Saya lebih suka menulis dalam Bahasa Inggeris untuk esei sebab saya lemah menulis dalam Bahasa Melayu. Apabila saya menulis dalam Bahasa Melayu, saya tidak dapat mengelak daripada menggunakan ayat yang terlalu kaku dan formal, biadab dan kadang-kadang mempunyai banyak perkataan yang tidak formal dan perkataan singkatan seperti 'tak'.
Sebenarnya apabila menulis dalam Bahasa Inggeris pun sama je masalahnya. Tapi cuba bandingkan penggunaan 'I' dalam Bahasa Inggeris dengan saya dan aku dalam Bahasa Melayu. Saya nak guna aku, dalam perbualan seharian pun aku susah sangat-sangat nak perkataan ni. Rasa macam biadab sangat. Nak guna saya, rasa macam formal sangat. Selalunya saya guna nama sendiri je semasa berbual walaupun bunyinya agak manja atau kebudak-budakan. Tapi tak boleh lah guna nama sendiri dalam blog sebab nama saya mudah dikenal. Memang cukup susah nak cari orang lain yang pakai nama ni kecuali sekolah agama je yang banyak pakai. Apa pun Bahasa Inggeris lebih mudah, 'I' boleh membawa maksud aku, saya, beta, dan lain-lain yang sama makna. Saya tak payah pening kepala pilih ganti nama.
Sekarang cuba bandingkan je, tak, ni, tu, nak, bila dengan 'won't', 'wouldn't', 'this's', 'it's', 'that's', 'I'll'. Ini tak ada kaitan dengan makna tapi penggunaan perkataan singkatan. Kalau Bahasa Inggeris, 'won't' boleh ditukar menjadi 'will not', 'wouldn't' menjadi 'would not', 'this's' menjadi 'this is' atau 'this was', 'it's' menjadi 'it is' atau 'it was', 'that's' menjadi 'that is' atau 'that was' dan 'I'll' menjadi 'I will'. Kalau singkatan ni ditukar kembali ke asal pun tak ada masalah, bunyinya tak pelik. Tapi kalau je ditukar menjadi sahaja, ni ditukar menjadi ini, tu ditukar menjadi itu, nak ditukar menjadi hendak dan bila ditukar menjadi apabila..... saya pasti ayat tu jadi pelik dan jika tidak ditukar pula pasti akan ditegur jika ditemui dalam esei (kecuali yang melibatkan perbualan) dan jawapan kertas peperiksaan.
Tapi apabila difikir balik, memang tak ada pun soalan peperiksaan yang memerlukan penggunaan perkataan singkatan ni kecuali esei yang mempunyai perbualan.
Entahlah, saya pun tak pasti kenapa saya jarang menulis dalam Bahasa Melayu. Malu betul orang Melayu tak pandai menulis dalam Bahasa Melayu. Keputusan SPM saya, Bahasa Melayu B3 atau B4, saya tak berapa ingat tapi Bahasa Inggeris A1. Pelik tak?
Saya rasa mungkin sebab saya dah terbiasa dengan Bahasa Inggeris. Ye lah, saya lebih banyak meluangkan masa dengan komputer dan internet daripada manusia. Bahasa komputer secara automatik ialah Bahasa Inggeris. Semua arahan pun dalam Bahasa Inggeris. Kebanyakan info di Internet pun menggunakan Bahasa Inggeris. Jadi macam mana saya nak tingkatkan tahap kemahiran saya dalam Bahasa Melayu kalau bercakap pun jarang-jarang?
Menulis dalam Bahasa Melayu ni sebenarnya seronok juga macam menulis dalam Bahasa Inggeris. Kalau tak, masakan cikgu selalu puji karangan saya semasa sekolah rendah dulu. Waktu sekolah menengah dah tak seronok sangat sebab kebanyakan karangan bukan berbentuk cerita fiksyen tapi sains, pendapat dan yang paling saya tak suka, karangan jenis ringkasan dan rumusan.
Apa pun, saya berniat nak mula berjinak-jinak semula menulis dalam Bahasa Melayu. Mungkin suatu hari nanti saya boleh menterjemah karangan Bahasa Melayu ke Bahasa Inggeris dan sebaliknya dan kongsi dalam blog ini. In Sya Allah.
No comments:
Post a Comment
Semua komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Apa pun, saya ucapkan ribuan terima kasih kerana sudi komen :)
Thank you for leaving your comments :) but please be informed that all comments will be screened before they are posted on this site.