Tuesday, April 28, 2015

Boleh tak wanita berumur bawah 40 tahun pergi haji?

Hikari dah kumpul duit dah, In Sya Allah cukup la kalau nak pergi haji melalui pakej swasta tahun ini atau tahun depan. Sekali mak beritahu Hikari, kalau umur bawah 40 tahun, tak boleh pergi kecuali dengan mahram walaupun pergi dengan pakej swasta. Aisey, Hikari baru je nak berangan menunaikan haji di usia yang muda. Tapi untuk kepastian, Hikari tanya Tabung Haji sendiri melalui emel....



Soalan Hikari

Assalamualaikum,

Tumpang tanya... Mak saya kata, perempuan berumur 40 tahun ke bawah tak boleh pergi haji melainkan kalau pergi dengan suami atau saudara-mara wanita yang berumur 40 tahun ke atas. Betul ke?

Kalau betul, adakah syarat ini dikenakan ke atas mereka yang pergi melalui pakej yang TH sediakan sahaja atau turut melibatkan syarikat swasta?

Ada cara tak jika saya yang berusia 40 tahun ke bawah mahu menunaikan haji bersama saudara wanita saya yang juga berusia 40 tahun ke bawah?

Sekian, terima kasih.



Jawapan TH

Assalamualaikum,

Tuan/Puan,

Terima kasih atas kiriman e-mel tuan/puan. Untuk makluman, pihak Kedutaan Di Raja Arab Saudi, Kuala Lumpur telah menguatkuasakan peraturan kepada setiap wanita yang berumur 44 tahun dan ke bawah perlu ditemani mahram lelaki semasa untuk menunaikan Haji. Tuan/Puan boleh membuat semakan mahram lelaki yang layak menemani wanita yang berumur 44 tahun berdasarkan kepada senarai di bawah :

1. Suami
2. Bapa/Bapa Tiri
3. Abang atau Adik Kandung Lelaki
4. Datuk
5. Anak Lelaki
6. Anak Saudara Lelaki
7. Bapa Saudara Sebelah Bapa
8. Anak Tiri Lelaki
9. Cucu Lelaki
10. Anak Angkat Lelaki

Selain daripada yang digariskan di dalam jadual pertalian adalah tidak dibenarkan untuk menjadi mahram kepada wanita tersebut. Syarat ini tertakluk kepada kesemua bakal haji wanita yang berumur 44 tahun dan ke bawah sama ada pergi di bawah pakej Muassasah TH atau di bawah agensi swasta. Jika wanita yang berumur 44 tahun ingin menunaikan haji, bakal haji wanita tersebut wajib menyenaraikan mahram lelaki sahaja semasa pemergian haji dan tidak dibenarkan mahram yang terdiri daripada wanita seperti yang dinyatakan di atas.

Untuk sebarang pertanyaan lanjut sila hubungi kami di 03-6207 1919 atau faks kepada 03-7728 4959. Kami beroperasi 24 jam sepanjang musim haji bermula 26 Ogos  2014 sehingga 7 November 2014.

Terima kasih.



;_; huhu sabar je la....


Emel Tabung Haji
th-info@lth.gov.my

No comments:

Post a Comment

Semua komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Apa pun, saya ucapkan ribuan terima kasih kerana sudi komen :)

Thank you for leaving your comments :) but please be informed that all comments will be screened before they are posted on this site.