Bila masuk topik pakai tudung, macam-macam isu yang dibangkitkan. Tapi apa kaitannya dengan perempuan Islam? Dalam ajaran Islam ada ajar suruh pakai tudung ke? Tak ada, kan? Suruh tutup aurat adalah.
Jadi kita tukar soalan, tutup aurat tapi perangai tak elok atau tak tutup aurat tapi perangai elok, yang mana lebih baik?
Aduh, soalan ni masih tak masuk akal!
Rata-rata orang Islam di Malaysia ni pernah pergi sekolah, betul? Semasa ujian, ada banyak soalan yang diberikan dan selalunya arahan yang diberikan ialah jawab semua soalan atau jawab sejumlah tertentu soalan daripada semua soalan yang ada dengan tepat.
Tak kisahlah mana-mana satu arahan yang diberikan, pernah ke kita sebagai pelajar, tiba-tiba berfikir semasa ujian tu sedang berjalan, aku nak jawab semua soalan yang perlu dijawab dengan betul ke atau aku nak jawab soalan-soalan yang ni je dengan betul, yang lain aku sengaja nak jawab dengan salah?
Awak nak gagal atau lulus?
Tapi untuk lulus ujian daripada Tuhan memerlukan kita sebagai Hamba-Nya taat kepada ajaran-Nya dan ujian ini mempunyai perkiraan yang tersendiri, bukan sekadar berapa banyak kita dah buat dengan betul.
Jadi, awak nak gagal atau lulus?
Awak sanggup ambil risiko untuk gagal dengan meninggalkan mana-mana ajaran-Nya dengan sengaja?
Fikir-fikirkanlah.
Saya suka pendapat Ocha
http://anameku.blogspot.com/2012/11/orang-yang-tak-pakai-tudung-tapi.html
Saya suka cebisan artikel oleh Ustaz Love yang Mama Zharfan kongsikan
http://www.suzie284.com/2010/11/tak-pakai-tudung-tapi-perangai-elok.html
No comments:
Post a Comment
Semua komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Apa pun, saya ucapkan ribuan terima kasih kerana sudi komen :)
Thank you for leaving your comments :) but please be informed that all comments will be screened before they are posted on this site.