Friday, July 19, 2013

Siapa Mengundi Jatuhkan Kerajaan Islam, Maka Dia Menempah Tiket Ke Neraka

Sumber
http://www.mykmu.net/?p=33141

Tajuk: Undi Calon Barisan Nasional, Elak Tempah Tiket Ke Neraka
Tarikh: 18 Julai 2013
Penulis: Zul Rawi

Pasti ramai yang masih ingat mengenai fatwa terbaru penghibur agama yang di angkat sebagai penceramah tersohor Azhar Idrus yang mengatakan ‘Siapa Yang Memberi Undi Menjatuhkan Kerajaan Islam Maka Di Menempah Tiket Ke Neraka’ di dalam akhbar Sinar Harian tidak berapa lama dahulu.

Sebelum kita ulas secara panjang lebar ada baiknya kita melihat sudut pandang ulamna terdahulu mengenai takrifan negara Islam. Antaranya penegasan oleh Imam Abu Bakar al-Isma’ili rahimahullah (wafat: 371H).

“Dan mereka (Ahlus Sunnah wal-Jama’ah) mengimani (mengakui) bahawa sesebuah negara (daar) adalah negara Islam bukan negara kafir, apabila masih terdapat seruan (azan) untuk solat dan solat didirikan dengan zahir (terang-terangan) dan ahlinya (rakyatnya) pula sentiasa bebas mendirikannya dalam suasana aman.” (Rujuk: Abu Bakr al-Isma’ili, I’tiqad A’immatul Hadis, ms. 31, Bab: Daar al-Islam – Maktabah Syamilah).

Bahkan majoriti ulama Ahli Sunnah wal Jamaah seperti Syeikh al-Islam Ibnu Taimiyah, Imam Nawawi, Syeikh Nashiruddin al-Albani dan beratus-ratus lagi ulama salafi dahulu dan kini memberi kesimpulan berkenaan ciri-ciri sesebuah negara Islam di dalam kitab-kitab mereka melalui hadis-hadis Nabi SAW berkenaan kepimpinan dan negara.

Mereka telah menggariskan kriteria dan ciri-ciri utama sesebuah negara Islam itu ialah pemimpin utamanya seorang muslim dan majoriti rakyatnya beragama Islam, dilaungkan azan, didirikan solat jemaah dua Hari Raya setiap tahun dan solat Jumaat setiap minggu. Sekiranya ciri-ciri ini sudah terpenuhi maka wilayah atau negara tersebut adalah negara Islam.

Seterusnya mari kita lihat ungkapan pemimpin dunia yang pernah mengeluarkan kenyataan memuji Malaysia sebagai salah sebuah negara Islam malah ada yang pernah mengatakan modul yang digunakan oleh kerajaan adalah yang terbaik.

Imam Masjid Nabawi, Madinah, Shaikh Solah Mohammed al-Budair ketika berada di negara ini tidak lama dahulu pernah memberikan pengiktirafan ke atas Malaysia sebagai sebuah negara Islam. Menurut Shaikh Solah, kejayaan Malaysia sebagai negara Islam harus terus menjadi contoh dan teladan bagi umat Islam di negara-negara Islam yang lain.

Seterusnya Naib Mursyidul Am, Ikhwan Muslimin, Ir Khayrat Syater juga pernah mengatakan, modul negara Malaysia, adalah modul negara Islam pertama yang berjaya mencapai tahap negara maju.

Menteri Kesihatan Hamas Dr Mufid El Mukhalalati turut merasakan Malaysia patut dijadikan contoh oleh negara Islam di seluruh dunia sambil menyanjung tinggi kemurahan hati Malaysia dalam membantu rakyat Palestin sejak beberapa dekad lepas, Dr Mufid menganggap Malaysia sebagai sebuah negara yang perlu dicontohi dari segi kemajuan penyelidikan saintifik dan pembangunan.

Malaysia juga pernah mendapat pengiktirafan sebagai model negara Islam yang baik untuk dijadikan ikutan terutama oleh negara Islam lain, yang sebahagiannya kini sedang menghadapi bantahan rakyat. Ini adalah kesimpulan yang dibuat pada Persidangan Pergerakan Sedunia Untuk Keadilan, Keamanan dan Kemuliaan Insan tidak berapa lama dahulu.

Selain dari itu ramai dikalangan pelawat luar yang ditemui seperti dari Palestin, Somalia dan Afghanistan, turut mengakui dan mengagumi kepimpinan Islam di Malaysia di bawah pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang gigih membina transformasi.

Malah negara kita juga pernah diiktiraf oleh negara barat seperti Amerika Syarikat dan Eropah sebagai negara Islam contoh kerana berjaya mengurus tadbir semua bidang termasuk perpaduan dalam kalangan semua masyarakat. Mereka juga turut kagum dengan kestabilan Malaysia di sebalik masyarakatnya yang berbilang kaum dan agama.

Presiden Guinea, Alpha Conde ketika seisi lawatan rasminya ke Malaysia juga pernah menyifatkan Malaysia sebagai contoh negara Islam yang berjaya dan patut diteladani. Selain dari itu, beliau turut berhasrat untuk mencari pengetahuan dan belajar daripada Malaysia serta mahu mengamalkan dan mengguna pakai pelajaran yang terdapat di negara ini.

Semua komen dan pandangan yang diberikan itu adalah merupakan salah satu dari manifestasi pengakuan pemimpin dan tokoh-tokoh Islam di negara lain tentang apa yang telah berjaya dilakukan oleh pemimpin negara ini.

Kesimpulannya, ahli dan penyokong Pas seharusnya akur dan tunduk dengan fatwa yang dikeluarkan oleh Azhar Idrus yang terkenal dengan jolokan ustaz kemah-keming. Memandangkan Malaysia adalah sebuah negara Islam yang telah diiktiraf maka, sebarang percubaan untuk menjatuhkan Kerajaan Islam ini, akan menyebabkan mereka menempah ke Neraka.

Kepada para pengundi di Kuala Besut, pastikan 24 Julai ini anda tetap dengan pendirian untuk memangkah calon dari Barisan Nasional.

No comments:

Post a Comment

Semua komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Apa pun, saya ucapkan ribuan terima kasih kerana sudi komen :)

Thank you for leaving your comments :) but please be informed that all comments will be screened before they are posted on this site.