Saya tak suka makan luar. Salah satu sebab utamanya, susah nak kawal makan. Semua sedap-sedap belaka. Tapi kalau makan luar, kalau saya pergi dengan mak atau/dan mak cik (Acik dan Anyah), semua makanan yang kami pesan, 9.9 daripada 10 kali makan, mesti habis. Tak membazir :P (pelahap muahaha pokai korang kalau belanja kami makan hari-hari)
Kami memang daripada kecil dah dibiasakan dengan tabiat mesti habiskan apa yang diambil. Kalau tak habiskan, mesti kena marah sebab bazirkan rezeki yang dah diberi. Jadi bila dah terbiasa macam tu, bila makan luar dengan orang lain, selalunya mesti ada sikit perasaan tak seronok sebab ada je orang yang tak habiskan makanan dan minuman yang dah dibeli.
Alasan yang diberikan?
1. Tak larat la nak habiskan.
Aik, waktu pesan tu tak fikir ke mampu habiskan atau tidak? Kalau selalunya mampu habiskan 1 pinggan kecil je, jangan la tiba-tiba perasan boleh habiskan 1 pinggan besar. Air 1 liter takkan muat dalam botol air saiz 250ml. Tak kisah la kalau rasa lapar macam mana sekalipun, saiz perut takkan berubah secara tiba-tiba.
2. Tak sedap.
Ok... alasan ni boleh diterima. Kita tak tahu makanan tu sedap ke tidak selagi belum makan. Kalau paksa juga makan, lepas tu muntah, sama je macam tak makan tapi lebih teruk sebab menyakitkan.
3. Tak suka xxx (contoh: sayur).
Ek eleh, dah tahu tak suka, yang pergi ambil juga kenapa? Pandai-pandai la tapis dengan senduk supaya tak terambil apa-apa yang tak disukai. Tapi kalau beli jenis set atau pakej, memang tak boleh nak kata apa la sebab apa yang ada dalam tu bukan bawah kawalan kita 100%.
Tapi itulah... Tak kisah apa pun alasan yang diberikan, kesannya tetap rasa tak berapa seronok di hati. Kalau bungkus lebihan tu untuk dimakan kemudian, tak apa la juga. Tapi selalunya? Memang buang macam tu saja, kan? Kasihan makanan tu....
No comments:
Post a Comment
Semua komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Apa pun, saya ucapkan ribuan terima kasih kerana sudi komen :)
Thank you for leaving your comments :) but please be informed that all comments will be screened before they are posted on this site.