Wednesday, November 12, 2014

Anak-anak kucing yang hilang semalam :(

Semalam Hikari tertekan sangat....

Khamis lepas, Hikari kasikan Do, Re, Mi, Momo dan Abu. Semuanya kucing jantan yang umurnya nak dekat 6 bulan. Ingat nak kasikan si maknya sekali tapi entah le ibu-ibu ni memang mempunyai firasat yang kuat kot, tiap-tiap malam dia melawat rumah nak makan tapi hari Rabu tu tiba-tiba tak balik. Nak kasi hari Khamis tu, mangsa-mangsa kena puasa dulu. Memang bertuah sunggah la Si Putih berjaya melepaskan diri daripada seksaan.

Apa pun, lepas kasi, pembantu doktor tu kata mereka semua tak boleh keluar rumah. Lepas tu kena bagi ubat 2 jenis dan sembur 1 jenis ubat di bahagian luka pembedahan. Memang lepas tu kelam-kabut la hidup Hikari. Nak bagi makan lagi, nak bagi ubat lagi, nak basuh berak kencing lagi, nak bersihkan sangkar dan segala pinggan mangkuk lagi, nak pergi kerja lagi..... Dah la Hikari seorang diri je di rumah minggu ni.. huhuhu... memang tunggang langgang la rumah. Itu pun tak sempat dan penat sangat-sangat, akhirnya dah 2 hari cuti habis untuk jaga mereka je.

Sebenarnya kalau setakat mereka 5 ekor tu, tak ada hal sangat. Masalahnya rumah Hikari ni dah macam jadi hotel kucing atau pusat penjagaan anak-anak yatim versi kucing. Ada mak kucing mana tah beranak dekat kawasan rumah Hikari. Ok, lantak la, mak dia ada, mak dia la jaga. Tapi beberapa hari atau minggu (tak ingat k) sebelum nak kasikan budak 5 ekor tu, tiba-tiba mak budak 4 ekor ni membawa diri pergi ke mana tah. Anak-anak dia kelaparan.

Hikari ni bukannya tahu sangat pasal kucing ni. Waktu bagi makan kucing-kucing yang bukan bertaraf bayi, tiba-tiba budak 4 ekor tu datang makan sekali dengan gelojohnya. Hikari pun pelik. Mereka ni kecil-kecil pun dah boleh makan nasi campur ikan rebus? Risau juga, takut jadi apa-apa. Ye la, tulang tak buang. Tapi bila fikir balik, ini memang taraf makanan anak-anak kucing terbiar di pasar malam. Kurang sikit rasa risau tu. Lepas makan 2-3 kali, tak ada apa-apa berlaku, memang Hikari tak fikir apa dah la.

Tengahari semalam, Hikari perasan yang salah seekor daripada anak-anak kucing tu terbaring je. Hikari ingatkan dia tidur. Tiba-tiba petang sikit Hikari dengar bunyi pelik. Tengok-tengok anak kucing tu macam kejang, mengeliat-mengeliut, bunyi macam... uh, tak tau nak kata tapi bunyi yang orang buat bila tak selesa atau sakit. Hikari tak tau nak buat apa. Mula-mula Hikari ingat sawan. Cari di Internet, katanya kalau kucing sawan, memang tak boleh buat apa. Urut sikit-sikit je la. Hikari pun buat la macam tu. Tapi bila dah nak dekat sejam, tak elok-elok juga. Hikari cari lagi di Internet. Terjumpa video kucing tengah sawan -> http://www.youtube.com/watch?v=jtmPq-B9fww <-- bukan video yang Hikari jumpa semalam tapi macam ni la lebih kurang. Hikari cuba cari balik video yang Hikari tengok semalam tapi tak jumpa pula...

Apa pun, memang jauh beza dengan kelakuan anak kucing tu. Akhirnya Hikari bawa pergi Pejabat Perkhidmatan Veterinar. Masa nak pergi tu, baru perasan Mi tak ada dalam rumah. Cari di tempat dia selalu menyorok, cari dalam rumah, sekitar rumah, tak ada. Adoi, dah la orang risau dengan anak kucing seekor tu, dia pula menambah masalah. Mi tak sihat tapi tak la teruk sangat jadi Hikari ingat tak apa la, nanti balik Hikari cari lagi.

Semasa jumpa Pembantu Doktor (rupa-rupanya memang tak ada yang pangkat doktor di situ), dia tanya anak kucing tu umur berapa. Hikari cakap Hikari pun tak tahu tapi Hikari cerita la mana dia datang apa semua sampai jadi macam ni. Pembantu Doktor tu terkejut dengar anak kucing tu makan nasi + ikan rebus yang tak dibuang tulang. Hikari cakap mana la Hikari tahu. Bukan Hikari yang bagi mereka makan, mereka sendiri yang datang makan, jadi Hikari ingat mereka boleh makan la makanan tu. Dia cakap mungkin tercekik tulang tapi memang dia tak boleh nak buat apa sebab anak kucing tu kecil sangat. Nak bagi makan ubat pun tak boleh, nak bedah pun tak boleh. Anak kucing tu dah tercungap-cungap T_T Sedihnya.....

Pembantu Doktor tu beritahu, apa yang Hikari boleh buat sekarang ialah bagi anak kucing tu minum susu atau glukosa. Dia bagi... picagari (syringe)?... untuk suap ke anak kucing tu. Kalau umur panjang, hidup la dia. Balik rumah, Hikari terus bagi anak kucing tu minum glukosa. Tak sampai sejam lepas tu (kalau tak silap), anak kucing tu dah berhenti bernafas T_T

.....
.......
.........

Mi pulak masih hilang... sampai hari ni masih tak jumpa :'(

.....
.......
.........

Sedih-sedih juga tapi banyak pengetahuan baru Hikari dapat semalam :(

  1. Kucing yang sakit, yang tak nak minum, tak nak makan, tak nak makan ubat, memang kena paksa minum dan makan.
  2. Anak kucing memang makan apa saja sebab dia cuma tahu dia lapar, dia tak peduli apa dia makan.
  3. Nak bagi anak kucing yang masih kecil dan tak tahu cara minum dalam piring, kena paksa dia minum susu atau glukosa pakai picagari.
  4. Cara nak suapkan mereka susu, ubat atau apa-apa sahaja, pegang kulit di belakang tengkuk mereka (tapi jangan la tinggi sangat sampai macam tu) dan dongakkan, supaya senang nak paksa mereka buka mulut dan telan.

Baru je dapat bertenang dengan isu semalam tiba-tiba pagi tadi masa nak pergi kerja... lepas mengundur baru nampak rupa-rupanya ada kucing betina tengah bunting baring bawah kereta tadi O_o Apakah dugaan ini? Nasib baik tak lenyek. Kalau tak, hari ni saya kena ambil cuti lagi... Trauma. x_x


Kemaskini:
Yay, pukul 2 lebih tadi mak telefon beritahu Mi dah balik rumah ^_^ Tapi harap-harap Mi akan cepat sembuh... Amin....

No comments:

Post a Comment

Semua komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Apa pun, saya ucapkan ribuan terima kasih kerana sudi komen :)

Thank you for leaving your comments :) but please be informed that all comments will be screened before they are posted on this site.