Pagi tadi, masuk-masuk je, staf Unit Kewangan mengadu tak boleh akses eSPKB.
Saya tak ingat la pula ada buat apa-apa perubahan di Komputer Pelayan (Windows Server 2003 R2) atau rangkaian komputer semalam kecuali buang Option WPAD (konfigurasi untuk semua komputer Pelanggan mencari Proxy Server sebelum membuang sambungan ke tempat lain) di DHCP.
Nasib baik ada seorang kawan telefon tanya boleh akses eSPKB ke tidak di agensi saya berkhidmat ni. Rupanya tempat dia pun bermasalah. Telefon kawan di agensi lain pun masalah yang sama. Maksudnya ini masalah di pusat.
Selepas beritahu staf Unit Kewangan untuk cuba semula pukul 9.30 pagi, saya pun pergi buat kerja lain. Sampai habis waktu pejabat masih tak dengar apa-apa berita daripada Unit Kewangan, jadi saya anggap dah tak ada masalah.
Lalala~
No comments:
Post a Comment
Semua komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Apa pun, saya ucapkan ribuan terima kasih kerana sudi komen :)
Thank you for leaving your comments :) but please be informed that all comments will be screened before they are posted on this site.