Tuesday, December 31, 2019

Adakah anda percaya wanita berhak untuk berjalan-jalan di tempat awam pukul 3 pagi dalam keadaan mabuk dan telanjang, dan tidak diserang?

Soalan di Quora:
Adakah anda percaya wanita berhak untuk berjalan-jalan di tempat awam pukul 3 pagi dalam keadaan mabuk dan telanjang, dan tidak diserang? Saya bukan tanya jika awak rasa patut atau tak patut mereka diserang, atau jika awak fikir tindakan mereka itu bijak atau tidak. Ini soalan teori.

Pautan ke Kiriman Asal:
https://muymg.blogspot.com/2019/12/do-you-believe-women-have-right-to-walk.html

Jawapan NIM (10 November 2019):
Jawapan pendek: TIDAK

Jawapan panjang:

Adakah saya percaya yang semua orang berhak untuk berjalan di tempat awam dengan selamat tanpa diserang?

YA

Adakah saya percaya yang semua orang berhak untuk berjalan di tempat awam dalam keadaan mabuk dan telanjang?

TIDAK

Tidak kepada tindakan yang mengganggu ketenteraman awam.

Tidak kepada perbuatan yang tidak senonoh.

Saya ni tak suka berjumpa dengan orang mabuk. Bau dah la busuk, otak mereng bukan boleh bawa bincang macam bila berjumpa manusia biasa, dan yang paling saya tak suka ialah bila ada makhluk celaka guna alasan mabuk untuk buat benda bodoh atau/dan jahat macam rogol orang, pukul orang, ganggu orang. Pendek kata, kalau nak mabuk tu, pergi mabuk dekat kelab malam atau rumah sendiri. Jangan kacau orang la. Saya pun nak rasa selamat semasa berjalan-jalan di tempat awam juga.

Saya tak nak tengok badan telanjang awak tu kalau awak bukan suami saya, anak saya, atau ibu bapa saya. Sakit mata tau tak bila kena paksa tengok wayang biru percuma macam tu.

Jadi kalau saya nampak sesiapa macam tu, dan saya berhak lapor ke pihak berkuasa (sebab perbuatan tu melanggar undang-undang), saya akan buat. Dengan kata lain, kalau pihak berkuasa perlu sentuh awak dan serang awak untuk mendapatkan kerjasama awak, saya tak ada masalah langsung, walaupun akibatnya awak ditahan di penjara atau perlu dihantar ke hospital kerana cedera.

Tapi supaya awak lebih jelas dengan jawapan saya...

Saya tak percaya yang seseorang itu berhak untuk diserang kerana berpakaian tidak senonoh atau tidak berpakaian di khayalak ramai. Tapi dipenjarakan? Itu saya sangat setuju.

Saya juga tak percaya yang seseorang itu berhak untuk diserang kerana mengganggu ketenteraman awam kalau gangguan itu hanya sekadar nyanyian atau merepek-repek sendiri dengan suara yang rendah, atau cubaan mengorat (kalau yang mengorat tu perempuan). Benda-benda macam tu dipenjarakan sahaja dah cukup. Tapi kalau orang tu menolak untuk ditangkap? Atau kalau gangguan yang dibuat tu dalam bentuk... macam menjerit-jerit? Mencabul? Apa-apa yang membuat orang di sekitar mereka risau akan keselamatan diri mereka? Kalau pemabuk yang macam ni yang kena serang, samaada oleh orang ramai atau pihak berkuasa, ada kemungkinan yang memang itulah balasan yang selayaknya diterima.

No comments:

Post a Comment

Semua komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Apa pun, saya ucapkan ribuan terima kasih kerana sudi komen :)

Thank you for leaving your comments :) but please be informed that all comments will be screened before they are posted on this site.