Tuesday, May 5, 2015

Masalah 'Ujian Psikologi Online'

Hari tu, Pegawai Psikologi mengadu. Katanya, ada masalah dengan sistem 'Ujian Psikologi Online'. Dia boleh daftar masuk ke sistem tu dan tekan butang untuk mulakan ujian TAPI lepas tu, terus keluar mesej yang bunyinya lebih kurang macam ni, 'Ujian tamat'. Pening la kawan bila dah jadi macam tu.

Bila (dia) tanya JPA, JPA suruh turunkan taraf (downgrade) Internet Explorer sedia ada ke Internet Explorer 9 (O_o biar betul?). Nak tak nak, lepas tu, dia cari la kami, orang ICT, serah panduan yang JPA bagi tu supaya kami boleh tolong buatkan (ye la, dah kami je yang ada akaun Pentadbir Sistem / Administrator).

Hikari rasa macam tak percaya je tengok panduan tu. Ye la, tak pernah-pernah kot dengar arahan macam tu. Sistem kewangan yang lebih penting tapi ketinggalan zaman macam eSPKB, eTerimaan dan lain-lain tu pun tak perlu buat sampai macam tu sekali untuk digunakan, takkan sistem ni nak kena buat macam ni????

Akhirnya Hikari saja la cuba-cuba tekan butang Compatibility View. Hah, sistem tu terus boleh digunakan dengan baik?! O_o Apa-apa je lah, asalkan boleh guna... Alhamdulillah :)

cara nak guna fungsi Compatibility View
Sumber: Kawan. Hikari nak letak nama dia tapi takut dia tak suka.
Klik gambar di atas untuk paparan dalam ukuran asal.

No comments:

Post a Comment

Semua komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Apa pun, saya ucapkan ribuan terima kasih kerana sudi komen :)

Thank you for leaving your comments :) but please be informed that all comments will be screened before they are posted on this site.