CABARAN DEBAT MELAYU ITU PENDATANG
Hujah Pencabar Wo Wowwow Winnie
Pautan: https://www.facebook.com/ILOVETUNM/posts/520426274695854
I sedia untuk ber debat dengan saudara, yang sangat ber orientasi kan keunggulan melayu
Saya anak Malaysia dari negeri Perak, i am a chinese. I am like you born in Malaysia, and i have a same colour of blood like you have, i have 2 eye and i nose. Just like you. The God atau Allaj SWT mencipta manusia seperti kamu dengan saya. Allah SWT tidak ajar kita untuk berpisah-pisah kan mengikut warna kulit. You and me one day will got old and may die in this lovely land we call it as Malaysia. As a chinese, i have make clear my stand, as i agree this young chinese lady name vivian is behave very bad of insulting Malay friend. I have to express appologize to you if you get offended. Many of other chinese also disagree with her in this blog, you can see it if you scrow up the message.
Seperate issue, after i read thru you write out, i felt, you are also one kind of kaum umno behaviour. You do not know much of malaysia and you trying to putar belik kan sejarah Malaysia. It is a shame to us. Luckily you did not include those from Black man from Papua New Guinea as Malay also. Do you know what is Malay or not? Do you know how this word Malay or Melayu originate from? If you know, you will find actually too many contradiction of you speech is lousy and make people laugh. It will lead you to conclude all Indian in the sub-continent and all Chinese in the China are Malay also. I am shame you are one kind of sympati umnoputra yang di perbodoh-bodoh kan only Parti Kaum Umno itu.
I am here to open debate with you. I have not start my hujahan yet. As i do not want to start yet as i am waiting for you reply of tell me how thie word or your race mane 'Malay' or 'Melayu' originated from. Those who know, will defenate ly know that we all are the same, we all are not Pendatang, Malay/Cina/India semua bukan kaum pendatang. Kita semua lahir sini, hidup sini dan akan mati di tanah yang tercinta ini. Kita jangan menguris hati orang lain dengan menyebut-yebut kan tanah ini milik siapa. Tak habis habis punya, abang. Kamu pandai cabar orang untuk berdebat, kita semua Anak Malay/Cina/Indian perlu bermaruah, bermaruahidup di tanah ini. Kita jangan berpisah-pisah kan dan mungkin akan tercetus konflik antara kaum. Sifat perbagaian kaum dan budaya, bahasa, sebenar ya adalah asset neraga kita. Kehilangan pakar-pakar Malay/Chinese/Indian is a loss of our country, will weakening our country conpetative level to other country.
Where are we now compare with Korea, Taiwan, Thailand at once far behind us. Why you all kaum UMNO still do not wake up? One talk Hidup Melayu atau Hidup Cina, semua point adalah politic murah .... UMNO, MCA semua racist. Slowly will be rejected by young generation. MCA some how gone earlier than UMNO. Next will be UMNO and the last evil, yang membodohkan rakyat.
Actually i have not start to give my point yet, as i will wait for you to answer me first, "Name perkataan Melayu berasal dari mana?" kedua, "Bila nama Melaya mula digunakan sebagai nama satu kaum?" Sila jawap saya dahulu
Sebenarnya, saya dah putus asa dah, nak debat atau berhujah dengan kaum umno ini. Kawan Melayu saya yang tidak sokong UMNO, mengatakan, kaum UMNO ini disebut tidak 'Berhidayah' dari pandang Islam. Kaum UMNO ini, beoleh ibarat kan Mata Buka tengok jelas betapa teruk pemimpin UMNO ini, tetapi masih terikut-ikut perbuatan or sikap mereka, masih di bodoh-bodoh kan oleh Kaum Umno kaji ini.
Saya ini Anak Cina yang sayang kepada kawan melayu saya, hanya kaum umno ini yang membuat semua rakyat bukan saja Cina/Ind/Sawarak/Sabah berasa hina and hilang maruah, tetapi kawan melayu turut merasakan hina dan tak bermaruah.
Kita ini semua ini boleh dikira kaum pendatang, kerana kita datang ke Bumi Tuhan/Allah SWT ini, untuk melaksanakan tanggungjawap kita sebagai manusia, untuk mengurus kan bumi ini mengikut ajar Tuhan/Allah SWT.
Kamu ini sudah terpesong, tidak ikut ajaran Tuhan, memisah-misahkan rakyat, diskriminasi kaum-kaum tertentu. Siapa itu Melayu, Siapa itu Cina, Siapa itu India/Kadazan/Dayak, kita ini bukan siapa, kita semua ini anak kepada Tuhan/Allah SWT, kita ini semua adik beradik.
Let us forget and throw away all those racist behavior. Surely we can live happy in this beloved land of God.
Respon Saya Sayang Tun Dr Mahathir Mohammad
Pautan: https://www.facebook.com/photo.php?fbid=520622354676246&set=a.159716777433474.41152.152404861497999&type=1&permPage=1
Hai Wo Wowow Winnie.
Saya sudah membaca karangan panjang lebar anda. Agak sukar juga untuk saya menangkap apa yang anda cuba sampaikan. Nasihat saya dulu, sebelum nak ajak orang berdebat, betulkan tatabahasa anda, juga grammar kerana saya melihat anda tidak dapat menyampaikan apa yang anda nak cuba sampaikan. Tetapi tidak mengapa… saya akan cuba jawab juga apa yang diutarakan oleh anda.
Pertama, anda menyerang saya dengan memgajak saya berdebat. Anda memulakan perdebatan dengan membabi-buta merapu mengenai perkara yang tidak ada hujung pangkalnya. Pertama, ya memang ALLAH S.W.T tidak mengajar kita untuk berpisah-pisah melalui warna kulit berdasarkan firman ALLAH dalam surah Al Hujrat dan pembangunan sesuatu bangsa dan etnik itu mestilah dilakukan dalam acuan bangsa dan etnik itu (al-Quran, Surah lbrahim:4, dan Surah AIi'lmran: 161). Di sinilah hujah saya kenapa saya membangkitkan isu sejarah Melayu di mana saya melihat terdapat usaha untuk menyelewengkan sejarah Melayu.
Saya tidak akan membangkitkan isu ini, mengajak semua untuk berdebat dengan saya mengenai bangsa Melayu kalau tidak ada orang yang cuba untuk mempertikaikan sejarah bangsa saya. Saya adalah pengkaji sejarah Melayu saudara/saudari. Sudah pasti saya saya akan mengangkat keunggulan sejarah bangsa saya. Saya rasa itu tak jadi masalah selagi saya tidak bersifat racist. Saya hanya sayangkan sejarah bangsa saya. Oh come on lah… isu ini pun nak dikaitkan dengan UMNO ke? Semua salah UMNO?
Tak mengapa, saya tolak semua itu, dan saya terus kepada soalan anda, siapakah itu Melayu dan daripada mana asalnya melayu? Saya rasa saya kena mulakan hujah bercakap mengenai Melayu itu dengan mengajar anda apa itu erti Melayu. Saya sertakan fakta, bukan persepsi sebegini:
“Oh kalau anda kaji sejarah melayu, anda akan gelak. Oh kalau anda kaji itu dan ni, cina dan india pun akan dipanggil melayu.” Itu bukan hujah, itu BONGOK namanya. Itu PERSEPSI. Maaf.
Kita mulakan. Pernah dengar istilah Austronesian? Austronesian ialah satu nama saintifik kepada sebuah rumpun yang menuturkan bahasa dalam keluarga sama. Dalam erti kata lain, Austronesian ini ialah nama saintifik untuk satu rumpun bangsa yang bernama Melayu. Kenapa saya mengatakan bahawa Austronesian ini ialah Melayu? Sudah tiba masanya untuk kita membuka kembali buku sejarah, dan menyelami di mana saat setiap wilayah Austronesian ini tidak dipisahkan oleh sesuatu yang dipanggil sebagai “SEMANGAT KENEGARAAN” oleh penjajah.
Pada tahun 1879, untuk pengetahuan anda, parlimen Haiwaii dengan bantuan Maharaja Abu Bakar, Sultan Johor pada ketika itu telah mengusulkan satu usul yang bertajuk, “Penyatuan Dunia Melayu.” King Kalākaua, seorang raja kerajaan Hawaii yang bebas pada ketika itu, merupakan antara orang yang mencadangkan penyatuan tersebut.
Katanya. Bangsa Melayu yang meliputi daripada Kepulauan Pasifik sehinggalah ke Kepulauan Melayu di Asia Tenggara haruslah bersatu membentuk Pan-Malay Unity, dan kesatuan itu diharap mampu mengelak daripada penjajahan. Tambah mengagumkan, ketika itu Maharaja Abu Bakar sempat menghadiahkan senaskah Al-Quran kepada King Kalakua dan isterinya serta anak perempuannya, Queen Emma dan Princess Pauahi.
Penyatuan bangsa Melayu ini turut dikuatkan dengan kebangkitan revolusi di Filipina yang diketuai oleh Jose Rizal. Ketika itu, orang Filipina belum disepanyolkan oleh bangsa Sepanyol. Mereka masih mengenali diri mereka sebagai Melayu. Jose Rizal diberi jolokan oleh orang Filipna sebagai “PRIDE OF MALAY RACE” dan “The Great Malayan”. Jose Rizal pernah menulis di dalam bukunya seharusnya bangsa Filipina di masukkan dalam kesatuan Nusantara dan Bangsa Melayu yang ketika itu kuat bertiup di Tanah Melayu dan Indonesia. Katanya, mereka bangsa Filipina adalah serumpun dan seharusnya dimasukkan ke dalam kategori tersebut.. Kemudian munculnya Apolinario Mabini di Manila mencadangkan “Federation Malaya.”
Tidak cukup dengan itu, seorang Pakar Antropologi dan Sejarah dunia daripada Universiti Oxford) Walace, merupakan orang terawal mengelaskan bangsa-bangsa Austronesia ini di bawah satu nama, iaitu Melayu. Dalam bukunya yang bertajuk The Malay Archipelago, beliau menakrifkan penduduk gugusan Kepulauan Melayu sebagai rantau Asia Tenggara yang hampir-hampir berbentuk segi tiga, bermula di Pulau Nikobar di Timur Laut ke Pulau Solomon di Tenggara, dan dari Luzon di Utara ke Rotti dekat pulau Timor di Selatan. Kawasan yang luas itu dibahaginya kepada lima kumpulan: Kepulauan Indo-Malaya, Kepulauan Timor, Kepulauan Maluku dan Kepulauan Papua.
Kalau anda mahu membangkitkan teori Melayu datang daripada Yunnan, ini jawapan saya. Apa yang ingin ditekankan di sini ialah benarkah Melayu itu asalnya daripada Yunnan? Pendapat ini sesuai dengan pandangan evolusi kononnya orang tertua ialah ‘Orang Peking’. Pandangan ini tersangkal apabila diketahui fosil ‘Orang Peking’ itu adalah palsu. Dari segi bahasa juga terdapat perbezaan ketara antara bahasa Melayu Purba dengan bahasa Yunan sehingga teori ini tidak dapat dipertahankan lagi. Bahasa Melayu tidak ada kesamaan langsung dengan bahasa Yunan tetapi lebih dekat dengan bahasa penduduk kepulauan Pasifik dan Pribumi Sabah dan Sarawak. Malah ada yang mendakwa bahawa Bahasa Melayu dekat dengan Bahasa Sanskrit, bahasa penduduk Aryan yang datang daripada Iran ke utara India untuk menyebarkan agama Hindu.
Senang cerita, mari kita katakana bahawa sebenarnya Austronesian ini sudah lama bertapak di Kepulauan Melayu ini sejak jutaan tahun dahulu. Kena ingat ya di mana benua melayu yang dibangkitkan oleh para antropologi, di situlah terletaknya asal usul orang Melayu itu sendiri. Terima kasih.
Lawan hujah saya ini dahulu sebelum anda nak mulakan dengan hujah lain.
-HE-
No comments:
Post a Comment
Semua komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Apa pun, saya ucapkan ribuan terima kasih kerana sudi komen :)
Thank you for leaving your comments :) but please be informed that all comments will be screened before they are posted on this site.