Semalam pergi pejabat A. Sepatutnya tutup pukul 4.30 petang. Saya sampai sana dalam pukul 4.08 petang. Masa sampai tengok pekerja berpusu-pusu keluar. Tak ada apa-apa makluman di pintu atau di mana-mana kata semalam buka sampai pukul 4.00 petang sahaja.
Oh, sakitnya hati itu di sini...
Tahulah esok cuti dan petang macam ni pelanggan dah tak ramai tapi... tapi... macam mana kamu boleh suka-suka je balik? Ya, mungkin ada kebenaran daripada pihak atas tapi kalau ada kebenaran daripada pihak atas sekali pun... macam mana dengan pelanggan? Kalau dah maklum awal-awal hari sekian-sekian pejabat akan ditutup awal, lain la cerita.
Hah... sabar je la... bersangka baik, mungkin dah maklum tapi kertas ditampal ditiup angin.
(ミ ̄ー ̄ミ)
Teringat pula kes masa masih bekerja dulu.
Hari pendaftaran pelajar kalau tak silap. Sepatutnya pukul 1 petang tamat tapi pukul 11 pagi dah tutup kaunter. Kenapa? Sebab bosan pelajar tak ada dan malas nak tunggu. Jadi bersangka malas yang dah tak ada pelajar dah dan kalau ada lagi pun, salah pelajar tu la sebab datang lambat. Bengong.
Kau yang kata waktu daftar 8 pagi sampai 1 petang. Tiba-tiba salah pelajar tu sebab datang pukul 12? Logik bodoh apakah ini?
Harap-harap pejabat A tu tak guna logik bodoh macam ni.
No comments:
Post a Comment
Semua komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Apa pun, saya ucapkan ribuan terima kasih kerana sudi komen :)
Thank you for leaving your comments :) but please be informed that all comments will be screened before they are posted on this site.