluar roundabout, sebelum pusing kiri atau kanan di selekoh atau lampu isyarat di jalan raya.
- Pastikan kereta bergerak dengan stabil.
- Pastikan apabila membelok, anda memasuki laluan yang betul. Sebagai contoh, sila lihat gambar di bawah. Semasa membelok ke kiri ada dua laluan, anda sepatutnya masuk ke laluan yang pertama. Jika anda masuk ke laluan yang kedua atau melanggar garisan putih yang membahagikan kedua laluan tersebut, anda dikira gagal ujian.
Panduan am semasa ujian memandu:
- Jika hendak ke depan sebelah kanan atau ke belakang sebelah kanan, pusing stereng ke kanan. Begitu juga sebaliknya jika hendak ke depan sebelah kiri atau ke belakang sebelah kiri, pusing stereng ke kiri.
- Untuk mengelakkan enjin mati tiba-tiba semasa naik bukit, pastikan anda angkat brek tangan, kemudian tekan minyak sebelum lepaskan pedal clutch perlahan-lahan sehingga badan kereta terangkat sedikit dan lepaskan brek tangan. Sama sahaja seperti semasa turun bukit.
- Untuk mengelakkan enjin mati tiba-tiba di jalan sekata, tekan sedikit pedal minyak semasa mengangkat pedal clutch.
Harap2 diriku boleh ingat waktu periksa nanti.....
No comments:
Post a Comment
Semua komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Apa pun, saya ucapkan ribuan terima kasih kerana sudi komen :)
Thank you for leaving your comments :) but please be informed that all comments will be screened before they are posted on this site.