Semalam (Jumaat) pergi ke Tabung Haji sebab hari sebelum tu (Khamis) pergi ke Bank Rakyat untuk sambungkan kad ATM Bank Rakyat ke akaun Tabung Haji tak berjaya. Tak berjaya sebab apa? Rupa-rupanya sebab akaun tu dibuka masa saya kecil lagi, jadi akaun tu dibuka guna nombor kad pengenalan mak ^_^ Nak hubungkan kad ATM Bank Rakyat tu dengan akaun Tabung Haji, dua-dua kena pakai nombor kad pengenalan yang sama.
Pegawai Bank Rakyat tu kata kena tutup dulu akaun Tabung Haji yang lama dan buka akaun baru untuk selesaikan masalah ni. Tapi bila pergi, rupa-rupanya tak payah pun buat macam tu. Cuma tukar je la jenis akaun tu daripada akaun kanak-kanak ke akaun orang dewasa.
Untuk kemaskini akaun, penjaga dan pemilik akaun kena datang, bawa kad pengenalan, salinan kad pengenalan depan belakang, isi borang kemaskini akaun dan borang penama. Kad pengenalan diperlukan untuk pegawai tu semak dan sahkan identiti pemilik akaun melalui imbasan cap jari menggunakan rekod yang ada pada MyKAD.
Salinan kad pengenalan tu macam biasa la untuk simpanan dan rujukan mereka. Cuma yang kurang sikit tu ialah mereka tak akan buat salinan fotostat tu untuk kita, kita kena buat sendiri. Nasib baik kali ni dekat je kedai yang ada servis fotostat tu tak macam waktu pergi Bank BSN hari tu.
Borang penama pula untuk menamakan 2 orang waris yang akan mewarisi harta yang disimpan di Tabung Haji kalau pemilik akaun tu tiba-tiba meninggal dunia nanti. Lepas tu selesai la kerja tapi dah alang-alang datang tu saya daftar haji sekali sebelum beredar. Cuma kena pastikan ada sekurang-kurangnya RM1300 dalam akaun, lepas tu kejap je dia proses. Kalau dalam akaun tak ada RM1300, bawa je wang tunai untuk tambah semasa pendaftaran tu :)
Lepas ni boleh la sambungkan akaun Tabung Haji dengan mana-mana kad ATM Bank Rakyat, Bank Islam, atau Maybank Islamic. Tak sabar rasanya nak cuba!
Nak tanya time tukar akaun kanak-kanak ke akaun dewasa,mak kena pergi juga ke bank or just bawa salinan ic mak. TQ
ReplyDelete"Untuk kemaskini akaun, penjaga dan pemilik akaun kena datang, bawa kad pengenalan, salinan kad pengenalan depan belakang, isi borang kemaskini akaun dan borang penama. "
DeleteYa, mak (penjaga) kena pergi juga :)
Untuk tukar tu mesti dah umur lebih 18 ke ?
ReplyDeleteTak semestinya lebih 18 tahun. Umur 18 tahun pun boleh buat dah :)
DeleteSumber rujukan: http://www.tabunghaji.gov.my/kaunter-th
Kalau contoh penjaga suruh anak buat sendiri tanpa ada penjaga . Boleh tak tukar terus nama pendua (anak) jadi nama pertama .
ReplyDeleteMaaf lambat balas. Hikari dah lama sangat tak jenguk blog ni ^_^;;
DeleteKalau ikut, tak boleh.
Sumber:
https://www.tabunghaji.gov.my/ms/simpanan/maklumat-am/pembukaan-akaun
Tapi kalau ada sebab kukuh kenapa penjaga tak boleh datang macam uzur sangat, berhijrah ke luar negara, dan dalam penjara, mungkin boleh berhubung terus dengan pihak TH untuk dapatkan pengecualian supaya penjaga tidak perlu hadir untuk penukaran jenis akaun.
klaw 17 boleh?
ReplyDeleteMaaf lambat balas. Hikari dah lama sangat tak jenguk blog ni ^_^;;
DeleteTak boleh. Mesti sekurang-kurangnya berumur 18 tahun, baru boleh tukar ke akaun dewasa.
Sumber:
https://www.tabunghaji.gov.my/ms/simpanan/maklumat-am/pembukaan-akaun
Jika penjaga uzur atau dah meninggal dunia mcm mana untuk proses kemaskini akaun dari kanak-kanak ke akaun dewasa?tq admin
ReplyDeleteMaaf lambat balas. Hikari dah lama sangat tak jenguk blog ni ^_^;;
DeleteTak pasti tapi elok bawa sekali sijil kematian penjaga semasa nak buat penukaran nama tu. Kalau tak boleh tukar nama, sekurang-kurangnya boleh tutup akaun tu dan buat akaun baru.
kalau yang mak ayah dah tiada macam mana??
ReplyDeleteMaaf lambat balas. Hikari dah lama sangat tak jenguk blog ni ^_^;;
DeleteTak pasti tapi untuk elok bawa sekali sijil kematian penjaga semasa nak buat penukaran nama tu. Kalau tak boleh tukar nama, sekurang-kurangnya boleh tutup akaun dan buat akaun baru.
segala pertukaran dari akaun kanak2 ke dewasa tu dibuat dimana ya?
ReplyDeleteMaaf lambat balas. Hikari dah lama sangat tak jenguk blog ni ^_^;;
DeleteHikari buat di cawangan Tabung Haji.
no acc berbeza ke sama lepas tukar tu
ReplyDeleteMaaf, tak ingat lah. Dah 4 tahun ^_^;;
DeleteAssalammulaikum wbt, Saya nak tanya, Kalau nak link akaun Tb dengan Maybank tanpa ada penjaga mcm mana? Nama akaun still nama penjaga, Tapi sekarang mereka dekat overseas.
ReplyDeleteWaalaikumsalam :)
DeleteDah 4 tahun sejak Hikari kongsikan kiriman ni. Kemungkinan besar, panduan atas ni dah lapuk. Jadi lebih baik bertanya terus dengan pihak TH.
Tapi kalau ikut yang 4 tahun lepas.. tak boleh. Kena tukar jenis akaun dulu sebelum boleh sambungkan akaun TH dengan akaun Maybank.
Tapi untuk kes-kes macam ni, mungkin boleh buat rayuan terus kepada TH untuk membenarkan penukaran nama tanpa kehadiran penjaga.
Klau nk buat kad tabung haji .mesti umur tu 18thun mngikut tarikh lahir ker cam mner??
ReplyDeleteWaalaikumsalam :)
DeleteDah 7 tahun sejak Hikari kongsikan kiriman ni. Kemungkinan besar, panduan atas ni dah lapuk. Jadi lebih baik bertanya terus dengan pihak TH.
Tapi kalau ikut yang 7 tahun lepas.. ya, mesti dah umur 18 tahun ikut tarikh lahir.
Assalamualaikum..saya nak tukar akaun kanak2 ke dewasa.. Tapi saya duduk jauh dari penjaga.. Boleh ke bawak je salinan ic penjaga ya? Terima kasih
ReplyDeleteWaalaikumsalam :)
DeleteDah 7 tahun sejak Hikari kongsikan kiriman ni. Kemungkinan besar, panduan atas ni dah lapuk. Jadi lebih baik bertanya terus dengan pihak TH.
Tapi kalau ikut yang 7 tahun lepas.. penjaga mesti datang.
Tapi kalau ada sebab kukuh kenapa penjaga tak boleh datang macam uzur sangat, berhijrah ke luar negara, dan dalam penjara, mungkin boleh berhubung, telefon terus pihak TH untuk dapatkan pengecualian supaya penjaga tidak perlu hadir untuk penukaran jenis akaun.
Boleh tanye klu penama nenek , kite cucu dia suh tukar status dri kanak ii ke dewasa boleh ke tukar tanpa ada dia disebabkan nenek uzur mmg dh takboleh kemne ii
ReplyDeleteWaalaikumsalam Izlyanafaizal :)
DeleteDah 7 tahun sejak Hikari kongsikan kiriman ni. Kemungkinan besar, panduan atas ni dah lapuk. Jadi lebih baik bertanya terus dengan pihak TH.
Tapi kalau ikut yang 7 tahun lepas.. penjaga mesti datang.
Tapi kalau ada sebab kukuh kenapa penjaga tak boleh datang macam uzur sangat, berhijrah ke luar negara, dan dalam penjara, mungkin boleh berhubung, telefon terus pihak TH untuk dapatkan pengecualian supaya penjaga tidak perlu hadir untuk penukaran jenis akaun.
maaf saya ingin bertanya, klw nak tukar kanak ii ke akaun dewasa ,dekat buku bank nama ayah saya klw sye bawak ibu saya boleh ke ???
ReplyDeleteWaalaikumsalam :)
DeleteDah 7 tahun sejak Hikari kongsikan kiriman ni. Kemungkinan besar, panduan atas ni dah lapuk. Jadi lebih baik bertanya terus dengan pihak TH.
Tapi kalau ikut yang 7 tahun lepas.. tak boleh. Kalau nama ayah, ayah yang kena datang. Kalau ibu, ibu yang kena datang.
Tapi kalau ada sebab kukuh kenapa ayah tak boleh datang macam dah meninggal dunia, uzur, tak dapat dijumpai, dan dalam penjara, mungkin boleh berhubung, telefon terus pihak TH untuk dapatkan pengecualian supaya ibu boleh ganti ayah atau ibu dan ayah tidak perlu hadir untuk penukaran jenis akaun.
proses penukaran akaun tu buat dekat TH atau dekat bank rakyat tu?
ReplyDeleteWaalaikumsalam Irfan :)
DeleteYang ni, 7 tahun lepas, Hikari buat di Tabung Haji. Tak tahu la kot sekarang boleh buat terus di Bank Rakyat.
Nk links kan acc anak anak ke Maybank tapi bank penjaga da ditutup .bagaimana
ReplyDeleteWaalaikumsalam :)
DeleteMaaf, Hikari pun tak tahu. Cuba hubungi Maybank atau Tabung Haji untuk dapatkan maklumat lanjut yang terkini.