Wednesday, September 10, 2014

Susahnya Nak Kawal Pengguna Facebook

Kerajaan bercadang untuk menapis semua permohonan baru yang ingin membuka akaun mereka di Facebook. Belum pun dilaksanakan (baru cadangan) dan melenting habis. Jadi, kalau tak mahu disekat atau ditapis, janganlah keterlaluan dan hina-menghina di laman Facebook ini.

Artikel penuh:
https://www.facebook.com/ANTISemuaSalahUMNO/photos/a.308676682478341.85496.308257822520227/861410840538253/?type=1

Ok, yang lain saya setuju tapi bahagian yang saya salin di atas ni pening.

Yang cadangkan supaya rakyat perlu memohon dan mendaftar dengan Kerajaan sebelum boleh buka akaun Facebook supaya mudah untuk dikesan jika melakukan kesalahan tu (tapis pengguna) bukan Kerajaan Malaysia tapi beberapa rakyat Malaysia masa Dato Shaberry Cheek minta cadangan macam mana nak selesaikan isu penyalahgunaan Facebook hari tu. Kerajaan terima semua cadangan untuk dibincangkan dan dipertimbangkan. Untuk cadangan ni, selepas perbincangan dibuat, Kerajaan balas balik kata cadangan tu tak boleh digunakan, tak 'feasible' (maaf, lupa perkataan yang digunakan masa tu).

Nak rekodkan permohonan membuka akaun Facebook boleh tapi macam mana nak halang rakyat Malaysia daftar akaun di Facebook tanpa kebenaran Kerajaan Malaysia? Facebook ni swasta punya, bukan Kerajaan Malaysia. Kerajaan Malaysia nak minta data pasal pengguna Facebook Malaysia yang dah buat salah pun Facebook tak bagi, inikan pula nak bagi Kerajaan Malaysia kawal pendaftaran pengguna Facebook. Selagi ada Internet dan Kerajaan Malaysia tak sekat Facebook, TIADA MASALAH untuk rakyat Malaysia untuk mendaftar akaun Facebook tanpa kebenaran Kerajaan Malaysia. Jadi nak kawal macam mana? Nak kuat kuasa macam mana? Sebab tu cadangan ni ditolak.

Tolong faham ya, kalau Facebook disekat, maknanya Facebook disekat terus. TIADA SIAPA boleh akses Facebook. Kalau di tempat kecil, Pentadbir Sistem boleh la kalau nak kawal rangkaian dia pakai Proksi. Setiap pengguna diberi kata laluan, siapa yang diberi kebenaran sahaja boleh mengakses sesetengah laman sesawang. Kalau Kerajaan nak buat macam ni boleh TAPI cara macam ni ada banyak keburukannya.

  1. MELAMBATKAN proses nak mengakses mana-mana laman. Bukan sebab apa, satu, sistem nak sahkan dulu betul ke tidak pengguna ni ada dalam sistem. Dua, sistem kena semak satu-satu peraturan yang Pentadbir Sistem dah buat, yang mana pengguna tersebut dibenarkan atau dilarang buat. Ok, sekarang cuba tengok sistem-sistem yang disediakan agensi-agensi Kerajaan. Kalau dah banyak pengguna dalam satu-satu masa, mesti tersangkut atau pengsan terus, betul tak? Um, cuba bayangkan kalau cara ni dibuat untuk kawal pengguna Facebook? Silap-silap kesannya sama je macam Facebook disekat. Asyik pengsan atau terlalu lembab sampai orang malas nak guna. 
  2. Kos. Kalau di tempat kecil boleh lagi la percuma tapi bantuan tak ada, kena buat konfigurasi sendiri, kena uji sendiri, kalau ada masalah susah nak dapatkan bantuan, kalau tiba-tiba kong (rosak atau tak jalan) tak boleh salahkan atau saman sesiapa. Jadi untuk senang, di tempat kecil pun biasanya dah habis ribu-riban untuk sistem + bantuan + sokongan + jaminan + mudah konfigurasi. Di agensi besar memang habis ratus-ratus ribu atau juta-juta la. Kalau nak digunakan di seluruh Malaysia? O_o
  3. Manusia secara semulajadinya jenuh (susah) untuk dikawal sebab... ala, macam tak biasa. Kawan-kawan minta kata laluan, pengguna yang dah diberi kebenaran tu pun bagi. Kesannya penguatkuasaan jadi tak berapa efektif. Memang ada sistem yang lebih canggih untuk mengatasi masalah ni (contoh bagi akaun tu hanya boleh diakses di satu tempat sahaja pada satu-satu masa) tapi kosnya pun akan jadi semakin canggih la.
  4. Kaedah ni hanya sekadar memberi kebenaran atau menghalang pengguna daripada mengakses laman sesawang tertentu sahaja. Apabila pengguna dapat mengakses laman sesawang tersebut, Facebook contohnya, bab nak kawal pengguna daftar akaun Facebook guna nama sebenar, daftar satu akaun je, atau apa-apa je yang berkaitan dengan pendaftaran akaun, memang langsung tak boleh dibuat SELAGI Facebook tak benarkan. Jadi akhirnya.. No point!

Dengan kata lain, cadangan ni memang sangat-sangat susah atau mustahil (buat masa ni) untuk dilaksanakan.

Yang senang nak dilaksanakan, Kerajaan Malaysia sekat terus Facebook. Sekat di peringkat DNS terus dan whoosh, tiba-tiba SEMUA ORANG DI MALAYSIA tak boleh akses Facebook kecuali sebilangan kecil yang terlebih hebat bab-bab teknologi ni (tak termasuk saya huhuhu). Cadangan drastik untuk sekat Facebook ni pun datangnya daripada beberapa rakyat Malaysia masa Dato Shaberry Cheek minta pandangan hari tu. Tapi itulah, ramai orang tak setuju sebab ramai peniaga guna Facebook untuk memulakan dan mengembangkan perniagaan mereka.

Secara ringkasnya kalau tak faham juga, kaedah yang digunakan untuk 'menapis' pengguna Facebook dan kaedah yang digunakan untuk menyekat Facebook adalah sangat-sangat berbeza. Nak sekat Facebook sangat senang tapi Kerajaan tak buat sebab ramai tak setuju. Cadangan untuk rekodkan pendaftaran pengguna Facebook tu pula Kerajaan tak cakap setuju atau tolak dan ramai rakyat Malaysia pun neutral dengan cadangan ni tapi dari segi pelaksanaan sangat-sangat susah untuk dilakukan melainkan Facebook beri kebenaran (HAMPIR MUSTAHIL) dan atas alasan itulah cadangan tersebut ditolak.

P/S: Saya tak hebat IT, cuma faham sikit-sikit pasal IT. Jadi kalau ada salah dan silap, tolong betulkan dengan cara yang berhemah dan bahasa yang elok. Terima kasih.

No comments:

Post a Comment

Semua komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Apa pun, saya ucapkan ribuan terima kasih kerana sudi komen :)

Thank you for leaving your comments :) but please be informed that all comments will be screened before they are posted on this site.