Saturday, January 18, 2014

Rawatan Penyakit Kurap Kucing RM5 sahaja

Hari Khamis minggu lepas, saya hantar seekor anak kucing untuk rawatan penyakit kurap (penyakit kulit yang boleh berjangkit kepada manusia yang menyentuh kucing yang berpenyakit) di Pejabat Perkhidmatan Veterinar. Mak dah pesan awal-awal suruh bersedia kena keluarkan duit yang banyak sebab selalunya kalau pergi Klinik Haiwan ni kosnya mahal. Tak pe la... nak buat macam mana?

Saya pun mula-mula buat tak kisah je tapi bila cari pasal penyakit kucing di Internet... uish... simptom-simptom yang ditunjukkan anak kucing seekor memang macam penyakit kurap. Yang lagi menakutkan penyakit kurap kucing rupanya boleh berjangkit kepada manusia yang pegang kucing tu. Dah la saya tidur dengan dia. Tak pasal-pasal saya pun penuh kurap nanti.

Tinggi juga jalan masuk ke Pejabat Perkhidmatan Veterinar tu. Tak kisah la, saya seronok je naik bukit ni. Baru boleh uji kebolehan kereta hehehe :D Cuma tempat letak kereta tu tak ada. Tapak ada tapi macam tak siap lagi je? Jadi terpaksa la saya letak kereta secara haram iaitu di mana-mana saja saya suka XD

Lepas tu saya cari pintu masuk. Aik, tak ada apa-apa label pun? Mana satu ni? Saya pun jenguk-jenguk le macam rusa masuk kampung, nasib baik ada pekerja dalam tu yang tegur. Dia suruh saya bawa masuk anak kucing tu ke dalam. Dia semak lepas tu dia sahkan, memang penyakit kurap.

Dia suruh saya pegang anak kucing tu kuat-kuat sementara dia suntikkan ubat atau antibiotik. Saya pun dah tak ingat. Rupa-rupanya penyakit kurap ni memang susah nak sembuh. Kalau cuci dengan pencuci rambut ('syampu') khas untuk kucing pun susah juga nak sembuh. Kena suntik dengan ubat atau antibiotik yang dia suntik tadi baru senang sikit nak sembuh.

Tapi kalau macam tu, maksudnya tak cucuk pun tak apa tapi kena selalu bersihkan kucing tu, lambat laun akan baik juga, kan? Apa-apa jelah. Yang dia cucuk tu, ubat atau antibiotik untuk kurap atau penyakit kulit (tak pasti), keguguran rambut dan entah apa satu lagi. Cucuk sekali je tapi ada 3 fungsi, bukannya kena cucuk 3 kali tau :P

Selepas suntik, cik tu (lupa nama) pesan, balik nanti, cuci telinga anak kucing tu dengan air, lepas tu cuci dengan Dettol atau minyak bayi atau minyak zaitun. Di situ ada kekurangan bahan dan peralatan untuk tolong cuci kucing jadi pelanggan kena buat sendiri, kata cik tu lah.

Dah alang-alang terlanjur ke situ, saya tanya dia, mereka ada jual susu kucing tak? Susu untuk anak kucing ni susah nak dapatlah di kawasan saya. Dah pergi ke Kedai Haiwan Peliharaan, katanya dah habis. Ni dah dekat 2 minggu ni (saat artikel ni ditulis), stok baru masih tak sampai. Cik tu kata tak ada. Alahai... Sabar jelah..

Akhir sekali, cas perkhidmatan RM5. Terkejut dengar :) Mak dengar dia pun kurang percaya tapi lepas tu bila fikir balik, mungkin sebab Pejabat Perkhidmatan Veterinar ni milik kerajaan jadi mungkin sebab tu tak mahal macam Klinik Haiwan biasa. Apa pun, syukur Alhamdulillah. Kerja dah selesai.

Sayangnya, sekarang ni anak kucing tu dah hilang. Saya memang tak kurung dia sebab kucing tu kucing liar. Cuma kadang-kadang je bila dia kesejukan di luar, saya bawa masuk dalam rumah. Harap-harap kucing tu selamat, sihat walafiat dan hilang sebab dah ada orang bela dia :-/

4 comments:

  1. Replies
    1. Waalaikumsalam :)

      Boleh semak alamat mengikut daerah di sini http://www.dvs.gov.my/daerah

      Delete
  2. Ni mesti kat pej per veterinar hulu langat kn :-)

    ReplyDelete

Semua komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Apa pun, saya ucapkan ribuan terima kasih kerana sudi komen :)

Thank you for leaving your comments :) but please be informed that all comments will be screened before they are posted on this site.