Monday, July 22, 2013

Cabaran Debat Melayu Itu Pendatang (2) 08 Julai 2013


CABARAN DEBAT MELAYU ITU PENDATANG



Hujah Pencabar Wo Wowwow Winnie

Pautan: https://www.facebook.com/ILOVETUNM/posts/520791167992698


Ramai nya kaum Umno ini yang masih keras kepala dan tak ber hidayah. Umpana tuang air ke atas daun keladi, walaupun sekolam air dituang, otok-otok keladi ini tetap tak dibasarkan and tetap memilih jalan yang menuju ke arah kebodohan, kemunduran, ketidak-tamadunan dan kemusnahan bangsa. Sedar lah.
Admin HE ini belajar Sejarah Melayu, dan cuba meyimpulan seberapa banyak kawasan/negeri adalah Austronesia. Kenapa tak terus sebut Homosepian, kita ini semua adik-beradik ciptaan tuhan. Kenapa you orang nak cari pasal dan menguris hati kaun cina/ind? Seronoh kah, ini perbuatan hina dan keji sebagain seorang Muslim/mat. Setiap kali kamu bersolat, kame ada minta maaf kah, perbuatan ini? Pls do this, from Islam view, you are right, from Cristian, they are right, u may not right, how about Buddha? Hindu? Never ending argument. We all are kaum pendatang kepada dunia ciptaan Allah SWT ini. Kita tidad hak langsung nak usir mana-mana kaum, termasuk Vivian yang biadap dan kebanyakan penyokong kepada Admin di sini. Biadap juga. Dunia akhirat, kamu akan dihukum dicampak kedalam laut api kerana tidak insaf daripada kesalahan hina dan keji ini. Saya percaya kepada agama saya, i have my own fate, i will kind to all race and will not act like Bapa kepada bumi ini, halau kawan-kawan lain bangsa saya berhijrah dari bumi ciptaan Allah ini, yang digelar Semanjung Emas, Semanjung Melaka, Gangga Negara, ChiTu, PanPan, Langkasuka, Kota Gelanggi, Srivijaya. Satu fakta yang penting, Orang Austronesia yg HE, Admin sebut sebut kan itu, i.e. nenek moyang kepada bangsa melayu, memang pernah beragama Hindu, Buddha, Cristian & Sebagainya. Adakah, kamu setuju, pernah wujud dalan dunia sejarah, ada Melayu Hindu, Melayu Buddha & Melayu Christian (maaf dan ijinkan saya). Ornag Filipin di Pulau Luzon, adalah Austronesia Cristian?
Negara ChiTu adalah sebuah negeri ditubuhkan only orang2 Buddha. Dan batu bersurat agama Buddha, lebih lama lagi di jumpa di Kelantan (daripada Batu Bersurat Islam di Terengganu), kenapa perkara ini tidak di sebut dan di ajar dalam sekolah? Perwira melayu Hang Tuah sebenar adalah pengikut Puteri Hang Lipo, tetapi tidak dijelaskan? Huah Tuah , pahlawa dari Ming Empayar.
Tuan Admin HE, hujahan panjang lebar kamu, belum lagi jawap pertanyaan saya:
1) Dari mana perkataan Melayu berasal?
2) Sejak bila perkataan Melayu ini mula digunakan untuk menyebut sesebuah kaum?

Nasihat kepada Tuan Admin HE,
We are paying tax to pay for your salary, pls carry out your job fairly and do not change the fact and make ridiculas conclusion. Any of your low level of research result, may be get exploit by those kaum umno.

For us non-kaum umno, we focus on make real effort for our business, our emplyment/work, our children education, we don need tongkat seperti semua kaum umno ini, saya bangga kerana saya bayar cukai ikut masa, supaya cukai kami ini, boleh membayar kamu, supaya kamu boleh hidup selesa tanpa risau akan kehidupan. Jangan kamu terus merosakan rakyat Malayasia & bangsa kamu sendiri.
Sila jawap 2 soalan saya yang ditanya 2 hari yang lalu.

Saya sebagai anak cina, tidak pernah takut kepada kuasa syaitan kaum umno ini. If you said the truth, Allah SWT is listenning, and all below Admin support 'Bird Brain' will face punishment from Allah SWT.


Respon Saya Sayang Tun Dr Mahathir Mohammad

Pautan: https://www.facebook.com/photo.php?fbid=520812171323931&set=a.159716777433474.41152.152404861497999&type=1&permPage=1


Hai wo wowwow winnie. Saya sudah meneliti hujah saudara/saudari. Di bawah ialah jawapan saya.

Sekali lagi nasihat saya, betulkan tatabahasa anda dulu ya sebelum nak berhujah dan berdebat dengan saya? Serius, BANGLA CAKAP MELAYU pun lagi cantik daripada anda yang cuba jadi Malaysian dengan merosakkan bahasa kebangsaan itu sendiri. Inilah masalahnya bila tak menguasai bahasa Melayu. Saya ingin tekankan apabila saya bercakap mengenai sejarah bangsa Melayu, ini tidak bermakna bahawa saya MENGHINA BANGSA LAIN.

Saya dah nampak SIMPTOM KIASU dalam diri anda. Sekali lagi say atekankan saya tidak pernah mengatakan bahawa bangsa anda pendatang dan sebagainya dalam post saya mengenai Vivian walaupun kalau kita melihat pada hakikat sejarah, benda itu memang hakikatnya kerana saya menghormati sensitivity anda. Tetapi, saya hanya mahu patahkan hujah yang mengatakan bahawa MELAYU ITU PENDATANG tanpa sedikitpun menyentuh sensitivity kaum cina. Ada faham? Please… jangan salahkan UMNO di atas apa sahaja yang berlaku. Parti itu tak ada kaitan dalam perhujahan kita.

Oh ini pemikiran kiasu…. Apabila saya mengangkat SEJARAH BANGSA MELAYU, maka ANDA BERFIKIRAN BAHAWA, SAYA MAHU HALAU ANDA… SAYA MAHU BANGSA CINA DAN INDIA serta BANGSA LAIN DI DUNIA DI HALAU DARI DUNIA ini. TIDAK!!!

Saya menghormati bangsa Cina dan India. Mereka sahabat saya juga. Tetapi oleh kerana minat saya sebagai pengkaji sejarah bangsa saya, saya punya hak juga untuk memperkatakan tentang sejarah bangsa saya bukan? Macam orang Cina mempromosikan sejarah negara mereka ke dalam pelbagai bentuk platform, sebagai contoh permainan video, di mana fasa zaman 3 Kerajaan diletakkan di dalam permainan video. Apa saya tidak punya hak berkenaan?

Apakah menulis mengenai sejarah Melayu dianggap sebagai MENGGURIS PERASAAN CINA? Oh… kamu ni memang BENAR-BENAR SI ULTRA KIASU. Okey, saya, bagi gelaran anda sebagai ultra-kiasu. Puas hati tak?

Berbalik kepada penghujahan kita pada hari ini, soalan anda ialah berbunyi begini:

1) Dari mana perkataan Melayu berasal?
2) Sejak bila perkataan Melayu ini mula digunakan untuk menyebut sesebuah kaum?

Kenapa saya bercerita mengenai Austronesia untuk menjawab kepada anda apa itu Melayu? Kerana ianya merupakan asas dalam Pengajian Melayu itu sendiri kalau untuk mengenali bangsa Melayu. Sekarang saya anggap bahawa anda sudah faham siapa itu Melayu bukan? Okey, bercakap mengenai asal usul perkataan Melayu itu sebenarnya agar sukar untuk diperdebatkan. Terdapat beberapa teori yang membawa kepada munculnya perkataan Melayu itu. Mari bersama saya untuk belajar mengenainya.

Pertama, teori yang mengatakan bahawa nama Melayu datang daripada perkataan Mala. Bangsa Mala yang kemudiannya menurunkan banyak bangsa di dunia seperti Melayu. Teori ini kalau dikaji akan membawa kita kepada teori Keturah, nenek moyang bangsa Melayu itu sendiri. Daripada Keturah ini turunnya bangsa Mala yang kemudiannya menghubungkan kepada kewujudan Melayu hari ini. Topik ini masih didebatkan oleh para sejarawan di dunia.

Teori kedua pula mengatakan bahawa perkataan Melayu ini asalnya daripada sebuah kerajaan Melayu yang berdekatan dengan Palembang, sebuah ibu negara Empayar Melayu Srivijaya yang bernama Malayu yang kemudiannya menyerap masuk ke dalam Empayar Melayu Srivijaya iaitu Moloyu. Bahkan kerajaan ini disebut dalam banyak catatan dunia.. Sebagai contoh, saya petik catatan I-Ching mengenai kerajaan ini.

Siapakah insan yang bernama I-Ching? Namanya sebenarnya ialah Yijing dan beliau ialah pendeta daripada dinasti Tang yang mahu melanjutkan pelajaran dalam agama Buddha. Sebelum dia tiba di Universiti Nalanda di India, I-Ching harus singgah ke Empayar Melayu Srivijaya untuk mendalami lagi agama Buddha.

Catatan I-Ching masih segar untuk ditatap oleh kita semua.

"...tiba dan menginap selama 6 bulan. Mempelajari tatabahasa Sanskrit di sini. Sang raja memberikan daku bantuan dan menghantar daku ke negeri yang bernama Moloyu...." – I Ching.

Nampak perkataan MOLOYU itu?

Mengenai sejak bila Melayu ini mula digunakan untuk menyebut sebuah kaum, amat sukar untuk kita terokai sejarahnya. Tetapi, berdasarkan rekod-rekod sejarah, kita mungkin boleh meneliti sampai ke seawal Champa berdiri sebagai sebuah kerajaan di IndoChina dahulu. Mungkin seawall Langkasuka. Kerana kerajaan-kerajaan ini dikenali oleh para pedagang sebagai kerajaan Melayu, mereka mengamalkan budaya Melayu dan berbahasa Melayu purba.

Puas hati anda? Tapi saya tak nampak persoalan-persoalan ini merujuk kepada bagaimana Melayu itu merupakan pendatang?

Kamu ada menyebut mengenai Chih Tu, sebuah kerajaan yang lokasinya adalah terletak di timur Semenanjung Tanah Melayu, mungkin di Kelantan. Ya, kerajaan tersebut diasaskan oleh orang Buddha. Dan… orang Buddha itu ialah orang Melayu. Apa masalah tentang perkara ini? Tak ada masaah bukan? Chih Tu tetap kerajaan orang Melayu walaupun ORANG MELAYU YANG MENGASASKAN KERAJAAN INI.

Saya rasa Chih Tu disebut dalam Buku Teks Sekolah. Anda mesti tidur kan mas subjek sejarah di sekolah? Cuma… ianya tak dikaitkan DENGAN MELAYU sahaja dan ITU JUGA MENYEDIHKAN SAYA.

Hang Tuah pengikut Hang Li Po? Boleh saya ketawa sekejap… SAYA NAK KETAWA. Hahahahaha…. Okey, cukup. Apa hujah anda mahu mengatakan bahawa Hang Tuah itu cina? Nama beliau? Hang Too Ah? Boleh saya ketawa? Jangan cakap pasal bangsa saya kalau anda bergaul dengan mereka pun tidak pernah.

Di sesetengah negeri terdapat orang Melayu yang berkongsi nama depan yang sama. Di Kelantan, nama seperti Nik dan Wan selalu digunakan. Nama seperti Daeng pula terkenal di kalangan masyarakat Melayu Bugis. Nama seperti Radeng ialah nama yang selalu digunakan oleh masyarakat jawa. Meor pula nama yang terkenal di kalangan masyarakat Melayu Perak. Masyakat Melayu-Arab pula terkenal dengan nama Syed dan Syarifah di hadapan pangkal nama mereka.

Dan sekali lagi saya tekankan, jangan bercakap mengenai soal Melayu kalau anda tidak pernah bergaul dengan kami. Terdapat banyak lagi Melayu di zaman Melaka yang turut menggunakan nama pangkal Hang. Hang Ali, Hang Iskandar, Hang Nadim, Hang Hasan, dan Hang Hussin? Untuk pengetahuan saudara juga, nama Hang ini juga merupakan gelaran yang diberikan oleh Istana Melaka pada waktu itu, seperti mana istilah Dato’ pada hari ini. Jadi, anda mahu cinakan bagaimana? Hang A. Lee? Hang Is Kandar? Hang Na Dim? Hahahaha… kelakar.

Bahkan daripada Tuah, Jebat, Lekiu, Lekir itu sendiri mempunyai maksudnya tersendiri. Nama tuah bermaksud bernasib baik. Nama Jebat dalam bahasa Melayu bermaksud bau badan. Pernah dengar tak ungkapan “baunya seperti jebat musang”. Masakan ada yang mengatakan bahawa nama Jebat itu daripada Jee Fat? Kasturi pula ialah nama haruman. Semua orang tahu tu. Lekir pula datang daripada nama ubi. Lekiu pula datang daripada bahasa Melayu lama yang bermaksud lekit.

Hang Tuah ialah pahlawan daripada dinasti Ming? Apa bukti atau fakta kes anda? Pernah baca Sulalatus Salatin dengan Hikayat Hang Tuah? Pernah dengar kisah Hang Tuah menyelamatkan Bendahara daripada orang mengamuk? Pernah dengar kisah Hang Tuah dan para sahabatnya membunuh lanun? Buka balik buku sejarah. Nama Hang Tuah disebut dalam Sulalatus Salatin sebanyak 170 Kali dan 7 Bab diperuntukkan untuk menceritakan kisah beliau.

Kalau dirujuk sumber sejarah utama, iaitu Hikayat Hang Tuah yang banyak menceritakan mengenai Hang Tuah, Kisah bagaimana Hang Tuah dan para sahabatnya. Ketika kanak-kanak dahulu, Hang Tuah dan para sahabat telah ke laut menggunakan perahu lading. Berlaku adegan kejar mengejar antara Hang Tuah dan lanun yang mengejar perahu Hang Tuah. Sampai sahaja di darat, maka Hang Tuah telah bertikam dengan sang lanun dan pertempuran itu telah membuatkan Hang Tuah menang.

Antara bukti lain ialah kisah Hang Tuah menewaskan orang mengamuk masih terkemas dalam rekod sejarah. Kisah bagaimana Hang Tuah menyelamatkan Bendahara Tun Perak dan bagaimana Hang Tuah menghadap Sultan Melaka. Kisah Hang Tuah menewaskan lanun-lanun ketika mengembara pada usia muda dan kecil selepas mendapat perkenan juga merupakan bukti bahawa Hang Tuah sudah wujud lama sebelum kedatangan Hang Li Po.

Tentang penemuan sejarah Buddha dan hindu sebelum Melaka sebenarnya telah banyak kali diceritakan oleh saya. Kisah bagaimana sami Buddha dan Hindu daripada China dan India tunduk di kaki sami-sami Melayu, mahu menuntut ilmu daripada mereka. Saya ceritakan mengenai Empayar Melayu Srivijaya. Saya ceritakan mengenai bagaimana Srivijaya membantu pembinaan Universiti Nalanda di India. Anda baru masuk page ni barangkali…

P.S: Tolong jangan mempermainkan nama tuhan kami untuk tunjukkan betapa "HOLIER THAN THOU"-nya anda. Terima kasih.

-HE-


No comments:

Post a Comment

Semua komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Apa pun, saya ucapkan ribuan terima kasih kerana sudi komen :)

Thank you for leaving your comments :) but please be informed that all comments will be screened before they are posted on this site.