Baru-baru ni pergi dengar penerangan pasal pengurusan harta umat Islam. Hibah ni, secara umumnya, bermaksud hadiah. Hadiah ni boleh diberi sebelum atau selepas meninggal dunia. Hibah masa hidup ni, ikut suka hati pemberi nak bagi siapa. Tak ada had. Tapi kalau dah meninggal dunia, hibah ni tertakluk kepada syarat-syarat tertentu.
Sekarang ni Hikari nak cakap pasal Hibah masa hidup.
Hikari baru tahu hibah masa hidup ni ada dua jenis. Satu mutlak, satu bersyarat.
Mutlak ni, sakit oi. Hikari ada mak dan adik. Katakan Hikari letak mak dan adik Hikari sebagai penerima hibah Tabung Haji Hikari, dengan nisbah 50% setiap seorang. Tapi, adik Hikari meninggal dunia terlebih dahulu. Bahagian adik Hikari tu dah jadi pusaka. Walaupun Hikari masih hidup, Hikari dah tak ada hak ke atas 50% simpanan Hikari.
Kalau Hikari ada simpanan RM15,000. RM7,500 boleh lebur macam tu je. Dah la Hikari belum menunaikan Haji dan Umrah lagi. Menangis tak berlagu dekat situ.
Yang lagi sakit, nak buat pindaan atau batalkan Hibah Amanah (nama dia di Tabung Haji) perlukan persetujuan penerima KALAU penerima bukan anak atau cucu pemberi. Kalau hubungan antara pemberi dan penerima dah tak cantik.. tawakal je lah... Allah SWT Maha Mengetahui dan Sebaik-baik Perancang...
Tapi... tak de la kata Hibah Amanah Tabung Haji ni tak baik. Dia alat je. Kalau sesuai dengan keperluan, pakai. Tak perlu, tak payah la pakai. Hikari kongsi ni sebab sebelum ni Hikari ingat semua Hibah tu sama je.
Lampiran
Maklumat Tambahan
Kalau nak buat pindaan Hibah Amanah Tabung Haji, RM10. Pemberi dan penerima kena hadir dan bawa kad pengenalan masing-masing KALAU penerima bukan anak atau cucu pemberi. Kalau penerima ialah anak atau cucu pemberi, penerima tak perlu hadir.
Kalau nak batalkan, RM70.
Kalau nak semak di THijari, pergi Penamaan/Pusaka/Hibah Amanah. Kemudian, pilih nombor akaun Tabung Haji dan tekan butang Semak. Lepas tu tengok apa tajuk-tajuk yang keluar. Hikari punya keluar tajuk Penamaan je. Maksudnya Hikari belum buat lagi la Hibah Amanah Tabung Haji ni.
No comments:
Post a Comment
Semua komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Apa pun, saya ucapkan ribuan terima kasih kerana sudi komen :)
Thank you for leaving your comments :) but please be informed that all comments will be screened before they are posted on this site.