Penafian:
Ini adalah pandangan peribadi secara umum sahaja dan saya bukan kakitangan MAMPU.
Pertama sekali, saya sangat suka konsep 1MTC. Apa itu 1MTC? Kepada sesiapa yang tak pernah dengar atau tak tahu pun 1MTC ni apa, nama panjang 1MTC ialah '1Malaysia Training Centre'. Dalam Bahasa Melayu, 1MTC ialah Pusat Latihan 1Malaysia.
Boleh lawat sendiri Portal 1MTC di sini -> http://www.1mtc.gov.my/
Tak tahu la ramai tahu ke tidak yang banyak sebenarnya agensi kerajaan yang menawarkan pelbagai jenis kursus serta kemudahan yang boleh disewa atau dipinjam percuma. Masalahnya, ada agensi kerajaan yang pakai sistem atas talian (online system), dan ada yang masih 100% pakai cara lama (offline).
Yang masih pakai cara lama tu, pengguna kalau nak tahu kursus apa yang ada, kena rajin-rajin tanya agensi tu dulu. Nak daftar, kena melalui pos atau datang sendiri ke agensi tapi ramai yang dah bagi daftar melalui Facebook atau mel elektronik (e-mail) je sekarang ni. Dah habis kursus, di sesetengah tempat ambil masa yang lama nak dapatkan sijil sebab dihantar melalui pos (di samping kakitangan bertanggungjawab lambat siapkan). Bagi pihak pengurusan pula, memang seronok la sebab senang nak daftar pengguna tapi... bila nak cari balik data? Bila nak semak data? Bila nak siasat betul ke pelanggan ada hantar borang permohonan atau ada kakitangan yang hilangkan borang secara tak sengaja atau sengaja? Ha! Tak ke pening?
Yang pakai sistem atas talian pun masalah juga. Ada yang dah pakai sistem canggih, ada yang sistemnya ringkas gila, dan ada yang ada tapi tak boleh dipakai pun. Memanjang bermasalah je. Tak tahu la sebab apa. Mungkin tak cukup dana. Mungkin tak cukup tenaga. Entah la. Apa pun, kalau ada 10 agensi, pengguna kena daftar di 10 akaun untuk guna sistem-sistem yang disediakan agensi tersebut. Rasa-rasa pengguna seronok tak kena ingat banyak kata laluan?
Jadi, bila dah ada Portal 1MTC ni, masalah-masalah yang disenaraikan di atas tu dah banyak la boleh diselesaikan. Cuma yang dah pakai sistem yang lebih canggih tu mungkin akan rasa bengang sikit la tak puas hati masih nak pakai sistem sedia ada :P
Tapi macam biasa la. Kemudahan dah ada tapi kalau tak digunakan, tak guna juga.
Macam yang dimaklumkan tadi, sesetengah agensi memang dah ada sistem sendiri. Saya tahu ada agensi yang setuju untuk hentikan penggunaan sistem sedia ada untuk digantikan dengan sistem 1MTC. Tapi ada dikalangan agensi tersebut memilih untuk meneruskan penggunaan sistem sedia ada, tak nak guna sistem 1MTC, dengan alasan tak masuk akal seperti sistem sedia ada tu bawah agensi, sistem 1MTC tu bawah MAMPU. Ada juga yang kata, pengurusan kursus tu bawah agensi, sistem tu bawah MAMPU. Titik.
Bila saya dengar jawapan-jawapan macam tu, saya tertanya-tanya... apa kaitan maklumat-maklumat tersebut dengan masalah kamu tak boleh nak guna 1MTC? Kenapa HRMIS, mel elektronik 1GOVUC, MYSPA, MYSPATA, semua tu boleh je semua agensi kerajaan guna? Cakap je la terus-terang tak nak guna 1MTC sebab sayang sangat dengan sistem yang lama (buat sendiri tu wei). Kan senang.... Tak payah belit-belit.
Walaupun saya faham, bila kita dah teruk-teruk bina sistem tu, sistem tu pun dah cantik, elok, memang susah la nak senang-senang berhenti guna. Tapi.... 1MTC ni untuk kebaikan bersama. Tak boleh nak berhenti sekarang, sekurang-kurangnya rancang la di masa akan datang akan guna juga 1MTC. Sekarang ni memang renyah sikit sebab baru nak mula tapi lama-lama, bila semua orang dah guna 1MTC, semua orang akan rasa lebih senang daripada sekarang.
Pengguna senang nak mencari kursus pendek yang dikehendaki sebab semua pusat latihan warwarkan kursus yang ditawarkan di situ. Nak bayar pun senang, tak payah beratur, tak payah tunggu, boleh bayar terus di sistem. Dah habis kursus, tak payah tunggu bila la sijil nak sampai sebab sistem akan automatik jana dan pengguna boleh muat turun sendiri.
Pihak pengurusan pun senang sebab dah kurang kerja dan kurang kos perbelanjaan. Jimat kertas, peserta isi maklumat pendaftaran di sistem je. Jimat masa dan tenaga tak payah taip semula maklumat pelanggan untuk buat laporan, boleh terus salin dan lekat (copy and paste) je daripada sistem. Jimat lagi kertas, peserta isi borang kaji selidik selepas tamat kursus melalui sistem je. Lagi jimat kertas, dah tak perlu cetak sijil kepada peserta sebab peserta boleh muat turun (download) dan cetak sendiri. Tekanan perasaan pun banyak berkurang sebab peserta dah jarang marah-marah pihak pengurusan kerana sistem tak boleh digunakan, atau tersalah taip nama dan nombor kad pengenalan pada sijil peserta atau sebab hantar sijil lambat :P
Tapi.... Kalau semua agensi kerajaan berkeras nak ikut kepala masing-masing, tak nak ikut ketua.... Nak jadi kera sumbang... Selagi itu la semua orang akan terus pening kepala... Sekian.
P/S: Kalau dah pakai, kalau ada sebarang masalah atau cadangan penambahbaikan, sila maklumkan kepada pihak bertanggungjawab melalui 80008000@1mocc.gov.my.
No comments:
Post a Comment
Semua komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Apa pun, saya ucapkan ribuan terima kasih kerana sudi komen :)
Thank you for leaving your comments :) but please be informed that all comments will be screened before they are posted on this site.