Tuesday, July 16, 2013

Cabaran Hidup Dalam Kereta

Penafian: Saya TAK PERNAH hidup dalam kereta. Apa yang saya tulis ni cuma angan-angan sahaja dan isu yang melanda kalau nak capai angan-angan tersebut.....

Pernah terbaca dan dengar cerita pasal orang di Malaysia ni yang hidupnya sangat susah sama ada kerana banyak hutang atau memang dilahirkan sangat miskin sehingga terpaksa hidup dalam kereta, tak ada rumah tetap.

Mungkin saya ni pelik. Saya tak adalah miskin sampai macam tu sekali tapi saya dan mak saya teringin nak hidup dalam kereta (mak borek, anak rintik). Bukan saya tak nak rumah tetap, saya nak. Hari-hari biasa, saya akan tinggal dalam kereta. Tapi setiap hujung minggu, atau cuti, saya akan balik rumah tetap.

Sekarang ni saya tinggal seorang. Macam membazir je tinggal di rumah ni seorang diri. Masalahnya mak tak boleh nak tinggal di sini sebab sejuk sangat. Setiap kali melawat, mesti lepas tu batuk tak henti-henti. Jadi, terpaksalah mak tinggal dengan adik di rumah mak.

Mak pun kata membazir. Tapi nak buat macam mana, kesihatan mak tak mengizinkan mak tinggal dengan saya.

Tapi nak tinggal dalam kereta ni, ada banyak persiapan perlu dibuat, terutamanya persiapan mental. Contoh, malam-malam, kalau nak buang air kecil, atau besar, dekat mana nak pergi? Berani ke pergi seorang diri gelap-gelap macam tu?

Sebenarnya soalan remeh je tu, saya memang dah tahu kalau saya hidup dalam kereta, jawabnya, saya akan pilih untuk letak kereta saya di tempat saya bekerja iaitu dalam kawasan kolej. Saya memang staf di situ, jadi tak ada masalah nak tinggal kereta di situ. Tandas ada. Internet laju. Komputer ada. Surau ada. Bekalan elektrik ada, jadi kalau ada peralatan elektrik nak guna macam seterika, memang tak ada masalah.

Tak payah risau kena ragut, kena rompak, atau kena kacau. Warden asrama ada, pengawal keselamatan ada. Bilik saya pula terasing daripada orang lain sebab bilik tu memang saya punya seorang. Kamera keselamatan pun tak ada di dalam atau berdekatan dengan bilik saya. Privasi memang tak terganggu langsung :)

Masalah utama sekarang ialah, barang-barang saya yang berlambak. Mana nak letak?

Ok, ok, itu pun soalan remeh. Kalau betul jadilah saya hidup dalam kereta, saya nak jadikan rumah tetap saya ialah rumah mak. Saya memang ada bilik di situ, jadi tak ada masalah nak letak barang-barang tambahan di situ.

Masalah yang sebenar ialah (berapa banyak masalah sebenar da), apa jenis barang yang saya perlu ada dan boleh muatkan dalam kereta saya (Perodua Kembara kesayangan mak dan saya)?

Setakat senarai yang saya ada sekarang ialah:
  1. Pek penjagaan diri (wajib!) - Ubat gigi, berus gigi, sabun mandi, plaster, Dettol, panadol (memang dah tak makan dah tapi waktu kecemasan mungkin masih perlu pakai), minyak zaitun (untuk rambut dan sebagai pewangi), sikat, penyepit kuku, penyepit (dalam Bahasa Inggeris, orang panggil tweezer), gunting (khas untuk potong rambut), Cermin Mata 1 Unit (ya, memang saya tak ada cermin mata ganti.. hm, rasanya lepas ni kena buat juga 1 lagi cermin mata) 
  2. Pek penjagaan pakaian - sabun basuh (.... weh, baru teringat, kat mana nak sidai baju ni?), berus pakaian, seterika, gunting (khas untuk gunting baju dan benang), benang, jarum 
  3. Pakaian - Pakaian Dalam 3 set, Tudung dan Anak Tudung 3 set (hitam, kelabu, warna-warni), Stokin 3 set, Baju Kurung 5 Set, Baju Sukan 2 Set, Telekung 1 Set. (Huh... macam banyak sangat je ni? Muat tak nak masuk dalam kereta ni? Baju yang lebih tu nak buat apa?) 
  4. Pek penjagaan kereta - Kabel Jumper (betul ke namanya ni?), Air Bateri, Minyak Brek DOT3, Minyak Enjin (tak pasti, saya ingat-ingat lupa), Shampu Kereta, Span, Tayar Ganti 1 Unit, 'Jack' 1 Unit (untuk angkat kereta), Kon Keselamatan 1 Unit, 'Screw Driver' (adoi, ada makna lain tak boleh blah dalam Bahasa Inggeris ni hahaha) 1 Unit, Pembuka Nat 1 Unit. 
  5. Pek kecemasan - Lilin 1 Pek, Mancis 1 Kotak, 'Lighter' 1 Unit (apa ke bendanya ni dalam Bahasa Melayu, siapa tau?) 
  6. Makanan - Buah kering, kekacang.. (Uh... maksudnya tak boleh masak ke ni? Nak masak di pejabat macam bahaya je? Nak stor makanan basah macam tak boleh je?) 
  7. Air - 6 Botol Besar Air Mineral dalam stok (lebih daripada cukup ke, atau tak cukup? Sepatutnya 6 botol ni boleh tahan 3 hari. Di rumah ada Sistem Penapis Air, di kolej ada 'Water Cooler', tak ada masalah nak isi semula air dalam botol.) 
  8. Lain-lain - Komputer Riba 1 Unit, Telefon Bimbit 1 Unit, Buku-buku, surat khabar dan Al-Quran 

Pakaian yang ada sekarang ni memang lebih jauh lebih banyak daripada yang ada dalam senarai di atas. Sebelum ni tak terfikir apa nak buat dengan pakaian yang terlebih daripada senarai tu tapi sekarang dah tahu dah apa nak buat. Pakaian tu boleh simpan di rumah tetap (bilik saya le). Bila balik, tukar je dengan baju yang ada di kereta untuk digilir-gilirkan. Cuma.. di mana nak sidai baju kalau tak sempat nak balik rumah mak, baju dah tak cukup?

Kalau basuh baju setiap hari, jumlahnya sedikit je, jadi mungkin lebih mudah untuk mencari lokasi yang sesuai untuk sidai baju. Pakaian dalam, stokin sepasang, baju kurung sepasang, tudung dan anak tudung, semuanya lebih kurang 8 helai. Pakaian dalam, stokin, tudung dan anak tudung tu rasanya tak ada masalah nak sidai dalam kereta sebab saiznya pun kecil je. Baju kurung tu pula boleh sidai dalam bilik sebab ada tempat penyangkut baju dilekat di dinding di situ. Rasanya masalah ni dah boleh dikira selesai. Yang tak pasti sekarang, boleh ke tidak semua baju tu kering dalam masa 1-2 hari kalau disidai di dua tempat tadi? Yang ni hanya boleh dipastikan lepas cuba.

Pek penjagaan kereta tu, kebanyakannya saya rujuk di blog ni http://lembahtutorial.blogspot.com/2011/01/cara-menukar-tayar-kereta-yang-pancit.html. Untuk tip tukar tayar, sini pun menarik juga http://gengkapal.blogspot.com/2011/06/segment-diy-cara-cara-tukar-tayar.html. Apa pun, saya rasa kalau betul saya nak tinggal dalam kereta, sekurang-kurangnya saya kena tahu macam mana nak tukar tayar kereta. Nak cas semula bateri kereta (rujuk sini dan sini) tu saya rasa ramai tahu macam mana (lelaki la) tapi berdasarkan pengalaman saya, barangnya selalu tak ada (kabel Jumper) sampai akhirnya kena panggil bengkel juga.

Lari topik jap:
http://desaru-ns.blogspot.com/2011/06/tayar-pancit.html
* Beza sikap kebanyakan pekerja Melayu dan pekerja Cina yang kerja makan gaji
http://besutkito.blogspot.com/2009/09/info-penjagaan-kenderaan-tayar-kereta.html
* Pernah dengar, masalahnya bila tanya pekerja kedai jual tayar Cina pun tak tahu info ni
http://harubiru75.blogspot.com/2009/06/cara-mudah-dan-cepat-pam-tayar-kereta.html
* Kalau la boleh pam kereta sendiri macam ni...
http://symforumclub.forumotion.com/t732p15-tayar-bocor-dan-penampal
* Oh, senang ye? Ok, nanti kita cari di kedai dan tengok arahan dia senang ke tidak.
http://mforum.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=510935
* Oo, ada pam tayar kereta mudah alih ye. Ok, nanti cuba cari di kedai tengok harga.
http://besutkito.blogspot.com/2010/11/pam-tayar-kereta-digital-mudah-alih.html
* Berapa harga dan macam mana nak beli Cik Abang? Info bagi lengkap, boleh tak?


Ok, kembali pada topik asal. Apa nak buat kalau kereta rosak teruk? Barang-barang berharga dalam kereta tu macam mana? Kalau boleh siap pada hari yang sama, boleh la tuannya ambil cuti dan temankan kereta tu. Kalau kereta tu kena hantar berhari-hari di bengkel? Hm, rasanya untuk memudahkan diri sendiri, semua barang yang diletak dalam kereta tu kena ada bekas masing-masing. Kalau dah tahu kena tinggalkan di bengkel lebih daripada sehari, terpaksalah tinggalkan barang-barang tu di mana-mana yang sesuai (bilik di pejabat atau rumah mak) sebelum hantar kereta tu ke bengkel. Lepas tu tidur le di tempat letak barang tadi (kalau letak di kolej, tidur pun di kolej le).

Macam mana nak tidur pada waktu malam? Kalau panas macam mana? Kalau sejuk macam mana? Tak gerun ke boleh tengok di cermin keadaan di luar pada waktu malam? Hm... macam ni rasanya kena pasang langsir atau penutup cermin warna hitam di semua cermin. Cermin tu pula kena turunkan sikit (sikit sangat-sangat sampai tangan tak boleh seluk masuk) kalau pasang penghawa dingin supaya gas tu boleh keluar (sebab pernah dengar orang mati dalam kereta sebab duduk dalam kereta yang tak bergerak lama-lama semasa penghawa dingin dipasang).

Woah, masalah macam ni. Kalau enjin tu terus terpasang sepanjang malam, mahu minyak tu habis cepat tu. Kalau tak pasang enjin, takut nanti bateri tu jadi lemah kalau biarkan lampu atau penghawa dingin terpasang lama-lama pada waktu malam, sampai tak boleh hidupkan enjin pula nanti.

Diet harian pun macam ada masalah je. Memang la kantin tu buka sampai malam tapi... diet harianku kena ubahlah. Di kantin mana ada jual susu kesukaanku Dutch Lady Chocolate Milk (aww, sedapnya). Telur rebus pun tak ada, ubi kentang rebus lagi la tak ada. Sayur tak ada masalah walaupun tak berapa suka makan tapi dah buah segar memang tak jual, asam-asam je ada, ngap je la apa yang ada. Hm, hm, hm... boleh la tapi masih rasa macam tak berapa puas hati la tentang soal makan ni.

Tak sangka banyak juga perkara yang perlu difikirkan ye.

Sesiapa yang ada pengalaman hidup macam ni, boleh kongsi tak pengalaman tu di sini? Terima kasih.

2 comments:

  1. Siyesly betul ke cite ni.. sya penah tgok kat youtube je diorang tgal dlm van or car.. betul ke ade orang buat di malaysia. plz email me.. i want to know detail about the story.. ainaluvzack@gmail.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. Serius ada. Saya pernah baca pasal kisah hidup seorang artis tu, tapi saya tak ingat nama dia. Dia pernah terpaksa hidup dalam kereta dengan isteri dan anak-anak dia. Yang kedua, Dr. Azizan Osman sebelum dia berjaya, kalau tak silap. Tapi jangan salah faham... apa yang saya tulis di atas ialah kenapa saya tak boleh nak cuba cara hidup ni (sebab banyak sangat benda yang nak kena difikirkan kalau nak hidup dalam kereta dengan selesa) BUKAN pengalaman sebenar orang yang hidup dalam kereta....

      Delete

Semua komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Apa pun, saya ucapkan ribuan terima kasih kerana sudi komen :)

Thank you for leaving your comments :) but please be informed that all comments will be screened before they are posted on this site.