Bila berpindah ke rumah baru ni, faham-faham je la. Segala benda nak diangkut bersama termasuk la talian telefon rumah dan talian Internet Streamyx. Hikari tak tahu sangat bab-bab ni sebab tu la Hikari kena hubungi TM untuk dapatkan maklumat lanjut.
Ok, maklumat yang Hikari dapat, macam ni....
- Sediakan salinan kad pengenalan. Palangkan apa yang patut supaya orang tak boleh salah gunakan salinan kad pengenalan tu.
- Dapatkan alamat penuh rumah baru.
- Pergi TM Point untuk berjumpa dengan pegawai TM.
- Kalau lambat lagi nak pindah tapi nak tahu samaada talian telefon rumah dan Internet sedia ada tu boleh dipindahkan ke rumah baru, maklumkan kepada Pegawai TM tu dan serahkan alamat rumah baru tu kepada beliau untuk diperiksa. Tak tahu la perkara ni ambil masa berapa lama.
- Kalau 2-3 hari lagi dah nak pindah, Pegawai TM tu akan beri borang untuk diisi. Sila isi dengan lengkap. Tiada bayaran dikenakan. Borang ni akan diproses dalam masa 3 hari bekerja. Kalau seminggu atau sebulan lagi baru nak pindah, JANGAN gatal tangan isi borang ni. Tak pasal-pasal lepas 3 hari talian telefon dan Internet di rumah sekarang ni dah dipotong dan dipasang di rumah baru. Nangis tak berlagu je nanti.
- Dalam masa 7 hari bekerja selepas borang tu diproses, kontraktor yang dilantik oleh TM akan datang untuk pindahkan talian telefon rumah dan Internet tu ke tempat baru. Kadar bayaran yang akan dikenakan ialah...
- RM50 untuk setiap talian. Hikari pun tak pasti samaada talian telefon dan Internet dikira sebagai 1 talian atau 2 talian yang berbeza.
- RM30 jika khidmat pendawaian tidak diperlukan.
- Minima RM50 jika khidmat pendawaian diperlukan dengan tambahan RM5 untuk setiap meter.
- Selesai.
Untuk talian Internet pula, pakej yang ditawarkan adalah berlainan mengikut kawasan. Jadi kalau sekarang pakai Streamyx 4.0Mb tapi di tempat baru tu cuma ditawarkan pakej Streamyx sehingga 2.0Mb sahaja, nak tak nak, terpaksa la ambil pakej yang lebih rendah.
Salam. Terima kasih atas info ini. Banyak membantu saya yg bakal pindah rumah tak lama lg. Tq
ReplyDeleteSama-sama :)
DeleteTerima kasih kerana..sharing..is caring
DeleteSama-sama :)
DeleteBolehke downgrade klu kita under contract?
ReplyDeleteAssalamualaikum En. Azalan,
DeleteMaaf, Hikari pun tak tahu la yang tu.
Tumpang tanya gak..sy nk pindah dlm masa tdekat..masalahnya pindah ke kawasan perumahan baru..tiang telefon x masuk lg..
ReplyDeleteKalau keadaan camtu..kos masuk tiang telefon tu kita kena tanggung ke?
& rasanya masa daftar line tmnet hari tu pegawai ada kata..kalo pindah dlm masa 2 tahun..kena cas/penalti rm200/300..betul ke gtu?
Tq in advance
Maaf, sangat-sangat sebab lambat balas. Dah lama Hikari tak jenguk blog ni ^_^;;
DeleteDan maaf sangat-sangat sebab tak boleh nak jawab semua soalan di atas sebab Hikari pun tak tahu.
Tapi ni soalan tahun 2016, patutnya sekarang dah dapat jawapan la kan? Sudikah kiranya tuan yang bertanya ni kongsikan jawapan di sini?
Jasa baik tuan Hikari dahului dengan ribuan terima kasih!
:D
menarik......lagi banyak info diamalkan...lagi banyak duit pket nak dikeluarkan
ReplyDeleteSa baru pindah ke rumah baru..
ReplyDeleteBaru selesai buat laporan di tm point sabah.
Skrg menunggu contracktor dr tm untuk memeriksa dan memasang semula di rumah baru. Kemungkinan angaran dalam rm50 untu cas pemasangan semula.
bill tm sy ada diskaun rm30.... kalau pindah masih kekal ke
ReplyDeleteMaaf, lambat balas. Dah lama sangat tak jenguk blog ni ^_^;;
DeleteHmm.. tak pasti tapi kalau ikut maklumat yang Hikari dapat sebelum ni, bergantung kepada keadaan. Contoh kalau sekarang pakai Streamyx 8mb, bila pindah tempat tu hanya boleh dapat paling tinggi 4mb, nak tak nak kena ubah pakej, maka bil pun pasti berubah. Kalau tak perlu ubah pakej, sepatutnya bil masih sama.
Salam sy nk tnya klau dh pkai internet streamyx blh kew sy nk tukar unifi?
ReplyDelete