Tuesday, January 27, 2015

Cara Tutup Akaun Facebook Buat Sementara Waktu atau Selama-lamanya

Hikari dah biasa buka dan tutup akaun tapi bila masuk bab Facebook ni, Hikari jadi pening lalat. Lain rupanya cara nak tutup akaun Facebook.

Ini cara yang mudah untuk tutup akaun Facebook...



.... kalau nak tutup buat sementara waktu.

Nyahaktifkan akaun anda atau dalam Bahasa Inggeris, Deactivate your account hanya membuatkan akaun kita seumpama tidak ada tapi sebenarnya masih wujud dalam sistem. Kita masih boleh log masuk akaun ini seperti biasa. Bagi yang dah biasa dengan sistem Chatting,  fungsi nyahaktif akaun ini seumpama fungsi Appear Offline. Kita boleh aktifkan semula akaun masing-masing yang dah dinyahaktifkan pada bila-bila masa.

Hikari tak tahu apa tujuan fungsi ni wujud. Seorang je kenalan Hikari yang guna fungsi ni dari masa ke semasa. Hikari pun tak faham kenapa dia buat macam tu dan apa kelebihan berbuat demikian.

Kalau nak hapuskan terus akaun Facebook, kena Google dulu. Serius! :D Memang cara nak padam betul-betul akaun Facebook ni agak tersorok. Jadi kena cari samaada di Google atau dalam Facebook di bahagian Soalan Lazim (FAQ), baru jumpa maklumat yang berkaitan.

How do I permanently delete my account?
https://www.facebook.com/help/224562897555674

Boleh baca sendiri panduan penuh dalam pautan di atas. Kalau tak nak, log masuk je akaun Facebook masing-masing, kemudian klik pautan di bawah...

https://www.facebook.com/help/delete_account

.... dan ikut arahan yang diberikan. Kalau nak panduan bergambar langkah demi langkah, boleh rujuk http://arisyahjahirah.blogspot.com/2011/11/cara-delete-akaun-facebook.html

:)

1 comment:

  1. Ada jugak lepas deactivate die ckp bg mase 14 hari, sesetengah org kata tetap ada jugak, ada yang kate gerenti x ada. Mcm fb x bg kite betul2 buang akaun fb kita.

    ReplyDelete

Semua komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Apa pun, saya ucapkan ribuan terima kasih kerana sudi komen :)

Thank you for leaving your comments :) but please be informed that all comments will be screened before they are posted on this site.