Monday, August 18, 2014

Allah SWT Maha Mengetahui (Punca dan Kesan Boikot di Malaysia)

Pertama sekali, saya nak maklumkan bahawa saya adalah salah seorang penyokong tegar produk keluaran orang Islam. Oleh itu, saya amat menghargai jasa baik Facebook Page seperti Boikot Barangan Cina DAP (BBCD), Gerakan Memperkasa Ekonomi Melayu - GAMEM, Kuasa Pembeli & Pengguna Melayu Islam - KPPMi dan banyak lagi kerana merekalah sumber utama untuk saya dapatkan senarai produk dan perkhidmatan orang Islam khususnya orang Melayu Islam.

Dan oleh sebab itu jugalah saya amat berterima kasih kepada pembangkang dan orang-orang yang menyokong pembangkang terutamanya orang Cina semasa PRU13 hari tu kerana andalah pencetus utama revolusi ini. Anda berjaya membuka mata ramai orang Melayu tentang betapa pentingnya menguasai ekonomi dan betapa pentingnya menjadi pengeluar di negara sendiri. Walaupun ramai yang marah dengan perbuatan anda, termasuk la saya, tanpa anda, gerakan boikot produk bukan Islam ini tidak akan berlaku secara besar-besaran.

Maaf kalau orang Bumiputera yang bukan Islam terasa. Ramai orang Melayu cuma boikot produk dan perkhidmatan orang Cina sebab mereka benci orang Cina yang sokong pembangkang (lebih 80% kalau tengok undi PRU13). Tapi ramai juga orang Melayu seperti saya yang tak boikot sesiapa pun, cuma..
  • Dalam bab makanan, minuman, produk kebersihan dan produk kecantikan, kami rasa kurang yakin dengan status halal produk orang bukan Islam maka kami pilih produk orang Islam sahaja
  • Dalam bab lain, kami cuma nak tolong usahawan dan peniaga Bumiputera dengan harapan supaya semakin ramai usahawan dan peniaga Bumiputera yang kaya-raya dan maju ke hadapan dan menjadi contoh sehingga perkataan perniagaan, usahawan, kaya-raya, dah tak asing dengan perkataan Bumiputera
Jadi mohon jangan salah faham ingat kami boikot produk dan perkhidmatan orang Bumiputera bukan Islam pula.

Kembali kepada gerakan boikot tadi, kesannya ramai orang Melayu kini dah terbiasa dengan ketiadaan produk-produk mewah dan produk-produk orang bukan Islam dalam kehidupan seharian. Situasi ini sekaligus membuka peluang kepada ramai usahawan beragama Islam untuk memenuhi kekosongan tersebut. Perasan tak, sekarang ni macam produk keluaran orang Islam ada di mana-mana? Walaupun ada sesetengahnya susah dicari di kedai, di Facebook memang berlambak. Semuanya di hujung jari sahaja. Alhamdulillah.

Kemudian, sejak sebelum bulan Ramadhan baru-baru ini, berita tragedi di Gaza tersebar meluas di media sosial. Kebencian melampau akan kekejaman Pengganas Zionis menyebabkan ramai orang Melayu mula memboikot produk keluaran Yahudi disamping meneruskan usaha memboikot produk keluaran orang Cina. Cuba bayangkan kalau keputusan PRU13 hari tu BN menang majoriti. Agak-agak senang tak orang Malaysia nak mula boikot barang Yahudi? Agak-agak senang tak kita nak cari alternatif kepada produk mereka? Agak-agak jumlah orang yang boikot sama banyak atau kurang daripada jumlah orang yang boikot pada hari ini?

Memang nyatalah sekarang bahawa sebaik-baik perancangan adalah perancangan Allah SWT. Semua peristiwa ini berlaku secara berturutan dan setiap satu daripadanya mempunyai hikmahnya yang tersendiri :)

1 comment:

  1. aku amat bersyukur atas kesedaran orang islam untuk membeli barang2 buatan islam shj. Dulu ubat gigi mukmin ala-ala kadar aje dan diibaratkan melukut ditepi gantang, tapi setelah berlakunya tiupan boikot barangan cina dap, terkini ubat gigi yang ala-ala kadar aje telah maju ke hadapan, pembungkusan lebih menarik dan terkini ada keluaran versi terbaru mukmin whitening setaraf dengan ubat gigi jenama terkenal. Ini adalah hasil kesedaran kaum islam yang menyokong barangan islam.

    ReplyDelete

Semua komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Apa pun, saya ucapkan ribuan terima kasih kerana sudi komen :)

Thank you for leaving your comments :) but please be informed that all comments will be screened before they are posted on this site.